Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Monday, December 29, 2008

,,,>Kuasa Maal Hijrah<,,,

Awal tahun Masihi bertembung lagi dengan permulaan tahun Hijriah- kali ini bulan Januari 2009 seiringan dengan bulan Muharram tahun Hijriah 1430. Sekali lagi kita berpeluang menggandakan usaha memperbaiki diri untuk menjadi lebih cemerlang dan gemilang daripada tahun-tahun yang sudah berlalu. Semoga dapat kita melipatgandakan lagi kasih sayang pada diri sendiri, kepada ahli keluarga, kepada rakan sahabat handai, dan kepada semua makhluk di sekeliling kita.

Kasih kepada Allah seharusnya menjadi landasan yang kita kukuhkan dalam menjalani hidup ini. Kasih kepada Nabi dan Rasul sewajarnya kita patuhi dengan penuh tawaduk. Dan kasih antara sesame sendiri sepatutnya kita pratikkan dengan keikhlasan yang padu ke arah membina kehidupan dunia dan akhirat yang penuh barakah.

Selama ini kita sering menumpukan perubahan dari aspek luaran –mahu study hard, mahu mengurang perbelanjaan yang membawa kepada pembaziran, mahu berjimat dan untuk menunaikanfardu hajj- pada kali ini mengapa tidak kita rancang untuk memperbaiki diri kita dari aspek lain, selain meneruskan azam yang pernah kita buat pada tahun lepas-lepas.

Marilah kita duduk seketika lapangkan fikian yang senantiasa kecoh dan sibuk dengan urusan duniawi yang tidak ada kesudahannya itu, dan kita tumpukan perhatian seratus peratus kepada diri kita. Bagaimanakah prestasi amalan kita kepada Allah? Sudahkan kita melakukan yang terbaik sebaik-baiknya?

Tentu tidak ada cita-cita dan azam setiap kali datang tahun baru kepada seorang wania mukmin, selain daripada ingin menjadi wanita yang solehah atau menjadi semakin solehah. Ini kerana tidak ada harta benda di dunia ini yang paling berharga selain daripada wanita solehah.

Dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Dunia itu adalah harta benda, dan sebaik-baik harta benda ialah wanita solehah” (riwayat Muslim)

Dalam hal yang sama Rasulullah SAW ada bersabda : “Sebaik-baik harta adalah lidah yang selalu berzikir, hati yang selalu bersyukur, dan isteri solehah yang menolong terjaganya iman setiap mukmin.” (Riwayat Tarmizi dari Tsauban )

Menjadi wanita solehah adalah perlu dan penting. Dengan menjadi solehah sahajalah wanita akan dapat masuk syurga dan ‘bertemu’ Allah di akhirat kelak. Menurut ahli sunnah wal jamaah, wujudnya zat Allah Taala itu tidak berpihakatau bertempat. Namun hamba Allah yang soleh akan dapat melihat ‘wajah’ Allah ketika ereka beada dalam syurga. Itulah yang dikatakan sebesar-besar nikmat dikecapi oleh ahli syurga di akhirat kelak.

Ini sejajar dengan firman Allah SWT : “Sesiapa yang berharap akan perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesuatu apa pun dalam beribadah kepada Tuhannya,” (al-Kahfi:110)

Jadi untuk ‘bertemu’ Allah maka syaratnya telah beriman, hendaklah menjadi orang soleh. Tidak akan kesampaian pengharapan berjumpa Allah sekiranya terus menjadi ‘orang awam’- tahap iman makrifahnya dan yang biasa-biasa sahaja amalannya. Untuk menjadi wanita solehah perlu dibuktikan dengan mengerjakan amal soleh. Seharusnya pendekatan hijrah dilakukan untuk mengubah dan menpertingkatkan diri ke tahap ilmu, amal, iman dan makrifah sebagaimana yang dimiliki olh orang-orang soleh.

Justeru, ada manfaatnya disorot kembali pemahaman terhadap siapa wanita solehah ito. Mudah-mudahan dengna memperhalusinya akan membuka jalan untuk diperkemaskan lagi diri sebagai wanita yang solehah dalam cirri dan peranan pada tahun baru yang mendatang.


Siapakah Wanita Solehah?


Siapa wanita solehah itu sebenarnya cukup jelas dan luas diperkatakan ulama dalam kitab-kitab yang muktabar. Sama ada wanita solehah itu masih bujang, atau telah menjadi seorang isteri ataupun ibu; mereka boleh dirumuskan sebagaiman berikut:

1. Beriman kepada Allah.
2. Beramal soleh dalam ibadah khusus.
3. Beramal soleh dalam memelihara kehormatan diri.
4. Beramal soleh dengan taat dan patuh kepada suami.
5. Punyai pandangan hidup orang soleh.

"Kuasa hijrah mampu mengubah wanita Islam biasa-biasa kepada wanita mukmin luar biasa"


sumber: Majalah Anis Januari 2009
Sunday, December 28, 2008

,,>Amanah Yang Dipikul<,,

Selama seminggu sudah berlalu perjalanan Semester II 08/09. Terasa diri sangat kepenatan, mungkin kerana sudah sebulan lebih bercuti. Dan minggu ini baru bermula semester yang baru untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan ini. Baru nak start semula engine.

Bersykukur kepadaMu Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, kerana memberi lagi peluang kepadaku untuk meneruskan kehidupan ini. Moga dapatku teruskan kehidupan dan perjuanganku ini dengan redhai dan inayah dari Mu. Amin.

ENGINIUS 08/09 (Engineering Student Society IIUM)

Sewaktu baru sahaja sampai di kampus, dah dapat mesej ada meeting malam ni. Belum start apa-apa, amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya menuntut saya untuk mengingatkan diri sendiri bahawa ada banyak amanah yang perlu di tunaikan sebaiknya. Semester ni kena struggle lebih, sebabnya result semester lepas pun tidak begitu memberansangkan. Datang rasa sedih, tapi kita kena redha dengan ketentuanNya. Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya dan pasti itulah yang terbaik untuk kita. Bersangka baiklah dengan Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Semester baru dengan tanggungjawab baru dan disertai dengan azam yang baru. Semuanya baru. Semester ni dah jadi second year, dah majoring. Tengok di comformation slip dah naik level 2. Rasa macam tak percaya je. Nama program pun bertambah sikit. Bachelor of Engineering (Eletronics-Computer and Infomation). Moga inilah yang terbaik untuk diriku. Bukan itu sahaja, amanah yang dipikul menuntut untuk ditunaikan.

board untuk menaikkan semangat diri sendiri^_^


Terasa berat dengan pelbagai taklifat untuk semester ini, focus yang perlu diutamakan adalah pembahagian masa. Sesungguhnya Allah telah bersumpah dengan masa. Sebab itulah pengurusan masa itu sangat-sangat penting bagi mukmin yang berjaya. Apabila dapat diuruskan sebaiknya, baru kehidupan kita akan lebih teratur dan tersusun. Dari situ bolehlah kita utamakan mana yang lebih penting dan lebih perlu untuk diaulakan. Namun, jangan kita hanya memikirkan perkara dunia yang perlu di uruskan, seharusnya jadual melakukan ibadat-ibadat sunat perlu masuk juga ke dalam jadual seharian kita. Perlunya menyeimbangkan sebaik mungkin hal duniawi dan ukhrawi.

Pasti ada juga di antara kita, yang sudah terbiasa dengan kehidupan yang lama. Terasa sangat sukar untuk mengubah kebiasaan kita. Itulah yang dinamakan ‘tadhiyah’ untuk mendapat kehidupan yang lebih baik, bertambah baik dan diberkati. Saya teringat kata-kata ayah seorang sahabat baik saya, beliau berpesan kepada saya semasa saya mendapat tawaran masuk ke IPTA. ‘Kita hidup ni kena biasakan yang betul, betulkan yang biasa’. Amat mendalam kata-kata beliau. Bila saya fikirkan balik, memang tepat apa yang Pak Cik Nordin tu cakap. Kebanyakkan kita makin lupa pada hakikat yang sebenar. Kita sudah terbiasa dengan keadaan seperti itu, sedangkan pada hakikat sebenarnya kita perlu mengubah keaadaan tersebut menjadi kepada yang ‘betul’.

Manusia memang selalu lalai dan terdaya dengan tipuan syaitan. Oleh itu, kita perlukan sesuatu untuk menjadi benteng pertahanan kita. Lakukan sesuatu yang betul, biasakan diri dengan perkara yang betul, dan istiqamah selakukannya. Memang sukar untuk kita mengubah kebiasaan kita, tapi kita perlu berusaha untuk mencapai objektif kita. Saya pernah bertanya kepada seorang sahabat, bagaimana hendak istiqamah dengan satu perkara?. Jawapannya mudah. Kita cuba lakukannya selama tiga hari berturut-turut, insya Allah lepas itu kita akan boleh istiqamah. Tak pasti teori ni berkesan atau tak. Tapi, segalanya bergantung ke atas setiap individu itu sendiri.

Semoga dapat diri ini melaksanakan segala amanah yang terpikul di bahu ini sebaiknya. Hanya Allah tempat untuk menguatkan diri. Mengadulah padaNya, kerana disitu pasti kita temui ketenangan dan kekuatan yang tidak kita sangka-sangkakan. Tanggung jawab melebihi masa yang ada.

Wallahhu alam.

Ana alFakir Ilallah^_^

,,> Perjuangan Telah Tiba <,,

SANAKHOODU
Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum
We'll take our fights with them
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
We'll go as groups to stop them
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
We'll return our slain rights (territories)
Wa bi kullil quwwati Nad-nothing` uhum
With all force we'll push them out
Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum
We'll take our fights with them
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
We'll go as groups to stop them
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
We'll return our slain rights (territories)
Wa bi kullil quwwati Nad-nothing` uhum
With all force we'll push them out
Wa bi kullil quwwati Nad-nothing` uhum
With all force we'll push them out
Bisilaahil haqqil battari
By the weapon of truth (meaning that they are the people who have the right, the right will always go back to its owners one day, no matter how long wrong lasts)
Sanu harriru ardhal ahraari
We'll free the land of the frees (meaning that their dignity always made them free)
Wanu`eedul tuhraa ilal qudsi
We'll return the pureness of Islam to Al-Quds (meaning it wasn't pure under non Muslim leadership)
Min Ba`didh-dhuli wadhal `aree
After our weakness our humiliation
Bisilaahil haqqil battari
By the weapon of truth (meaning that they are the people who have the right, the right will always go back to its owners one day, no matter how long wrong lasts)
Sanu harriru ardhal ahraari
We'll free the land of the frees (meaning that their dignity always made them free)
Wanu`eedul tuhraa ilal qudsi
We'll return the pureness of Islam to Al-Quds (meaning it wasn't pure under non Muslim leadership)
Min Ba`didh-dhuli wadhal `aree
After our weakness our humiliation
Min Ba`didh-dhuli wadhal `aree
After our weakness our humiliation
Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum
We'll take our fights with them
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
We'll go as groups to stop them
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
We'll return our slain rights (territories)
Wa bi kullil quwwati Nad-nothing` uhum
With all force we'll push them out
Wa bi kullil quwwati Nad-nothing` uhum
With all force we'll push them out
Wa sanamdhi Nadukkum-Ma' aqilahum
We'll carry on bring down their fortresses
Bi dawyyin Daamin Yuqliquhum
With strong sounds that will scare them
Wa sanam hul `ara' Bi`ayy-deena
We'll erase our humiliation by our own hands
Wa biqullil quwwati Narda'uhum
With all force we'll stop them
Wa sanamdhi Nadukkum-Ma' aqilahum
We'll carry on bring down their fortresses
Bi dawyyin Daamin Yuqliquhum
With strong sounds that will scare them
Wa sanam hul `ara' Bi`ayy-deena
We'll erase our humiliation by our own hands
Wa biqullil quwwati Narda'uhum
With all force we'll stop them
Wa biqullil quwwati Narda'uhum
With all force we'll stop them
Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum
We'll take our fights with them
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
We'll go as groups to stop them
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
We'll return our slain rights (territories)
Wa bi kullil quwwati Nad-nothing` uhum
With all force we'll push them out
Wa bi kullil quwwati Nad-nothing` uhum
With all force we'll push them out
Lan Nardha Bijuz-in Muhtallin
We'll never accept a slain part of our lands
Lan Natruka Shibral-lildh- dhulli
We'll never leave out a bit of our land for them to humiliate us with.
Satamourul ardhu Wa tahriquhum
The Earth will burst in flames and burn them
Fardhi Baraakeenun Taghli
In Earth there is volcanoes that are boiling (he's pointing to how much Muslims have in their hearts from having their lands slain rights taken)
Lan Nardha Bijuz-in Muhtallin
We'll never accept a slain part of our lands
Lan Natruka Shibral-lildh- dhulli
We'll never leave out a bit of our land for them to humiliate us with.
Satamourul ardhu Wa tahriquhum
The Earth will burst in flames and burn them
Fil ardhi Baraakeenun Taghli
In Earth there is volcanoes that are boiling (he's pointing to how much Muslims have in their hearts from having their lands slain rights taken)
Fil ardhi Baraakeenun Taghli
In Earth there is volcanoes that are boiling (he's pointing to how much Muslims have in their hearts from having their lands slain rights taken)
p/s: moga dapat naikkan semangat kita semua. salam perjuangan buat semua^_^
Thursday, December 25, 2008

,,>Impian Tercapai<,,

Sujud syukur saya apabila selamat tiba ke destinasi yang dituju. Alhamdulillah perjalanan selama 7 jam, tidak sangat terasa bosan kerana di temani oleh seorang sahabat. Selepas subuh kami sampai di Kota Bharu. Dalam pukul lapan lebih kami sampai di destinasi setelah di ambil oleh dua orang sahabat di terminal bas. Terasa diri sangat disayangi Allah. Impian tercapai, doa termakbul. Yang tinggal hanya diri sendiri, sama ada mengambil kesempatan ini dengan sebaik-baiknya atau sekadar mempersia-siakannya.

Bakriyyah Institute of Islamic Study

Peluang menuntut ilmu di sini tidak saya sia-siakan. Mana mungkin. Mungkin semua tertanya-tanya di mana tempat saya menuntut ilmu. Dalam Bahasa Arab, tempat ni di beri nama Madrasah Diniah Bakriah. Atau pun nama glamour tempat ni, Pondok Pasir Tumboh, Kelantan.(saja nak commercialkan nama pondok ni dalam English.^_^)


Walaupun hanya 10 hari saya berpondok di sini, tapi saya sangat bersyukur kerana mendapat kesemptan ini, kerana sebelum dapat kebenaran untuk menuntut ilmu di sini, terlalu banyak masyaqahnya. Alhamdulillah, dengan pertolongan dari Allah, saya dapat peluang ini walaupun agak ketinggalan beberapa hari daripada sahabat-sahabat yang lain kerana hadir lewat ke pondok.
Terasa diri ini sangat dhaif dan ceteknya ilmu, kerana apa yang kami pelajari sesuatu yang baru dan semestinya saya yang belajar jurusan kejuruteraan ni memang tidak akan dapat ilmu ni dalam kuliyah di kampus. Terasa sangat luas ilmu Allah ni, sampai kita takkan termampu hendak pelajari kesemuanya.

Tapi sebahagian yang kami pelajari adalah ilmu fardhu ain yang wajib semua ketahui. Sebagai contoh, kami belajar kitab masalah masbuk muafik dan panduan solat berjemaah. Bila kita nak solat brjemaah ni, banyak yang perlu kita tahu. Bukan hanya sekadar niat mengikut imam, namun ada lagi syarat-syarat dan panduan yang perlu kita ketahui. Solat adalah tiang agama kita, oleh itu wajiblah untuk menuntut ilmu berkaitan dengannya secara dengan mendalam lebih teliti. Memang padan dengan fadhilat solat berjemaah sebanyak 27 kali ganda, kerna banyak perkara yang perlu diambil berat, kalau tidak akan gugur status berjemaah kita.



Yang paling penting kami dapat pelajari ilmu fiqh, kitabul haid. Sebagai muslimah, saya rasa wajib pada semua untuk menuntut ilmu fiqh ni. Di sini, kami di beri penerangan degan sedetail-detailnya. Segala permasalahan sebelum ni, semuanya sudah terjawab. Kami rasa kalau di tempat lain, kami takkan dapat ilmu-ilmu ni secara detail dan berlandaskan dari kitab-kitab yang sahih.

Memang tempat ni penuh dengan barakah. Terasa diri berada jauh dari hablul dunia. Mana tidak mananya, pelajar-peljar disini tdak di dedahkan dengan budaya-budaya luar yang akan merosakkan akidah mereka. Adab menghormati guru sangat di utamakan. Mungkin juga barakah dari guru-guru yang mengajar dengan hati yang ikhlas. Itulah penyebab utama yang menyebab ilmu yang disampaikan terus menusuk ke dalam hati-hati kami.

Namun setiap kebaikan yang mahu kita lakukan ada cabarannya. Kebetulan semasa saya dan sahabat-sahabat berada disini, cuaca tidak begitu baik, kerana berada di bulan tengkujuh. Terpaksa la kami meredah hujan dan banjir untuk pergi ke kelas. Kerana mengingatkan ilmu-ilmu ni sangat penting, kami sayang hendak ponteng kelas. Sampai ada di kalangan sahabat-sahabat yang batuk-batuk dan demam selesema.(termasuk la saya sekali =])



Apa yang menguatkan kami ialah ukhwah kami. Hanya disini kami berkesempatan untuk berada di dalam satu kelas. Kalau di kampus, masing-masing ambil course yang berlainan. Itulah yang membuatkan saya sangat bersyukur kerana berpeluang sekelas dengan sahabat-sahabat yang berlainan course. Kenagan ini tidak akan saya lupakan.

Walaupun hanya 10 hari disini, tapi terlalu banyak ilmu yang kami dapat. Kami berazam untuk menyambung lagi pengajian kami pada masa yang akan datang. Sampai ada sahabat saya memberitahu, “Nanti kalau ada calon suami, wajibkan dia untuk menuntut ilmu di pondok ni taw, paling kurang sebulan, lepas tu baru boleh kahwin”.Hehe..

Semoga apa yang diperolehi sepanjang pengajian kami disini, dapat kami gunakan dengan sebaiknya. Moga dapat juga istiqamah dengan apa yang lakukan disana, dengan solat dhuha, baca Al-quran, berzikir, baca Al-Mathurat, halaqah Al-Mulk sebelum tidur dan berqiamulail. Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat seperjuangan saya ni, banyak membantu semasa saya berada disana. Terima kasih juga kerana jaga adah masa adah demam.(lebih-lebih lagi Kak Ti,dia paksa makan ubat).huhu.Masa tu ada ketinggalan satu kelas, terasa rugi sangat tinggal kelas. Tapi sahabat-sahabat ada berkongsi dengan saya apa yang mereka pelajari tadi.

Selagi umur masih muda, carilah peluang untuk menuntut ilmu. Tidak kira ilmu apa yang sahaja. kerana menurut lecterur saya, Sir Sheroz, dalam subject Circuit Analysis dalam kelas baru-baru ni, ilmu kita mesti sama meningkat dengan umur kita. Dan pada suatu masa knowledge kita akan constant dan makin menurun apabila kita tua kelak. Oleh itu, ambillah peluang sebaik-baiknya untuk kita menuntut sebanyak ilmu yang mungkin.

Wallahu alam.

Ana alFakir Ilallah^_^

Wednesday, December 24, 2008

,,,>Makna Sebuah Pengobanan<,,,

Mungkin dah terlambat bila saya nak berbicara tentang pengorbanan..ye la, Hari raya Korban dah lama berlalu..10 Zulhijjah. Hari ni dah 25 Zulhijjah. Orang pergi haji dah balik kot. Walau macam mana pun, saya nak juga kongsi erti pengorbanan ni.

Bila terasa diri sangat sibuk dengan kerja yang bertimbun-timbun, selalu madah ‘tadhiyah’ diperdengarkan oleh sahabat untuk menguat diri kita semula. Baru-baru ni, kawan kesayangan saya ada juga menawarkan diri untuk berkorban. Saya sangat terharu dengan apa yang sanggup dia buat. Dia kata “if orang lain boleh berkorban, kenapa tak kita”.

Terlalu banyak erti pengorbanan yang boleh kita tafsirkan yang terdiri dari segala aspek. Bermacam-macam bentuk pengorbanan yang ada. Bagi saya, pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak yang sangat bermakna. Pengorbanan yang tiada nilai bandingannya. Walau pun anak-anak sudah besar, namun peranan mereka sebagai ibu bapa tetap tidak dilupakan.

ni baru lepas bersihkan rumah baru abang


Macam ma dan abah saya, terlalu banyak perngorbanan yang mereka lakukan. Selalu ma dan abah turun Terengganu, Kuala Lumpur nak jumpa anak-anak mereka. Adik-beradik saya, dua orang di Kuantan, dua orang di Terengganu (tapi sorang dah habis belajar,so dia duduk kat rumah), dua orang di Kuala Lumpur. Dulu, kadang-kadang saya ada juga jelous dengan kakak, dia balik ke Terengganu selalu ma dan abah hantar. Tapi sejak dua menjak ni, bila nak balik ke KL je, selalu abah hantar. Boleh kira berapa kali je saya balik dengan bas. Baru-baru ini abang saya di Puchong, terpaksa pindah rumah as soon as possible, sebab rumah yang dia sewa sekarang tuan rumah tu dah jual, dan orang yang beli rumah tu nak masuk rumah tu secepat mungkin. Alhmdulillah rezeki dia dapat dapat rumah lain. So kami adik-beradik yang ada di rumah di kerah tenaga oleh abah untuk menolong abang mengemas barang-barang rumah dia. Kak Fiza, isteri abang dah la sedang mengandung, mujur ada kami.

Ma dan abah ni pantang je dengar anak-anak mereka perlukan bantuan. Kalau terdaya, mereka akan tetap akan usaha untuk membantu. Begitulah, betapa besarnya pengorbanan mereka terhadap kami adik-beradik. Jutaan terima kasih buat Ma & Abah. Ketahuilah, lahir dari kemuliaan zuriat kalin beerdua, membuatkan kami terasa bagaikan menjadi insan paling bertuah di dunia ini. Redhailah kami menjadi anak-anakmu.

Begitu juga pengorbanan nabi kita Nabi Muhammad yang sangat besar bagi kita semua. Nikmat Islam yang kita perolehi hari ini adalah hasil berkat pengorbanan baginda. Oleh iu, kita memang sangat di galakkkan unuk sentiasa berselawat kepadanya.


p/s: maaf kalau post kali agak jauh tersimpang dari tajuknya dan tak tercapai maksudnya.asif jiddan.

*pertukaran untuk ganti nama dari “ana” kepada “saya” adalah untuk mengkaji mana yang lebih sesuai untuk menggantikan diri empunya blog yang sangat dhaif ini.
Ana Alfakir Illah^_^
Thursday, November 20, 2008

,,>Agar taubat diterima <,,,

Agar taubat diterima

Tiada manusia yang tidak melakukan kesalahan. Namun manusia yang terbaik adalah manusia yang menyedari kelemahan dan kesalahan dan bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Lalu bagaimanakah agar taubat seorang hamba diterima?

Agar taubat seorang itu diterima, maka orang tersebut perlu memenuhi tiga perkara :
1) Menyesal,
2) Berhenti darpada melakukan kesalahan dan dosa, dan
3) Bertekad untuk tdak mengulanginya.

Taubat tidak bererti tanpa didahului oleh penyelesalan terhadap dosa yang dikerjakan. Barabg siapa yang tidak menyesal maka menunjukkan bahawa ia suka dengan perbuatan tersebut dan menjadi petunjuk bahawa ia akan terus menerus melakukan perbuatan yang mendatangkan dosa itu. Tentu kita tidak percaya bahawa seseorang itu bertaubat sedang dia dengan senang hati masih melakukan perbuatan dosa tersebut? Untuk menghindari perbuatan dosa, hendaklah seseorang itu menanamkan sikap ikhlas, bersungguh-sungguh.

Jika dosa tersebut berkaitan dengan hak anak Adam, maka ada satu hal lagi yang perlu dilakukan, iaitu meminta maaf kepada pihak yang berkaitan, seperti meminta diikhlaskan, mengembalikan atau menggantikan suatu barang yang telah dirosakkan atau dicuri dan sebagainya.

Namun apabila dosa bersebut berkaitan dengan ghibah (mengumpat), qodzaf (menuduh orang berzina) atau semisalnya, yang apabila saudara kita tadi belum mengetahuinya (bahwa dia telah dighibah atau dituduh), maka cukuplah bagi orang yang telah melakukannya tersebut untuk bertaubat kepada Allah, mengungkapkan kebaikan-kebaikan saudaranya tadu serta sentiasa mendoakan kebaikan dan memintakan ampun untuk mereka. Sebab dikhuatirkan apabila orang tersebut diharuskan untuk berterus terang kepada saudaranya yang telah ia ghibah atau tuduh, justeru dapat menimbulkan perselisihan dan perpecahan di antara keduanya.

Apabila allah mengendaki kebaikan bagi hambaNya, maka Allah bukakan pintu taubat baginya. Sehingga ia benar-benar menyesali kesalahannya, berasa hina dan rendah hati serta sangat memerlukan ampunan Allah. Dan keburukan yang pernah ia lakukan itu menjadi penyebab turunnya rahmat Allah bagi orang tersebut. Sehingga syaitan akan berkata “Duhai, seandainya aku dahulu membiarkannya dan tidak menjerumuskannya ke dalam kancah dosa tentu ia tidak akan mendapatkan rahmat Allah dengan bertaubat”

Diriwayatkan bahwa seorang salaf berkata “Sesungguhnya seorang hamba boleh jadi berbuat dosa, tetapi dosa tersebut menyebabkannya masuk syurga.”Orang yang mendengar bertanya, “Bagaimana hal itu boleh berlaku?” dia menjawab, “Dia berbuat suatu dosa, lalu dosa itu sentiasa tertampang di hadapannya. Dia khuatir, takut, menangis, menyesal dan berasa malu kepada Rabbnya, menundukkan kepala di hadapanNya dengan hati yang khusyuk. Maka dosa tersebut menjadi sebab kebahagiaan dan keberuntungan orang itu, sehingga dosa tersebut lebih bermanfaat baginya daripada ketaatan yan banyak”. Wallahu alam.
Wednesday, November 19, 2008

,,,>Pengisian Musim Cuti??<,,,

Pengisian Musim Cuti??

Alhamdulillah..genap dua minggu ana bercuti hari ini. Apa yang ana dah lakukan? Agak lagho bila bercuti ni. Ye la, tak de matlamat yang jelas apa yang nak buat hari ini. Nak study? Nota pun tak de lagi(“,). Bila tiba weekend je, pergi kenduri walimah. Biasa la musim cuti sekolah kan. Next week, sepupu ana plak buat walimah dia. Tahniah ye Kak Ina. Moga bahagia dunia & akhirat. Amin.

Syukur kepadaMu Ya Allah, kerna dengan rahmat dan inayahNya dapat jua ana bernafas lagi hinga ke hari ini. Sepanjang cuti yang dah berlalu dua minggu ni, apa yang ana lakukan ye?? Erm…nantazir wa nara..

1. Berjaya menghabiskan dua buah novel yang ana baru beli. “Salju Sakinah” karya Zaid Akhtar. Ana beli novel ni sebab ana thiqah dengan penulis novel ni. Sebelum ni ana ada baca novel beliau yang sebelum ni, Sesegar Nailofar. Alhamdulillah sekarang ni sudah mudah unutk mencari novel-novel yang berunsur Islamik, kalau dibandingkan dengan dulu. Moga usaha-usaha murni ni dapat diteruskan dengan berkat dari Yang Maha Esa. Insya Allah. Novel kedua, “Tunggu Teduh Dulu” karya Faizal Tehrani. Novel ni dah bertahun ana cari. Masa ana form 5 dulu. Ana ingat lagi, bersama sahabat karib ana, Siti Zulaikha Che Nordin, kami setiap kalau berkunjung ke kedai buku, pastinya kami akan mencari novel ini. Alhamdulillah baru sekarang ana jumpa. Sebelum ni novel ini hanya dijual di laman maya. Baru-baru ini saja, baru keluar di pasaran. Kedua-kedua ni novel ni berkisarkan tentang kisah perjuangan seorang wanita Islam menempuh cabaran kehidupan. Sebagai pedoman menuju hidup yang penuh barakah sebagai muslimah sejati. Amin.

Erm, lagho betul ana ni. Buku novel cepat je ana habiskan, tapi kalau buku-buku haraki..Ya Allah, lama benar masa nak habiskan satu buku. Fatrah manusia kot, suka hiburan duniawi..Ya Allah, jauhkanlah kami dari tergolong dalam golongan tersebut. Tapi berhibur tiada salahnya. Semuanya bergantung kepada kita sama ada memilih yang mengikut syariat atau sebaliknya. Bak kata Raihan :
“Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah. Hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah”
Alhamdulillah Al-Quran dan Mathurat tidak dilupakan setiap hari. Insya Allah. Lepas ni Insya Allah ana nak habiskan Fiqh Al-Harakah Siri 3 karya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Siri 1 & 2 dah berjaya dihabiskan.(Habis baca je, tapi kalau tanya semula, tak tahu ingat ke tak lagi.hehe..).Insya Allah doakan ana istiqamah dengan pembacaan ana.

2. Alhamdulillah berjaya menyiapkan banner untuk blog seorang sahabat kesayangan ana, Nur Syahida Sujari namanya. Teringin plak ana nak bercerita tentang sahabat kesayangan ana ni. Ukhwah kami ukhwah fillah. Bertemu dan berpisah kami kerana Allah. Nanti la, ana buat post khusus untuk topic ukhwah kami..tunggu ye Sya(“,). Dah lama dah dia nyatakan hasrat dia pada ana. Cuma ana tak berpeluang nak buat banner tu. Alhamdulillah, hari ni ana berjaya siapkannya.(tapi tak tahu la Sya suka ke tak?huhu) Selesai satu permintaan. Ana tak boleh kalau ada orang harapkan sesuatu, tapi kita tak tunaikan hasrat tersebut. Itu bukan sifat orang mukmin. Mukmin yang berjaya sentiasa melaksanakan janji serta tanggung jawabnya dengan sehabis baik. Lebih-lebih lagi kalau hasrat tu datang dari orang yang kita sayang. Lagi la, bertambah semangat nak buat. Sama juga kita jika dibandingkan dengan hasrat dan tanggungjwab kita sebagai hamba Allah. Di mana kita tahu yang Allah Maha Penyayang kepada seluruh hambaNya. Ana cukup terkesan dengan lirik lagu ni. Memang tepat apa ada dalam lirik lagu ni.
“Bilaku sedari diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani, bilaku keliru ku ucap namaMu, terasa diriku semakin di pandu, Engkau yang pertama tiada akhirnya, aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya, izinkanlah aku menumpang di sini, di bawah naungan kasih dan sayangMu, ku beserah diri.”

3. Esok, Insya Allah, ana nak menziarahi adik-adik sekolah lama ana, Sekolah Menengah Agama al-Ihsan, Kuantan. Adik-adik ana ni sedang menhadapi peperiksaan SPM. Maan najah ye adik-adikku. Saje nak melawat, bagi pengisian rohani sikit pada adik-adik. Dah lama tak buat usrah dengan adik-adik. Sambil bagi pengisian buat adik-adik, tapi sebenarnya bagi pengisian buat diri sendiri juga, telinga yang paling hampir mendengar ialah telinga orang yang bercakap juga. Moga kita yang dah tamat sekolah, jangan lupa pada adik-adik di sekolah lama kita. Paling tidak pun, dapat juga kita sumbangkan sesuatu buat sekolah kita. Moga bait solehah dapat diteruskan di bumi Al-Ihsan. Amin.

4. Menyiapkan diri untuk menyucikan diri. Bangun malam juga salah satu cara untuk sucikan hati. Tapi tu la, sangat sukar untuk itsiqamah melakukan benda baik ni. Peranan sahabat pun penting dalam perjalanan menyucikan hati ni. Syukran jazilan diucapkan kepada Kak Su & Kak Jie yang tak jemu-jemu mengejutkan ana untuk berqiamulail. Terima Kasih Ya Allah kerana mengurniakanku sahabat-sahabat seperti ini. Ku brsyukur kepadaMu. Memang factor sahabat tu salah satu pemangkin untuk menuju ke jalan yang diredhaiNya. Tapi kalau diri sendiri yang berusaha, tak boleh juga. Hendak beribu daya, tak nak seribu dalih.

5. Tak lupa juga ana untuk membantu Ma dan Abah dirumah. Tolong Ma kemas rumah, basuh baju dan memasak. Abah plak selalu suruh tolong tengok computer dia. Ana membantu la apa yang termampu..^_^

Wa akhiran, moga cuti ini dapat kita memanfaatkannya sebaik mungkin. Macam-macam benda yang boleh kita buat dalam masa cuti. Setiap saat tu sangat berharga. Doakan ana moga dapat menuntut ilmu di tempat yang ana teringin sangat nak pergi dari dulu. Moga tercapai impian ana ini. Amin.
Saturday, November 8, 2008

,,,>Seindah Ukhwah Sebuah Pertemuan<,,,

Itulah yang dapat digambarkan bila ana teringatkan sahabat-sahabat sekelas ana dahulu. Kisahnya bermula di Pusat Matrikulasi UIA PJ. Sewaktu diri ini keseorangan di dalam suasana yang sangat asing. First class, Mathematic I dengan Sir Pasha. Ana ingat lagi waktu tu Sir suruh taaruf sorang-sorang. Masa tu la baru kenal sahabat-sahabat sekelas. Tapi masa first class tak ramai datang, mungkin sebab tak tahu venue dekat mana. Sebelum start kelas lagi kami di bahagian sisters dah berkenal-kenalan sesama kami. Ana ingat lagi waktu first time kenal Fauzun, Bahiah, Aini, ‘Izzah , Aisyah dan ramai lagi. Fauzun dan Bahiah yang paling peramah. Banyak mulut. (jangan marah ye..^_^)


Pada hari-hari yang mendatang kami sekelas menjadi rapat dan saling membantu antara satu sama lain. Selama 1 tahun setengah kami bersama menempuhi ranjau suka-duka hidup seorang pelajar di marik. Alhamdulillah ukhwah sahabat-sahabat yang sekelas di matrik dulu masih untuh dan kukuh sehingga ke hari ini. Setiap akhir sem, kami selalu makan sama-sama, macam jamuan kelas la. Kadang brothers ada pun ada join sekali. Tapi alhamdulillah batas-batas pergaulan nengikut syariat masih tidak diketepikan. Alhamdulillah masing-masing faham dan concerns dengan semua ni.

Alhamdulillah sampai ke main camp ukhwah kami masih lagi kukuh..berkat ukhwah di matrik dulu kot. Walaupun ada antara rakan sekelas kami yang telah melanjutan pelajaran di tempat lain. Ana rindu pada Robiah dan Nadia Hanin..Rubi tukar kulliyyah ke Mathematician di UIA Kuantan. Nadia pula terbang jauh ke Mesir, Kulliyyah At-Tibb disebuah university di sana.

Next semester kami akan majoring. Jadi masing-masing akan akan membawa haluan masing-masing. Sebab bila dah majoring ni, kami semua kebanyakkannya tak sama kelas. Yang mana sama majoring akan kemungkinan akan sekelas lagi. Fauzun ke Commucation, Aini ke Material, Bahiah ke Manufacturing, Izzah ke Mechatronics, Ana?? Alhamdulillah sama dengan Aisyah ke Computer & Information. Insya Allah Syah, kita berjumpa lagi next sem. Dengan Fauzun pun sama. Sebab Department kami sama. Walaupun kami majoring lain-lain, tapi kami tetap bangga menjadi Student Kulliyyah of Enginneering.

Terima kasih Ya Allah kerana telah menemukan kami. Kami bersyukur kepada Mu atas kurniaan sahabat-sahabat ini. Indahnya pertemuan dan perpisahan itu kerana Allah..
Memang dalam Islam sangat menggalakkan kita untuk bersahabat dengan orang yang dapat membawa kita jalan kebenaran. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana ana dipertemukan dengan mereka. Walaupun mungkin ada dalam certain perkara, tapi alhamdulillah semuanya ada fikrah masing.masing, mungkin methodology yang sedikit berbeza. Apa yang paling penting kami mempunyai tujuan yang sama iaitu memperjuangkan agama Islam yang tercinta dan menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w

Moga wasilah kita sebagai student Kulliyyah of Engineering dapat memberi sumbangan terhadap Islam walaupun sedikit. Moga cita-cita kita tercapai untuk menjadi Engineer yang beriman. Terima kasih sahabat, terima kasih atas segala-galanya…^_^


Dari belakang: aisyah, aini, rubi, aida, hasanah, ros, bahiah
Dari barisan kedua : nadia, 'izzah, liana, syuhadah, farhana, ain
Duduk : lisa, yun, syida, nazira
-gambar waktu kelas last physic lab II di SM Building. Kami budak engine..bukan medic ^_~ Future Islamic Engineer^_^

The latest ::: gambar-gambar kami outing lepas habis exam Calculus II yang memeningkan kepala.. Window shopping and release tension after we all out what we study before this. Sekali sekala keluar melihat ragam-ragam manusia di akhir zaman ini…Sepetang di Mid Valley...
-ana, yun ,’izzah & aisyah ^_^ -

:: Appreciation Grand Dinner ENGINIUS :: 17 Oktober 2008 :: Armada Hotel ::

-ni je gambar yang ana ada..yang lain ada dengan Kak Sabar, tapi Kak Sabar tak bagi ‘sedut’ lagi atas sebab tertentu,,dia bagi tengok je,,huhu,,,





,,,>Pengertian Hati<,,,






Di dalam kitab Imam al-Ghazali iaitu Ihya Ulumiddin menceritakan peihal kemahuan hati. adapun yang dikatakan kemahuan hati atau kecenderungan hati itu ialah mencintai Allah, mengenal Allah dan beribadah kepada Allah s.w.t dan juga kecenderunan hati itu ialah berhikmah.

Semua bentuk kemahuan dan kecenderungan hati ini adalah sifat semulajadi manusia yang juga merupakan perintah Allah s.w.t. Buktinya bahawa hati atau jiwa manusia ini cenderung kepada berhikmah, mengenal Allah dan beribadah kepadaNya ada dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran,


Ertinya :
“Bukankah aku ini Tuhan kamu? (Roh menjawab) Ya, bahwasanya kami naik saksi bahawa Kamu adalah Tuhan kami”
(Al-A’raf: 172)

Sebelum Allah s.w.t memasukkan roh kita ini ke dalam tubuh-tubuh kasar manusia, Allah s.w.t terlebih dahulu menanyakan kepada roh-roh tentang pengakuan Allah s.w.t sebagai Tuhan mereka. Apa yang dijawab oleh roh-roh itu jelaslah kepada kita bahawa kecenderungan hati naluri manusia untuk mengenali Allah dan beribadah kepadaNya memang sudah ada di dalam hati manusia sejak azali lagi.

Hal ini samalah kita ibaratkannya seperti rasa ingin makan dan minum yang ada pada diri manusia. Ia adalah fitrah yang telah sedia ada ketika manusia itu lahir ke dunia. Ia dikatakan fitrah adalah kerana tabiat itu tidak perlu dipelajari. Seperti anak-anak baru lahir, dia ingin minum dan makan tanpa diajar.

Cuma rasa ingin makan dan minum pada fitrah itu agak terbatas pada peringkat bayi kerana pada ketika itu mereka hanya sekadar inginkan minum susu sahaja. Setelah dia meningkat dewasa maka fitrahnya semakin luas dan kemahuannya juga turut berkembang.

Fahamlah kita bahawa rasa cinta kepada Allah s.w.t, rasa mengenal Allah dan ingin beribadah kepadaNya, semua itu lahir dengan sendirinya tanpa dipelajari ataupun diusahakan. Cuma yang perlu dipelajari ialah cara-cara bagaimana hendak menyembah Allah s.w.t atau mengadbikan diri kepada Allah s.w.t seperti sembahyang, berzikir, berpuasa dan sebagainya.



Jadi, jelaslah kepada kita bahwa tabiat semula jadi hati atau jiwa manusia adalah berhikmah, ingin beribadah kepada Allah dan mencintai Allah s.w.t. Hikmah disini iaitu suatu keadaan yang membuatan seseorang itu melakukan segala yang betul dan menghindari daripada kesalahan.

Hikmah itu pula adalah gabungan di antara ilmu, amal serta akal dan jiwa yang takut kepada Allah s.w.t. Manakala yang dimaksudkan dengan ibadah di sini ialah tunduk dan patuh segala perintah Allah s.w.t iaitu perintah suruh yang berbentuk fardu ain dan sunat dilakukan dan perintah larang yang berbentuk haram dan makruh di jauhi.

Kemahuan dan kecendurangan hati telah kita fahami sebagaimana yang telah kita huraikan tadi, tetapi tiba-tiba hati yang ingin mencintai Allah .s.w.t dan ingin beribadah menjadi bosan dan jemu untuk berbuat demikian. Ini sudah tentu ada sebab terjadinya gejala itu.

Dari sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Di dalam diri manusia ada seketul daging, jikalau daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak itulah hati”

Jelaskah kepada kita bahawa sifat-sifat yang terpuji itu datangnya dari hati yang baik. Kalau sifat ini baik, maka seluruh anggota kita seperti mata kita akan memandang perkara-perkara yang dibenarkan syariat, lidah kita akan memperkatakan sesuatu yang hak dan seumpamanya.

Sebaliknya, kalau hati itu jahat, maka hati itu akan membawa dan menghala anggota lahir kepada kejahatan. Dan setiap kejahatan itu adalah dimurkai oleh Allah s.w.t.

Hati yang baik itu tertanam dengan sifat-sifat ahmudah dan hati yang baik itu dikatakan pintu-pintu yang terbuka untuk ke syurga. Ini adalah kerana dari hati yang baik, akan mendorong manusia itu membuat perkara yang baik-baik. Maka seluruh anggota lahir manusia itu akan membuat baik sama ada kebaikan yang dilakukan itu ada hubungan dengan Allah s.w.t atau kebakan itu ada hubungan dengan manusia.

Setiap kebaikan dua hubungan ini, Allah sw.t akan membalasnya dengan nikmat syurga di akhirat kelak. Mereka akan mengecap nikmat syurga yang banyak. Wallahu a’lam.

Akan bersambung pada post seterusnya...>Siri Penaklukan Akhirat::Pedoman Menuju Hati Sejahtera<

Rujukan : Penawar Bagi Hati karya Abdul Aziz Ismail
Friday, November 7, 2008

,,,>Penawar Bagi H@TI<,,,

Penawar Bagi Hati

Hati adalah raja dalam diri manusia. Hati ialah tempat letaknya keyakinan seorang hamba terhadap tuhanNya. Hati juga sasaran syaitan untuk menyesatkan manusia. Hati yang baik sentiasa mencetuskan kedamaian dakn ketenangan dalam diri, keluarga dan masyarakat.

Oleh itu bagaimana untuk memiliki hati seperti ini? Tentulah Al-Quran dan Al-hadith sudah ada kaedah unruk mewujudkan hati-hati manusia yang mendorong mereka menenangkan kehidupan dan terhindar dari segala kekalutan. Hati tidak teringin kepada maksiat dan dosa. Hati yang tunduk dan patuh kepada kehendak Allah s.w.t itulah fatrah kepada semua hati-hati manusia.

Perjalanan orang-orang soleh zaman dahulu berusaha bermujahadah ke atas hatinya menempuh pelbagai kesusahan dan penderitaan. Namun kewajpan untuk memiliki hati yang murni dan luruh itu dilakukan dengan ‘Istiqamah’. Akhirnya mereka hidup dimuliakan Allah s.w.t dan kemudian mereka ditempatkan bersama para kekasihNya.

Segala-galanya bermula dari hati. Inilah yang perlu kita jaga dan awasinya. Kerana hati inilah yang akan menunjukkan kita jalan menuju Tuhan dan hati ini jugalah yang akan menyesatkan diri kita. Di sini, apa yang ana ingin sampaikan ialah kita perlu membersihkan hati kita dari segala noda dan dosa untuk memudahkan kita menerima teguran dan nasihat dari orang sekeliling kita. Kita memerlukan nasihat dan bimbingan orang sekeliling untuk kita.

Ana juga memerlukan bimbingan sahabat-sahabat semua untuk membersihkan hati dan menghijrahkan diri ke arah yang lebih baik. Moga sedikit usaha ini, memberi berkat dan panduan kepada semua untuk kita menjadi yang lebih baik,lebih soleh dan solehah dari semasa ke semasa.

Bukanlah mudah menyusuri jalan ini. Tetapi dengan ketabahan, insya Allah pasti akan diperolehi. Apa-apa yang benar diharapkan ialah keredhaan Allah. Ingin ana berkongsi prinsip hidup yang ana pegang selama ini. Sentiasa lakukan sesuatu dengan bersungguh dengan niat untuk mendapat keredhaan dariNya. Dan kata-kata hikmah yang menjadi cogan kata hidup ana “Tidak akan kau berperasaan gundah walau sekali, jika kamu tahu apa yang di cari?!”. Apa yang ana cari dalam hidup ini?? Apa yang kita cari ialah keredhaan Alah. Moga kita Berjaya menemuinya.

Hidup seorang remaja memang dahagakan perhatian bimbingan dan pedoman. Gelombang hiburan yang melampaui batas, budaya galak bercinta monyet, watak-watak pemberontakan dan derhaka, gejala malas untuk menggandakan usaha, ketandusan budi dan akhlak mewarnai sebahagian anak-anak muda hari ini.

Moga dicelah-celah kekalutan itu tetap ada insan-insan muda yang segar jiwanya, teguh prinsipnya dan luhur adabnya. Masih ada yang teguh mendakap iman dan sedia berkorban demi ummah dan agama. Segala-galanya bermula dari hati yang bersih. Hati yang bersih akan melahrikan insane yang kamil. Moga insan-insan muda itu masih wujud dan memainkan peranannya sebaik mungkin.

Insya Alah post yang seterusnya akan berkisar tentang hati. >Siri Penaklukan Akhirat::Pedoman Menuju Hati Sejahtera< Kepada sahabat-sahabat sekalian, bolehlah memberi pandangan dan teguran kepada ana. Moga apa yang kita usahakan memberi manfaat kepada semua. Insya Allah.


"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menyesatkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk. Dan berilah rahmat Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Memberi"


Ana Al-Faqir Ilallah ^_^

,,>Perjuangan Belum Selesai<,,

Selawat dan salam kepada orang yang mulia lagi diagung-agungkan, Rasulllah s.a.w. Dengan perjuangan dan pengorbanan baginda hingga ke saat ini dapat kita rasakan Islam dan Iman. Itulah permata yang bukan sembarangan. Permata yang dapat menyelamatkan kita dari penderitaan di dunia dan akhirat..

Inilah permata yang hendak kita gali dan cari tetapi bukan di dasar laut dan dasar bumi tetapi kita kena menempuhi jalan-jalan mujahadah yang dilalui oleh para salafusoleh zaman dahulu..insya Allah.

Alhamdulillah dengan limpah dan rahmatNya dapat jua ana mengharungi minggu-minggu yang sangat menggentingkan dengan jayanya. Semalam 6 November 2008 tepat jam 12 tengah hari ana bersama sahabat-sahabat perjuangan berjaya menamatkan paper final exam kami yang terakhir. Walaupun terasa agak kecewa dengan prestasi menjawab soalan Calculus II tadi, tapi hidup perlu diteruskan. Perjuangan perlu diteruskan. Tahniah diucapkan kepada semua kerana berjaya menamatkan Semester II 08/09 kita. Next semester kita semua dah second year. Selamat teruskan perjuangan. Perjuangan kita belum selesai. Masih jauh. Pelbagai mehnah dan tribulasi yang perlu kita tempuhi.

Terima kasih Ya Allah, terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk meneruskan hidup ini. Tanpa Mu, bagaimanalah kami..terima kasih juga diucapkan kepada Ma & Abah yang tidak jemu-jemu mendoakan anakandamu ini. Terima kasih juga kepada kakak-kakak dan abang-abang ana,sahabat-sahabat sekalian. Terima kasih atas doa kalian. Mungkin berkat doa-doa ini memudahkan segala perjalanan hidup ana. Syukran jazilan ala kulli hal.

Exam sudah berakhir. Semester baru akan bermula. Tapi sebelum mula semester baru result exam akan keluar. Tinggikan tawakkal kita kepada Allah. Banyakkan berdoa, semoga apa yang kita usahakan selama ini dirahmati dan diberkatiNya. Kami hanya berserah kepada Mu Ya Allah untuk menentukan apa yang terbaik kami. Amin Ya Rabbal Alamin..

“Ya Allah, sekiranya kegagalanku membawa fitnah pada Islam dan perjuangan, maka Kau cemerlangkanah aku dalam setiap perkara. Dan sekiranya kejayaanku membuatku jauh dari Islam dan perjuangan, maka Kau lebih berhak menentukan selayaknya untukku, kerana aku imani, tiada apa yang Kau takdirkan sia-sia melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya..amin”
Thursday, October 16, 2008

>,,Akhir Sem1 08/09,,<



Assalamualaikum kepada semua...



Alhamdulillah. Syukur ke hadratMu Ya Allah..Hari ni aku masih lagi bernyawa..Alhamdulillah dapat jua aku mencoretkan sesuatu di sini..Insyaallah.Agak lama rasanya ana tak menulis untuk blog ni. Mungkin kekangan masa yang tidak mengizinkan.



Minggu ni minggu yang agak sibuk buat ana. Minggu last before final exam.. Semua lecturer nak habiskan syllabus. Setiap hari kena study sebab ada quiz. Dah taw carry mark tak banyak mana, jadi kena la pulun quiz-quiz terakhir ni.. Moga-moga dapatlah tambah carry mark..amin..



Bila dah akhir sem ni, kena la submit projek-projek yang dapat masa awal sem hari tu tetap pada waktu dan ketikanya. Masa ni,barulah buat dissucion dengan sahabat-sahabat satu group..mujur la ana dapat sahabat-sahabat yang sangat membantu. Rasa macam ana ni tak bagi pape sumbangan pun. syukran jazilan ila Fauzun & Bahiah..=)



AGD ENGINIUS 08::17 Oktober 08::Armada Hotel,PJ..mula-mula ana tak terlibat dengan AGD ni, tapi atas permintaan seorang kakak, ana mewakafkan diri untuk menjadi Asst. Secretary..dah la busy dengan quiz, pastu kena buat surat invitation..maaf la kepada semua-semua Prof..esok lusa nak AGD, ana baru hantar invitation letter pada diorang. Asif jiddan. Pastu kena tebalkan muka untuk minta Fee and some sponsor..hehe.. Alhamdulillah lecterur-lecterur UIA ni semuanya bermurah hati.. May Allah bless us..



Wah...cepatnya masa berlalu..dah akhir semester1 dah? Bermakna next sem ana akan jadi second year..dah second year? Baru second year kan? Baru nak majoring..Computer & Infomation Engineering..moga tepat pilihan ini. Insya Allah. Banyak lagi subjek-subjek yang perlu dihabiskan, banyak lagi ilmu yang perlu dikutip, banyak mehnah & tribulasi yang perlu dilalui. sunnah orang berjuang..Ya Allah, Engkau permudahanlah segala urusanku..



Bermakna final exam dah dekat..dan final examination slip pun dah keluar. Maka tarikh-tarikh keramat bagi semester ni pun dah diketahui...Jadi, selamat study kepada semua. Do the best in final exam.



"Ya Allah aku jualkan sedikit pengorbananku untuk perjuangan agamaMu, berikan aku kejayaan dalam imtihan ini kerana aku yakin akan janjiMu, "intansurulah,yansurkum""- Mohon maaf atas kekhilafan diri ini.. Bittaufiq wannajah ^_^





18 Okt 08 Study Circle



24 Okt 08 Tilawah



28 Okt 08 Electronic



29 Okt 08 Islam: Knowledge And Civilization



1 Nov 08 Object Oriented Programming For Engineer



5 Nov 08 Dynamics



6 Nov 08 Calculus II








7 Nov 08 Kemas bilik..balik Kuantan..^_^
Tuesday, October 7, 2008

,,,>Sekuntum Kemboja Yang Gugur<,,,

...Sekuntum Kemboja Yang Gugur...

Biar luput dari pandangan
Tidak pupus dalam ingatan
Kehilangan sebutir bintang
Di persada perjuangan menjadi kenangan

Terlukis senyuman manismu
Tergambar senda gurauanmu
Tuhan lebih menyanyangimu
Menjemputmu pergi terlebih dahulu

Bersemadi jasadmu yang kaku
Diiringi gerimis yang sendu
Air mata tak terbendung lagi
Menangisi perpisahan ini

Di pagi hari yang mulia
Dikunjungi teman dan saudara
Bersama harapan dan doa
Moga berbahagia di negeri yang baqa’


Sekuntum kemboja yang gugur
Menemanimu di pusara
Biar detik dan musim berlalu
Hingga kini tiada pengganti

Oh Tuhan,cucurilah rahmat ke atas rohnya
Dan tempatkanlah dia di sisi hamba-hambaMu yang bertaqwa
Tempat yang telah Engkau janjikan nikmat untuk hamba-hambaMu

,,,>Salam Eid Mubarak<,,,

...Salam Eid Mubarak...

Masih basah dilipatan rasa
Walau tanah pusaranya gersang di pandangan mata
Siapakah yang masih sudi berkongsi rasa
Paada sebuah kehilangan yang tiada gantinya
Ketika segalanya meriah di Aidilfitri
Hati ini masih begini masih teringat
Dia yang pergi…

Allah ciptakan hati untuk mengingat
Dan ada hati yang lebih kuat mengingat dari hati yang lain
Dan hati ini yang masih mengingat
Walau jauh terasa dekat
Walau tidak terjangkau mata
Tapi tetap diambau rasa
Biarlah orang lain lupa
Tapi hati itu takkan

Justeru bagai semalam segalanya bermula
Sahabatku..itulah bicara hati tanpa kata
Bagaimanakah kau disana?
Kami disini beginilah seadanya
Hanya mampu menghulurkan setangkai doa
Salam murni dari hati di Aidilfitri
Salam rindu dari sendu di Aidil walfaizin
Tunggulah lebaran demi lebaran
Kami tentu menyusulimu nanti…

Ramadhan yang pergi banyak membawa erti kepadaku. Berturut-turut berita kematian daku terima sejak dari awal bulan Ramadhan baru-baru ini. Kematian ayah seorang sahabat,kematian saudara jauh dan baru-baru ini kematian seorang sahabat. Kehilangan yang tiada gantinya.

Luahan rasa khas buat Allahyarhamah SITI HAJAR BINTI IZHAM…permergian yang tiada ganti..permergian yang memberi sejuta pengajaran buat diriku. Membuatkan diriku memikir sejenak bagaimanakah keadaan diri kita ketika malaikat jibril datang menjemput kita? Adakah kita berada dalam keaadaan husnol khatimah? Wallahu alam..hanya Dia yang mengetahui.

8 Ramadhan 1429H/8 September 2008,tarikh keramat..tarikh pemergian seorang insan yang jiwa kental,bersemangat juang. Kak Hajar,segala nasihat-nasihatmu masih kami ingat dan akan terus mengingatinya..kami tak akan lupa..RAMADHAN yang sangat istimewa tahun ini telah berlalu meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hati kami..moga-moga bertemu lagi di tahun hadapan..

8 Syawal 1429H/8 Oktober 2008..sebulan Kak Hajar meninggalkan kami..tarikh ini juga, jika dirimu masih disisi kami..maka genaplah umurmu 23 tahun..Sanata Helwah,Kak Hajar! Masih muda,tapi Tuhan lebih menyayangi mu..menjemputmu pergi terlebih dahulu.. moga dirimu dicucuri rahmat, ditempatkan disisi hamba-hamba yang bertaqwa..amin..

Syawal yang menjelma, hendaklah disambut dengan gembira dan penuh kesyukuran. Alhamdulillah masih lagi bernyawa pada Syawal kali ini..namun dalam kemeriahan ini jangan kita lupa, jangan kita leka. Apa yang kita amalkan di bulan Ramadhan, janganlah kita lupakan dan tinggalkan begitu saja. Moga menjadi permulaan bagi kita untuk beramal dan istiqamah dengan apa yang amalkan di bulan Ramadhan.Insya Allah.

Ya Allah,ampunilah dosa-dosa hambaMu ini. Moga Ramdhan yang berlalu memberi manfaat bagiku dan semoga Syawal yang mendatang memberi makna yang berharga..moga ber temu lagi di tahun hadapan Ya Ramadhan..

Izinkan kedua tangan bersimpuh maaf untuk lisan yang tak terjaga, janji yang terabaikan, hati yang brprasangka dan sikap yang pernah menyakitkan. Diri ini terlalu kerdil untuk menzahirkan kesempurnaan.. salam Aidil fitri..minal aidilwalfaizin..
Sunday, September 7, 2008

,,,>Lailatul Qadr : The Night of Power <,,,


Lailatul Qadr : The Night of Power


Qadr means honour and dignity. Lailatul Qadr means the night of honour and dignity. It is this night in which the first Divine Revelation came to the Prophet sallalahu alayhi wasallam, when he was in prayer in the cave of Hira. Since this night enjoys the honour of having the first revelation brought to the Prophet sallalahu alayhi wasallam, it has been named Lailatul Qadr.


This is one of the holiest and most blessed nights, which is likely to occur on one of the odd nights on the last ten days of Ramadhan and most likely to be the 27th. The reward of worship on this night is better than the worship of a thousand months of worship, equivalent to a person's lifetime. So, on this night one should pray nafil namaz, recite the Quran, do Tasbih, Zikr, Duas, etc as much as possible.


This night had already opened its gates of treasures when the angel for the first time had come with the Divine Message in the cave of Hira, but its auspiciousness has continued to be with us permanently. Every year in the month of Ramadhan, this night is given to the Ummah. Muslims engage in prayers, recitation of Quran and praying to Allah, as the Prophet sallalahu alayhi wasallam said: "The person who offered prayers to Allah in the night of Dignity with faith and with hope of reward from Allah, all his past sins have been forgiven." (Bukhaari)


As the rainy season is suitable for farming, similarly for the attainment of nearness to Allah, specific times , specific days and specific nights are most suitable, e.g. the time of Tahajjud prayers, Friday prayers, month of Ramadhan, the Day of Arafah, etc. So also the Night of Power is the most suitable night for attaining nearness to Allah.


In the Hadeeth, we have been asked to seek it in the last ten nights of the month of Ramadhan. Hazrat Aa'ishah radhiyallahu anhaa narrates that the Messenger of Allah sallalahu alayhi wasallam has said, 'Seek the night of Dignity in the odd nights of the last ten days of Ramadhan'.(Bukhaari).


By odd nights, the reference is made to the 21st, 23rd, 25th, 27th, 29th night of the month of Ramadhan. No one night has been fixed so that the yearning to find it may increase and people may spend more nights in worshipping Allah. From this aspect, the importance of `Itikaaf (seclusion) during the last ten days of Ramadhan is clear.

Friday, September 5, 2008

,,,>Andaiku Tahu Ini Ramadhan Terakhir<,,,

Andaiku Tahu Ini Ramadhan Terakhir


Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri

Wahai qalbu,sedarkah engkau akan gerak hati

Wahai aqal,terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi


Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali

Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi

Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi

Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi

Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....


Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu siangnya aku sibuk berzikir

"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"

[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]

Biarpun anak tekakku kering kehausan air

Tentu aku tak akan jemu melagukan syair

Rindu mendayu..Merayu...

Kepada-NYA Tuhanku yang satu...


Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu solatku dikerjakan di awal waktu

Solat yang dikerjai...Sungguh khusyuk lagi tawadhu'

Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri

Mengadap Rabbul Jalil...Menangisi kecurangan janji

"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"

[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku..

kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]


Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir

Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu

Setiap masa tak akan dipersia begitu saja

Di setiap kesempatan juga masa yang terluang

Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu malammu aku sibukkan dengan Berterawih...

Berqiamullail...

Bertahajjud...

Mengadu...

Merintih...

Meminta belas kasih....

"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


Oleh itu duhai Ilahi...

Kasihanilah daku hamba-MU yang...

Hina..

Dhaif..

Jahil..

Lagi Banyak Dosa ini..

Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..

Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..

Moga ku istiqamah di ramadhan ini..

ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR………

dpetik dr : www.iluvislam.com
Friday, August 15, 2008

,,,>Kita Yang Terlalu Sibuk<,,,

KITA YANG TERLALU SIBUK

oleh: Faridul Farhan Abd Wahab
“Tuhan,terlalu hinakah diriku untuk menjadi tetamu “rumah” Mu?”


سَيَقُولُ لَكَ الْمُخَلَّفُونَ مِنَ الْأَعْرَابِ شَغَلَتْنَا أَمْوَالُنَا وَأَهْلُونَا فَاسْتَغْفِرْ لَنَا ۚ
يَقُولُونَ بِأَلْسِنَتِهِمْ مَا لَيْسَ فِي قُلُوبِهِمْ ۚ
قُلْ فَمَنْ يَمْلِكُ لَكُمْ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا إِنْ أَرَادَ بِكُمْ ضَرًّا أَوْ أَرَادَ بِكُمْ نَفْعًا ۚ
بَلْ كَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

“Orang-orang “A’raab” (kaum Arab Badwi) yang ketinggalan tidak turut (bersama-sama denganmu ke Hudaibiyah), akan berkata kepadamu (wahai Muhammad): Kami telah dihalangi oleh urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isteri kami; oleh itu, pohonkanlah ampun kepada Allah untuk kami. Mereka berkata dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Katakanlah (wahai Muhammad: Jika demikian sebab ketinggalan kamu) maka adakah sesiapa yang berkuasa mempertahankan kamu daripada terkena atau menerima sesuatu ketetapan dari Allah jika Dia tetapkan kamu ditimpa bahaya atau beroleh manfaat? (Tidak ada sesiapapun dan apa yang kamu katakan itu bukanlah menjadi sebab) bahkan Allah adalah Maha Mendalam pengetahuanNya tentang sebab ketinggalan yang kamu lakukan itu (dan Dia akan membalasnya).” (Surah al-Fath [48]:11)

Perkataan شَغَلَتْنَا menurut terjemahan yang saya ambil daripada website guidedways.com di atas, ialah dihalangi. Di dalam lain-lain al-Quran terjemahan, ia turut diterjemahkan sebagai rintangi, iaitu harta dan anak-anak telah merintangi orang-orang ini daripada turut serta di dalam perjuangan membela Islam. Di dalam kamus Marbawi, perkataan شَغَلَ ini turut bererti “pekerjaan-pekerjaan” atau dalam istilah mudahnya, “sibuk”.

Ertinya -berdasarkan kaedah tafsir “al-ibrah bi umumil lafaz la bi khushushil asbab” pelajaran itu diambil secara umum/untuk semua kes, bukan untuk kes-kes tertentu sahaja (iaitu waktu turunnya ayat sahaja)- ALLAH telah menggambarkan betapa di masa hadapan, seperti perkataan “sa” yang disebutkannya di awal ayat ini (lain-lain perkataan seumpamanya ialah “saufa”) bahawa kelak orang-orang yang tidak turut sama berjuang, tidak turut sama mempertahankan islam, tidak turut sama menyumbang kepada perjuangan Islam, akan memberikan alasan bahawa kesibukan kerjaya (harta) menyebabkan punca ia tidak bisa menyumbang di hari kerja, dan kesibukan menguruskan keluarga (anak-anak) menjadi sebab ia tidak bisa turut sama di hari minggu/cuti.

Ertinya ALLAH SWT sudah sedia maklum, betapa mereka yang mengaku kononnya ia Islam, kononnya ia sayangkan Islam, kononnya ia ingin Islam didaulatkan, akan mengeluarkan alasan “saya sibuk” atau “saya ada kerja lain(ada hal lain)” dan sebagainya, setiap kali Islam memerlukan khidmat dan peranan daripadanya. Persoalannya, benarkah kita terlalu sibuk? Mari kita lihat seketika contoh teladan kita Nabi Muhammad SAW yang mulia.

Menurut sesetengah riwayat, sepanjang hayat baginda Nabi SAW, telah terjadi peperangan (jihad) melibatkan umat Islam sebanyak 68 kali. Daripada bilangan itu, 28 peperangan disertai bahkan dipimpin langsung oleh Nabi SAW.

Satu hal yang harus diingat, peperangan di dalam sejarah Islam hanya terjadi pada period Madinah, bererti 10 tahun terakhir kenabian. Ertinya, jika diambil secara purata, 28 peperangan sepanjang tempoh 10 tahun bererti dalam setahun, 3 kali Nabi SAW berangkat berperang, atau 4 bulan sekali.

Harus juga diingat, di zaman itu, tidak ada kereta kebal, tidak ada jet pejuang, tidak ada lori tentera, dan sebagainya. Bahkan, masa perjalan pun untuk pergi balik ke medan peperangan bisa memakan masa seminggu. Maka bayangkanlah, waktu bila para sahabat ini bekerja untuk mencari rezeki?

Bukankah nabi SAW juga seorang suami yang ada hak untuk ditunaikan kepada isterinya? Bukankah nabi SAW juga seorang ayah yang ada hak untuk ditunaikan kepada anak-anaknya? Bukankah nabi SAW juga seorang “wakil rakyat” (pemimpin yang ada hak untuk ditunaikan kepada rakyat dan orang bawahannya? Bukankah nabi SAW juga seorang ustaz/daie yang ada hak untuk ditunaikan kepada umatnya?

Tapi, dengan segenap kesibukan itu, bahkan Michael J. Heart sendiri terpaksa akur betapa Muhammad SAW adalah the most influential person, mengatasi jesus yang dianggap oleh Heart sebagai Tuhannya. Ertinya, bagaimana Nabi kita yang mulia menguruskan kesibukan-kesibukannya?

Tuan-tuan yang mulia,
Kita ada saudara baru bersama kita (cleaner kita), tidak bolehkah setiap daripada kita luangkan dalam 2 minit untuk menceritakan Islam kepadanya? Kita ada sahabat non-Muslim disekeliling kita, tidak bolehkah kita usahakan dan fikirkan bagaimana strategi terbaik mahu memperkenalkan Islam kepada mereka? Kita tahu bahawa Islam difitnah lewat filem “Fitna”, tidak bolehkah kita usahakan menjawab segala tuduhan itu?

Jangan sampai ALLAH menempelak kita lantaran alasan sibuk kita, setelah nikmat dunia itu sendiri tidak hanya diperoleh melalui hasil usaha kita, tetapi juga dengan izin dan belas kasih daripada-Nya. Bersyukurlah dengan cara menyumbang kepada Islam, moga ALLAH tambahkan nikmat-Nya buat kita.

,,,>12 Sya'ban 1408H<,,,

12 Sya'ban 1408H

Alhamdulillah..tarikh keramat buat diriku..selama 21tahun hidup di dunia ini.(kalau ikut bulan Islam). Semoga dapat ku harungi hidup ini dengan limpah rahmat kasih sayangNya..Ameen ^_^






"Sesungguhnya dunia ini hanyalah untuk dilalui dan bukan untuk diramaikan. Hal itu tentunya telah Anda ketahui dan pahami. Apa yang dicapai oleh orang-orang yang sangat cinta dunia hanyalah akan menyakitkan badan dan merosak agamanya. Jika Anda tahu akan hal itu, kemudian Anda meratapi hilangnya sesuatu yang tidak sepatutnya Anda miliki, maka kesedihan itu akan menyeksa Anda, kerana kelak Anda akan mengetahui maslahat di balik kehilangan itu. Bersabarlah menerima kesedihan itu sebagai balasan kini, agar Anda selamat dari seksa yang datang kemudian." (ImamIbnu al-Jauzy)
Saturday, August 9, 2008

,,,>Menginstall Iman Akibat Virus Merah Jambu<,,,

Menginstall Iman Akibat Virus Merah Jambu..


by: xbgsx7



ini virus. nama dia T4. virus merah jambu, bagaimana pula?


Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?

Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.

Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.

Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program- program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha- Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat `hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Me-nombor-satu-kan cinta pada sesama manusia, dan me-nombor-dua-kan cinta pada Ilahi. Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya?

Yang mesti kamu lakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan CD anti-virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli CD installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc.
Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan tenang..
Thursday, August 7, 2008

,,,>Iman Itu Sinusoidal<,,,

IMAN ITU SINUSOIDAL



Oleh: Faridul Farhan Abd Wahab



Assalamualaikum warahmatuLLAH…
Ditengah-tengah ketension kita, kegusaran kita, kegundahan kita, dan ada sesetengah orang, dalam detik-detik exam ini merasa semacam keseronokan (Penggawa Lembaran contohnya, rujuk “Wasszup Lembaran” terbitan MPDL pada ruangan “Ape kate penggawa?”), izinkan ana menghiburkan kalian, dengan suatu catitan yang sangat berkaitan, sangat bertepatan, sangat relevan dengan kondisi iman yang sedang kita rasakan (atau tak rasa langsung?) pada masa-masa sebegini.


Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH,Daripada beberapa hadith Rasulullah S.A.W, dan daripada beberapa perbahasan para ulama’, dapat kita simpulkan bahawa sesungguhnya iman yang menyelaputi diri manusia bukanlah dalam bentuk DC current, sebaliknya mengambil bentuk AC current. Ertinya iman kita adalah sinusoidal, maka wajarlah andainya terkadang kita merasakan betapa rindunya kita akan majlis ilmu, betapa dahaganya kita akan nasihat yang baik, dan betapa kotornya kita hingga malu melafazkan kecintaan pada Pencinta Agung kita ALLAH Rabbul Izati, sedang pada masa yang lain kita merasa betapa seronoknya kemaksiatan, betapa lazatnya hiburan, betapa manjanya kemalasan. Maka hal yang demikian wajar, kerana bentuk iman kita sememangnya sedemikian.


Mungkin ada yang berhujah, terutamanya golongan yang rosak aqidahnya, terpesong fikrahnya, tertutup mata hatinya, bahawa ALLAH itu zalim, kerana dengan segala kekuatan dan kekuasaan yang ada pada-Nya, Ia sengaja menciptakan iman kita sinusoidal walhal boleh saja Ia menjadikan iman kita suatu garis lurus yang tak berubah-ubah, tak naik turun, tak pasang surut (seperti mana iman para malaikat!). Memang benar ALLAH boleh saja menjadikan iman kita dalam bentuk DC current, semua kita sama, takde perubahan, takde pergeseran… bahkan wajah kita, peribadi kita, kalau seandainya semua sama, tentu barulah adil namanya. Cuma ana amat tertarik dengan jawapan “Atuk” dalam kisah “Aku Budak Minang”: kalau seandainya semua kita sama, maka tak meriahlah dunia ni!! (sila rujuk buku “Aku Budak Minang” karya Ujang terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd, atau cerita bersirinya dalam majalah GILA-GILA).

Bahkan benar apa yang dikatakan oleh Atuk tadi, kerana al-Quran al-Karim juga menukilkan yang sedemikian.

“Dan kalau ALLAH menghendaki, nescaya ALLAH jadikan mereka umat yang satu, tetapi Dia memasukkan orang-orang yang dikehendaki-Nya ke dalam rahmat-Nya. Dan orang-orang yang zalim tidak ada bagi mereka seorang pelindung pun dan tidak pula seorang penolong” (Surah 42:
Pak HAMKA dalam tafsir al-Azharnya berkomentar, bahawa di sinilah terpampang kebijaksanaan ALLAH Ta’ala. Kata Pak Hamka, “Dia bisa menjadikan ummat manusia umat yang satu. Tetapi kalau ini terjadi, kendurlah perjuangan manusia untuk memperjuangkan kebenaran. Kalau semua sudah benar saja, tidak ada yang salah, tidaklah dapat lagi manusia mencari perbandingan…”


Bahkan pada ayat yang lain, yang turut sama menceritakan soal ini, tepatnya ayat pada surah Hud[11]:118-119, Pak Hamka mengulas, kalau ada manusia yang ingin disama ratakan di dunia ini (dan memang ada, itu yang wujud puak ‘free-thinker’ tu. Kalau ana, lebih baik jadi ‘thinker berbayar’, dapat duit hasil royalti berfikir. Tak gitu? Hai…dunia hari ni mana ada free oii…), semuanya pintar pergi ke bulan, semuanya pintar menyelami lautan, semuanya sama pintar mencipta mobil dan televisi, atau semuanya nak jadi engineer lain sebagainya, maka siapa pula yang nak jadi kuli bataknya?? Siapa pulak yang nak jadi tukang gunting rambutnya?? Siapa pula yang nak jadi tukang tenun (tukang buat baju…bukan tukang “tenung” ) yang menjahit baju-baju kita?? Maka benarlah kata Atuk tadi; “Tak meriahlah dunia!!” Maka lantaran iman turun naik itulah, kita berupaya dan berpotensi menjadi sebaik-baik makhluk, kerana dalam ketidak-tentuan iman itu, tetap saja kita dapat bangun gah membelahi rimba kehidupan. Bahkan bagi yang mempersoalkan hal tadi, kita jawab gini: Hampir semua perkakas elektrik kita di rumah guna AC current. Maka bila iman kita AC, “perkakas” elektrik di sekeliling kita dapat mengambil manfaat yang besar!!!


Ikhwah dan akhawat yang dikasihi kerana ALLAH,Walaupun iman kita “Yazid wa yankus” (turun dan naik), tapi seharusnya hakikat turun naiknya iman kita bukan sekadar berbentuk sinusoidal, tetapi juga dalam bentuk “eksponen menaik” (atau exponential ascend bahasa engineeringnya). Ertinya bahawa walaupun turun naik, tetapi pada hakikatnya iman kita saban hari saban waktu meniti suatu puncak yang tak terjangkau dengan kata-kata, tak tergambar dengan kamera, tak terakam oleh recorder, nak menunjukkan betapa mabuknya kita dengan kemanisan iman, kehangatan ibadah, kelazatan aqidah, sehinggakan kita berada pada “maqam” yang tak mungkin terjangkau oleh orang yang bibirnya tak pernah minum air dari telaga keimanan dan rohnya tak pernah mandi dalam lautan tarbiyyah…..

Tapi bila iman kita berbentuk eksponen menaik, timbul satu masalah baru buat kita. Kerana bila saja graf sinusoidal berumuskan formula eksponen, graf itu bukan saja akan eksponen menaik pada separuh kitar positifnya, tetapi juga akan eksponen menurun pada kitar negatifnya (bagi yang tak belajar ilmu jentera ni, kena tanya bebudak engineeringlah…. Suruh dema lukis graf. Kalau idak tak paham nanti). Maka takkan kita nak biar iman kita jadi begitu? Naik berpada-pada, turun pun berpadi-padi?? (Nota: penggunaan perkataan ‘berpadi-padi’ tidak dibenarkan dalam penggunaan formal. Tetapi untuk artikel ini, dimaafkan –Dewan Bahasa dan Bahasi). Itu bukan lagi “Yazid wa yankus”, tapi dah bertukar jadi “Yazid wa yan kuch kuch hota hei”. Maka apa yang perlu kita buat?? Di sinilah gunanya “rectifier”, atau tepatnya “full wave rectifier”, di mana rectifier ini akan mem’positifkan’ gelombang negatif tadi, menyebabkan iman pada kitar negatif itu terhapus menjadi positif, dan titik minimumnya berada pada sifar. Maka menyentuh mengenai iman kita, harus juga kita mencari semacam rectifier, guna memastikan hubungan kita dengan Ilahi Rabbi tetap terpelihara, terus terjalin dan masih terungkap dalam suatu telenovela yang indah.


Itulah peranannya yang namanya mutabaah! Bacaan al-Quran harian kita. Tahajud kita. Solat berjemaah kita. Istighfar kita. Zikir-zikir kita. Semua ibadah-ibadah ini merupakan suatu suntikan imunisasi yang dapat menjadikan diri kita ‘kebal’ terhadap segala macam ganggu-gugat, provokasi mahupun iklan-iklan yang dipampangkan oleh penaja rasmi bernama Syaitan. Benarlah firman ALLAH Ta’ala di dalam al-Quran;


“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepada.mu, iaitu al-kitab dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegar dari (perbuatan) keji dan munkar..” (Surah 29:45)
Tetapi kemudian ada pula yang berhujah, tetap saja bila kita down, iman kita turun ke tahap kosong volt. Itu mudah saja. Pada osiloskop iman kita, kenapa tidak kita naikkan titik reference nya kepada 5 volt misalnya, ertinya walaupun iman kita down, tetapi tetap saja minimum al-Quran yang kita baca 5 Juz misalnya berbanding 7-8 Juz pada waktu-waktu biasa, tahajud kita memadai 2 rakaat pada masa-masa duka, berbanding 6-8 rakaat di masa suka, istighfar kita 70x sehari di masa, di waktu tension, berbanding 100x dan lebih diwaktu dihadapan ALLAH kita mahu memberikan ‘first-impression’, kerana inilah sebenarnya yang kita mahukan daripada hidup kita, inilah sebetulnya yang kita mimpikan dalam cita-cita kita, inilah seharusnya yang kita karangkan dalam amalan hidup kita, sebuah catatan kehidupan yang dinukilkan menggunakan tinta keikhlasan, di atas hamparan kertas kesolehan, guna dipublish di warta ketaqwaan.
Begitulah barangkali graf iman kita….. mudah-mudahan tidak berlaku ‘short-circuit’ ketika memintal litarnya.


p/s: Penulis boleh dikunjungi di http://www.faridul.blogspot.com/.

,,^Sharing Is Caring^,,