Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Friday, August 15, 2008

,,,>Kita Yang Terlalu Sibuk<,,,

KITA YANG TERLALU SIBUK

oleh: Faridul Farhan Abd Wahab
“Tuhan,terlalu hinakah diriku untuk menjadi tetamu “rumah” Mu?”


سَيَقُولُ لَكَ الْمُخَلَّفُونَ مِنَ الْأَعْرَابِ شَغَلَتْنَا أَمْوَالُنَا وَأَهْلُونَا فَاسْتَغْفِرْ لَنَا ۚ
يَقُولُونَ بِأَلْسِنَتِهِمْ مَا لَيْسَ فِي قُلُوبِهِمْ ۚ
قُلْ فَمَنْ يَمْلِكُ لَكُمْ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا إِنْ أَرَادَ بِكُمْ ضَرًّا أَوْ أَرَادَ بِكُمْ نَفْعًا ۚ
بَلْ كَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

“Orang-orang “A’raab” (kaum Arab Badwi) yang ketinggalan tidak turut (bersama-sama denganmu ke Hudaibiyah), akan berkata kepadamu (wahai Muhammad): Kami telah dihalangi oleh urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isteri kami; oleh itu, pohonkanlah ampun kepada Allah untuk kami. Mereka berkata dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Katakanlah (wahai Muhammad: Jika demikian sebab ketinggalan kamu) maka adakah sesiapa yang berkuasa mempertahankan kamu daripada terkena atau menerima sesuatu ketetapan dari Allah jika Dia tetapkan kamu ditimpa bahaya atau beroleh manfaat? (Tidak ada sesiapapun dan apa yang kamu katakan itu bukanlah menjadi sebab) bahkan Allah adalah Maha Mendalam pengetahuanNya tentang sebab ketinggalan yang kamu lakukan itu (dan Dia akan membalasnya).” (Surah al-Fath [48]:11)

Perkataan شَغَلَتْنَا menurut terjemahan yang saya ambil daripada website guidedways.com di atas, ialah dihalangi. Di dalam lain-lain al-Quran terjemahan, ia turut diterjemahkan sebagai rintangi, iaitu harta dan anak-anak telah merintangi orang-orang ini daripada turut serta di dalam perjuangan membela Islam. Di dalam kamus Marbawi, perkataan شَغَلَ ini turut bererti “pekerjaan-pekerjaan” atau dalam istilah mudahnya, “sibuk”.

Ertinya -berdasarkan kaedah tafsir “al-ibrah bi umumil lafaz la bi khushushil asbab” pelajaran itu diambil secara umum/untuk semua kes, bukan untuk kes-kes tertentu sahaja (iaitu waktu turunnya ayat sahaja)- ALLAH telah menggambarkan betapa di masa hadapan, seperti perkataan “sa” yang disebutkannya di awal ayat ini (lain-lain perkataan seumpamanya ialah “saufa”) bahawa kelak orang-orang yang tidak turut sama berjuang, tidak turut sama mempertahankan islam, tidak turut sama menyumbang kepada perjuangan Islam, akan memberikan alasan bahawa kesibukan kerjaya (harta) menyebabkan punca ia tidak bisa menyumbang di hari kerja, dan kesibukan menguruskan keluarga (anak-anak) menjadi sebab ia tidak bisa turut sama di hari minggu/cuti.

Ertinya ALLAH SWT sudah sedia maklum, betapa mereka yang mengaku kononnya ia Islam, kononnya ia sayangkan Islam, kononnya ia ingin Islam didaulatkan, akan mengeluarkan alasan “saya sibuk” atau “saya ada kerja lain(ada hal lain)” dan sebagainya, setiap kali Islam memerlukan khidmat dan peranan daripadanya. Persoalannya, benarkah kita terlalu sibuk? Mari kita lihat seketika contoh teladan kita Nabi Muhammad SAW yang mulia.

Menurut sesetengah riwayat, sepanjang hayat baginda Nabi SAW, telah terjadi peperangan (jihad) melibatkan umat Islam sebanyak 68 kali. Daripada bilangan itu, 28 peperangan disertai bahkan dipimpin langsung oleh Nabi SAW.

Satu hal yang harus diingat, peperangan di dalam sejarah Islam hanya terjadi pada period Madinah, bererti 10 tahun terakhir kenabian. Ertinya, jika diambil secara purata, 28 peperangan sepanjang tempoh 10 tahun bererti dalam setahun, 3 kali Nabi SAW berangkat berperang, atau 4 bulan sekali.

Harus juga diingat, di zaman itu, tidak ada kereta kebal, tidak ada jet pejuang, tidak ada lori tentera, dan sebagainya. Bahkan, masa perjalan pun untuk pergi balik ke medan peperangan bisa memakan masa seminggu. Maka bayangkanlah, waktu bila para sahabat ini bekerja untuk mencari rezeki?

Bukankah nabi SAW juga seorang suami yang ada hak untuk ditunaikan kepada isterinya? Bukankah nabi SAW juga seorang ayah yang ada hak untuk ditunaikan kepada anak-anaknya? Bukankah nabi SAW juga seorang “wakil rakyat” (pemimpin yang ada hak untuk ditunaikan kepada rakyat dan orang bawahannya? Bukankah nabi SAW juga seorang ustaz/daie yang ada hak untuk ditunaikan kepada umatnya?

Tapi, dengan segenap kesibukan itu, bahkan Michael J. Heart sendiri terpaksa akur betapa Muhammad SAW adalah the most influential person, mengatasi jesus yang dianggap oleh Heart sebagai Tuhannya. Ertinya, bagaimana Nabi kita yang mulia menguruskan kesibukan-kesibukannya?

Tuan-tuan yang mulia,
Kita ada saudara baru bersama kita (cleaner kita), tidak bolehkah setiap daripada kita luangkan dalam 2 minit untuk menceritakan Islam kepadanya? Kita ada sahabat non-Muslim disekeliling kita, tidak bolehkah kita usahakan dan fikirkan bagaimana strategi terbaik mahu memperkenalkan Islam kepada mereka? Kita tahu bahawa Islam difitnah lewat filem “Fitna”, tidak bolehkah kita usahakan menjawab segala tuduhan itu?

Jangan sampai ALLAH menempelak kita lantaran alasan sibuk kita, setelah nikmat dunia itu sendiri tidak hanya diperoleh melalui hasil usaha kita, tetapi juga dengan izin dan belas kasih daripada-Nya. Bersyukurlah dengan cara menyumbang kepada Islam, moga ALLAH tambahkan nikmat-Nya buat kita.

,,,>12 Sya'ban 1408H<,,,

12 Sya'ban 1408H

Alhamdulillah..tarikh keramat buat diriku..selama 21tahun hidup di dunia ini.(kalau ikut bulan Islam). Semoga dapat ku harungi hidup ini dengan limpah rahmat kasih sayangNya..Ameen ^_^






"Sesungguhnya dunia ini hanyalah untuk dilalui dan bukan untuk diramaikan. Hal itu tentunya telah Anda ketahui dan pahami. Apa yang dicapai oleh orang-orang yang sangat cinta dunia hanyalah akan menyakitkan badan dan merosak agamanya. Jika Anda tahu akan hal itu, kemudian Anda meratapi hilangnya sesuatu yang tidak sepatutnya Anda miliki, maka kesedihan itu akan menyeksa Anda, kerana kelak Anda akan mengetahui maslahat di balik kehilangan itu. Bersabarlah menerima kesedihan itu sebagai balasan kini, agar Anda selamat dari seksa yang datang kemudian." (ImamIbnu al-Jauzy)
Saturday, August 9, 2008

,,,>Menginstall Iman Akibat Virus Merah Jambu<,,,

Menginstall Iman Akibat Virus Merah Jambu..


by: xbgsx7



ini virus. nama dia T4. virus merah jambu, bagaimana pula?


Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?

Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.

Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.

Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program- program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha- Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat `hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Me-nombor-satu-kan cinta pada sesama manusia, dan me-nombor-dua-kan cinta pada Ilahi. Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya?

Yang mesti kamu lakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan CD anti-virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli CD installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc.
Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan tenang..
Thursday, August 7, 2008

,,,>Iman Itu Sinusoidal<,,,

IMAN ITU SINUSOIDAL



Oleh: Faridul Farhan Abd Wahab



Assalamualaikum warahmatuLLAH…
Ditengah-tengah ketension kita, kegusaran kita, kegundahan kita, dan ada sesetengah orang, dalam detik-detik exam ini merasa semacam keseronokan (Penggawa Lembaran contohnya, rujuk “Wasszup Lembaran” terbitan MPDL pada ruangan “Ape kate penggawa?”), izinkan ana menghiburkan kalian, dengan suatu catitan yang sangat berkaitan, sangat bertepatan, sangat relevan dengan kondisi iman yang sedang kita rasakan (atau tak rasa langsung?) pada masa-masa sebegini.


Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH,Daripada beberapa hadith Rasulullah S.A.W, dan daripada beberapa perbahasan para ulama’, dapat kita simpulkan bahawa sesungguhnya iman yang menyelaputi diri manusia bukanlah dalam bentuk DC current, sebaliknya mengambil bentuk AC current. Ertinya iman kita adalah sinusoidal, maka wajarlah andainya terkadang kita merasakan betapa rindunya kita akan majlis ilmu, betapa dahaganya kita akan nasihat yang baik, dan betapa kotornya kita hingga malu melafazkan kecintaan pada Pencinta Agung kita ALLAH Rabbul Izati, sedang pada masa yang lain kita merasa betapa seronoknya kemaksiatan, betapa lazatnya hiburan, betapa manjanya kemalasan. Maka hal yang demikian wajar, kerana bentuk iman kita sememangnya sedemikian.


Mungkin ada yang berhujah, terutamanya golongan yang rosak aqidahnya, terpesong fikrahnya, tertutup mata hatinya, bahawa ALLAH itu zalim, kerana dengan segala kekuatan dan kekuasaan yang ada pada-Nya, Ia sengaja menciptakan iman kita sinusoidal walhal boleh saja Ia menjadikan iman kita suatu garis lurus yang tak berubah-ubah, tak naik turun, tak pasang surut (seperti mana iman para malaikat!). Memang benar ALLAH boleh saja menjadikan iman kita dalam bentuk DC current, semua kita sama, takde perubahan, takde pergeseran… bahkan wajah kita, peribadi kita, kalau seandainya semua sama, tentu barulah adil namanya. Cuma ana amat tertarik dengan jawapan “Atuk” dalam kisah “Aku Budak Minang”: kalau seandainya semua kita sama, maka tak meriahlah dunia ni!! (sila rujuk buku “Aku Budak Minang” karya Ujang terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd, atau cerita bersirinya dalam majalah GILA-GILA).

Bahkan benar apa yang dikatakan oleh Atuk tadi, kerana al-Quran al-Karim juga menukilkan yang sedemikian.

“Dan kalau ALLAH menghendaki, nescaya ALLAH jadikan mereka umat yang satu, tetapi Dia memasukkan orang-orang yang dikehendaki-Nya ke dalam rahmat-Nya. Dan orang-orang yang zalim tidak ada bagi mereka seorang pelindung pun dan tidak pula seorang penolong” (Surah 42:
Pak HAMKA dalam tafsir al-Azharnya berkomentar, bahawa di sinilah terpampang kebijaksanaan ALLAH Ta’ala. Kata Pak Hamka, “Dia bisa menjadikan ummat manusia umat yang satu. Tetapi kalau ini terjadi, kendurlah perjuangan manusia untuk memperjuangkan kebenaran. Kalau semua sudah benar saja, tidak ada yang salah, tidaklah dapat lagi manusia mencari perbandingan…”


Bahkan pada ayat yang lain, yang turut sama menceritakan soal ini, tepatnya ayat pada surah Hud[11]:118-119, Pak Hamka mengulas, kalau ada manusia yang ingin disama ratakan di dunia ini (dan memang ada, itu yang wujud puak ‘free-thinker’ tu. Kalau ana, lebih baik jadi ‘thinker berbayar’, dapat duit hasil royalti berfikir. Tak gitu? Hai…dunia hari ni mana ada free oii…), semuanya pintar pergi ke bulan, semuanya pintar menyelami lautan, semuanya sama pintar mencipta mobil dan televisi, atau semuanya nak jadi engineer lain sebagainya, maka siapa pula yang nak jadi kuli bataknya?? Siapa pulak yang nak jadi tukang gunting rambutnya?? Siapa pula yang nak jadi tukang tenun (tukang buat baju…bukan tukang “tenung” ) yang menjahit baju-baju kita?? Maka benarlah kata Atuk tadi; “Tak meriahlah dunia!!” Maka lantaran iman turun naik itulah, kita berupaya dan berpotensi menjadi sebaik-baik makhluk, kerana dalam ketidak-tentuan iman itu, tetap saja kita dapat bangun gah membelahi rimba kehidupan. Bahkan bagi yang mempersoalkan hal tadi, kita jawab gini: Hampir semua perkakas elektrik kita di rumah guna AC current. Maka bila iman kita AC, “perkakas” elektrik di sekeliling kita dapat mengambil manfaat yang besar!!!


Ikhwah dan akhawat yang dikasihi kerana ALLAH,Walaupun iman kita “Yazid wa yankus” (turun dan naik), tapi seharusnya hakikat turun naiknya iman kita bukan sekadar berbentuk sinusoidal, tetapi juga dalam bentuk “eksponen menaik” (atau exponential ascend bahasa engineeringnya). Ertinya bahawa walaupun turun naik, tetapi pada hakikatnya iman kita saban hari saban waktu meniti suatu puncak yang tak terjangkau dengan kata-kata, tak tergambar dengan kamera, tak terakam oleh recorder, nak menunjukkan betapa mabuknya kita dengan kemanisan iman, kehangatan ibadah, kelazatan aqidah, sehinggakan kita berada pada “maqam” yang tak mungkin terjangkau oleh orang yang bibirnya tak pernah minum air dari telaga keimanan dan rohnya tak pernah mandi dalam lautan tarbiyyah…..

Tapi bila iman kita berbentuk eksponen menaik, timbul satu masalah baru buat kita. Kerana bila saja graf sinusoidal berumuskan formula eksponen, graf itu bukan saja akan eksponen menaik pada separuh kitar positifnya, tetapi juga akan eksponen menurun pada kitar negatifnya (bagi yang tak belajar ilmu jentera ni, kena tanya bebudak engineeringlah…. Suruh dema lukis graf. Kalau idak tak paham nanti). Maka takkan kita nak biar iman kita jadi begitu? Naik berpada-pada, turun pun berpadi-padi?? (Nota: penggunaan perkataan ‘berpadi-padi’ tidak dibenarkan dalam penggunaan formal. Tetapi untuk artikel ini, dimaafkan –Dewan Bahasa dan Bahasi). Itu bukan lagi “Yazid wa yankus”, tapi dah bertukar jadi “Yazid wa yan kuch kuch hota hei”. Maka apa yang perlu kita buat?? Di sinilah gunanya “rectifier”, atau tepatnya “full wave rectifier”, di mana rectifier ini akan mem’positifkan’ gelombang negatif tadi, menyebabkan iman pada kitar negatif itu terhapus menjadi positif, dan titik minimumnya berada pada sifar. Maka menyentuh mengenai iman kita, harus juga kita mencari semacam rectifier, guna memastikan hubungan kita dengan Ilahi Rabbi tetap terpelihara, terus terjalin dan masih terungkap dalam suatu telenovela yang indah.


Itulah peranannya yang namanya mutabaah! Bacaan al-Quran harian kita. Tahajud kita. Solat berjemaah kita. Istighfar kita. Zikir-zikir kita. Semua ibadah-ibadah ini merupakan suatu suntikan imunisasi yang dapat menjadikan diri kita ‘kebal’ terhadap segala macam ganggu-gugat, provokasi mahupun iklan-iklan yang dipampangkan oleh penaja rasmi bernama Syaitan. Benarlah firman ALLAH Ta’ala di dalam al-Quran;


“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepada.mu, iaitu al-kitab dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegar dari (perbuatan) keji dan munkar..” (Surah 29:45)
Tetapi kemudian ada pula yang berhujah, tetap saja bila kita down, iman kita turun ke tahap kosong volt. Itu mudah saja. Pada osiloskop iman kita, kenapa tidak kita naikkan titik reference nya kepada 5 volt misalnya, ertinya walaupun iman kita down, tetapi tetap saja minimum al-Quran yang kita baca 5 Juz misalnya berbanding 7-8 Juz pada waktu-waktu biasa, tahajud kita memadai 2 rakaat pada masa-masa duka, berbanding 6-8 rakaat di masa suka, istighfar kita 70x sehari di masa, di waktu tension, berbanding 100x dan lebih diwaktu dihadapan ALLAH kita mahu memberikan ‘first-impression’, kerana inilah sebenarnya yang kita mahukan daripada hidup kita, inilah sebetulnya yang kita mimpikan dalam cita-cita kita, inilah seharusnya yang kita karangkan dalam amalan hidup kita, sebuah catatan kehidupan yang dinukilkan menggunakan tinta keikhlasan, di atas hamparan kertas kesolehan, guna dipublish di warta ketaqwaan.
Begitulah barangkali graf iman kita….. mudah-mudahan tidak berlaku ‘short-circuit’ ketika memintal litarnya.


p/s: Penulis boleh dikunjungi di http://www.faridul.blogspot.com/.

,,,>Trip To Langkawi<,,,

Trip To Langkawi



Alhamdulillah..hari ini masih lagi bernyawa, masih lagi dapat merasai nikmat Iman dan Islam, dan masih lagi ada kesempatan untuk diriku mengumpul amal dan “credit” sebelum bertemu Yang Maha Agung.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar rasul kita, Nabi Muhammad s.a.w. Berkat perngorbanan baginda dapat kita hari ini menikmati Keindahan Islam. Moga kita dapat meneruskan perjuangan baginda hingga ke akhir kita.amin. YA Allah Ya Tuhan kami, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu…

Baru- baru ini bersama sahabat2, sempat kami meluangkan masa bersama menghayati dan menikmati keindahan alam sekitar…
On short semester vacation,me and three of my friends together went to Pulau Langkawi. Our visions are to strengthen ukwwah and to visit Rubi’s sister that her sister live at Langkawi. Because of it, we choose Langkawi. (senang nak sikit, ada orang kenal)

Antara aktiviti yang kami lakukan ialah naik Cable Car (free of charge because Kak Na(Rubi’s sister) had paid for us), lawat Under Water Park, MainGroove Boat, Wildlife Park( first time we meet with ostrich), dan hari terakhir berada di sana kami membeli belah (kena beli periuk, ma tempah..=]) coklat, cenderahati dan sebagainya.
Pada malamnya, kami sempat berkunjung ke Dataran Helang, orang kata tak lengkap kalau pergi Langkawi tak ke Dataran Helang.

Unfortunately, dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, kami berempat terpaksa berpisah flight, di atas kesalahan teknikal.(salah ana kot,sebab tak check tiket betul2..maaf ye sahabat2) Ana dan Rubi terpaksa delay flight. Fauzun dan Bahiah terpaksa berpisah dengan kami. Tapi di KL Sentral kami jumpa balik. Seterusnya kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing..ke Pahang,Terengganu,Johor dan Kedah.

Banyak iktibar yang kami dapat dari trip kami ke Langkawi ini. Antaranya melancong merupakan satu cara untuk kita meningkatkan rasa b
ersyukur kita kepada Pencipta kita. Mungkin ada yang berpendapat tak payah pergi jauh-jauh pun boleh, tapi kadang-kadang manusia sesuatu yang senang dapat,sukar baginya untuk bersyukur. Dan bila sesuatu yang susah nak dapat, banyak cabaran dan dugaan, yang itu lebih di hargainya.

Antara lain, dapat mengeratkan ukhwah kami bersama. Sebenarnya trip ini sepatutnya ramai lagi yang ikut sekali, tapi sahabat2 yang lain masing2 ada masyaqah sendiri.

Terima kasih kepada sahabat2 ana yang telah bersama-sama menjayakan “Trip To Langkawi” dengan hebatnya, Fauzun, Rubiah dan Bahiah. Semoga kita mendapat banyak manfaat daripada trip ini. Semoga ukhwah kita kekal bersama selamanya…

Untuk Robiah : Selamat terus berjuang di Kuantan, jangan lupa kami di Gombak.
Untuk sahabat2 di Gombak..teruskan perjuangan!! Perjalanan kita masih lagi jauh..

"Future Islamic Engineer"
Amin...^_^
Saturday, August 2, 2008

,,,>Taubat Seorang Hamba<,,,

~Taubat Seorang Hamba~




hati hiba mengenangkan


dosa-dosa yang ku lalkukan


oh tuhan maha kuasa


terima taubat hamba berdosa




ku akui kelemahan diri


ku insafi kekurangnan ini


ku kesali kejahilan ini


terimalah terimalah


terimalah taubatku ini



telah aku merasakan


derita jiwa dan perasaan


kerna hilang dari jalan


menuju redhaMu Ya Tuhan



dihamparan ini ku meminta


moga taubatku diterima



song by: irsyadee feat hafiz hamidon


,,^Sharing Is Caring^,,