Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Monday, December 31, 2007

>,;;Azam Tahun Baru??,:<

Orang berjaya mempunyai matlamat yang jelas. Orang gagal mempunyai matlamat yang kabur, tidak spesifik, entah bila, tak tau bagaimana, tak tau bla bla bla…


Menjadi manusia berpengaruh a.k.a. Magnetik adalah salah satu ciri orang yang berjaya. Dan ia juga bermula dengan matlamat. Jika 10 (2017) tahun dari sekarang, anda mahu meningkatkan kuasa pengaruh samada sebagai ahli politik yang bertanding dalam pilihanraya, jurujual yang mahu meningkatkan hasil jualan, seorang pengurus syarikat yang mahu melipat gandakan keuntungan, seorang eksekutif yang mahu hasil kerja yang meningkat produktiviti… lakukannya secara SMART dan ianya bermula dari sekarang.


Buat post-moterm dan senaraikan sejauhmanakah ‘action’ yang dilakukan sepanjang 2007 memacu ke arah matlamat. Bandingkan juga banyak mana anda telah buang masa, sia-siakan peluang yang boleh memacu ke arah mencapai matlamat.


Kemudian… dari sekarang, buat perancangan strategik secara harian, mingguan, bulanan dan tahuan apakah yang akan dilakukan untuk mencapai matlamat pada tahun 2008. Tulis dan pastikan ia sentiasa mudah untuk dirujuk dan dilihat. Ia menjadi self-motivation (motivasi diri) yang cukup berkesan.


Dari situlah, anda bakal menghasilkan azam tahun baru yang realisitk dan in-line dengan matlamat anda. Ingat!!! Kita sudah tidak punya masa. 2008 bakal menjelang tiba.
Macamana perjalanan 2007 anda? Apakah perancangan 2008 anda? Jom kita kongsi bersama. Mungkin ada idea baru yang menarik!

>,;Penawar Racun Dunia,:<


Desiran bayu yang lembut damai di hati

Kicauan burung di sana riang sekali

Suara ombak menggamit detik naluri

Gemilang kudrat Ilahi

Di sini-sana ternyata gema suara

Tangisan sayu manusia mangsa manusia

Terbuang budi terdorong desakan hati

Saudara korban duniawi

Manusia tiada aman dari kemelut ini

Di dada terus bersarang sikap pentingkan diri

Kuasa, harta dan nama hebat merasuk hati

Kerugian sendiri

Dunia umpama unta tua yang kehausan

Semakin tiada tempat untuk kasih dan sayang

Kerana sudah terlupa pada pesanan Tuhan

Terpesong tujuanNafsu jadi raja merosak dunia

Tak kan datang sinar bahagia

Moga jadi bukti bersama kembali

Cahaya pada Ilahi

Sedetik lalu saat pun silih berganti

Tak kan berulang sejarah masa yang pergi

Usah dibuang di sini hanya sekali

Mulakan diri sendiri

Iman di dada amalan dengan bertaqwa

Bantuan Tuhan menjadi syarat berjaya

Seiring jalan hargai nilai saudara

Penawar racun dunia


Tuesday, December 25, 2007

>,,BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH,,<




BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH

Ingatkah dikau, di mana di dalam sejarah,
Sepasang mata menjadi hadiah?

“Kenapakah kau mengikutku?”
“Aku tertarik kepada kecantikan matamu.”
Jawapan yang cukup angkuh,
Namun mengundang seribu sesalan,
Bila bungkusan merah diterima di tangan.

Muslimah,
Contohilah wanita itu,
Bukan dengan mencungkilkan matamu,
Tetapi dengan menjaga peribadimu.

Wahai Muslimah,
Aku sering tertanya,
Bagaimana engkau masih sanggup,
Memaniskan muka, menghadiahkan senyuman,
Meramahkan bicara,
Kepada lelaki yang bukan muhrimmu.

Apakah engkau ini berani,
Menguji jiwa lelaki,
Yang sememangnya diciptakan Allah,
Dahaga dengan keindahan wanita,
Walaupun sekadar muka yang manis.

Apatah lagi lelaki ini,
Yang engkau tahu cukup ego,
Menganggap wanita sebagai hidangan,
Yang boleh dibelek-dibelek dan dipilih.

Benar,
Muslimah itu telah menemui ajalnya,
Namun diiringi keredhaan Ilahi,
Dan keinsafan seorang lelaki,
Yang akhirnya menjadi sufi.

Muslimah,
Begitulah jalanmu…
Begitulah perjuanganmu…

Muslimah,
Tundukkanlah pandanganmu,
Keraskanlah suaramu,
Seriuskanlah perwatakanmu,
Tampil ketegasanmu,
Bila engkau di depan,
Atau di belakang atau di kiri,
Atau di kanan lelaki,
Walau atas sekalipun.

Ketuk kealpaan mereka,
Bangunkan mereka dari mimpi,
Jelaskan dengan amalanmu,
Bahawa percampuran bukan caranya,
Bahawa keseronokan ini palsu,
Bahawa di sini tiada kebahagiaan,
Hanya kehancuran.

Muslimah,
Inilah jalanmu,
Hentikan dari menjamu nafsu mereka,
Walau sekadar dengan seinci senyuman,
Lalu mungkin kau akan melihat,
Di kalangan remaja ini,
Akan lahir rijaluddin berjiwa pejuang,
Sebagaimana lahir dan bangkitnya,
Dai’e bernama Hassan Al-Basri,
Bila sepasang mata menjadi hadiah.

Puteri harapan…
Serikandi Islam,
Tetaplah engkau dalam perjuanganmu,
Menjadi sayap kiri di medan,
Meneguhkan benteng pertahanan Islam!

Moga takdir Ilahi menentukan,
Bahawa engkau antara hambaNya,
Yang bakal mencium haruman,
Syurga Firdaus…
Ameen…

Buat mujahidah-mujahidah, moga kata-kata ini akan tersemat di hati kalian… sama-sama kita laksanakan… InsyAllah!
Monday, December 24, 2007

>,,Salam Eidul Adha..Salam Pengorbanan & Keinsafan,,<

Assalamu’alaikum,

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua. Walaupun di Malaysia, sambutan Hari Raya Aidil Adha @ Hari raya Haji @ Hari Raya Korban tidak semeriah Hari Raya Aidil Fitri, tetapi mesej Hari Raya Aidil Adha cukup signifikan dan memberi pengajaran agung untuk manusia mencapai kejayaan.

Antara mesej utama Aidil Adha ialah PENGORBANAN. Bercakap sahaja tentang Hari Raya Aidil Adha, pasti akan associate dengan KORBAN. Maka terlintaslah di kepala kita, majlis sembelih lembu, unta dsb. Soalnya, adakah mesej Hari Raya Haji terhenti di situ?

Sejarah korban di Aidil Adha. Ringkasnya, tentang pengorbanan 3 insan hebat iaitu Nabi Ibrahim, isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail.
1.Siti Hajar berkorban berjauhan dengan suaminya NAbi Ibrahim kerana perjuangan.
2.Nabi Ibrahim yang melakukan perintah Allah tanpa soal iaitu menyembelih anaknya Nabi Ismail
3.Nabi Ismail yang merelakan dirinya disembelih bapanya demi ketaatan kepada perintah Allah

Natijahnya, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ‘lulus’ diuji sendiri oleh Allah tentang tahap keyakinan pada Allah dan Nabi Ismail ditukar dengan seekor ‘Kibasy’ untuk disembelih.
Apa maknanya KORBAN? Kadang-kadang kita salah faham tentang erti korban. Kita anggap, bila kita memberi sesuatu pada orang, maka itulah pengorbanan. Mungkin ‘YA’, tetapi ‘TIDAK’ jika sesuatu yang diberikan itu kita memang dah nak buang atau dah tak nak lagi. Itu bukannya pengorbanan. Nabi Ibrahim bukannya tak nak lagi pada Nabi Ismail. Siti Hajar bukannya tak nak lagi pada suaminya Nabi Ibrahim. Masing-masing saling memerlukan dan menyayangi. Tetapi mereka tetap sedia memberi.

Oleh itu, fahaman kita tentang pengorbanan ialah KESEDIAAN MEMBERI SESUATU YANG KITA SUKA, YANG KITA SAYANG.

Sebagai mempelejari roh pengorbanan sempena Aidil Adha, untuk berjaya maka kita mesti sedia berkorban. Manusia secara fitrah suka berseronok-seronok, bersuka-ria. Tetapi adakalanya kita mesti mengorbankan yang kita suka untuk mendapat sesuatu yang lebih baik iaitu KEJAYAAN.

Semua orang suka kepada senang-lenang, kemewahan… tetapi adakalanya ia melekakan kita lalu menyimpang dari jalan kejayaan. Oleh itu, kita kena berkorban dengan bersusah-susah sedikit dan sekejap untuk KEJAYAAN.

Selamat Hari Raya Aidil Adha… Bersediakah kita untuk BERKORBAN. Kata Optimus Prime, “NO SACRIFICE, NO VICTORY”
Friday, December 7, 2007

>,;Senyuman wujudkan hubungan baik;,<

Senyuman wujudkan hubungan baik

Oleh ZAMRI MOHAMAD

APA yang terukir di bibir adakalanya menenangkan orang yang melihat. Itulah kehebatan di sebalik senyuman. Ia boleh disifatkan sebagai ketawa kecil dan mempunyai makna yang baik, bergantung kepada rasa hati empunya senyuman itu. Malah Rasulullah melahirkan rasa gembira dan tawanya dengan senyuman.
Itulah yang dikatakan fitrah manusia, satu bentuk hiburan hati yang memberi kesan yang besar dan merupakan jalan hiburan yang diharuskan.
Dalam sabda baginda, disebutkan betapa pentingnya seorang manusia tidak terlalu membebankan diri dengan segala macam kesukaran dan kepayahan yang sengaja ditimbulkan. Malah, Rasulullah menggesa agar seseorang perlu mencari sedikit hiburan jiwa yang tidak keterlaluan agar kemanisan hidup dapat dirasai. Baginda menyebut:
Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesugulan hati, hiburkanlah hati dengan hal-hal ringan dan lucu. Apabila terus dipaksa memikul beban yang berat, ia akan menjadi buta. (Sunan Abi Daud)
Senyuman merupakan perbuatan kecil yang mencerminkan salah satu ciri akhlak yang mulia, namun kesannya cukup besar dalam mempengaruhi keadaan.
Senyuman
Malah dalam pengurusan perniagaan antarabangsa, seperti perniagaan bersifat francais, sama ada dari restoran makanan segera sehinggalah kedai barangan harian 24 jam, disebutkan dalam manual pengendalian francaisnya agar setiap kakitangannya perlu memaniskan muka dengan senyuman dan sapaan mesra setiap kali pelanggan keluar masuk dari pintu premis.
Daripada konteks hubungan antarabangsa, senyuman wakil sesebuah negara dalam sebarang pertemuan rasmi secara tidak langsung membawa gambaran nilai serta imej negara asalnya dan personaliti pemimpin di hadapan lensa media.
Meskipun begitu, masih ramai yang tidak sedar betapa senyuman yang diberikan boleh menimbulkan ikatan dan hubungan yang baik sesama manusia.
Penulis berpeluang menjalankan tinjauan sendiri terhadap sekelompok pelajar dan pengajar di sebuah pusat pengajian tinggi sepanjang dua tahun.
Hakikatnya, wujud majoriti golongan terpelajar tidak peka dengan keadaan apabila setiap kali melintasi para pekerja am yang kebanyakannya layak dihormati sebagai makcik, mereka hanya diam dan terus menuju ke bilik kuliah atau ruang pejabat tanpa senyuman, apatah lagi memberi salam.
Perkara ini berlaku berulang-ulang kali di tempat yang sama dan keadaan ini cukup mengecewakan. Apatah lagi ia melibatkan individu bergelar Muslim.
Jika berlaku perubahan keadaan, sudah pasti wujud ikatan erat dan rasa hormat yang tinggi antara dua kelompok. Bagi pekerja-pekerja am, mereka merasakan para pelajar tersebut menghargai kewujudan dan sumbangan mereka di situ.
Bagi para penuntut dan pengajarnya pula, senyuman yang diiringi salam itu mempamerkan akhlak dan kerendahan hati seorang yang terpelajar. Bukankah itu menguntungkan?
Begitu juga situasi di kafetaria di pelbagai jabatan dan institusi atau di gerai-gerai makanan, kesibukan melayani para pelanggan mungkin adakalanya memberi sedikit tekanan kepada pengusahanya, apa salahnya jika ada pekerja restoran datang membersihkan meja makan anda, balaslah dengan ucapan terima kasih dan senyuman. Impaknya dari sudut motivasi bekerja akan meningkat dan kualiti pasti bertambah.
Mengapa senyuman begitu berkesan terhadap manusia? Senyuman mempunyai tiga unsur utama yang menjadikan ia begitu bernilai. Pertama ia mempunyai daya tarikan, ia mempunyai hasrat dan keinginan untuk memiliki dan unsur bertindak untuk memiliki. Senyuman adalah gambaran unsur-unsur akal, perasaan dan kemahuan.
Kepentingannya telah membawa kepada perbincangan mendalam oleh golongan ahli fikir dan filosofi awal seperti Locke, Schopenhaur, Spencer, Descrates dan Hartley melalui satu perbincangan dan perdebatan yang mendalam melalui karya-karya penulisan mereka.
Dari sudut kesihatan diri, terbukti melalui senyuman ia merangsang otot-otot wajah dan memberi kesegaran dan ketegangan yang mengurangkan kedut-kedut di wajah, kesihatan tubuh dan jiwa dengan melepaskan tenaga emosi yang berpusat dari dalam.
Tambahan lagi, senyuman adalah tindakan menguasai diri melalui nilai optimisme, bersikap positif dengan membina lingkaran kebahagiaan di sekeliling. Dalam masa yang sama, senyuman memberi getaran yang mengikat rasa hati orang lain terhadap diri dengan nilai kepercayaan.
Nilai positif sebuah senyuman wujud apabila seorang Muslim redha berhadapan dengan keadaan malang untuk menguji iman. Syaitan sedaya upaya menjalankan pujuk rayunya agar manusia sentiasa bermusuhan dan menghilangkan seri wajah seorang mukmin daripada senyuman yang ikhlas.
Wajah yang masam, penuh kebengisan tanpa sedikit hiasan di bibir, secara tidak langsung mengaktifkan minda yang negatif. Peranan syaitan menjalankan agendanya agar manusia terus menerus bersikap demikian, sebagaimana diperingatkan oleh Allah:
Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah daripada (hasutan) syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita. Sedangkan bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah, dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri. (Al-Mujadalah: 10)
Namun begitu, senyuman boleh dimanipulasi oleh golongan tertentu yang menyalahgunakan nikmat Tuhan ini. Dalam mempamerkan senyuman yang berkesan, ia turut hadir sama dengan perkataan yang bijak dan berhikmah. Dalam sebuah kisah, Ali bin Abi Talib pernah bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih dicintainya. Adakah Fatimah, puterinya atau Ali, suami beliau? Dengan senyuman baginda menjawab, Fatimah, lebih aku cintai dan engkau aku lebih hargai.
Luar jangkaan
Senyuman juga dikaitkan dengan salam perpisahan. Ia sering berada di luar jangkaan manusia, malah dalam sirah Rasulullah dicatatkan peristiwa yang sama. Diriwayatkan oleh Anas Ibn Malik, pada hari Isnin ketika wafatnya Rasulullah, baginda keluar dan memandang mereka yang menunaikan solat Subuh.
Melihat sikap mereka, Rasulullah tersenyum. Mereka yang menyedari berpaling dan menyangka baginda beransur pulih. Dalam suasana gembira mereka diisyaratkan agar meneruskan ibadah mereka. Hakikatnya itulah senyuman perpisahan Rasulullah kepada mereka.
Dalam menjadikan senyuman sebahagian daripada cara hidup, seseorang perlu sedar bahawa senyuman perlulah dipamerkan tanpa berlebih-lebihan atau terlalu kurang. Ia perlu sentiasa berada di pertengahan. Bak kata pepatah, kebaikan muncul antara dua keburukan.
Jangan pandang remeh nilai sebuah senyuman, ia mungkin tidak ada nilai daripada harga yang ditentukan manusia. Tetapi ia membayar pada nilai lebih tinggi dalam kehidupan.
Jendela senyuman membuka tabir hubungan dengan manusia lain di sekitar anda. Ia menguatkan hati dan membina motivasi diri. Perkara kecil sebegini mempunyai manfaat yang besar seperti kata Rasulullah, Janganlah meremehkan amalan kebaikan, walau sekadar berwajah manis. (Abi Dzar).

,,^Sharing Is Caring^,,