~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Monday, February 9, 2009

,,,>Mencapai Kemenangan<,,,

AS-SHOFF (BARISAN)



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

JALAN UNTUK MENCAPAI KEMENANGAN


Keharusan umat Islam mempertahankan agamanya dalam barisan yang teratur.

1-Bertasbih kepada Allah apa sahaja yang ada di langit dan apa sahaja yang ada di Bumi; dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


2-Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?


3-Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.


4-Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.


5-Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: ”Hai kaumku, mengapa kamu menyakitiku, sedangkan kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu?” Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka; dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.


6-Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: ”Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)” Maka tatkala Rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: ”Ini adalah sihir yang nyata”


7-Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada agama Islam? Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.


8-Mereka ingin hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir benci.


9-Dialah yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama mekipun orang-orang Musyrik benci.

Kemenangan dapat diperoleh hanya dengan pengorbanan.

10-Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?


11-(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,


12-Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ’Adn. Itulah keberuntungan yang besar.


13-Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.


14-Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putera Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: ” Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?” Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: ” Kamilah penolong-penolong agama Allah”, lalu segolongan dari Bani Israel beriman dan segolongan (yang lain) kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.


>>Selamat Berjuang buat sahabat soff5..soff5 terbaeek...teruskan perjuangan kalian..salam perjuangan juga buat sahabat-sahabat soff-soff lain..<<
Saturday, February 7, 2009

,,,>Cabaran Tahun 2009<,,,

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkati Allah

Bersabar taat kepada Allah
Menjadi keikhlasan
Semoga dirimu semoga nafasmu
Diiringi oleh rahmatNya

Alhamdulillah wa syukurillah
Bersyukur pada Mu Ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Alhamdulillah wa syukurillah…terngiang-ngiang dengar lagu ini di telinga tapi versi “Jannah & Faqeh”.. Anak-anak saudara saya ni suka sangat lagu ni. Asal buka laptop, lagu ni yang direquest dorang. Tapi sejak baru-baru ni, cerita “Upin Ipin” pulak yang dorang request..Dah lama tak berjumpa dengan dorang ni..rindunya..^_^

ni gmbr anak sedara n anak sepupu ms raya ..::dr kiri: faseh,anas,husna,jannah & faqeh::



Alhamdulillah hari ini masih lagi bernyawa. Blog ni pun dah lama berhabuk..tak terupdate..tak tahulah kenapa.nak kata sibuk..buat-buat sibuk kot..^_~

Syukur pada Mu Ya Allah, hari ni dapat kad pengenalan baru. Masin mulut abah suruh buat kad pengenalan baru lepas umur 18 tahun. Saya dah buat pun kad pengenalan baru. Alhamdulillah, siap dengan lesen baru sekali(“,) kenapa buat yang baru?? Panjang ceritanya...dah sebulan berlalu, sekarang baru berpeluang nak masukkan posting baru.

Begini bermula ceritanya..

Tanggal 31 Desimber 2008, saya bersama sahabat-sahabat menyertai ekspidisi mencegah maksiat pada malam tahun baru. Kami ditugaskan mengawasi di kawasan Taman Tasik Titiwangsa. Alhamdulillah, ada juga sasaran kami yang memberi respon yang baik dan ada juga yang di sebaliknya. Tapi itulah dugaan dan mehnah bagi seorang daie. Memang senang untuk kita mengajak orang melakukan kebaikan, tetapi bukan senang bila mencegah kemungkaran. Perlukan kekuatan dan strategi yang mantap.

Selepas itu, bermulalah cerita sedih saya..cabaran di tahun baru.. ekspidisi berakhir dalam pukul 1 pagi. Saya bersama sahabat-sahabat mengambil keputusan untuk pulang ke kampus pada malam itu juga, kerana kami masing-masing ada hal yang perlu diselesaikan.

Jadi, kami menahan teksi untuk pulang ke kampus. Alhamdulillah, rezeki kami ada teksi yang berhenti. Dalam pukul 2.30 pagi, kami tiba di Main Gate. Unfortunately, malam tu pak guard buat operation plak. Kami yang balik lewat ni kena compound(saman)..huhu..RM50. tapi kami boleh appeal semula. Alhamdulillah bila appeal,dapat kurang sikit. Dah ‘clean’ compound kat myiium kami. Terima kasih ye pak cik-pak cik security.

Selepas itu, kami pulang ke mahallah masing-masing. Saya bersama roommates (Miza & Imad) pulang ke bilik kami. Apabila sampai di bilik, saya baru tersedar yang beg duit saya tiada dalam beg galas saya. Saya membuat assumption yang beg duit saya tercicir dalam teksi kami naik tadi. Sebab kami dah cari di jalan ‘on the way’ pulang ke bilik kami.

Erm, masa tu perasaan nak menangis pun ada, tapi saya kuatkan semangat. Memang dugaan tahun baru 2009. Husnolzhan dengan Allah. Bersangka baik dengan Allah. Tapi alhamdulillah, dalam beg duit tu, barang yang penting kad pengenalan dan lesen je. Duit? Ada la sikit. Mujur la masa tu duit YP tak masuk lagi. Bersyukur juga kena saman tadi, sebab masa kena aman tadi, pak guard kad matrik. Jadi, kad matrik saya ada pegang kat tangan. Kad matrik saya pula sekali dengan kad bank. So, tak banyak sangat prosedur yang perlu saya lakukan.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pada keesokannya saya tunggu juga panggilan dari sesiapa yang berkenaan, malangnya tiada apa-apa panggilan. Nak beritahu pada ma & abah takut kena marah.huhu..dah report polis baru beritahu. Alhamdulillah tak kena marah..(“,) tapi moral pada saya. Apa-apa yang berlaku, baik beritahu pada parents kita dulu.

Mungkin kita rasa dugaan yang kita lalui ni dah berat, tapi sebenarnya ada lagi orang lain yang dugaannya lebih berat dari kita. Oleh itu, perlulah kita sentiasa bersyukur dengan apa yang ditentukan dan ditakdirkan kepada kita.

Di sini, ingin saya berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat daripada kejadian yang menimpa diri ini. .

Pada semua, bila anda kehilangan barang-barang yang penting ini, jangan risau. Ini antara langkah-langkah yang perlu anda lakukan:

1-Membuat report polis tentang kehilangan barang-barang anda. -Jika kad bank anda hilang-jangan lupa block kad anda. Call pihak bank. –Jika kad matrik anda yang hilang, jangan lupa report pada pihak kampus anda


2-Anda perlu membuat salinan report polis tersebut untuk simpanan anda.
setelah itu, anda perlu pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk membuat kad pengenalan.

3-Anda perlu membawa bersama report polis. Anda akan di denda jika kad pengenalan hilang atas kecuaian anda. Bagi yang bergelar ‘pelajar’ , sila bawa dokumen yang menyatakan anda ‘pelajar’ untuk mendapatkan diskaun 50%.


5-Anda akan diberi kad pengenalan sementara. Jadi jagalah kad sementara itu sebaik mungkin(“,). Dalam masa 10 hari, anda boleh mendapatkan kad pengenalan anda yang baru. Kalau lambat ambil di JPN, nanti kena denda lagi..


6-Untuk membuat lesen, anda hanya perlu membawa kad pengenalan dan duit sebanyak RM20 sebagai wang proses. Bukan di kira denda ye.(“,)


Memang banyak hikmah yang tersirat dan tersurat dari kejadian ini. Lepas seminggu saya hilang beg duit, ada kawan saya yang lain pula yang mengalami nasib yang sama seperti saya. Jadi, dorang banyak tanya saya apa yang perlu dibuat, dan macam mana.

Agak menyusahkan juga, bila hendak keluar, kena bawa kad pengenalan yang sebesar separuh kertas A4. Sebelum tu, abah saya dah pesan macam-macam. “Nanti jaga elok-elok IC tu, pastu kat UIA nanti jangan bawak kereta @ motor pun. Awak tu lessen hilang. Kalau nak bawak sangat, bawak basikal je. Nanti abah suh abang adi pegi tengok-tengok adah kat UIA. Ingat taw..”..huhu..abah, basikal tak best la..siap suruh abang saya lagi jadi spy abah.

Sebulan saya jadi lumpuh, tak boleh bawa kereta dan motor. Kawan-kawan pun tak bagi.. tapi balik cuti raya cina hari tu, Alhamdulillah pegi buat lessen di JPJ Kuantan. Sekejap je pergi, dalam 5 minit dah siap. Lepas tu, baru saya di beri green light untuk bawa motor dan kereta.

Alhamdulillah bersyukur sangat. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Mungkin cara dan methodnya kita tidak pasti bagaimana. Supaya kita menjadi orang sentiasa beringat kepada Nya. Hany kepada Nya kita serahkan segala-galanya. Hanya pada Mu Ya Allah… pada akhirnya kita akan bertemu JANJI Allah..




,,^Sharing Is Caring^,,