Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Monday, November 22, 2010

,,>Sesekali diuji<,,


Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Album : Istimewa Tiada Dua
Munsyid : NICE


~~Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui segalanya...hanya kepadaMu kami memohon...
Kami redha Ya Allah atas segalanya, kami mohon, kami mohon dengan sangat Ya Allah, Kau bantulah kami..

Terasa tidak terdaya untuk melaluinya kali kedua. Kami tahu. Ini ujian buat kami. Ujian untuk kali kedua. Untuk menguji tahap keimanan di jiwa. Untuk menyedarkan kami. Agar kami terus berada di jala kebenaran...


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." [Al-Baqarah:286]

~~Moga ayat ini memberi kekuatan untuk kami terus tabah dan cekal menghadapinya. Buat semua, doaku, semoga kita diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapinya. Mohonlah kepadaNya...doakan..doakan..doakan...

~YA Allah,aku mohon, aku mohon dengan sangat tabahkanlah hati-hati kami untuk melaluinya. Kuatkan semangat kami.Kuatkanlah Ya Allah..kuatkanlah....




Tuesday, November 16, 2010

,,>Kemenangan, Kejayaan Dan Pengorbanan<,,


Hari ini kita sebagai ummat Islam bersama-sama dengan saudara-saudara kita yang sedang menunaikan ibadah haji menyambut Hari Raya Korban, dengan menunaikan syiarnya seperti bertakbir, bersembahyang dan menyembelih korban sebagai bukti melahirkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t, di samping memperingati sunah nabi Ibrahim Khalilul Allah dan keluarganya.

Mereka telah melakukan pengorbanan demi menjunjung tinggi perin

tah Allah s.w.t, pengorbanan menjadi ujian kepada ummat manusia sejauhmanakah mereka itu beriman dan mengabdikan diri kepada Allah yang menjadikannya, yang memberi rezeki dan segala kurniaan yang tidak terhingga kepadanya. Sebagaimana Firman Allah :

"Mengapa kamu kufur dengan Allah, pada hal kamu dahulunya mati (tiada), lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan, kemudian dihidupkan kembali, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya." ( Surah al-Baqarah : 28 )

Ummat Islam merayakan Aidil Adha sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi dimana kemenangan yang bukan sahaja terkandung dalam ibadah haji itu sahaja, tetapi lebih dari itu ialah mempunyai hubungan dengan sesuatu peristiwa yang berlaku pada tahun yang kesembilan hijrah.

Pengisytiharan Kota Mekah Sebagai Tanah Haram

Dalam waktu ibadah haji pada tahun tersebut, suatu ketetapan telah diistiharkan kepada masyarakat Arab Mekah ketika itu mengenai perhubungan diplomatik antara orang-orang Islam dengan yang bukan Islam telah dimatrikan dan dikuatkuasakan. Kota Mekah telah diistiharkan dengan rasminya sebagai tanah haram, tidak lagi dibenarkan kepada orang musyirikin kafir Quraisy untuk menziarahi Baitil Allah Al-Haram.

Serentak dengan ketetapan ini Kota Mekkah dan disekelilingnya telah dibersihkan dari perkara-perkara syirik dan kekufuran dan kalimah tauhid telah ditegakkan dengan gagahnya di bawah naungan Kaabah dengan suatu pemerintahan Islam di bawah pimpinan Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Kegelapan kota Mekkah selama ini dengan kebiadaban dan peradaban liar telah diganti dengan sinar yang gemerlapan dengan kesusilaan dan peradaban yang penuh hidayah dan bersopan. Undang-undang dan peraturan yang disukai oleh fikiran dan nafsu manusia telah ditukar ganti dengan undang-undang dan peraturan syariat Allah s.w.t.

Kota Mekkah diberi gelaran kota suci yang telah bersih dari sebarang bentuk syirik dan kufur, yang selama ini membanjiri kota Mekkah dan sekeliling kaabah.

Laungan "Allah Akba " dan talbiah " لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْك " berkumandang disegenap penjuru kota itu, dari rumah-rumah besar yang tersegam indah hingga ke rumah-rumah buruk di tepi bukit dan gunung. Kesedaran dan kedaulatan Islam dengan risalah Allah mendapat tempat di hati manusia yang kufur pada mulanya. Mereka diberi hidayah dengan Nur Ilahi .

Maksudnya : "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan dan engkau melihat manusia beramai-ramai masuk agama Allah. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya sesungguhnya ia sangat-sangat menerima taubah." ( Surah al-Nasr : 1-3 )

Darjat Aidil Adha Lebih Tinggi Dari Aidil Fitri

Aidil Adha atau hari raya korban ini sebenarnya lebih besar ertinya dan lebih tinggi nilai darjatnya berbanding dengan Aidil Fitri. Sejajar dengan kedudukan itu masa bertakbir dipanjangkan bermula dari malam hari raya hinggalah ke hari yang keempat raya, iaitu hari ketiga belas Zulhijjah yang dinamakan hari-hari tasyrik. Di samping bertakbir ummat Islam melakukan ibadah korban pada hari-hari tersebut. Demikian pula bagi ummat Islam yang berada di tanah suci menunaikan ibadah haji pada tiga hari tasyrik itu, ialah hari bagi mereka melontar jumrah di Mina. Mereka meneruskan kerja-kerja ibadah haji dengan iringan talbiah :

"Labbaikallahumma labbaik. Labbaikala syarika laka labbaik. Innalhamda wanni'mata laka walmulk. La syarikalak.

"Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada pemerintah mu, Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu, kami sahut seruan-mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu."

Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.

Hari Raya Aidil Adha ini tidak dapat dipisahkan daripada ibadah korban. Ibadah korban ini adalah kemuncak takwa kepada Allah Taala. Hari ini yang sebenarnya kita merayakan ulang tahun pelancaran gerakan tahunan korban. Gerakan ini telah dimulakan sejak ribuan tahun dahulu dan dimulakan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. Khalilul Allah.

Ia bermula dengan pergorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. ketika Baginda hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Inilah pengorbanan teragung dalam sejarah manusia. Telah diketahui bahawa Nabi Ismail adalah anak kesayangan nabi Ibrahim dan Baginda mendapat anaknya ini dalam usia yang telah lanjut. Tatapi bila diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya ini, Nabi Ibrahim telah bersedia melaksanakan tugas ini dan Nabi Ismail pula penuh kerelaan dan sabar menurut perintah Allah s.w.t. Hal ini telah dirakamkan dalam Al-Quran :

"Maka takkala anaknya ini sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang bersabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan sesungguhnya azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya : "Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu." Demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang sebenar." ( Surah al –Shaafat ayat : 102 - 107)

Peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih putera Baginda dan kepatuhan Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah tersebut memaparkan kekuatan iman dan keteguhan mental yang perlu kita contohi. Peliharalah iman d idalam dada kita dengan sebaiknya. Sesungguhnya iman adalah dasar penting yang menjadi paksi kehidupan manusia. ia merupakan asas pemerimaan sesuatu amalan dari Allah s.w.t. hanya amalan yang dilakukan kerana Allah sahaja yang akan mendapat penilaian di sisinya.

Pengorbanan Sepanjang Zaman

Sejarah pengorbanan teragung itu tidak tertinggal dalam lipatan sejarah sejarah sahaja, malah ianya telah dihayati sepanjang zaman demi menegakkan agama Ilahi ini. Pengorbanan nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya dalam menegakkan dan mempertahankan Islam adalah pengorbanan yang amat agong. Baginda dan para sahabat telah mempertahankan Islam bukan sahaja dengan harta benda dan kekayaan mereka tatapi mereka telah mengorbankan nyawa. tiada pergorbanan yang lebih agong dan utama daripada pergorbanan nyawa dan darah.

Setelah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. para sahabat terus menerus mempertahankan Islam dengan nyawa dan darah mereka. Begitulah sepanjang zaman sehingga kini telah ramai yang mati syahid kerana agama Allah, ini tidak kira sama ada di timur ataa barat. Sebenarnya pergorbanan mereka ini tidak ternilai harganya di sisi manusia hanya Allah s.w.t. sahaja yang mampu membalasnya.

"Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda kamu dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (Surah al- Shaf : 10 - 11)

Sabda Nabi s.a.w. semasa menjawab persoalan yang dikemukakan kepada Baginda :

Ditanya orang akan Rasulullah s.a.w. : "Siapakah manusia yang lebih utama?" Maka jawab Rasulullah s.a.w. orang yang lebih utama ialah orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan hartanya sendiri. Mereka berkata : Siapa kemudian? Sabda Rasulullah s.a.w. orang mukmin yang berada di satu lurah bukit ia takut kepada Allah dan menyeru manusia supaya menjauhi daripada angkara kejahatan ". (Hadis Riwayat Bukhari)

Allah mendidik para Rasul dan sahabat-sahabatnya melakukan pergorbanan dengan mengorbankan semua yang berharga. Ulama menyatakan :

"Siapa yang mahukan kebaikan dan membaikan kemuliaan dan ketinggian tanpa jihad dan pergorbanan maka ia bagaikan seorang yang bermimpi kosong."

Pengorbanan - Mengorbankan Apa Sahaja Yang Berharga

Begitulah hakikat yang sebenarnya tentang pergorbanan. Memang tidak dapat digambarkan bagaimana kehebatan manusia sanggup mengorbankan nyawa dan darah mereka demi Allah s.w.t, tatapi inilah hakikat yang berlaku. Sebenarnya dalam apa juga bidang dan lapangan kehidupan pergorbanan adalah satu tuntutan dan kemestian. Dalam Islam bukan sahaja pergorbanan jiwa raga dan darah tatapi juga adalah pergorbanan harta benda dan apa sahaja yang berharga.

Saidina Abu Bakar r.a. mengorbankan semua hartanya untuk Islam dan umatnya sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada beliau :

"Apakah yang engkau tinggalkan untuk keluarga kamu?"

Jawab Abu Bakar : "Aku tinggalkan buat mereka Allah dan Rasul-Nya."

Islam mengajar kita supaya menjadikan pergorbanan sesuatu yang berharga sebagai penyaksian dan pembuktian kepada aqidah kita demi untuk kebahagiaan dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Firman Allah s.w.t. :

"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada nabi-nabi yang terdahulu, daripadamu, demi sesungguhnya jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) nescaya akan tetap gugur amalanmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi." (Surah Az-Zumar : 65)

Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan

Orang yang berjaya sebenarnya ialah orang yang melakukan pergorbanan,sanggup berkorban masa, wang, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga, fikiran, perasaan dan sebagainya kerana kejayaan dan kecemerlangan tidak datang menggolek, sebaliknya tanpa pergorbanan seperti pelajar akan gagal, pentadbir akan kecewa, pemimpin akan bermusuhan, ulama akan dicaci, masyarakat dan rumahtangga hancur, kampung halaman purak peranda dan negara akan terus dijajah. Pelajar perlu berkorban lebih masa untuk beribadah, berjaga malam dan mentalaah buku. Begitu jugalah pentadbir, para pemimpin dan sebagainya.

"Dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya luas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang bertakwa. Iaitu orang-orang yang menderma hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan ingatlah Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." ( Surah ali - Imran : 133-134 )

Jelaslah kepada kita akan falsafah, hikmah dan kepentingan pergorbanan dan juga yang akan kita dapat pada hari raya Aidil Adha ini, mudah-mudahan kita akan dapat mengamalkan dan menghayatinya dalam kehidupan kita demi kebaikan kita di dunia dan di akhirat.

- Khutbah Khas Hari Raya Aidil Adha 1427 Hijrah, JAKIM

Sumber Grafik : testi.iluvislam.com

~~Salam Eidul Adha buat semua kenalan. Semoga kita menghayati erti sebenar Aidil Adha ini dengan sebaiknya. Selamat Berkorban buat semua^^,blogger-emoticon.blogspot.com

Sunday, November 14, 2010

,,>Cara Heal 'Virus Shorcut'<,,

Salam Zulhijjah buat semua...

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua.

Heal Virus 'Shortcut'

Bagaimana nak heal virus 'Shortcut'. Baru-baru ini, virus ini sedang hebat melanda di seluruh skrin komputer. Sekarang tak pasti plak virus apa lagi yang sedang melanda.


Ok.


Cara-caranya :

1. Tekan butang Start. Pilih Run (@ taip Run di ruang Search). Taip cmd di ruang Run.

2.Kemudian skrin ini akan dipamerkan.


3.Pastikan direct location yang ingin diheal. Contoh, di pendrive, location I. (Lihat di My Computer, lihat pendrive@tempat yang anda ingin heal, apa locationnya. Kebiasaan ianya berada dalam kurungan.)

4.Kemudian masuk ke dalam location dengan menaip I: (jika location anda I)

5. Taipkan coding ini attrib -h -r -s /s /d


6.Tunggu beberapa saat untuk komputer memproses.

7.Buka folder yang telah diheal.

8.Delete semua benda alah yang bukan anda punya.Non-sense.(Hati-hati, jangan tersalah delete plak!)

9.Cuba buka file yang 'shortcut' sebelum ni.

10.Isnya Allah, anda akan dapat membuka seperti biasa. Done.

Cara ini juga sesuai untuk mengheal virus-virus hidden, missing folder dan sebagainya.

Terdapat juga cara lain untuk healrtcu virus shortcut ni. Tapi agak complicated. Bagi saya, ini cara yang paling mudah.

Semoga ia membantu anda semua. Saya memahami perasaan bila folder kena virus ni. Mula-mula nak menangis je rasanya. Tapi bila dah tahu cara nak heal, Alhamdulillah selamat.

~Sekarang external hard disk saya plak tak detect. Semua note dalam tu... Dah try kat semua komputer, tapi tak de satu pun yang dapat detect. Sedang mencari solutionnya. Dah tukar cabel pun tak jadi jugak. Jika anda tahu solutionnya, boleh la share bersama ye!

Ok. Selamat Mencuba. Sharing is caring^^,

,,>Upah Dari Google Adsense & Nuffnang : Haruskah?<,,

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasih

JAWAPAN

Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.

Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya.

Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.

Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori aqad ‘menjadi wakil dengan tawaran upah tertentu' atau wakalah bil ujr. Atau lebih tepat, dalam hal ini pemilik web menjadi wakil memanjangkan iklan syarikat-syarikat dan produk yang tersenarai dalam senarai panjang google dan nuffnang (kerana biasanya bukanlah google dan nuffnang mengiklan barangan mereka sendiri tetapi barangan dan produk pihak lain)

Dalam konteks ini, kita selaku pemilik web dan blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang and google untuk menyebarluaskan iklan mereka, sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan kepda pemilik web atau blog, berdasarkan formula kiraan tertentu sama ada berdasarkan jumlah klik dan sebagainya.

Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:-

1) Autoriti : Autoriti pihak yang menyediakan tawaran, dalam konteks ini adalah Nuffnang dan Google. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah lulus. Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka.

2) Upah dan cara kiraan : Jumlah upah dan cara pengiraannya MESTILAH diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita). Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, tatkala itu lulus peringkat kedua semakan Shariah.

3) Kandungan iklan : Kandungan iklan yang dipaparkan. Jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang TIDAK HALAL, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba dan pinjaman riba dan apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut.

Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi produk dan iklan yang haram adalah haram juga mempromosikannya, maka setiap upah atas promosi sesuatu yang haram juga jatuh di dalam kategori haram. Dalilnya terlalu banyak antaranya adalah laknat nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan.

Saya difahamkan bahawa terdapat fungsi ‘filter' atau pemilihan iklan yang boleh kita benarkan terpapar di web kita. Namun begitu, masih terdapat juga iklan-iklan yang tidak sewajarnya tersiar dan di luar kawalan pemilik web. Justeru, dalam menentukan keharusan penggunaan kedua-dua Nuffnang dan Adsense, hal seperti ini mestilah terlebih dahulu dipastikan terkawal dengan sempurna.

4) Cara pembayaran ; Hal ini mestilah juga disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan dan gharar.

KESIMPULAN

Jika keempat-empat peringkat iaitu semua lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita perolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya.


Perlu diingat sekali lagi, tulisan saya ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG PENGESAHAN terhadap penggunaan google adsense dan Nuffnang, ia hanya memaklumkan garis panduan yang perlu diambil kira oleh sesiapa yang ingin menyediakan ruang iklan kepada kedua pengendali iklan terbabit.

Sekian

Sri^KandiSolehah : Semoga kita dapat menilai sesuatu dengan sebaiknya. Sekadar perkongsian untuk dijadikan panduan. Jadi, terpeluang kepada diri anda sendiri untuk membuat keputusan. Tepuk dada, tanya IMAN. Selamat beramal!blogger-emoticon.blogspot.com

,,>Kembalikan Semangat!<,,


ssalamualaikum w.b.t..blogger-emoticon.blogspot.com

Salam bertemu kembali buat semua..Subhanallah, terasa sangat lama tangan ini tidak menari di keyboard ini untuk tujuan ‘New Post’ di link http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=7232584401010986247. Sebab biasanya saya akan hanya copy & paste sahaja. Dan yang lainnya, jadi penyibuk. Hurm, alasan! blogger-emoticon.blogspot.com

Hari ini , mendapat semangat baru untuk menulis untuk laman sesawang ini.

Alhamdulillahirrabbi alamin, Maha Suci Tuhan sekalian alam.

Terima kasih Ya Allah, atas segala nikmat yang Kau kurniakan kepada kami. “Ya Tuhanku, bantulah aku meperbaiki agamaku kerana agama adalah tempat bergantung hidupku, perbaikilah duniaku kerana di atas dunia inilah tempat aku hidup, dan perbaikilah akhiratku kerana ia tempat kesudahanku ”

~Berusaha untuk memperbaiki diri, untuk menjadi yang lebih baik. Doakan saya.blogger-emoticon.blogspot.com

^Happy Day^

Semalam, 13 November 2010, saya berkesempatan menghadirkan ke satu majlis. Bersama-sama meraikan hari gembira buat sahabat kesayangan saya. Alhamdulillah, tak lama lagi. Buat sahabatku, tahniah. Semoga Allah memberi yang terbaik untukmu. Semoga dipermudahkan segala urusanmu. Amin.

^Cuti, FYP & 3P^

Sekarang fatrah cuti.Memandangkan saya sudah habis final exam, maka bermulalah cuti untuk sem ini untuk saya, dan maka tamatlah satu lagi semester. Alhamdulillah, sem depan akan naik level lagi yang akan tercatat di slip akademik saya. LEVEL 4. Rasa macam tak percaya pula. Next sem, I will tilted as Final Year Student, but still not final year, final sem. Just 4th year 1st semester. Jadi, bila dah bergelar final year student, pastinya ada Final Year Project (FYP). Untuk sahabat-sahabat seKulliyyah (kulliyyah @ fakulti lain juga.yang mana ada FYP), selamat menyediakan minda, fizikal dan jasmani yang kukuh dan mantop untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran (macam apa plak kan?xpe, just be prepared. Sediakan payung sebelum. Tak salah kan?^^,)blogger-emoticon.blogspot.com

Insya Allah, cuti yang sebulan ini bakal dikorban selama 10 hari untuk menghadari 3P(Program Pentauliahan Professional) Industri-Based Certification Programme. Program ini bawah Kementerian Pendidikan dan yang penting percuma untuk student. Sangat berguna program ni. Kita akan beroleh certificate professional directly dari own source. Contohnya, jika saya mengambil kursus Mircosoft Visual C++, automaticly saya akan dapat certificate dari Mircosoft. Jadi, saya tak lepaskan peluang(tak pe, 10 hari je korban cuti) untuk mengikuti program ini. Dan saya bersama sahabat saya mengambil kursus EC-Council Network Security Administrator (ENSA) sebagai pilihan kami. Tak sabar rasanya nak belajar benda baru. Untuk sahabat Muhandisah CIE (3sf)[syuhadah, syahida, shukrina, fatin]>ni la sahabat-sahabat suka duka saya, sayang korang! (sebab tiap hari jumpa,boleh katakan setiap kelas sama.^^)<, semoga kita beroleh manfaat darinya.Insya Allah. Amin.

^Bulan Zulhijjah^

Insya Allah, beberapa hari lagi Aidil Adha akan tiba. Semoga kita memanfaatkan sepuluh hari yang pertama di bulan Zulhijjah. Kerana sepuluh hari pertama pada bulan ini merupakan hari yang diberkati Allah SWT dan bagi mereka yang mengerjakan amal-amal soleh pada hari ini ia akan mendapat keutamaan dan ganjaran lebih berbanding dengan hari-hari lain pada sepanjang tahun.

Daripada Ibn ‘Abbas r.a, beliau berkata Rasulullah SAW. bersabda: Tiada hari-hari yang amalan soleh dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari (ayyam) ini (iaitu 10 hari pertama Zulhijjah). Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, termasuk jihad di jalan Allah?” Baginda menjawab: “Ya, tidak juga jihad di jalan Allah kecuali orang yang mengorbankan jiwa dan hartanya dan dia tidak kembali setelah itu (mati syahid).” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 969

~Semoga mendapat haji yang mabrur, dan selamat pergi & kembali. [Kak Ti & Abg Zaid]

Semoga kita tergolong di dalam golongan yang ber“Pesta Ibadah” di bulan ini. Amin.

Selamat beramal.blogger-emoticon.blogspot.com


Saturday, November 13, 2010

,,>Insya Allah versi Melayu<,,


Setiap kali diriku merasa seperti tidak mampu meneruskan hidup lagi...

Terasa sangat kehilangan entah apa...
Menyatakan bahwa diri ku begitu sendirian
Semua ku lihat kelam-malam

Dan kegelapan menyelubungi di seluruh jiwa ku
Adakala nya diriku merasa begitu tak berdaya

Hilang daya ku melihat jalan mana yang harus ku pilih

Namun ku cekal kan hati ku..Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil..
Namun tidak pernah aku kehilangan harapan

Kerna ku yakin Allah selalu di sampingku

Insya Allah akan dapat ku mencari jalan cahaya..

Setiap kali diri ku melakukan satu kesalahan lagi
Terasa bagaikan pintu taubat tertutup bagi ku
Dan bahawa telah lambat untuk ku mencari jalan taubat

Adakala nya diriku menjadi bingung
Keputusan yang salah yang ku pilihKeputusan sebegini menghantui fikiran
Dan hati ku penuh dengan rasa malu

Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil.. Namun tidak pernah aku kehilangan harapan

Kerna ku yakin Allah selalu di sampingku.

Maher Zain, Thank You Allah

Friday, November 12, 2010

,,>Menjual Waktu dengan Pahala<,,

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Al-hadid: 16)

Maha Suci Allah yang menggantikan malam dengan siang dan petang pun menyongsong malam. Hari berlalu menyusun minggu. Hitungan bulan-bulan membentuk tahun. Tanpa terasa, pintu ajal kian menjelang. Sementara, peluang hidup tak ada siaran ulang.

Siap atau tidak, waktu pasti akan meninggalkan kita

Sejauh apa pun satu tahun ke depan jauh lebih dekat daripada satu detik yang lalu. Kerana waktu yang berlalu, walaupun satu detik, tidak akan dapat dimanfaatkan lagi. Ia sudah jauh meninggalkan kita.

Begitu pun dengan pelbagai kesempatan yang kita miliki. Pagi ini adalah pagi ini. Kalau datang siang, ia tidak akan pernah kembali. Kalau kesempatan di pagi ini habis, hilang sudah momentum yang boleh diambil kerana belum tentu kita berjumpa dengan pagi esok.

Itulah yang pernah menggugah Umar bin Abdul Aziz. Suatu malam, kerana sangat letih, Umar menolak kunjungan seorang rakyat. “Esok pagi saja!” katanya spontan. Khalifah Umar berharap esok pagi ia boleh lebih segar sehingga urusan dapat diselesaikan dengan baik.

Tapi, sebuah ucapan tak terduga tiba-tiba menyentak kesadaran Khalifah kelima ini. Rakyat itu mengatakan, “Wahai Umar, apakah kamu yakin akan tetap hidup esok pagi?” Umar pun langsung beristighfar. Saat itu juga, ia menerima kunjungan rakyat itu.

Kalau kita menganggap remeh sebuah ruang waktu, sebenarnya kita sedang membuang sebuah kesempatan. Kalau pergi, kesempatan tidak akan kembali. Ia akan pergi bersama berlalunya waktu. “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.” (Al-Ashr: 1-2)

Siap atau tidak, jatah waktu kita terus berkurang

Ketika seseorang sedang merayakan hari ulang tahun, sebenarnya ia sedang merayakan berkurangnya jatah usia. Umurnya sudah berkurang satu tahun. Atau, hari kematiannya lebih dekat satu tahun. Dalam skala yang lebih luas, pergantian tahun adalah bererti berkurangnya umur dunia. Atau, hari kiamat lebih dekat satu tahun dibanding tahun lalu.

Ketika jatah-jatah waktu itu terus berkurang, peluang kita semakin sedikit. Biasanya, penyesalan datang lewat. “Dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam; dan pada hari itu ingatlah manusia, akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya. Dia mengatakan: ‘Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal soleh) untuk hidupku ini.” (Al-Fajr: 23-24)

Tak ramai yang sedar, begitu banyak peluang menghilang

Kadang-kala, seseorang menganggap biasa mengisi hari-hari dengan santai, televisyen, video game dan bermacam lagi. Sedikit pun tidak muncul rasa kehilangan. Apalagi penyesalan.

Padahal kalau dihitung, amal kita akan terlihat sedikit jika dibanding dengan kesibukan rutin lain. Dengan usia tiga puluh tahun, misalnya. Selama itu, jika tiap hari seorang tidur lapan jam, ia sudah tidur selama 87 600 jam. Ini bersamaan dengan 3650 hari, atau selama sepuluh tahu

n. Dengan kata lain, selama tiga puluh tahun hidup, satu pertiga cuma dihabiskan untuk tidur.

Jika orang itu menghabiskan empat jam menonton televisyen, setidaknya, ia sudah menonton televisyen selama 43200 jam. Itu sama dengan 1800 hari, atau lima tahun. Bayangkan, dari tiga puluh tahun hidup, lima tahun cuma habis menonton televisyen. Belum lagi urusan-urusan lain. Cakap kosong, mengumpat, jalan-jalan dan sebagainya.

Lalu, berapa banyak waktu untuk ibadah? Kalau satu solat wajib menghabiskan waktu sepuluh minit, satu hari ia solat selama lima puluh minit. Ditambah zikir dan tilawah selama tiga puluh minit, kalaupun buat, ia beribadah selama lapan puluh minit sehari. Jika dikurangkan sepuluh tahun kerana usia kanak-kanak, ia baru beribadah selama 1600 jam. Atau 1.8 peratus dari waktu tidur. Atau 3.7 peratus dari waktu menonton televisyen.

Betapa banyak peluang yang terbuang. Betapa banyak waktu berlalu tanpa nilai. Maha Benar Allah dalam firman-Nya, “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali, orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan menetapi kesabaran.” (Al-Ashr: 1-3)

Tak seorang pun tahu, bila waktunya berakhir

Tiap yang bernyawa pasti mati. Termasuk manusia. Kalau dikira-kira, usia manusia saat ini tidak lebih dari enam puluh tahun. Waktu yang begitu sedikit.

Saatnya buat orang-orang beriman memaknai waktu. Biarlah orang mengatakan waktu adalah wang. Orang beriman akan berkata, “Waktu adalah pahala!”

,,^Sharing Is Caring^,,