Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Saturday, May 16, 2009

,>Untukmu Ma & Abah<,,

Untukmu yang tersayang
Bermain di fikiran
Apakah masih ada ruang
Untuk bersama

Padamu ayah bonda

Permata hati bersinar
Doa yang ku damba untukmu
Tanda cintaku tanda kasihku


Doa untuk Kedua Ibu Bapa

Ya Allah, Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku , perihalah mereka memeliharaku.

Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atas kesu
sahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenanMu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirahMu telah mencapai mereka sebelumku, izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunanMu di tempat kediaman yang dinaungi kemuliaanMu, ampunanMu serta rahmatMu.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin…

Semasa orang lain sibuk meng’wish’kan Selamat Hari Ibu kepada ibu masing-masing, saya tak sempat berbuat demikian, kerana saya terus mengucapkan Selamat Hari Lahir untuk abah saya, sampai terlupa nak ucap Selamat Hari Ibu pada ma. Tapi sempat cover balik.(“,). (Tapi tak sempat call pun..huhu, bagi sms,ccredit tak cukup, duit YP tak masuk lagi..alasan plak =p, tapi topup je, terus call)

Bulan Mei ini agak special bagi keluarga saya. Sebabnya ada dua event yang sangat special buat kami. Kami sambut sekali terus.(hehe, jimat masa..)

10 Mei Hari Lahir Abah
14 Mei Hari Lahir Ma


Tapi tahun ni tak sambut lagi kan, Kak Ti? Saya tak sempat lagi nak balik ke Kuantan. Akhir bulan ni baru dapat balik Kuantan, balik dengan Abang sebab ada ‘majlis’ di rumah kami nanti. Insya Allah.

Ma, kau lah Ratu Hatiku

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh, ibu di bahu mu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur perjuangan, takku nafikan

Di saat kita berjauhan terasa inginku berlari
Mendakapimu penuh girang bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang betapaku merindu
Lembutnya belaian ibu membuatku terlena..

Di wajahmu beronak tenang, sebak di dada kau rahsia
Ku pastikan dikau aman kurnia sejahtera, tak ku lupakan
Tiada aku tanpa ibu hanya satu di dunia
Bertahta dikau di jiwaku
Kaulah ibu yang tercinta
Betapa ku mengharap hadir restumu ibu membawa ku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang yang berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu…

Selamat Hari Ma & Selamat Hari Lahir buat ma ku.
Terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh beliau, sehingga tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata.

Apa yang paling saya ingat, kenangan semasa saya masuk hospital. Kena buat pembedahan sebab ada ketumbuhan. Perasaaan nak masuk ke bilik pembedahan sangat menyeramkan, tapi mujur ma ada kat sebelah. Ma lah yang menenangkan saya. Waktu tu dah besar dah, semasa saya berumur 18 tahun, tapi saya dapat tenangkan hati sebab ma saya ada di sisi.

Tak tergambar dek akal fikiran jika waktu tu ma saya tiada di sisi. Memang saya takkan masuk ke bilik pembedahan tu. Pengalaman pahit kena bedah. Tak nak cerita. Terasa lepas-lepas ni, saya tak nak dah kena bedah. Huhu..

Bila dah lepas kena bedah, seminggu kena menginap di hospital tu. Ma dan Abah jugak la yang berulang-alik dari rumah datang ke hospital. Mujur adik saya dah besar, jadi kurang bebanan bila nak jaga saya pulak. Adik saya pun tolong jaga saya.(“,)

Abah, Nilai kasihmu

Terpana aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbukam di benakmu
Kini tahu apa yang terbuku di hatiku

Sulut dedarku pada usapan menteramu
Tundukku kaku pada ketegasan dirimu

Terpasak semangat pada keyakin tekadmu

Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah, tak pernahku tanya
Ke mana tumpahnya keringatmu
Oh ayah, tak pernahku hitung
Betapa banyaknya kerutan di dahi mu

Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan


Kau pendorong bukanlah pendesak
Apa lagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
Apa lagi rasa terdera
Lestari kasihmu tanpa batasan

Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa

Sentuhanmu amat bermakna…



Selamat Hari Lahir buat abahku…

Tak pernahku tanya banyaknya keringatmu yang kau korbankan buat kami sekeluarga.
Abah seorang yang pentingkan keluarga. Apa-apa yang berlaku, abah mesti utamakan kami adik-beradik dan keluarga dahulu.

Abah juga seorang yang sentiasa memberi semangat kepada kami adik-beradik. Abah tak pernah pun suruh kami ambil bidang apa-apa yang abah suka. Tapi abah bagi peluang untuk kami pilih sendiri, dan abah akan sokong kami dari belakang. Saya teruskan perjuangan dalam menuntut ilmu di bidang kejuruteraan atas dorongan dan sokongan dari ma abah dan adik-beradik yang lain. Justify Full

Abah tetap akan bantu anak-anak abah walaupun anak-anak abah dah kahwin. Selalu abah turun ke Terengganu, atas sebab ziarah keluarga kakak saya yang kedua, Kak Ti yang sudah berumah tangga dan mempunyai tiga orang anak. Ma abah selalu juga turun Kuala Lumpur ziarah keluarga abang saya yang sulung. Abang ada dua orang anak. Dan abang yang ketiga tinggal di Kuantan. Berdekatan dengan rumah kami. Ada seorang anak dan bulan Julai bakal tambah lagi seorang kan? Kan Kak Yus?

Lagi satu, adik saya Hidayah (saya ada seorang je adik), nama je duduk kat sekolah asrama penuh (SBPI Kuantan), tapi dari sekolah nak balik ke rumah naik bas pun tak reti. Ye la, kalau dia tak boleh balik ke rumah, Ma & Abah tiap-tiap minggu hantar makanan dan barang-barang keperluan dia. Bila tiba masa dia boleh balik ke rumah, conferm-conferm abah pergi ambil dia kat sekolah. Mujur la sekolah dia kat Kuantan jugak (mungkin sebab dekat jadi macam tu kan). Untuk adikku, belajar bersungguh-sungguh, tahun ni SPM. Ingatlah segala jasa dan perngorbanan Ma & Abah buatmu selama ini.

Tapi saya yang duduk kat Gombak ni pun, setiap kali semester berakhir, abah mesti datang ambil. Walaupun jauh dari rumah, tapi abah akan tetap berusaha nak hantar dan ambil anak-anak dia sendiri. Kadang-kadang je, kami naik bas.(at least, pernah dan tahu cara nak balik sendiri ye dik.^_^)

Pengorbanan sebagai seorang ayah amat besar, dari kami kecil sampai saat ini. Tidak ternilai dek emas dan permata. Berjuta-juta terima kasih kami ucapkan untuk Abah.


ni bukan the latest,(masa Abg Yie kawin) ada tambahan empat orang lagi anak saudara.


Sekarang ma & abah tengah sibuk. Menguruskan persediaan untuk walimah kakak saya yang keempat. Kak Amy dah nak kahwin, nanti bulan Ogos Kak Ti plak nak berhijrah ke Jordan, selama tiga tahun (ikut Abg Zaid sambung study di sana). Nanti masa gathering family, tak cukup la dah sebab family Kak Ti ada kat Jordan..=( Erm, tak pe, abah kan suka ziarah anak-anak dia. Nanti ada peluang kami (Adah dengan Adik je la, yang lain semuanya dah kahwin, kena la tanggung cost sendiri.=)) pergi Jordan, ziarah family kak Ti kan? Insya Allah..boleh kan Ma & Abah?^_^
ni hari raya 2001. raya terakhir dapat kumpul semua adik-beradik, sebab tahun depan tu kak ti dah kawin, so kekadang je raya dengan kami kan?(",)
Friday, May 15, 2009

,,>Bacaan dari SIRAH Rasulullah<,,

Bacaan dari sirah perjuangan Rasulullah s.a.w. amat penting bagi pendakwah. Sirah menerangkan kepada kita kaedah dakwah. Dengan itu kami tidak menganggap membaca dan mengkaji sirah Rasulullah s.a.w. berkali-kali sebagai satu beban tambahan bagi pendakwah. Sebaliknya ia seumpama cahaya yang menyuluh perjalanan. Semakin tinggi kefahamannya terhadap sirah, semakin mudah untuk dia berjalan di dunia dakwah.

Di sini ingin kami kongsikan kepada pembaca satu fakta berkenaan sirah Rasulullah s.a.w. yang telah ditafsirkan secara silap oleh sebahagian pendakwah. Kesilapan penafsiran ini mungkin disebabkan oleh pembacaan yang tidak meluas terhadap sirah. Jika ini puncanya, ia suatu yang mudah untuk dibetulkan kembali. Apa yang kami bimbangi adalah jika ia lahir dari sikap, pandangan dan pendekatan yang sudah terpahat dan didoktrinkan di dalam pemikiran sebelum kajian terhadap sirah. Peristiwa-peristiwa dari sirah dipilih untuk menguatkan pandangan ini. Jika ini puncanya, perkongsian terhadap topik ini mungkin agak sukar.

Fasa-fasa Dakwah

Dakwah Rasulullah s.a.w. dimulakan dengan fasa kerahsiaan identiti,
tanzim dan aktiviti dakwah selama tiga tahun. Sesudah itu ia masuk ke fasa berdakwah secara terang-terangan sesudah turunnya ayat: "dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat." (As-Syu'ara: 214). Ada kisah pertemuan-pertemuan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. di rumah Arqam bin Abi Arqam, seorang pemuda yang pemilihan rumahnya memberikan beberapa kelebihan dari sudut keselamatan. Rasulullah s.a.w. juga berkata kepada mereka: "Tahan tangan-tangan kamu sebaliknya dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat."

Fasa ini berterusan untuk satu tempoh. Persoalan timbul tentang tabiat fasa ini; adakah ia bermaksud para sahabat r.a. perlu ditarbiah untuk satu tempoh tertentu sebelum terlibat di dalam medan dakwah? Jika itu betul, adakah ianya kaedah yang diguna pakai juga kepada sahabat-sahabat r.a. yang memeluk Islam sesudah fasa ini; tarbiah untuk satu tempoh sebelum diberikan tugasan dakwah dan jihad? Jika itu adalah petunjuk dari sirah, adakah organisasi dakwah hari ini juga perlu mengambil kaedah yang sama?

Kajian terhadap jarak waktu di antara keislaman para sahabat r.a. dan penugasan dakwah dan jihad kepada mereka oleh Rasulullah s.a.w. tidak sekali-kali menyokong pandangan di atas. Sebaliknya apa yang kita dapati adalah sebaliknya.

Sahabat dan Tarbiah Rasulullah s.a.w.

Bilangan sahabat r.a. melebihi 100,000 orang. Ini jika sekiranya kita mengambil pandangan al-Hafiz Ibnu Hajar yang mentakrifkan sahabat r.a.: "Sesiapa yang hidup bersama Rasulullah s.a.w. untuk satu tempoh yang panjang atau pendek, yang meriwayatkan hadis daripada Baginda s.a.w. atau tidak meriwayatkan hadis, sesiapa yang ikut serta berperang bersama Baginda s.a.w. dan sesiapa yang tidak ikut serta, sesiapa yang pernah melihat Baginda s.a.w. walau pun tidak pernah duduk semajlis dengannya dan sesiapa yang tidak pernah melihat Baginda s.a.w. kerana sesuatu halangan seperti buta." Dengan takrif itu termasuk di dalam kelompok yang disebut sebagai `bintang-bintang di langit' ini semua yang pernah menghadiri haji wida' (perpisahan) . As-Syeikh Muhammad al-Khudari mengatakan bahawa bilangan mereka yang hadir di peristiwa haji wida' (perpisahan) tersebut adalah seramai 90,000 orang. Jika kita campurkan bilangan baki sahabat r.a., ahli keluarga mereka di Madinah yang tidak ikut serta di dalam haji wida' dan sedikit yang memeluk Islam selepas itu, bilangan itu sememangnya mencecah lebih 100,000 orang.

Pentarbiahan Rasulullah s.a.w. terhadap mereka berlaku dalam bentuk yang pelbagai. Tidak sama di antara seorang dengan seorang yang lain. Tetapi hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang para sahabat r.a. dan persaksian sejarah membuktikan penglibatan mereka - kesemua mereka - di dalam dakwah dan jihad. Dengan erti kata lain pentarbiahan yang pelbagai bentuk tersebut berjaya melahirkan lebih 100,000 orang pendakwah yang telah pun lulus `piawai' tarbiah tersebut.

Jika kita mengkatogerikan para sahabat r.a. berdasarkan bentuk pentarbiahan yang mereka terima dari Rasulullah s.a.w. secara mudahnya kita boleh mengkatogerikan mereka kepada beberapa kategori.

Kelompok Pertama

Kelompok yang bersama dengan Rasulullah s.a.w. dari fasa Mekah sehingga ke hujung fasa Madinah. Mereka mendapat pentarbiahan yang langsung dari Rasulullah s.a.w. dalam setiap keadaan. Dorongan untuk mereka terlibat di dalam dakwah dan jihad dengan satu kesungguhan luar biasa dan dengan kaedah yang betul mudah untuk kita fahami. Rasulullah s.a.w. bersama mereka di setiap detik kehidupan mereka; menegur mereka, memberikan arahan, menasihat, mendidik dan membentuk.

Berapakah bilangan mereka?

Jika dibandingkan dengan bilangan sahabat r.a. keseluruhannya, nisbah bilangan mereka adalah terlalu kecil. Jika sekiranya kita tolak 183 orang lelaki dan 18 orang wanita di kalangan sahabat r.a. yang berhijrah ke Habsyah, bilangan mereka di kelompok ini tidak melebihi 200 orang. 200 dari 100,000 orang? Hanya 0.2% sahaja.

Apa bentuk pentarbiahan mereka? Apa bahan yang mereka bincangkan? Apakah suntikan tarbiah yang disuntik kepada mereka sebelum memulakan dakwah?

Dr. Jasim Muhammad Sultan berpendapat: "Rasulullah s.a.w. tidak meletakkan kadar suntikan tarbiah kepada seseorang muslim sebelum mereka terlibat di dalam projek-projek Islam kecuali dua kalimah syahadah. Tarbiah akan diteruskan selepas itu beriringan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku."

Kami melihat kebenaran pada kata-katanya. Beberapa peristiwa yang berlaku kepada kelompok ini menyokong pandangan beliau.

Saidina Abu Bakar r.a. menyeru kepada Islam dari hari pertama dia mengucapkan dua kalimah syahadah. Di tangan beliau
lima dari sepuluh yang dijamin masuk syurga oleh Baginda s.a.w. memeluk Islam. Mereka adalah Osman bin Affan r.a., Abdul Rahman bin Auf r.a., Saad bin Abi Waqqas r.a., az-Zubair bin al-Awwam r.a. dan Tolhah bin Ubaidillah r.a.

Di samping itu beliau juga menebus hamba yang memeluk Islam. Beliau juga mempertahankan Rasulullah s.a.w. dari sebarang gangguan.

Apa yang beliau lakukan hanyalah hasil dari kefahaman terhadap beberapa ayat al-Quran. Bukan perincian yang mendalam tentang Islam, tetapi hanya beberapa ayat.

Fakta yang cukup menarik juga kita dapati apabila kita mengkaji peristiwa keislaman Omar al-Khattab r.a. dan Hamzah bin Abd. Mutalib r.a. Mereka beriman di penghujung tahun kelima kenabian. Tetapi mereka mendahului sebahagian dari sahabat r.a. yang pernah ditarbiah di rumah Arqam bin Abi Arqam r.a. Saidina Omar r.a. sendiri termasuk di dalam kelompok 10 yang dijamin masuk syurga oleh Rasulullah s.a.w.; satu-satunya dari 10 orang itu yang masuk Islam selepas fasa rahsia pada tiga tahun pertama.

Berkenaan Saidina Omar r.a. ini Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "Keislaman Omar r.a. adalah pembukaan. Hijrahnya adalah kemenangan. Pemerintahannya adalah rahmat. Kami tidak pernah bersembahyang di hadapan Ka'bah sehinggalah Omar r.a. memeluk Islam. Apabila dia memeluk Islam, dia melawan Quraisy dan bersembahyang di hadapan ka'bah. Lalu kami pun bersembahyang bersama-sama dengannya."

Persoalan yang sama kita ajukan; apa bentuk pentarbiahan yang berlaku kepada Omar r.a.? Apa bahan yang dibincangkan? Apakah suntikan tarbiah yang disuntik kepada Omar r.a. sebelum memulakan dakwah?

Jawapannya akan kita dapati pada kata-kata Dr. Jasim Muhammad Sultan di atas.

Kelompok Kedua

Kelompok yang memeluk Islam kemudian diarahkan agar meninggalkan Rasulullah s.a.w. Mereka terbahagi kepada dua kategori; ahli rombongan hijrah ke Habsyah dan sahabat yang diminta kembali ke kabilah masing-masing.

Para sahabat r.a. yang berhijrah ke Habsyah berjumlah seramai 183 orang lelaki dan 18 orang wanita. Jumlah ini menyamai jumlah sahabat r.a. yang duduk kekal di Mekah. Rasulullah s.a.w. berkata kepada mereka dua tahun sesudah bermulanya fasa dakwah terang-terangan: "Apa kata jika kamu pergi ke bumi Habsyah. Di situ ada seorang raja, siapa berada di sisinya tidak akan dizalimi. Ia adalah bumi kebenaran. Duduklah di situ sehingga Allah mengeluarkan kamu dari kesengsaraan kamu sekarang."

Mereka berada di sana bermula dari tahun kelima kenabian dan bergabung dengan Rasulullah s.a.w. selepas peperangan Khaibar pada tahun ketujuh hijrah. 15 tahun di Habsyah, jauh dari Rasulullah s.a.w. dan baki sahabat r.a. Tinggal di bumi Kristian yang mempunyai nilai sejarahnya sendiri. Berjiran dan dikelilingi oleh penganut agama Kristian yang ta'asub dengan ajaran itu dan mempertahankannya. Sedangkan mereka baru memeluk Islam. Bagaimanakah Rasulullah s.a.w. cukup berani mempertaruhkan nasib mereka? Siapa yang mentarbiah mereka di sana? Cukupkah bekalan yang mereka dapati di Mekah untuk hidup di bumi yang asing ini? Terjagakah iman mereka sebelum kita bertanya mampukah mereka berdakwah di sana?

Pentarbiahan berlaku dalam bentuknya yang tersendiri. Peristiwa-peristiwa yang berlaku di bumi Habsyah mematangkan mereka. Mereka menyempurnakan kefahaman dakwah mereka di situ selama 15 tahun; jauh dari sumber wahyu. Kemungkinan ayat-ayat yang turun kepada Rasulullah s.a.w. sampai kepada mereka dari hari ke hari walau pun mungkin terlalu lambat jika dibandingkan dengan para sahabat r.a. yang berada di Mekah. Itu adalah bentuk tarbiah terbaik yang kami jangkakan walau pun ia mungkin sekadar satu andaian. Apa yang pastinya, Rasulullah s.a.w. tidak ada di sisi mereka untuk menegur dan membimbing mereka setiap hari.

Satu lagi fakta menarik kami temui di dalam kelompok ini. Fakta ini membuktikan pengiktirafan Rasulullah s.a.w. terhadap pencapaian kefahaman dakwah dan jihad pada tahap tinggi yang mereka dapati di Habsyah. Ketua rombongan hijrah ke bumi Habsyah iaitu Ja'far bin Abu Talib r.a. dilantik oleh Rasulullah s.a.w. mengetuai ekspedisi perang Muktah hanya beberapa bulan sesudah tiba di Madinah dari Habsyah. Turut serta di dalam peperangan itu adalah Abdullah bin Mas'ud dan al-Miqdad bin al-Aswad r.a. Kedua-duanya adalah ahli rombongan hijrah ke Habsyah. Satu yang kami rasakan cukup menakjubkan dan cukup penting untuk dikaji oleh peminat-peminat ilmu tarbiah da'awiah harakiah.

Perkara yang lebih kurang sama berlaku kepada sahabat yang beriman dan diminta kembali ke kabilah masing-masing. Di antara mereka adalah Abu Zar al-Ghifari. Dia memeluk Islam di Mekah dan bertemu kembali dengan Rasulullah s.a.w. di Madinah bersama dengan dua kabilah yang telah memeluk Islam; kabilah Aslam dan Ghaffar.

Rasulullah s.a.w. pernah menyifatkan Abu Zar r.a.: "Seorang pemuda yang tepat ungkapannya kata-katanya. " Dengan kelebihan itu beliau r.a. menyeru kedua-dua kabilah tersebut kepada Islam.

Persoalan yang sama kita ajukan; apa bentuk pentarbiahan yang berlaku kepada Abu Zar r.a.? Apa bahan yang dibincangkan? Apakah suntikan tarbiah yang disuntik kepada Abu Zar r.a. sebelum memulakan dakwah dan berjaya mengislamkan dua kabilah yang besar?

Kelompok Ketiga

Suku Aus dan Khazraj yang dikenali sebagai kaum Ansor selepas penubuhan negara Islam Madinah. Sebahagian mereka beriman sebelum peristiwa hijrah tetapi kebanyakannya beriman ketika Rasulullah s.a.w. berada di Madinah. Mereka tidak pernah menerima pentarbiahan di Mekah seperti golongan Muhajirin. Mereka beriman di fasa jihad dan kemenangan Islam bukan fasa kerahsiaan dan fasa dakwah terang-terangan di Mekah. Mereka tidak berdepan dengan Quraisy dalam keadan Islam lemah. Mereka berdepan dengan kaum Quraisy dalam keadaan Islam kuat. Mereka tidak melalui fasa yang dilalui oleh golongan Muhajirin. Tetapi mereka memberikan sumbangan yang tidak kurang besarnya kepada Islam. Beberapa ayat al-Quran memuji golongan Ansar. Di antaranya firman Allah yang bermaksud:

"dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya." (Al-Hasyr: 9)

Allah sifatkan mereka sebagai `orang-orang yang berjaya'. Persaksian yang membuktikan kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah. Mereka berdakwah di awal keislaman mereka lagi.

Satu kisah berkenaan seorang Ansar bernama Nu'aim bin Mas'ud di dalam peperangan Ahzab ingin kami ketengahkan di sini sebagai bahan renungan kita semua. Beliau beriman di tengah-tengah peperangan Ahzab. Selepas keislamannya beliau bertemu Rasulullah s.a.w. dan bertanya kepada Rasulullah s.a.w. apa-apa yang ingin diminta beliau lakukan. Beliau sanggup melakukan apa sahaja.

Perhatikan detik-detik peristiwa yang berlaku kepada pemuda ini. Beliau terlalu baru memeluk Islam, tidak pernah menerima apa juga bentuk pentarbiahan dari Rasulullah s.a.w. dan bahkan mungkin tidak sempat langsung untuk menghafal walau pun satu potong ayat al-Quran. Arahan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada beliau menjadi panduan kita di dalam kajian tarbiah da'awiah harakiah. Beliau tidak diarahkan duduk di soff belakang dan ditarbiah dahulu oleh sahabat-sahabat besar. Sebaliknya Rasulullah s.a.w. memberikannya satu tugasan yang cukup berisiko dan dia berjaya melakukannya. Beliau berjaya menyelinap ke dalam kedua-dua kumpulan Quraisy dan Yahudi, mencetuskan perbalahan di antara kedua pihak dan membawa kepada kemenangan kepada Islam.

Apa yang mampu dipelajari oleh pemuda ini beberapa detik selepas keislamannya sehingga beliau dapat memainkan peranan yang besar ini?

Kelompok Keempat

Kaum Quraisy yang tidak beriman di fasa Mekah sebaliknya beriman di fasa jihad dan kemenangan Islam di Madinah.

Di antara mereka adalah Khalid bin al-Walid r.a. yang memeluk Islam selepas melihat keajaiban yang berlaku kepada tentera Islam di dalam peristiwa Hudhaibiah. Beliau memeluk Islam dan memimpin tentera Islam beberapa bulan selepas keislamannya. Kegemilangan beliau memimpin tentera Islam tidak perlu kita ketengahkan di sini. Ia adalah kisah yang masyhur dan tidak perlukan banyak penjelasan dibuat berkenannya.

Kelompok Kelima

Kelompok terpencil yang menyembunyikan keislaman mereka di Mekah. Mereka menzahirkan keislaman mereka sebelum pembukaan Mekah. Sebahagian daripada mereka memberikan sumbangan kepada Islam dalam bentuk-bentuk tertentu yang tidak dilakukan oleh sahabat-sahabat lain yang menzahirkan keislaman mereka.

Di antaranya adalah Abbas bin Abdul Mutallib r.a. Beliau menyaksikan peristiwa Bai'ah Aqabah kedua dalam keadaan belum memeluk Islam. Bahkan berlaku perbualan di antara wakil Ansor dengan beliau meminta persetujuan beliau sebelum mereka membuat keputusan untuk membawa Rasulullah s.a.w. ke Yathrib.

Bagaimana sumbangan kepada dakwah boleh berlaku dalam bentuk yang sedemikian? Satu lagi peristiwa yang mengajak kita untuk berfikir tentang topik penglibatan dakwah seseorang dan kaitannya dengan tarbiah.

Kelompok Keenam

Mereka adalah kelompok yang beriman selepas pembukaan Mekah. Mereka beriman sesudah Islam berjaya membuktikan kekuatan dan keunggulannya. Di antara mereka adalah Ikrimah bin Abu Jahl r.a., Suhail bin Amru r.a. dan Sofwan bin Umayyah r.a.

Mereka telah membuktikan di dalam sejarah tentang sumbangan mereka kepada Islam terutamanya di dalam siri-siri peperangan membenteras gejala murtad di seluruh Semenanjung Tanah Arab di zaman Saidina Abu Bakar r.a.

Berapakah jarak masa di antara pertemuan mereka dengan Rasulullah s.a.w. dan penglibatan mereka di dalam jihad tersebut? Ia adalah jarak yang cukup pendek.

Qaedah Sulbah

Qaedah sulbah adalah satu istilah merujuk kepada sekelompok manusia yang menjadi tulang belakang kepada umat Islam. Mereka akan bersama umat dalam kegembiraan dan kedukaan umat. Mereka mengorbankan segala yang mereka miliki untuk umat. Masa depan umat adalah masa depan mereka. Jiwa mereka tulus dan suci. Mereka ikhlas di dalam perkataan dan perbuatan. Mereka tidak memandang dunia sebagai matlamat hidup. Mereka membawa diri mereka menghampiri Allah dengan bertaabud kepadanya melalui segala amal baik mereka dan segala sumbangan mereka kepada umat. Nasib umat terletak di tangan mereka. Pencerobohan musuh tidak akan berjaya selagi mereka ada.

Bagaimanakah proses melahirkan qaedah sulbah ini?

Mereka tidak akan datang dari aktiviti tarbiah di bawah bumbung-bumbung dan di dalam bilik-bilik yang tertutup. Tetapi mereka datang dari medan dakwah yang mereka berada di dalamnya.
Medan itulah yang akan melahirkan mereka dan yang akan mengasingkan mereka dari pendakwah-pendakwah yang tidak tulin.


Apa yang kami ingin ungkapkan di sini adalah kesempurnaan proses tarbiah itu sendiri sebenarnya tidak akan berlaku jika kita menghadkan aktiviti tarbiah tanpa penglibatan di dalam medan dakwah. Kehidupan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. menunjukkan kepada kita bahawa ia bukanlah dua perkara yang berasingan; yang pertama mendahului yang kedua. Tidak juga menunjukkan bahawa sesiapa yang lama ditarbiah akan lebih thabat bila masuk ke medan dakwah.
Medan akan menyempurnakan tarbiah dan menguji thabat seterusnya melahirkan qaedah sulbah.

Kami juga tidak bermaksud dengan kefahaman yang sedikit maka pendakwah mesti terus terjun ke medan dakwah yang luas; apa juga bentuk dan saiz medan tersebut.

Membuka medan dakwah kepada pendakwah mesti dilakukan secara beransur-ansur berdasarkan tahap kemampuannya. Ia adalah perkiraan yang sukar dilakukan oleh kita. Tetapi kesukaran tersebut tidak seharusnya membawa kepada satu pendekatan mudah yang dilakukan oleh sebahagian pendakwah iaitu membuka terus medan dakwah kepada segala jenis pendakwah tanpa mengambil kira kemampuan dan kesesuaiannya. Bacaan dari sirah juga tidak menyokong pendekatan ini. Ada peranan yang mampu dimainkan oleh Abu Bakar r.a. tidak mampu dimainkan oleh orang lain. Ada peranan yang mampu dimainkan oleh Dihyah al-Kalbi r.a. tidak mampu dimainkan oleh sahabat-sahabat besar. Begitulah seterusnya kita dapati satu persatu penugasan dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dilakukan dengan cukup teliti.

Semoga dengan tulisan ini dapat membawa kita kembali meneliti bentuk pentarbiahan yang kita lakukan. Moga apa juga aktiviti tarbiah itu tidak akan menjadi penghalang kepada sampainya kebaikan yang kita miliki kepada umat Islam dan seterusnya menjadi sebahagian dari penyelesaian kepada masalah umat.


p/s : Saya tak ingat dari mana saya dapat artikal ni. mohon maaf tidak dapat saya nyatakan linknya. Andai ada di antara kalian tahu siapa empunya artikal ini, mohon informkan pada saya. syukran jazilan.

Friday, May 8, 2009

,,>Syafaat Selawat<,,

Sufyan as-Sauri Ra bercerita :

Ketika bertawaf mengelilingi kaabah, aku melihat seorang lelaki. Setiap kali dia melagkah, dia terus berselawat kepada Rasulullah SAW. Aku berasa hairan apabila melihat keadaan itu. Aku mendekatinya dan bertanya, “Mengapa engkau meninggalkan bacaan tasbih, tahmid dan tahlil tetapi hanay membaca selawat sahaja? Apakah ada sesuatu terjadi pada dirimu?”

“Tuan ini siapa? Moga-moga Allah SWT merahmatimu,” tanya orang itu.

“Namaku Sufyan as-Sauri,” jawabku.

“Sekiranya tuan ini bukan seorang ‘Arif pada zaman ini, tentulah aku tidak akan mempedulikan kata-katamu itu. Tetapi lantaran tuan ini seorang ‘Arif, dan mungkin rahsia ini masih belum tuan ketahui, aku akan memberitahu tuan rahsiaku ini,” jawab orang itu.

“Baiklah, dengar ceritaku ini,” sambungnya lagi.

Aku meninggalkan negeriku bersama-sama ayahku bagi mengerjakan ibadat haji ke Baitullahil-haram, kemudian kami berziarah ke maqam Rasulullah SAW. Kami tidak lupa berselawat dan salam epada baginda. Ketika di pertengahan jalan, ayahku tiba-tiba jatuh sakit. Sakitnya terlalu kronik. Aku berusaha merawatnya dan menjaganya dengan sepenuh kemampuanku, namun sia-sia belaka. Da tidak dapat dirawat lagi. Dia akhirnya meninggal dunia.

Aku sangat sedih di atas pemergiannya, namun apa yang membuat hatiku bertambah sedih ialah wajah ayahku yang asalnya tampan bercahaya, berubah menjadi hitam legam, dan begitu menakutkan. Aku sangat terkejut melihat keadaannya. Aku menangis kesedihan, lalu aku tutup wajahnya dengan kain. Sungguh tidak terbayangkan kesedihanku ketika menyaksikan keadaan ayahku yang sebegitu rupa. Lebih-lebih lagi dia meninggal di tempat orang. Betapa malunya jika ada orang yang mengetahui keadaan ayahku saat itu. Apatah lagi ayahku sendiri adlah ahli ibadah

Aku terus menunggu dengan perasaan hati yyang hancur. Aku hanya mampu menangis dan tidak mampu berbuat apa-apa.aku terus bertafakur di sis kepala ayahku. Tiba-tiba aku tertidur. Dalam tidur itu, aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku ini. Ternyata sinar itu bersumber daripada seorang yang sangat gagah lagi tampan. Pakaiannya bersih, wajahnya bersinar terang, dan baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihatnya sebelum ini, dan aku belum mengenalinya.

Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu jalannya sehinggalah dia berada di sisiku.

“Apa yang berlaku kepada dirimu?” dia bertanya.

“Ayahku telah meninggal dunia,” aku menangis. Belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata, “Jangan menangis! Semua manusia mesti mati!”

“Tetapi wajahnya,” kataku. “Wajahnya hitam legam. Tologlah aku!” aku merayu-rayu untuk mengharapkan bantuan.

Tanpa berkata apa-apa, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusapkan telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali! Aku hamper tidak percaya apa yang berlaku. Wajah ayahku kembali putih bersih, dan lebih bercahaya dari asalnya. Apakah penawarnya?

Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian dia hendak kembali semula dari arah dia datang tadi.

Melihat dia mahu pergi, dan aku belum lagi tahu siapa dia orang ini, aku segera memegang bajunya sambil bertanya: “Siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini?”

Dia tersenyum, kelihatan nur bersinar daripada senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama.

“Aku ini Muhammad,” dia menjawab.

“Muhammad?” aku meminta penerangan yang lebih jelas.

“Muhammad, Rasulullah. Akulah pembawa al-Quran,” dia menjelaskan.

Aku terus terduduk dan terpinga-pinga sambil menikmati wajahnya yang mulia itu. “Itulah dia Rasulullah SAW,” aku berkata dalam hatiku. Lisanku kelu, tidak terkata apa pun.

“Ayahmu ini terlalu banyak membuat perkara yang sia-sia dalam hidupnya. Namun begitu, dia selalu berselawat dan salam kepadaku. Ketika dia mengalami perkara buruk seperti ini, dia memohon kepadaku untuk membantunya. Sebab itu aku datang ke mari untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku,” jeasnya.

Pada saat itulah aku terkejut daripada mimpiku itu, dan teringat apa yang berlaku dalam mimpi itu tadi. Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti apa yang berlaku dalam mimpiku tadi. Wajah ayahku telah kembali putih bersih dan lebih bercahaya.

Aku termenung mengingatkan apa yang berlaku dalam mimpi yang berkat itu. Aku berkt dalam hatiku, “Mengapa tidak mengambil masa lebih lama mimpiku tadi supaya aku dapat berada lebih lama di samping manusia utama yang amat mulia itu. Oh!”

“Inilah kisahnya, wahai Sufyan as-Sauri! Sekarang engkau tahu rahsia mengapa aku terus berelawat ke atas Nabi SAW setiap kali aku melangkah. Aku akan terus berselawat ke atasnya sebanyak yang aku mampu. Moga-moga aku mendapat pertolongannya apda suatu hari nanti, sama ada di dunia mahupun d akhirat, ” orang itu menjelaskan lupa kepada Sufyan as-Sauri, lalu dai pun berjalan meneruskan tawafnya, sedang lisannya tidak berhenti daripada menyebut selawat dan salam ke atas baginda.

Wahai pembaca sekalian! Perbanyakkanlah selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW. Moga-mogs Allah SWT akan mengampuni kita daripada dosa-dosa besar kita, membimbing kita ke seksaan neraka Jahim, dan diberikan tempat di syurga JannatunNaim. Amin.

~~Subhanallah..alangkah beruntungnya beliau mendapat peluang bertemu dengan Rasullulah. Itulah kelebihan yang diperolehi oleh orang-orang yang mendekatkan dirinya kepada Alah dan sentiasa mengabdikan diri untuk meneruskan perjuangan Rasulullah SAW. Itulah ganjaran yang mereka layak terima setanding dengan apa yang mereka lakukan.

Banyak versi yang kita dapat dengar cerita ahli-ahli sufi tentang syafaat selawat ini untuk versi ini saya perolehi dari sebuah buku. Isi kandungannya sangat bagus. Memberi kita inspirasi dan menyedarkan diri betapa berbezanya taraf kita dengan wali-wali Allah ini.
Seharusnya kita perlu berimpian untuk menjadi wali Allah, tapi jalannya bukan mudah. Tapi melalui buku ini, banyak memberi ilmu kepada kita tentang kisah-kisah para wali Allah.

Tajuk buku : Belajar dari Para WALI
Karya : Ustaz Wan Ji Wan Husin
Penerbit :Anbakri Publika Sdn Bhd

Semasa cuti baru-baru saya berpeluang memiliki buku. Pada mulanya, aim saya nak beli buku lain, tapi bila terpandang buku ni, terus ambil. Dan tukang bayar kakak saya sebab hari tu teman dia beli barang di
Darul Ansar, Kuantan Parade, then duit dalam dompet saya kosong pulak^^,(tengah cuti la kan, duduk kat rumah, ma abah ada). Ala, sekali-sekala nak ‘ang pau’ kakak sendiri. Lepas ni, susah dah..terima kasih ye kakak ku..hadiah birthday la kot buku ni kan? Ye la, hadiah tahun ni ‘pending’ lagi dari adik-beradik saya ini.

Jadi, saranan saya pada semua, bacalah buku ini. Anda pasti menyukainya, kerna pelbagai cerita tentang para wali yang bakal anda ketahui. Bagi saya, buku ini antara buku yang saya baca dan saya rasa sayang nak tinggal. Teringin nak sambung membacanya sampai habis. (Berjaya jugak baca buku tanpa terbengkalai di pertengahan jalan ^_^)



Monday, May 4, 2009

,,>Doaku padaMu Ya Allah<,,

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Seluruh selawat, sembah dan salam kita panjatkan ke hadrat kekasih Allah dan junujungan kita Nabi Muhammad SAW seikhlasnya.


Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal


Surah Al-Hujurat :13.


Ayat di atas menjelaskan kepada kita supaya kita berkenal-kenalan sesama kita di samping kita tidak melupakan untuk menjaga ketaqwaan kita kepada Allah. Oleh itu, Islam amat menggalakkan kita untuk bertaaruf dan berukhwah di muka bumi Allah ini. Itulah hikmah kita di jadikan berbeza-beza pendapat dan fikiran. Tetapi apabila kita mempunyai wehdatul fikr, pastinya kita akan perolehi wehdatul amal.


Ukhwah itu indah, bila bertemu dan berpisah kerana Allah. Itulah yang selalu kita gambarkan tentang ukhwah. Inilah juga yang ingin saya sampaikan. Ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat atas segalanya semasa 30 Mac 09 baru-baru ini. Walaupun sudah berbulan berlalu..^_~


Jazakallahu khairan jaza’


Di atas wishes kalian dan doa-doa kalian. Moga termakbul semuanya dan moga kita sentiasa berada di bwah lambayung rahnmatNya. Amin…


Antara message yang saya terima dari sahabat ukhwah fillah ini..


“Di mana sahaja ‘dia’ berada, pasti Islam kan agung semula…bila sahaja ‘dia’ berbicara, pasti syaitan kan membencinya…bagaimana sahaja ‘dia’ memimpin alam maya, tersenyumlah malaikat dengan bangga. Untuk apa sahaja tujuan ‘dia’ melangkahkan kakinya, nurnya takkan pernah berhenti menerangi insan di sekelilingnya…semoga ‘dia’ itu ukhtiku ini, Ya Allah. Sanah Helwah, ya sahabatku”


“Selamat HAri LAhir..moga terus dalam redhaNya & moga syauqah_wardah akan terus mekar hingga terbias pada hati-hati gersang yang mendambakan dakwahnya…”


{Thanks ek Sya & Madihah^^,}


Terima kasih ini ditujukan khas kepada ma & abah saya atas ingatan mereka. Kerana merekalah saya wujud di hari ini, mereka orang pertama yang mengucapkannya kepada saya. Tidak lupa juga kepada family saya, Abg Di & Kak Fiza, Kak Ti & Abg Zaid, Abg Yie & Kak Yus, Kak Amy & Abg Sham(bakal) dan Adikku Dayah.


Dan juga kepada adik-beradik S5, roomate’s ASMA’ D3.6, sahabat-sahabat Engin & yang di UIA, sahabat-sahabat SMAI, SK BALOK dan sahabat-sahabat yang berada di Mesir, Jordan, Morocco, Indonesia dan semuanya..


Ini antara hadiah dari insan-insan yang ber ukhwah fillah menjadi landasannya dalam bersahabat..amin Ya Allah…


Ini kek dari roomates saya,3H (Hamiza, Hanan, Halimaton) suprise party..tapi tertinggal no1 kan?^_^..Hanan kata mak cik tu xingat nombor kot.. Ini dari sahabat Engin (buat sekali dengan majlis perpisahan buat yang dah grad)


Ini dari Fauzun & Aini..macam ayat Yun, setiap tahun tak pernah miss. Tau-tau je beg duit saya hilang^_^


Ini dari Aisyah Jaafar, CIE KOE


Ini dari Hanan Hj Ahmad, roomateku^_^


Ini dari Hamizah Hani Hamzah, roomateku^_^


Ini dari 'Izzah & Bahiah, KOE


Ini dari Kak Najwa (jiran bilik sebelah) & Imad roomateku^_&

Ini dari sahabat2 Engin..

...Syukran Jazilan...

,,>Gembiralah dengan hidup ini.<,,

Gembiralah dengan hidup ini
Kerana hidup ini indah dan jadikanlah ia
Sebagai hamparan untuk setiap kebaikan


Allah ta'ala mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri. Bahkan, Allah sangat senang dengan taubatnya seorang hamba. Inilah kesenangan yang lebih besar dibandingkan kesenangan seseorang yang berada di padang pasir bersama tunggangannya, yang di atas punggungnya terdapat perbekalan makanan dan minumannya, tetapi kemudian tunggangan itu lari darinya sehingga dia hampir berputus asa untuk menagkapnya kembali.

Setelah itu dia duduk bersandar di sebuah pohon menanti ajal menjemputnya, hingga ia tertidur. Selang beberapa saat ia bangun dan tba-tiba unta yang membawa makanan dan minumannya itu berdiri berdekatan kepalanya, maka dengan serta-merta ia memegang tali unta tersebut seraya menjerit kerana gembira yang amat sangat, dan mengatakan: "Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah Tuhanmu" (salah dalam berucap krn gembiranya).

Maha Suci Allah Yang Maha Agung lagi Maha Pengasih. Allah ta'ala senang dengan taubat hambaNya itu, sehingga menyebabkan dia beruntung untuk meraih syurgaNya dan mencapai keredhaanNya. Allah Yang Maha Tinggi menyeru kepasa hamba-hambaNYa yang beriman untuk bertaubat melalui firmanNya:

"....dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. "
(Surah An-Nur: Ayat 31)

Bertaubat adalah mencuci hati dengan air mata dan membakarnya dengan kobaran api penyesalan. Bertaubat adalah pembakaran di dalam hati, pengekangan nafsu, keluhuran di dalam hati, dan titidan air mata. Yang demikian adalah awal perjalanan yang ditempuh oleh orang-orang yang bertaubat, modal orang-orang yang berjaya, langkah awal mereka yang menghendaki Allah, dan kunci istiqomah mereka yang hatinya condong kepada Allah.

Seorang yang bertaubat harus berkeluh-kesah, menyesal dan menangis. Bila orang lain merasa tenang dari 'azab Allah, maka hatinya tidak akan merasa tenang dan selalu dihantui oleh rasa takut bahawa taubatnya tidak diterima. Bila orang lain merasa tenteram, dia tidak pernah berhenti menangis tersedu-sedu. Bila orang lain beristirehat dengan tenang, dia tidak bosan-bosan merintih sampai tubuhnya menggigil. Bila dia mengingat besarnya dosa dan kesalahannya, kesedihannya makin menjadi-jadi, api nuraninya makin membara, air matanya bercucuran, nafasnya tersengal-sengal, dan terasa sesak kerana dadanya terasa terbakar. Dia telah membulatkan tekad untuk berlumba-lumba menghadapi hari esok. Dia meremehkan segala urusan dunia agar mampu melalui shirath (jambatan) yang berada di atas neraka jahannam dengan secepat kilat.

,,^Sharing Is Caring^,,