Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Tuesday, June 30, 2009

,,>Amal Islami<,,

Peraturannya:

Sahlan ginddan2.. Mai check this out..

Perkara2 yang perlu anda lakukan ialah:

1) Copy gambar amal Islam di bawah. Copy satu post ni pun tak ape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye gitu..

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu? Labih2, lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah. Calon-calon terpilih:

sahabat-sahabat KOE la...

~'Izzah Radin

~Bahiah

~Fauzun

~Lina Marhaini

~Aini Kawaeed

~Farihan

~AIn Sai'don

~Syarah Amin

~Kak Yusra


-->kak imah, terima kasih..maaf ye lambat..

,,>Amazing Blog Award<,,


1) Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.

2) Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.

:: nama penuhnya Nazirah bt Badrudin
:: nama glamuornya Kak Jie
:: ni blognya http://sufygirl.blogspot.com
:: asal dari Kelantan, saya dah pernah sampai rumah Ka Jie ni.
:: Kak jie ni dah ada teeeeeet..rahsia^_^

3) Setiap blogger perlu menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

Faktanya adalah :

:: saya ni ada dua mata, satu hidung, satu mulut
-pastu ada tambahan dua cermin mata^_^

:: berasal dari Kuantan, Pahang

:: mendapat pendidikan rendah di PASTI Al-Hidayah, Balok Pantai, Kuantan, Pahang. (ada classmate??)

:: kemudian melanjutkan pelajaran ke Sek. Keb Balok, Kuantan.

:: kemudian ke pendidikan menengah di Sek. Men. Agama Al-Ihsan, Kuantan.

:: masa cuti menunggu keputusan SPM, sempat bekerja sekejap di Pusat Tuisyen & Motivasi ADNIN. Jadi cikgu tuisyen, fasilitator dan macam-macam lagi.

:: kemudian mengambung pengajian yang lebih tinggi di Pusat Asasi UIAM, cawangan Petaling Jaya dalam kursus Kejuruteraan selama setahun setengah.

:: dan meneruskan perjuangan mencari ilmu di peringkat Ijazah di kampus utama UIAM di Gombak dalam pengkhususan Kejuruteraan Komputer Elektronik & Infomasi.

:: sekarang masih dalam perjuangan.. baru tahun kedua semester kedua..

:: sahabat-sahabat semua, doakan saya. Semoga Allah permudahkan segala urusan.^_^

~huhu, cukup jugak sepuluh..alhamdulillah..

4) Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka.

saya nak bagi kat adik-beradik saya je boleh? tak cukup sepuluh, tak pe kan?(",) Orang lain mesti sibuk nak buat tag ni..
Macam saya ni..

~Kak Atiey
;; sudah berkahwin dengan Abg Zaid, dan mempunyai tiga orang anak.

~Kak Amy
:: akan berkahwin dengan Abg Sham tak lama lagi...

~Kak Yus
:: berkahwin dengan abang saya, Abg Yie.sekarang dalam pantang anak kedua, Arissa Raihanah..habis pantang update blog ek..

ada tambahan..

~Lina Mayani(",)
:: exco Welfare ENGINIUS XV,IIUM...update blog..


Akhirnya, dapat jugak saya tunaikan kesemuanya..alhamdulillah..maaf ye Kak Jie, dah lama Kak Jie bagi ni. Sebulan saya ambil masa untuk menjawabnya..^_^

,,>Apa itu TAG??<,,

Saya telah di TAG oleh sahabat ini, Nurul 'Izzah..

Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan

:: bertemu dengan Allah bersama KekasihNya Rasulullah s.a.w

:: menjadi ahli syurga Allah

:: terus thabat & istiqamah di jalan ini

:: wujudnya Khulafah Islamiyah yang mentadbir dunia ini

:: sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang dariNYa


5 alasan terhadap pilihan tersebut

:: Pastinya impian setiap Muslim ingin bertemu dengan penciptanya, bersama insan yang sangat berbudi yang jasanya tak terbalas oleh sesiapa sahaja

:: hidup di dunia hanya sementara, akhirat negeri yang kekal abadi.

:: Man Qala Laillahailallah, fahuwa Dai’e..Barang sesiapa melafazkan kalimah Laillahailallah, maka dia adalah pengeru kepada kebaikan

:: harapan semua umat Islam di dunia ini

:: ”tidak akan kau berperasaan gundah walau sekali jika kau tahu apa yang di cari” ~rahmat & kasih sayang Allah yang di cari

5 impresi terhadap orang yg anda minat

:: Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah

:: Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap ISLAM

:: Yang sentasa haus dengan ilmu

:: Yang sentiasa dahaga akan pahala

::Yang solatnya adalah maruah dirinya

:: Yang tidak pernah takut untuk berkata benar

:: Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

:: Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

~terlebih plak...^_^

5 perkara hebat pernah anda lakukan

:: satu hari habiskan filem jepun, sampai bengkak mata2..pastu pergi meeting..isk3..

:: drive dari Gombak ke Kemasik, pergi balik hari(“,), pastu macam-macam plak jadinya, tapi Alhamdulillah selamat pergi selamat balik..

:: tolong masukkan gear bila orang drive kereta^_^

:: keluar berjalan dari pukul 6am à 3pm esoknya..sangat banyak tempat pergi..nanti akan diceritakan

:: buat coding dan output keluar terus tanpa ada edited..gembira tak terkira waktu tu^_^

5 ciptaan yang paling disukai (tak semestinya teknologi)

:: Langit Allah yang biru…

:: Pohon-pohon yang menghijau

:: Microprocessor..

:: GPS à alam maya

:: gambar-gambar Islamic yang cantik

5 perkara yang dibenci ( I say no to this person !)

:: Hipokrit

:: Tak tepati janji

:: Bangga dengan diri sendiri

:: lupa akan nikmat Allah

:: lupa, alpa dan leka dengan duniawi

~sebenarnya untuk diri sendiri..benci untuk diri sendiri

5 orang yg hendak anda tag.

:: Kak Atiey

:: Kak Amy

:: Kak Yus (update blog kak yus..^_^)

:: Siti Zulaikha (buat blog ye?)

:: Syayangku^_^

~Akhirnya,..alhamdulillah..maaf ye ’Izzah..berbulan adah ambil masa nak jawab ’Tag’ ni..’susah’ bangat soalannya..^_^

Saturday, June 27, 2009

,,,>Fathi Yakan Tetap Di Kenang<,,,


Dr Fathi Yakan arkitek dakwah, gerakan Islam lebih setengah abad

Oleh Mohamad Sofee Razak

DUNIA dakwah dan gerakan Islam dikejutkan dengan berita kematian Syeikh Dr Fathi Yakan, 76, pada 13 Jun lalu. Beliau cukup dikenali di seluruh dunia meninggalkan legasi dakwah hebat sehingga idea, gagasan dan pemikirannya melahirkan generasi unik Muslim yang mengagumkan.

Sepanjang hayatnya, Dr Fathi Yakan mewakafkan serta menginfakkan seluruh hidup serta pemikirannya beliau kepada aktiviti dakwah dan gerakan Islam tanpa pernah kenal erti jemu dan putus asa selama 50 tahun.

Beliau memberikan sumbangan bakti dan warisan penulisan intelektual yang tidak ternilai terutama kepada gerakan Islam di seluruh dunia. Karya agung beliau ialah Apa Ertinya Aku Menganut Islam di samping Bahtera Penyelamat Umat Dalam Kehidupan Pendakwah.

Bukunya yang melebihi 35 tajuk sehingga kini masih menjadi rujukan utama di kalangan aktivis gerakan Islam dan universiti di seluruh dunia.


Dalam buku Apa Ertinya Aku Menganut Islam, beliau menegaskan bahawa ramai yang menjadi Muslim kerana hobi atau dilahirkan oleh kedua orang ibu bapanya yang memang beragama Islam. Mereka ini pada hakikatnya tidak memahami makna menggabungkan diri dengan Islam.

Mereka juga tidak mengerti tuntutan penggabungan lantaran itulah mereka dilihat berada di satu pihak manakala Islam pula berada di pihak lain.

Katanya lagi, dalam beberapa waktu yang genting ini umat Islam sudah melalui pengalaman yang begitu pahit di mana banyak sistem (peraturan) hidup dan prinsip pegangan mereka gugu

r lenyap. Banyak gerakan dan ramai pula pemimpin turut gugur tercicir apabila berdepan cabaran masa kini kerana gerakan dan pimpinan berkenaan tidak mempunyai asas persediaan yang membolehkan mereka terus kekal dan berterusan.

Disiplin ilmu dan paradigma penulisan Dr Fathi Yakan diangkat sebagai wadah utama yang terus menerus mempelopori fikrah gerakan Islam di dunia Arab dan negara Islam lain di seluruh pelosok dunia.

Wawasan dan perspektif penulisan dakwah yang dihidangkan kepada pembaca serta pendakwah sarat dengan motivasi, strategi, teknik, kreativiti dan lain-lain taktik yang begitu kritikal serta praktikal sepanjang zaman.


Karya beliau melalui mekanisme berbentuk risalah dan tulisan membentuk acuan pemikiran, ideologi dakwah dan jentera gerakan Islam di seluruh dunia. Bahan penulisan, kritikan dan pengalaman beliau dalam dunia dakwah dijadikan panduan kepada generasi kebangkitan Islam merealisasikan misi dan visi ke arah menjadikan Islam sebagai cara hidup.

Arkitek dakwah dan gerakan Islam ini dilahirkan di Tarablas pada 1933 dan mendapat ijazah kedoktoran (PhD) dalam pengajian Islam dan bahasa Arab dari sebuah universiti terkemuka walaupun pada peringkat ijazah (BA) dan sarjana (MA) beliau belajar bidang kejuruteraan.

Sejarah mencatatkan Dr Fathi Yakan begitu komited dan serius dengan kerja Islam sejak tahun 1950-an lagi dan menubuhkan Jamaah Islam pada awal tahun 1960-an di Lubnan.

Beliau diamanahkan sebagai ketua umum dalam pergerakan berkenaan sehinggalah pada 1992 di mana beliau bertanding dan memenangi kerusi Parlimen di Lubnan sehingga 1996. Selepas bersara dari dunia politik, beliau diberi kepercayaan mengetuai Jabhah al-Amal al-Islami dan berperanan penting menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan antara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pada 2007.

Itu adalah antara usaha dan perjuangan terakhir beliau menyatukan dan menghindari perselisihan di kalangan rakyat Lubnan, terutama antara kekuatan serta perselisihan golongan majoriti dan minoriti di sana yang turut mendapat perhatian dunia Islam di peringkat antarabangsa.

Ini membuktikan kewibawaan dan keterampilan beliau secara semula jadi bukanlah hanya ke medan dakwah, malah mencakupi segala aspek kehidupan.

Dalam konteks lebih luas, Dr Fathi Yakan bukan saja dianggap sebagai tokoh ulama dan pemikir Islam terkemuka, malah juga Ahli Parlimen yang disegani di Lubnan dan antara pemimpin gerakan Islam antarabangsa yang berpengaruh sebaris dengan reformis Islam Hassan al-Banna, Syed Qutb, Mustafa Mashyur, Hassan Ali an-Nadawi dan beberapa tokoh mujahid mutakhir yang lain.

Sesungguhnya pemergian beliau bukan sekadar kehilangan dan kerugian besar bagi warga Arab di Asia Barat, bahkan kepada seluruh umat Islam khususnya di kalangan aktivis dakwah dan gerakan Islam seluruh dunia yang mendapat tunjuk ajar daripada beliau sebagai 'guru dakwah moden dan kontemporari' secara langsung dan tidak langsung sejak sekian lama.



Thursday, June 11, 2009

,,,>Sempurnakan Aku??<,,,

'kita adalah kejadian yg sempurna tetapi apa yg kita lakukan selalunya tidak sempurna.'

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Dan pandangan hatilah yg hakiki,
kalau hati itu bersih..

Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta,
Mati satu tarikh tidak dapat ditunda...

Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih.
Bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang.
Tapi....bila dahi bertemu sejadah akan terasa kebesaran Allah S.W.T

Menuntut ilmu adalah taqwa,
Menyampaikan ilmu adalah ibadah,
Mengulang2 ilmu adalah zikir,
Mencari ilmu adalah jihad,
(Al-Ghazali)

"Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi
akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi..."
-Imam Malik-

Kalau kita berada di alam tabii yg indah, kita tidak terasa keindahannya,
bukan ertinya alam ini tidak indah, tp jiwa kitalah yg tidak indah..

Sesungguhnya mati jasad kerana roh,
Mati roh kerana tiada ilmu,
Mati ilmu kerana tiada amal
Dan mati amal kerana tiada istiqomah.

Kesedihan itu lumrah. Mengingatinya kembali mungkin tidak akan mampu
menyembunyikan luka hidup tetap menilainya semula dengan mata hati
berbeza mungkin mampu membuat diri meneruskan hidup dengan tabah.

Ilmu adalah teras kepada ajaran ISLAM, tanpa ilmu manusia akan
terseleweng mengikut kehendak akal dan hawa nafsu sehingga akhirnya
agama dijadikan mainan

Agama menjadi sendi.
Pengaruh menjadi penjaganya.
Kalau tidak bersendi runtuhlah hidup
Dan kalau tidak berpenjaganya,binasalah hayat.
Krn org yang terhormat itu,..
Kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat.

Inginkan mutiara selamilah lautan,
Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu
kemanisan........

"People wil forget what you said, people will forget you did, but
people will never forget how you made them feel..."

Live needs sacrifice,
Sacrifice needs fight,
Fight needs courage,
Courage needs confidence,
Confidence determine success,
Success lead us to happiness...

Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan kekuatan,
Kekuatan memerlukan keyakinan,
Keyakinan menentukan kejayaan,
Kejayaan membawa kebahagiaan...

Hidup tanpa cita-cita adalah mati
Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi

Ilmu penyuluh hati yg bersih,
Pengorbanan memerlukan usaha yg gigih,
Natijahnya kejayaan bakal diraih,
Kutuman senyuman akan tersurih,
Berkat doa kepada yang Maha Pengasih...

Diam merupakan sebuah keputusan hukum
Sebaik baik perkataan adalah yang sedikit
Namun dapat menjadi petunjuk
Keselamatan seseorang terletak pada penjagaan lisannya
Siapa yang manis lisannya pasti akan ramai kawannya

Yang lahir dari hati adalah keikhlasan
Yang datang dari akal adalah kewarasan
Bersatulah hati dan akal
Melawan nafsu yang bakal memusnahkan

Harta yang paling indah adalah sabar
Teman yang paling akrab adalah amal
Pengawal yang paling waspada adalah diam
Bahasa yang paling manis adalah senyum
Dan ibadah yang paling indah adalah kyusuk

Malu daripada lelaki adalah baik
Tetapi daripada perempuan lebih baik
Adil bagi setiap orang adalah baik
Tetapi daripada pemerintah lebih baik
Taubat daripada orang tua adalah baik
Tetapi daripada pemuda lebih baik
Dermawan daripada orang kaya adalah baik
Tetapi daripada orang miskin lagi baik

" Tunjangkan resah mu di dada solat,
Himpunkan peritmu digenggaman doa,
Tutupi kekecewaan dgn taqwa,
Dan nilailah kesucian dirimu melalui keikhlasan hati".


Hidupkan Rasa Bertuhan... Suburkan Rasa Kehambaan... >>


~bersyukur dgn apa yg ada, jujur dgn apa yg dirasa~


,,^Sharing Is Caring^,,