~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Tuesday, August 24, 2010

,,>Sanah Helwah Syayangku<,,

Selamat lahir ke dunia ini wahai teman
Tariklah nafasmu,
Nikmatilah kesegaran semesta
Pasanglah telingamu,
Hayatilah bunyian merdu mergastua
Kemudian bukalah matamu,
Kagumilah kebesaran Maha Pencipta
Sungguh, tidakkah kau menyedari
Lagu ceria alunan seisi semesta
Meraikan detik bersejarah kelahiranmu

Mungkin kau tertanya-tanya
Mengapa salam kelahiran ke dunia

Dan bukan selamat ulangtahun kelahiran teman,

Usahlah kau dicengkam kepelikan

Atau diburu sejuta persoalan
Kerna kelahiran baru saja menjemputmu
Meski hayat sudah mencecah puluhan tahun

Ruh baru usai menempati jasadmu
Tatkala langsung kau dakap fitrah insani
Lalu serentak itu

Kau sirnakan segala belenggu kematian

Sedarlah betapa perjalanan hidupmu

Hanya bermula saat kau tekadkan ikrar
“Aku benci jahiliyyah”
“Jahiliyyah bukan cara hidupku”
Justeru kelahiran sebenar adalah bersama islam

Hidup tanpa perhiasan iman
Dan juga pakaian takwa
Bukanlah suatu penghidupan hakiki

Sekadar pergerakan jasmani tak bererti
Kerna ruh sebenar ialah semangat islami
Yang dengannya kau bernafas kini

Tanpanya,
Manusia itu laksana robot-robot
Berjasad tapi tak bernyawa
Walau zahirnya lincah ke sana ke sini

Usahlah kau bermuram durja
Dengan penghidupan serba baru ini

Kerna kembaramu sebenarnya masih jauh
Masih terlalu panjang
Sepanjang usia alam dan seisinya
Lantaran hidupmu bersama hakikat iman
Walau jasadmu hancur ditelan bumi

Namun ruhmu subur disirami semangat islami
Selamat lahir ke dunia ini wahai teman
Untung sekali,
Antara sekian ribuan kau jadi pilihan

Hargailah tiap saat kehidupan penuh bermakna ini
Jangan sekali-kali kau berpaling dari kebenaran
Justeru untuk kembali kepada kebinasaan
Kerna kelahiran sebenar adalah bersama islam
Sedang kecenderungan pada jahiliyyah
Adalah petanda jelas kematian.

Selamat Hari Lahir buat sahabatku tersayang...23rd August 2010 bersamaan 13 Ramadhan 1431H (saja nak jadi orang paling last wish^^) Semoga pertambahan umurmu seiring dengan pertambahan ilmu & amalmu..moga terus berSINAR dalam keREDHAaanNYa... saaaaaaaaaaaaaaaaayang kamu, luv you^_~

~Maaf & terima kasih atas segalanya^^

SOME WORDS....

"Persahabatan itu ibarat sebuah perjanjian yg dimeterai dalam hati,
tak boleh dibaca....dan tak boleh ditulis...
namun tak akan terpisah dek jarak...
dan tak akan terlerai dek masa...
sekali kita berkawan,
selamanya kita tetap kawan..."

,,^Sharing Is Caring^,,