Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Friday, April 25, 2008

,,>2 Tabiat Bawa Ke Neraka<,,

2 Tabiat Bawa Ke Neraka..
Assalamu'alaikum wr wb ..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'.

Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut: "Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. T

etapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami

" Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1 Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2 Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun'] Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'

Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari.
Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit.
Sedekah juga termasuk:
1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu- satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi : "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"
Wednesday, April 23, 2008

,,>10 Hadiah Allah Di Dunia Untuk Orang Bertaqwa<,,

10 Hadiah Allah Di Dunia Untuk Orang Bertaqwa




Kehidupan orang-orang bertakwa sangat indah dan penuh keberuntungan.Di dunia lagi Allah (SWT) telah janjikan pelbagai `hadiah',sebagaimana digambarkan-Nya di dalam al-Quran…




1. Sentiasa mendapat petunjuk"Mereka itulah (orang-orang bertakwa) yang tetap mendapat petunjukdari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung."(Al-Baqarah: 5)

2. Diberi penyelesaian dari masalah"Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah (SWT) nescaya akandiberikan kepadanya jalan keluar." (At-Thalaq: 2)

3. Dipermudah segala urusan"Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah (SWT) nescaya Allah (SWT)akan memudahkan baginya segala urusannya." (At-Thalaq: 4)

4. Mendapat rezeki dari sumber tidak terduga"… dan memberinya (orang bertakwa) rezeki dari sumber yang tidakterduga." (At-Thalaq: 3)


5. Dikasihi Allah (SWT) (dengan itu turut dikasihi malaikat dan manusia)"Sesungguhnya Allah (SWT) menghasihi orang-orang yang bertakwa." (AliImran: 76)


6. Mendapat keberkatan dari langit dan bumi"Jika seluruh penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescayakami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi."(Al-A'raf: 96)

7. Mendapat keselamatan, pertolongan dan perlindungan dari Allah (SWT)"Dan kami selamatkan orang-orang beriman dan mereka adalah orang-orangyang bertakwa." (Al-Fussilat: 18) "… dan bertakwalah kepada Allah(SWT) dan ketahuilah Allah (SWT) berserta (menolong dan melindungi)orang-orang yang bertakwa." (Al-Baqarah: 194)

8. Mendapat kemenangan"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan."(An-Naba: 31)


9. Terpelihara dari tipu daya musuh"Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit puntidak mendatangkan kemudaratan kepadamu." (Ali Imran: 120)


10. Diberikan `furqan' (petunjuk untuk membezakan yang benar dan salah)"Jika kamu bertakwa kepada Allah (SWT), nescaya Dia akan memberikankepadamu Furqan." (Al-Anfal: 29)
Monday, April 21, 2008

,,>Kami Ingin Mereka Menjadi Mukmin Sejati<,,


Seorang ayah dari Sabah berhijrah ke Johor kerana beliau melihat prospek pekerjaan yang lebih baik di sini. Dan setelah itu, dia memikirkan tentang masa depan anak-anaknya. Seraya ada perasaan kesal pada tutur katanya tentang kedhoiefan dirinya tidak berapa mendalami agama Islam dengan baik kerana persekitaran semasa di Sabah pada masa itu tidak menggalakkan untuk faham tentang Islam.


Ia ingin anak-anaknya menjadi seorang yang tahu membaca al Quran, membaca tulisan jawi, kenal solat. Selalulah ia hadir ke sekolah untuk menghantar dan mengambil anaknya dan bertanyakan perihal perkembangannya di sekolah. "Tak mengapalah cikgu, dia mungkin lemah dalam bidang akademik, tetapi biarlah dia menjadi seorang yang beragama".Ia tidak mudah melatah sekiranya anaknya dirotan jika memang benar kesalahan anaknya sendiri. Sebab dia tahu, seorang guru merotan untuk mendidik agar menjadi orang.


Oleh kerana itu, beliau sanggup meluangkan masa seketika bertemu dengan guru untuk berbincang tentang masalah disiplin anaknya tanpa perlu menyerang dan menuduh tanpa usul periksa. Sehinggakan beliau menyatakan - guru di sekolah kebangsaan pun sudah mula jelak kerana wajahnya acapkali muncul untuk bertanyakan perihal hal ehwal anak-anaknya di sekolah.Seorang ibu sanggup bekerja di kantin sekolah dengan harapan dapat melihat anak-anaknya benar-benar hadir di sekolah agama.


Katanya "Cikgu, saya kerja di kantin pada sebelah petang bukan kerana duit, tetapi saya nak lihat anak-anak saya tidak melencong ke tempat lain".Seorang Ajk sekolah melontarkan pertanyaan dan pandangan - mengapa ramai ibu dan ayah tidak mahu menyertai Badan Kebajikan Sekolah/PIBG? Mereka hanya tahu komen dan kritik pihak sekolah, guru dan ajk PIBG/BKS seolah-olah tidak membuat kerja. Pelik juga mengapa orang atasan, profesional yang hebat tidak turun ke lapangan umat, membuat program kepada anak qariah.Beliau menambah - pernah ada seorang profesional bertanya kepadanya - "mengapa engkau hantar anak engkau ke sekolah agama?" Lalu beliau merasakan pelik soalan tersebut, pendidikan agama di anggap seperti pelajaran kelas 3. Ibu Ayah tidak sedar kepentingan sekolah agama, tidak jelas tentang hala tuju pendidikan agama yang penting buat masa ini. Sedangkan sepatutnya orang bijak pandailah yang patut belajar ilmu agama.


Ayah dan Ibu, ajarilah anak-anak tuan dengan agama Islam. Supaya apabila anda berdua meninggal, sekurang-kurangnya mereka dapat memberikan penghormatkan yang terakhir. Dapat memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikan. Sekurang-kurangnnya anak-anak tuan tahu untuk berdoa, menyedekahkan bacaan al Quran apabila tuan puan berada di alam barzah.Ayah dan ibu, seorang menyatakan kepadaku, ajarlah anak lebih daripada yang diajar oleh ibu dan ayah kita dahulu. Sebab ibu dan ayah dahulu amat risau tentang masa depan anak-anaknya, hingga ada di antara mereka yang bersikap tegas dengan akhlaq dan pendidikan anak-anak. Dengan jasa kedua orang tualah maka dia menjadi insan yang berguna.


Wahai ibu dan ayah, Di dalam hadith telah menyebutkan "Ajarlah anakmu tiga perkara mencintai Nabimu, mencintai keluarganya serta membaca al Quran kerana pembaca Al quran berada di sisi arasy ALlah bersama para anbiya' dan orang-orang suci pada hari tiada naungan melainkan naungan ALlah. Riwayat Tabrani dari Ali bin Abi talibIbu dan Ayah..fikirkan apa yang akan jadi pada anakmu pada masa hadapan dengan apa yang kau ajari pada hari ini...
Friday, April 18, 2008

,,,>Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu<,,,

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan.


Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.


Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai.Dan tidak mudah menyedari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.


Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.


Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.


"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)


Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sedar ketentuan Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar ketentuan Allah: "yang pentingnya harus dia Ya Allah! Harus dia, kerana aku sangat mencintainya." Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang terkotor.Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Lagu: Putaran Kehidupan

,,^Sharing Is Caring^,,