Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Thursday, November 20, 2008

,,>Agar taubat diterima <,,,

Agar taubat diterima

Tiada manusia yang tidak melakukan kesalahan. Namun manusia yang terbaik adalah manusia yang menyedari kelemahan dan kesalahan dan bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Lalu bagaimanakah agar taubat seorang hamba diterima?

Agar taubat seorang itu diterima, maka orang tersebut perlu memenuhi tiga perkara :
1) Menyesal,
2) Berhenti darpada melakukan kesalahan dan dosa, dan
3) Bertekad untuk tdak mengulanginya.

Taubat tidak bererti tanpa didahului oleh penyelesalan terhadap dosa yang dikerjakan. Barabg siapa yang tidak menyesal maka menunjukkan bahawa ia suka dengan perbuatan tersebut dan menjadi petunjuk bahawa ia akan terus menerus melakukan perbuatan yang mendatangkan dosa itu. Tentu kita tidak percaya bahawa seseorang itu bertaubat sedang dia dengan senang hati masih melakukan perbuatan dosa tersebut? Untuk menghindari perbuatan dosa, hendaklah seseorang itu menanamkan sikap ikhlas, bersungguh-sungguh.

Jika dosa tersebut berkaitan dengan hak anak Adam, maka ada satu hal lagi yang perlu dilakukan, iaitu meminta maaf kepada pihak yang berkaitan, seperti meminta diikhlaskan, mengembalikan atau menggantikan suatu barang yang telah dirosakkan atau dicuri dan sebagainya.

Namun apabila dosa bersebut berkaitan dengan ghibah (mengumpat), qodzaf (menuduh orang berzina) atau semisalnya, yang apabila saudara kita tadi belum mengetahuinya (bahwa dia telah dighibah atau dituduh), maka cukuplah bagi orang yang telah melakukannya tersebut untuk bertaubat kepada Allah, mengungkapkan kebaikan-kebaikan saudaranya tadu serta sentiasa mendoakan kebaikan dan memintakan ampun untuk mereka. Sebab dikhuatirkan apabila orang tersebut diharuskan untuk berterus terang kepada saudaranya yang telah ia ghibah atau tuduh, justeru dapat menimbulkan perselisihan dan perpecahan di antara keduanya.

Apabila allah mengendaki kebaikan bagi hambaNya, maka Allah bukakan pintu taubat baginya. Sehingga ia benar-benar menyesali kesalahannya, berasa hina dan rendah hati serta sangat memerlukan ampunan Allah. Dan keburukan yang pernah ia lakukan itu menjadi penyebab turunnya rahmat Allah bagi orang tersebut. Sehingga syaitan akan berkata “Duhai, seandainya aku dahulu membiarkannya dan tidak menjerumuskannya ke dalam kancah dosa tentu ia tidak akan mendapatkan rahmat Allah dengan bertaubat”

Diriwayatkan bahwa seorang salaf berkata “Sesungguhnya seorang hamba boleh jadi berbuat dosa, tetapi dosa tersebut menyebabkannya masuk syurga.”Orang yang mendengar bertanya, “Bagaimana hal itu boleh berlaku?” dia menjawab, “Dia berbuat suatu dosa, lalu dosa itu sentiasa tertampang di hadapannya. Dia khuatir, takut, menangis, menyesal dan berasa malu kepada Rabbnya, menundukkan kepala di hadapanNya dengan hati yang khusyuk. Maka dosa tersebut menjadi sebab kebahagiaan dan keberuntungan orang itu, sehingga dosa tersebut lebih bermanfaat baginya daripada ketaatan yan banyak”. Wallahu alam.
Wednesday, November 19, 2008

,,,>Pengisian Musim Cuti??<,,,

Pengisian Musim Cuti??

Alhamdulillah..genap dua minggu ana bercuti hari ini. Apa yang ana dah lakukan? Agak lagho bila bercuti ni. Ye la, tak de matlamat yang jelas apa yang nak buat hari ini. Nak study? Nota pun tak de lagi(“,). Bila tiba weekend je, pergi kenduri walimah. Biasa la musim cuti sekolah kan. Next week, sepupu ana plak buat walimah dia. Tahniah ye Kak Ina. Moga bahagia dunia & akhirat. Amin.

Syukur kepadaMu Ya Allah, kerna dengan rahmat dan inayahNya dapat jua ana bernafas lagi hinga ke hari ini. Sepanjang cuti yang dah berlalu dua minggu ni, apa yang ana lakukan ye?? Erm…nantazir wa nara..

1. Berjaya menghabiskan dua buah novel yang ana baru beli. “Salju Sakinah” karya Zaid Akhtar. Ana beli novel ni sebab ana thiqah dengan penulis novel ni. Sebelum ni ana ada baca novel beliau yang sebelum ni, Sesegar Nailofar. Alhamdulillah sekarang ni sudah mudah unutk mencari novel-novel yang berunsur Islamik, kalau dibandingkan dengan dulu. Moga usaha-usaha murni ni dapat diteruskan dengan berkat dari Yang Maha Esa. Insya Allah. Novel kedua, “Tunggu Teduh Dulu” karya Faizal Tehrani. Novel ni dah bertahun ana cari. Masa ana form 5 dulu. Ana ingat lagi, bersama sahabat karib ana, Siti Zulaikha Che Nordin, kami setiap kalau berkunjung ke kedai buku, pastinya kami akan mencari novel ini. Alhamdulillah baru sekarang ana jumpa. Sebelum ni novel ini hanya dijual di laman maya. Baru-baru ini saja, baru keluar di pasaran. Kedua-kedua ni novel ni berkisarkan tentang kisah perjuangan seorang wanita Islam menempuh cabaran kehidupan. Sebagai pedoman menuju hidup yang penuh barakah sebagai muslimah sejati. Amin.

Erm, lagho betul ana ni. Buku novel cepat je ana habiskan, tapi kalau buku-buku haraki..Ya Allah, lama benar masa nak habiskan satu buku. Fatrah manusia kot, suka hiburan duniawi..Ya Allah, jauhkanlah kami dari tergolong dalam golongan tersebut. Tapi berhibur tiada salahnya. Semuanya bergantung kepada kita sama ada memilih yang mengikut syariat atau sebaliknya. Bak kata Raihan :
“Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah. Hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah”
Alhamdulillah Al-Quran dan Mathurat tidak dilupakan setiap hari. Insya Allah. Lepas ni Insya Allah ana nak habiskan Fiqh Al-Harakah Siri 3 karya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Siri 1 & 2 dah berjaya dihabiskan.(Habis baca je, tapi kalau tanya semula, tak tahu ingat ke tak lagi.hehe..).Insya Allah doakan ana istiqamah dengan pembacaan ana.

2. Alhamdulillah berjaya menyiapkan banner untuk blog seorang sahabat kesayangan ana, Nur Syahida Sujari namanya. Teringin plak ana nak bercerita tentang sahabat kesayangan ana ni. Ukhwah kami ukhwah fillah. Bertemu dan berpisah kami kerana Allah. Nanti la, ana buat post khusus untuk topic ukhwah kami..tunggu ye Sya(“,). Dah lama dah dia nyatakan hasrat dia pada ana. Cuma ana tak berpeluang nak buat banner tu. Alhamdulillah, hari ni ana berjaya siapkannya.(tapi tak tahu la Sya suka ke tak?huhu) Selesai satu permintaan. Ana tak boleh kalau ada orang harapkan sesuatu, tapi kita tak tunaikan hasrat tersebut. Itu bukan sifat orang mukmin. Mukmin yang berjaya sentiasa melaksanakan janji serta tanggung jawabnya dengan sehabis baik. Lebih-lebih lagi kalau hasrat tu datang dari orang yang kita sayang. Lagi la, bertambah semangat nak buat. Sama juga kita jika dibandingkan dengan hasrat dan tanggungjwab kita sebagai hamba Allah. Di mana kita tahu yang Allah Maha Penyayang kepada seluruh hambaNya. Ana cukup terkesan dengan lirik lagu ni. Memang tepat apa ada dalam lirik lagu ni.
“Bilaku sedari diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani, bilaku keliru ku ucap namaMu, terasa diriku semakin di pandu, Engkau yang pertama tiada akhirnya, aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya, izinkanlah aku menumpang di sini, di bawah naungan kasih dan sayangMu, ku beserah diri.”

3. Esok, Insya Allah, ana nak menziarahi adik-adik sekolah lama ana, Sekolah Menengah Agama al-Ihsan, Kuantan. Adik-adik ana ni sedang menhadapi peperiksaan SPM. Maan najah ye adik-adikku. Saje nak melawat, bagi pengisian rohani sikit pada adik-adik. Dah lama tak buat usrah dengan adik-adik. Sambil bagi pengisian buat adik-adik, tapi sebenarnya bagi pengisian buat diri sendiri juga, telinga yang paling hampir mendengar ialah telinga orang yang bercakap juga. Moga kita yang dah tamat sekolah, jangan lupa pada adik-adik di sekolah lama kita. Paling tidak pun, dapat juga kita sumbangkan sesuatu buat sekolah kita. Moga bait solehah dapat diteruskan di bumi Al-Ihsan. Amin.

4. Menyiapkan diri untuk menyucikan diri. Bangun malam juga salah satu cara untuk sucikan hati. Tapi tu la, sangat sukar untuk itsiqamah melakukan benda baik ni. Peranan sahabat pun penting dalam perjalanan menyucikan hati ni. Syukran jazilan diucapkan kepada Kak Su & Kak Jie yang tak jemu-jemu mengejutkan ana untuk berqiamulail. Terima Kasih Ya Allah kerana mengurniakanku sahabat-sahabat seperti ini. Ku brsyukur kepadaMu. Memang factor sahabat tu salah satu pemangkin untuk menuju ke jalan yang diredhaiNya. Tapi kalau diri sendiri yang berusaha, tak boleh juga. Hendak beribu daya, tak nak seribu dalih.

5. Tak lupa juga ana untuk membantu Ma dan Abah dirumah. Tolong Ma kemas rumah, basuh baju dan memasak. Abah plak selalu suruh tolong tengok computer dia. Ana membantu la apa yang termampu..^_^

Wa akhiran, moga cuti ini dapat kita memanfaatkannya sebaik mungkin. Macam-macam benda yang boleh kita buat dalam masa cuti. Setiap saat tu sangat berharga. Doakan ana moga dapat menuntut ilmu di tempat yang ana teringin sangat nak pergi dari dulu. Moga tercapai impian ana ini. Amin.
Saturday, November 8, 2008

,,,>Seindah Ukhwah Sebuah Pertemuan<,,,

Itulah yang dapat digambarkan bila ana teringatkan sahabat-sahabat sekelas ana dahulu. Kisahnya bermula di Pusat Matrikulasi UIA PJ. Sewaktu diri ini keseorangan di dalam suasana yang sangat asing. First class, Mathematic I dengan Sir Pasha. Ana ingat lagi waktu tu Sir suruh taaruf sorang-sorang. Masa tu la baru kenal sahabat-sahabat sekelas. Tapi masa first class tak ramai datang, mungkin sebab tak tahu venue dekat mana. Sebelum start kelas lagi kami di bahagian sisters dah berkenal-kenalan sesama kami. Ana ingat lagi waktu first time kenal Fauzun, Bahiah, Aini, ‘Izzah , Aisyah dan ramai lagi. Fauzun dan Bahiah yang paling peramah. Banyak mulut. (jangan marah ye..^_^)


Pada hari-hari yang mendatang kami sekelas menjadi rapat dan saling membantu antara satu sama lain. Selama 1 tahun setengah kami bersama menempuhi ranjau suka-duka hidup seorang pelajar di marik. Alhamdulillah ukhwah sahabat-sahabat yang sekelas di matrik dulu masih untuh dan kukuh sehingga ke hari ini. Setiap akhir sem, kami selalu makan sama-sama, macam jamuan kelas la. Kadang brothers ada pun ada join sekali. Tapi alhamdulillah batas-batas pergaulan nengikut syariat masih tidak diketepikan. Alhamdulillah masing-masing faham dan concerns dengan semua ni.

Alhamdulillah sampai ke main camp ukhwah kami masih lagi kukuh..berkat ukhwah di matrik dulu kot. Walaupun ada antara rakan sekelas kami yang telah melanjutan pelajaran di tempat lain. Ana rindu pada Robiah dan Nadia Hanin..Rubi tukar kulliyyah ke Mathematician di UIA Kuantan. Nadia pula terbang jauh ke Mesir, Kulliyyah At-Tibb disebuah university di sana.

Next semester kami akan majoring. Jadi masing-masing akan akan membawa haluan masing-masing. Sebab bila dah majoring ni, kami semua kebanyakkannya tak sama kelas. Yang mana sama majoring akan kemungkinan akan sekelas lagi. Fauzun ke Commucation, Aini ke Material, Bahiah ke Manufacturing, Izzah ke Mechatronics, Ana?? Alhamdulillah sama dengan Aisyah ke Computer & Information. Insya Allah Syah, kita berjumpa lagi next sem. Dengan Fauzun pun sama. Sebab Department kami sama. Walaupun kami majoring lain-lain, tapi kami tetap bangga menjadi Student Kulliyyah of Enginneering.

Terima kasih Ya Allah kerana telah menemukan kami. Kami bersyukur kepada Mu atas kurniaan sahabat-sahabat ini. Indahnya pertemuan dan perpisahan itu kerana Allah..
Memang dalam Islam sangat menggalakkan kita untuk bersahabat dengan orang yang dapat membawa kita jalan kebenaran. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana ana dipertemukan dengan mereka. Walaupun mungkin ada dalam certain perkara, tapi alhamdulillah semuanya ada fikrah masing.masing, mungkin methodology yang sedikit berbeza. Apa yang paling penting kami mempunyai tujuan yang sama iaitu memperjuangkan agama Islam yang tercinta dan menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w

Moga wasilah kita sebagai student Kulliyyah of Engineering dapat memberi sumbangan terhadap Islam walaupun sedikit. Moga cita-cita kita tercapai untuk menjadi Engineer yang beriman. Terima kasih sahabat, terima kasih atas segala-galanya…^_^


Dari belakang: aisyah, aini, rubi, aida, hasanah, ros, bahiah
Dari barisan kedua : nadia, 'izzah, liana, syuhadah, farhana, ain
Duduk : lisa, yun, syida, nazira
-gambar waktu kelas last physic lab II di SM Building. Kami budak engine..bukan medic ^_~ Future Islamic Engineer^_^

The latest ::: gambar-gambar kami outing lepas habis exam Calculus II yang memeningkan kepala.. Window shopping and release tension after we all out what we study before this. Sekali sekala keluar melihat ragam-ragam manusia di akhir zaman ini…Sepetang di Mid Valley...
-ana, yun ,’izzah & aisyah ^_^ -

:: Appreciation Grand Dinner ENGINIUS :: 17 Oktober 2008 :: Armada Hotel ::

-ni je gambar yang ana ada..yang lain ada dengan Kak Sabar, tapi Kak Sabar tak bagi ‘sedut’ lagi atas sebab tertentu,,dia bagi tengok je,,huhu,,,





,,,>Pengertian Hati<,,,






Di dalam kitab Imam al-Ghazali iaitu Ihya Ulumiddin menceritakan peihal kemahuan hati. adapun yang dikatakan kemahuan hati atau kecenderungan hati itu ialah mencintai Allah, mengenal Allah dan beribadah kepada Allah s.w.t dan juga kecenderunan hati itu ialah berhikmah.

Semua bentuk kemahuan dan kecenderungan hati ini adalah sifat semulajadi manusia yang juga merupakan perintah Allah s.w.t. Buktinya bahawa hati atau jiwa manusia ini cenderung kepada berhikmah, mengenal Allah dan beribadah kepadaNya ada dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran,


Ertinya :
“Bukankah aku ini Tuhan kamu? (Roh menjawab) Ya, bahwasanya kami naik saksi bahawa Kamu adalah Tuhan kami”
(Al-A’raf: 172)

Sebelum Allah s.w.t memasukkan roh kita ini ke dalam tubuh-tubuh kasar manusia, Allah s.w.t terlebih dahulu menanyakan kepada roh-roh tentang pengakuan Allah s.w.t sebagai Tuhan mereka. Apa yang dijawab oleh roh-roh itu jelaslah kepada kita bahawa kecenderungan hati naluri manusia untuk mengenali Allah dan beribadah kepadaNya memang sudah ada di dalam hati manusia sejak azali lagi.

Hal ini samalah kita ibaratkannya seperti rasa ingin makan dan minum yang ada pada diri manusia. Ia adalah fitrah yang telah sedia ada ketika manusia itu lahir ke dunia. Ia dikatakan fitrah adalah kerana tabiat itu tidak perlu dipelajari. Seperti anak-anak baru lahir, dia ingin minum dan makan tanpa diajar.

Cuma rasa ingin makan dan minum pada fitrah itu agak terbatas pada peringkat bayi kerana pada ketika itu mereka hanya sekadar inginkan minum susu sahaja. Setelah dia meningkat dewasa maka fitrahnya semakin luas dan kemahuannya juga turut berkembang.

Fahamlah kita bahawa rasa cinta kepada Allah s.w.t, rasa mengenal Allah dan ingin beribadah kepadaNya, semua itu lahir dengan sendirinya tanpa dipelajari ataupun diusahakan. Cuma yang perlu dipelajari ialah cara-cara bagaimana hendak menyembah Allah s.w.t atau mengadbikan diri kepada Allah s.w.t seperti sembahyang, berzikir, berpuasa dan sebagainya.



Jadi, jelaslah kepada kita bahwa tabiat semula jadi hati atau jiwa manusia adalah berhikmah, ingin beribadah kepada Allah dan mencintai Allah s.w.t. Hikmah disini iaitu suatu keadaan yang membuatan seseorang itu melakukan segala yang betul dan menghindari daripada kesalahan.

Hikmah itu pula adalah gabungan di antara ilmu, amal serta akal dan jiwa yang takut kepada Allah s.w.t. Manakala yang dimaksudkan dengan ibadah di sini ialah tunduk dan patuh segala perintah Allah s.w.t iaitu perintah suruh yang berbentuk fardu ain dan sunat dilakukan dan perintah larang yang berbentuk haram dan makruh di jauhi.

Kemahuan dan kecendurangan hati telah kita fahami sebagaimana yang telah kita huraikan tadi, tetapi tiba-tiba hati yang ingin mencintai Allah .s.w.t dan ingin beribadah menjadi bosan dan jemu untuk berbuat demikian. Ini sudah tentu ada sebab terjadinya gejala itu.

Dari sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Di dalam diri manusia ada seketul daging, jikalau daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak itulah hati”

Jelaskah kepada kita bahawa sifat-sifat yang terpuji itu datangnya dari hati yang baik. Kalau sifat ini baik, maka seluruh anggota kita seperti mata kita akan memandang perkara-perkara yang dibenarkan syariat, lidah kita akan memperkatakan sesuatu yang hak dan seumpamanya.

Sebaliknya, kalau hati itu jahat, maka hati itu akan membawa dan menghala anggota lahir kepada kejahatan. Dan setiap kejahatan itu adalah dimurkai oleh Allah s.w.t.

Hati yang baik itu tertanam dengan sifat-sifat ahmudah dan hati yang baik itu dikatakan pintu-pintu yang terbuka untuk ke syurga. Ini adalah kerana dari hati yang baik, akan mendorong manusia itu membuat perkara yang baik-baik. Maka seluruh anggota lahir manusia itu akan membuat baik sama ada kebaikan yang dilakukan itu ada hubungan dengan Allah s.w.t atau kebakan itu ada hubungan dengan manusia.

Setiap kebaikan dua hubungan ini, Allah sw.t akan membalasnya dengan nikmat syurga di akhirat kelak. Mereka akan mengecap nikmat syurga yang banyak. Wallahu a’lam.

Akan bersambung pada post seterusnya...>Siri Penaklukan Akhirat::Pedoman Menuju Hati Sejahtera<

Rujukan : Penawar Bagi Hati karya Abdul Aziz Ismail
Friday, November 7, 2008

,,,>Penawar Bagi H@TI<,,,

Penawar Bagi Hati

Hati adalah raja dalam diri manusia. Hati ialah tempat letaknya keyakinan seorang hamba terhadap tuhanNya. Hati juga sasaran syaitan untuk menyesatkan manusia. Hati yang baik sentiasa mencetuskan kedamaian dakn ketenangan dalam diri, keluarga dan masyarakat.

Oleh itu bagaimana untuk memiliki hati seperti ini? Tentulah Al-Quran dan Al-hadith sudah ada kaedah unruk mewujudkan hati-hati manusia yang mendorong mereka menenangkan kehidupan dan terhindar dari segala kekalutan. Hati tidak teringin kepada maksiat dan dosa. Hati yang tunduk dan patuh kepada kehendak Allah s.w.t itulah fatrah kepada semua hati-hati manusia.

Perjalanan orang-orang soleh zaman dahulu berusaha bermujahadah ke atas hatinya menempuh pelbagai kesusahan dan penderitaan. Namun kewajpan untuk memiliki hati yang murni dan luruh itu dilakukan dengan ‘Istiqamah’. Akhirnya mereka hidup dimuliakan Allah s.w.t dan kemudian mereka ditempatkan bersama para kekasihNya.

Segala-galanya bermula dari hati. Inilah yang perlu kita jaga dan awasinya. Kerana hati inilah yang akan menunjukkan kita jalan menuju Tuhan dan hati ini jugalah yang akan menyesatkan diri kita. Di sini, apa yang ana ingin sampaikan ialah kita perlu membersihkan hati kita dari segala noda dan dosa untuk memudahkan kita menerima teguran dan nasihat dari orang sekeliling kita. Kita memerlukan nasihat dan bimbingan orang sekeliling untuk kita.

Ana juga memerlukan bimbingan sahabat-sahabat semua untuk membersihkan hati dan menghijrahkan diri ke arah yang lebih baik. Moga sedikit usaha ini, memberi berkat dan panduan kepada semua untuk kita menjadi yang lebih baik,lebih soleh dan solehah dari semasa ke semasa.

Bukanlah mudah menyusuri jalan ini. Tetapi dengan ketabahan, insya Allah pasti akan diperolehi. Apa-apa yang benar diharapkan ialah keredhaan Allah. Ingin ana berkongsi prinsip hidup yang ana pegang selama ini. Sentiasa lakukan sesuatu dengan bersungguh dengan niat untuk mendapat keredhaan dariNya. Dan kata-kata hikmah yang menjadi cogan kata hidup ana “Tidak akan kau berperasaan gundah walau sekali, jika kamu tahu apa yang di cari?!”. Apa yang ana cari dalam hidup ini?? Apa yang kita cari ialah keredhaan Alah. Moga kita Berjaya menemuinya.

Hidup seorang remaja memang dahagakan perhatian bimbingan dan pedoman. Gelombang hiburan yang melampaui batas, budaya galak bercinta monyet, watak-watak pemberontakan dan derhaka, gejala malas untuk menggandakan usaha, ketandusan budi dan akhlak mewarnai sebahagian anak-anak muda hari ini.

Moga dicelah-celah kekalutan itu tetap ada insan-insan muda yang segar jiwanya, teguh prinsipnya dan luhur adabnya. Masih ada yang teguh mendakap iman dan sedia berkorban demi ummah dan agama. Segala-galanya bermula dari hati yang bersih. Hati yang bersih akan melahrikan insane yang kamil. Moga insan-insan muda itu masih wujud dan memainkan peranannya sebaik mungkin.

Insya Alah post yang seterusnya akan berkisar tentang hati. >Siri Penaklukan Akhirat::Pedoman Menuju Hati Sejahtera< Kepada sahabat-sahabat sekalian, bolehlah memberi pandangan dan teguran kepada ana. Moga apa yang kita usahakan memberi manfaat kepada semua. Insya Allah.


"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menyesatkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk. Dan berilah rahmat Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Memberi"


Ana Al-Faqir Ilallah ^_^

,,>Perjuangan Belum Selesai<,,

Selawat dan salam kepada orang yang mulia lagi diagung-agungkan, Rasulllah s.a.w. Dengan perjuangan dan pengorbanan baginda hingga ke saat ini dapat kita rasakan Islam dan Iman. Itulah permata yang bukan sembarangan. Permata yang dapat menyelamatkan kita dari penderitaan di dunia dan akhirat..

Inilah permata yang hendak kita gali dan cari tetapi bukan di dasar laut dan dasar bumi tetapi kita kena menempuhi jalan-jalan mujahadah yang dilalui oleh para salafusoleh zaman dahulu..insya Allah.

Alhamdulillah dengan limpah dan rahmatNya dapat jua ana mengharungi minggu-minggu yang sangat menggentingkan dengan jayanya. Semalam 6 November 2008 tepat jam 12 tengah hari ana bersama sahabat-sahabat perjuangan berjaya menamatkan paper final exam kami yang terakhir. Walaupun terasa agak kecewa dengan prestasi menjawab soalan Calculus II tadi, tapi hidup perlu diteruskan. Perjuangan perlu diteruskan. Tahniah diucapkan kepada semua kerana berjaya menamatkan Semester II 08/09 kita. Next semester kita semua dah second year. Selamat teruskan perjuangan. Perjuangan kita belum selesai. Masih jauh. Pelbagai mehnah dan tribulasi yang perlu kita tempuhi.

Terima kasih Ya Allah, terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk meneruskan hidup ini. Tanpa Mu, bagaimanalah kami..terima kasih juga diucapkan kepada Ma & Abah yang tidak jemu-jemu mendoakan anakandamu ini. Terima kasih juga kepada kakak-kakak dan abang-abang ana,sahabat-sahabat sekalian. Terima kasih atas doa kalian. Mungkin berkat doa-doa ini memudahkan segala perjalanan hidup ana. Syukran jazilan ala kulli hal.

Exam sudah berakhir. Semester baru akan bermula. Tapi sebelum mula semester baru result exam akan keluar. Tinggikan tawakkal kita kepada Allah. Banyakkan berdoa, semoga apa yang kita usahakan selama ini dirahmati dan diberkatiNya. Kami hanya berserah kepada Mu Ya Allah untuk menentukan apa yang terbaik kami. Amin Ya Rabbal Alamin..

“Ya Allah, sekiranya kegagalanku membawa fitnah pada Islam dan perjuangan, maka Kau cemerlangkanah aku dalam setiap perkara. Dan sekiranya kejayaanku membuatku jauh dari Islam dan perjuangan, maka Kau lebih berhak menentukan selayaknya untukku, kerana aku imani, tiada apa yang Kau takdirkan sia-sia melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya..amin”

,,^Sharing Is Caring^,,