Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Monday, February 28, 2011

,,>Manfaat Weekend<,,

Bismillah, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sedang khusyuk menyiapkan kerja sekolah kelmarin, dapat call dari abang(Abang Ardi). Ni second call dari abang. First call masa dekat Kulliyyah of Engineering tadi. Selepas menolong seorang sahabat yang tayar motornya pancit (to owner WRQ : Hutang BR belum langsai ye! ^^,)

Abang : Free tak hari ni? Abang nak gi Melaka ni. Saje. Cuti-cuti Malaysia. Nak ikut? Abang nak gi Ampang dulu ni. Pastu abang amik Adah kat UIA. OK ek?

Saya : Haa?? Sekarang ke? Balik bila?

Abang : Dalam sejam lagi ke. Ni kat Ampang dah. Kak Fiza beli barang kejap. Balik ahad malam la..(kat belakang dengar bising-bising, off course anak-anak sedaraku yang comel..)

Izzah : Abi, abi..nak cakap…(dapat telefon) Mak Adah, Mak Adah, jom la ikut gi umah sewa..jom r..jom r..sekaliiiiiiii jer…(ni trademark adik dia, Izzat)

~umah sewa : Chalet(comel je Izzah ni panggil umahsewa. Sebab chaletkan macam rumah ^^, )

Saya : Alahai…Mak Adah tak tahu lagi…(huhu, on the spot kot..dalam kepala duk tengok list HOMEWORK this weekend yang berjelar-jelar..)

Abang : Ok la, fikir dulu…Lagi 15minit sms abang.

Saya : Ok abang,.huhu

Selepas di timbang tara, pros & conts nya. Nekad, tak ikut la..

Saya : Abang, maaf la tak dapat ikut. Kerja sekolah belambak la. Lain kali nak ajak, btaw la awal-awal(demand plak, orang nak ajak pun mujur..hehe). Insya Allah, lain kali ek.

Abang : Ok2. Takpe la gitu. Next-next week la plak ek. Kita gi Rembau plak.

Saya: Huh, ok2, Insya Allah.(dah btaw awal-awal, kena la kosongkan masa kot..) Kim salam kat semua ek abang.

***************************************

Dengan pasrahnya, menolak tawaran abang. Tak sampai hati sebenarnya nak tolak, tapi apakan daya.. fiqh aulawiyat kena apply time ni.

Kerja sekolah yang belambak perlu disetelkan. ChayokAdah! Siapkan…

Bukan apa, sebenarnya rindu kat anak-anak sedara ni, Izzah Syakirah & Izat Syakirin. Lama dah tak jumpa dorang ni. Last jumpa masa sambut birthday Mok Su, 15 Jan hari tu.(eh, baru sebulan lebih..haha)

Apa-apa pun, entry ini hanya untuk melepaskan rindu kat anak-anak sedaraku.

[Jannah, Faqeh, Faseh, Alya, Arissa, Izzah, Izzat & Fatinah ]

Dah jumlah 8 orang semuanya. Haa, tahun ni tambah dua orang lagi. Made in Malaysia satu, lagi satu Made in Jordan (hehe, boleh tak macam ni??=P). Dua-dua insya Allah dijangka due bulan Mei ni. Hish, lagi bertambah bermakna la bulan Mei ni..Banyak tol tarikh-tarikh penting ni…(lepas ni, bertambah lagi tarikh penting^^)

Ok la, dah rasa lama tak menampal gambar-gambar budak comel kat sesawang ni. Selamat melihat ye!

Buat orang Jordan : Silalah jeles ye bila tengok gambar-gambar ni. Jeles-jeleskan diri anda! Haha…

[Saje buat ayat JELES. Sebenarnya jeles dengan orang Jordan. Isk, jeles betul tengok gambar Jelajah Jordan diorang, paling jeles gambar dorang depan Cleopetra...Bila la nak sampai ke sana ek?? Ni gambar-gambar dorang. LINK]

~Alhamdulillah, selamat memanfaatkan weekend semaksimum mungkin. tapi hari semalam terlebih ber'poya-poya'. Dari pagi sampai petang tak lekat kat bilik. Akhirnya, malam tadi dengan pulunnya menyiapkan segala yang tertangguh. Fuh! Semput je rasa...

~Semalamnya selamat beriadah di pagi hari sampai ke tengahari [lama betul riadahnya..Eh,pagi sempat menyediakan sarapan bermenu pisang goreng & cekodok pisang di dapur HQ EMSS], ke majlis naik rumah di tengahari, sempat ke Giant sekejap[window shopping], dan berkesempatan menemani seorang kawan melawat adik sahabatnya di HKL. Pengorbanan seorang abang yang sanggup merdermakan buah pinggang demi adik tercinta. Sweet je dengar... [to sahabatku itu, hehe..pengalaman semalam, tidakku lupa^^, first time tengok, anything updated, lets me know ok? ^^,]

Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah...

Tuesday, February 15, 2011

,,>Sakit & Terasa??<,,


Subhanallah, dua tiga hari ini, terasa sangat di uji….

Asyik-asyik dengan masalah HATI. Bukan masalah perasaan cinta ke hape ye. Tapi masalah sakit hati, makan hati, terasa hati dan yang paling hot sekali, bila panas hati,…PANAS je rasa…

Sejujurnya saya cakap, saya ni seorang yang susah nak terasa hati. Biila dah dapat task, dah devide task. Then orang person in charge tu tak buat kerja dia, mana tak panas je rasa. Last-last kita pulak yang kena cover kerja dia. Lagi panas…….

Itu satu hal, bila bekerja teamwork ni. Perlulah mainkan peranan masing-masing sebaiknya. Barulah dapat hasil kerja yang bagus dan sempurna. Ini, kalau ada yang tak mainkan peranan dia, mahu tak cacat kerja tu. Maaf ye.

Entahlah.. mula saya rasa tak sampai hati. Bila orang tu tak buat kerja, tak pe la…Bersangka baik. Saya tolong cover untuk dia. Tapi bila banyak kali, dan macam makin ramai pulak yang dah dapat penyakit ni. Tolong la ye. Saya kena bertegas. Maaf bila saya berterus terang. Maaf, saya makan hati dengan apa yang awak buat.

Lagi satu hal, bila kita ni dah cover kerja dia, then dia tahu dia rilek je selama ni. Orang lain yang buat kerja dia sebelum ini. Dengan selambanya, buat-buat tak tahu je. Bukan nak mintak maaf ke mintak ampun ke. Nak ucap terima kasih?? Lagilah, jauh panggang dari api.

Sedarlah sikit. Orang dah tolong awak. Tapi dia buat ‘donno’ je. Hidup kat dunia ni mane boleh hidup sorang-sorang. Kalau nak buat hal sendiri, jangan campur dengan manusia la.[Maaf ye!]

**Segalanya luahan di atas tidak di tujukan specific kepada sesiapa. Biarlah sajalah diri ini yang tahu. Dan yang pasti, DIA mengetahui segalanya.

Tapi segala yang berlaku saya bersyukur. Sebab banyak benda saya yang belajar. Bila deal dengan manusia yang banyak ragam, ktia perlu creative. Macam-macam cara kena guna. Tak boleh hanya guna satu cara sahaja. Kalau tak variety, senang kena pijak nanti.

Ada kalanya, kita perlu berlembut, bersabar. Bersangka baik. “Tak pe, kita mudahkan urusan orang, Insya Allah, Allah akan mudahkan urusan kita.” Itulah muatira yang berharga untuk saya. Bila berlaku kejadian-kejadian seperti di atas, saya akan ingat ayat tu. Saya ulang lagi :

“Tak pe, kita mudahkan urusan orang, Insya Allah, Allah akan mudahkan urusan kita”

Moga orang lain pun fikir sama macam yang saya fikirkan.

Buat yang mengucapkan maaf dan terima kasih, maaf dan terima kasih kembali buat anda. Walau hanya sekadar sms @ email. Maaf. Terima Kasih. Tapi bagi saya, itu sudah memadai. Sejuk balik hati yang panas tadi.

Dan ini, message dari seorang adik, baru dia tahu bila seorang kakak terasa hati. Mulalah buat ayat novel. Alhamdulillah, sejuk hati ni. Maaf ye dik. Saje je akak buat kamu macam ni^^. Terima Kasih.

Erm, xpe lah. Xyah bls. Akak bangun esok pagi. Tarik nafas, tengoklah langit, sy ada tulis di awan “Kak Syuhadah, sy minta maaf!” atapun jika akak jenguk langit malam ni, akak akan nampak bintang yang bersinar. Ketahuilah, jika dapat sy ambil bintang itu dan beri pada akak tanda minta maaf, nescaya sy akan buat, tapi sy xmampu. Selamat malam. Asif jiddan. Wslm

~~Segala luahan di atas bukan di tujukan specific buat adik ni ye ^^,

Moral : Sila jangan susahkan orang lain, biarlah diri kita yang tersusah. Insya Allah, akan pasti ada ganjaran dariNya. Tidak disini, Insya Allah di sana yang kekal abadi.

[Maaf buat semua. Mood tengah emosional. Kemungkinan tahap ketegangan @ strees makin meningkat, disebabkan oleh pertambahan kerja-kerja. Ok Adah, jangan emo-emo, baik jadi Elmo @ Nemo, lagi comel ye! ^^, ]

Sunday, February 13, 2011

,,>The Chosen One<,,


The Chosen One

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasool Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One



From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you

On that day and see you smileWhen you see me



Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One


"Sesungguhnya Allah dan MalakatNya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya" [Al-Ahzab:56]

~~Ayuh kita perbanyakkan selawat kepada Nabi. Salam Mulidur Rasul ^^,





Tuesday, February 8, 2011

,,>Tak TerUCAP olehku<,,

Alhamdulillah wa syukurillah..masih bernyawa hingga ke saat ini.

“Tak terucap olehku”

Sekadar ingin berkongsi dengan semua (agak eager nak menulis kali ini).

Pernah tak anda semua memberi ucapan? Sebelum berucap anda sudah ada point-point untuk bercakap, tapi bila sedang berucap tu keluar plak point-point lain. Kadang-kadang menggoreng je banyak. Isi satu pun tak de..

Hurm, bagi saya. Banyak kali juga berlaku. Sebelum bercakap tu, dah ada point-point. Tapi bila tengah cakap, yang lain pula yang keluar. Bila dah habis cakap tu, mula la, rasa macam tak puas hati pula. Isk…susah betul. Tapi kadang-kadang tu objektif tercapai juga la walaupun banyak merapu.^^p

Hari ini, sekali lagi berlaku. Isk…

Dalam kelas VLSI (Very Large Scale Integrated) Design ECE 4141 subjek Core-Course student CIE.

Kebiasaannya dalam kelas ni, Madam Fadzlin selalu mulakan kelas dengan tazkirah, discussion tentang isu semasa, tayangan video [Sambil tunggu student yang datang lambat. Al-maklum la, kelas ni jam 8.30pagi. Jadi, faham-faham sendiri la ye. Tambah plak, total student dalam kelas tu 12 orang je. Memang bertabah la tunggu sorang-sorang datang^^, ]

Hari ni Madam mulakan dengan tayangan video, dan Madam suruh kami bagi pandangan tentang video tu. Habis video tu, Madam tanya:

“Ok. Anyone want to say something about this video? One from sister and one from brother”

[Huh,dalam kepala saya macam point-point gak la. Tapi satu je, in ENGLISH. Huh, in MALAY pun merapu-merapu, English apatah lagi la…huhu]

Classmate dah tunjuk-tunjuk…kesabaran je.

Then, dengan rela paksa,saya menvolunteerkan diri. Mohon kebenaran Madam,

“Madam, campur-campur English Malay boleh Madam?”

“Better in English fully”

“Ok Madam…”[Dengan pasrahnya, saya memulakan kalam dengan Bismillah..]

“………………..”

Tak perlu anda semua tahu apa yang saya merapu dalam kelas tadi. Cukuplah Madam dan classmate saya saja yang tahu. Maaf ye Madam dan classmateku, atas kemerapuan saya tadi.

Habis tu, mula la…… “Alah, nape aku tak cakap macam ni tadi??”

Cukup.

Usah menyesal. At least, anda telah lakukannya [dengan suara ketaq-ketaqnya.huhu]. Anggap satu training ye[sedapkan hati sendiri.^^,]

~~Selingan : Sangat suka masuk kelas VLSI dengan Madam Fadzlin ni. Walaupun kelas 8.30pagi [bertahan je..] tapi kami berlumba-lumba datang awal ke kelas. Sebab sebelum ini, selalu Madam dulu yang sampai. Student tak de lagi. Sekarang dah bersemangat nak ke kelas VLSI. Lagi satu sebab, 10 minit sebelum start belajar. Mesti ada something Madam akan kongsikan pada kami. Yela, student ENGIN asyik belajar circuit, CMOS, pass transistor je. Ilmu Ukhrawi ni, alternative sendiri la nak belajar.

--Medan traning untuk develop idea.

Habis kelas VLSI, saya ke kelas EOP (English for Occupation Purpose)LE 4100 plak.

Memang berkebetulan hari ini. Apa yang saya kesali dalam kelas VLSI tadi, terus dapat solutionnya dalam kelas EOP ni. Alhamdulillah.

Topic hari ni : The Art of Condensation.

This topic is about how we want to organize our points when we give speech. And also, how we want to make our points is related to each others. And this what I get from Madam Liza (my EOP lecturer):

Apa-apa pun, untuk power dalam speaking ni, kena banyakkan practice. Yes, practice make perfect, right?

Insya Allah, ada jalannya…

TRAINNING…kena training dan practice.Gambatee..


Jom sahabat-sahabat, kita perkasakan diri kita!

[Huh,berjaya! Update blog time busy yang amat...]



Monday, February 7, 2011

,,>KEMBALI<,,


Kembali

Album : Jalan Sehala
Munsyid : Nowseeheart
http://liriknasyid.com

kembali
menyusur hari
indah warna warni
ceria dan berseri

mencari
makna seribu erti
nikmat disyukuri
hikmahnya tersembunyi

semalam jadikan pengalaman
buat kita menyuluh jalan
mencari pedoman
hidup penuh kebahagiaan

hari esok hanya anganan
belum tentukan kesampaian
hari ini kita mulai
langkah penuh keazaman

berusaha
tabur budi dan jasa
bagai hiduo di dunia
kekal selamanya

beramal
bekal untuk ke sana
umpama hayat kita
esok sudah tiada

takkan mungkin kekal di sini
mana bisa menongkah langit
umpama pepohonan rendang
teduhan seorang pedagang

hanya saja kekal disana
bertemu yg Baqo' Pencipta
anugerah teristimewa
pada hati yg sejahtera

tanpa sinarMu kegelapan
derita ku rasa
di mana cahaya
sinar mentari menyuluh hidupku
bagai cahaya kebenaran

bersama kita mengejar mimpi
menuju satu cita sejati
menggapai seribu impian
yang kita bina bersama-sama

Sangat suka dengar lagu..liriknya memberi semangat! Adah, teruskan bersemangat..perjalanan masih jauh...Gambatee~~

Teruskan berusaha menuju ke puncak!!
~Kembali ke Bumi Taman Ilmu & Budi...meneruskan perjuangan...Refresh NIAT!! ^__^



Thursday, February 3, 2011

,,>Kisah Air Mata<,,


Dingin subuh seakan-akan menggigit hingga ke tulang rusukku, namun kugagahi kakiku untuk melangkah ke surau. Surau An-Nur destinasi wajibku di setiap pagi. Aku gemar ke sana. Aku tenang di sana.

Sebelum azan subuh mula berkumandang, telingaku seakan-akan dibisik oleh suara halus yang menyeru aku untuk bangkit meninggalkan selimut tebal dan bangkit untuk mandi dan bergerak ke surau. Sampai di sana, kulihat hanya beberapa kerat sahaja pelajar yang ada. Biasanya tidak lebih dari 10 orang.

Tanpa berlengah, sejadah dihampar di suatu sudut, kaki didekatkan, lalu tangan diangkat ke telinga dan dengan penuh kehambaan aku menyeru, "Allahuakbar." Selesai dua rakaat solat tahajjud diikuti dua rakaat solat taubat. Tangannku menyapu raut wajahku dari dahi hingga ke dagu. Hatiku berasa tenang dan nyaman. Kurasakan wajahku segar dan bercahaya. "Alhamdullilah," bisikku.

Dengan penuh kehambaan aku mengangkat tangan memohon doa dan keampunan dari Yang Maha Esa.

[I]"Alhamdulillahirabbilalamin. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Ya Allah ,ya tuhanku, aku hambamu yang banyak berdosa ya Allah. Dosa-dosaku bagaikan buih-buih di lautan. Dosa-dosaku ibarat debu yang bergelimpangan di padang pasir. Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Aku bersujud padaMu. Aku memohon keampunan dariMu atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan. Yang nyata mahupun tersembunyi. Yang aku sedar mahupun aku tidak sedar. Aku sedar aku tidak layak ke syurgaMu Ya Allah. Namun, tidak pula aku sanggup ke nerakaMu. Ampunkah hambaMu yang hina ini, terimalah taubat ku ini. Amin Ya Rabbalalamin".[/I]

Tanpa aku sedari, air mata bercucuran jatuh ke pipiku. Usai berdoa, kurasakan hatiku sangat bersih. Sangat tenang.

Tapi itu kisah lama. Kisah zaman sekolah. Kisah zaman hingusan. Di sana aku ada kawan di Maahad. Di sana aku ada naqib. Di sana aku ada ustaz. Di sana aku ada ibu bapa! Kini aku di universiti. Di universiti yang jauh dari tempat asalku. Dengan rezeki Allah aku di tawarkan belajar di luar negara. Negara idaman aku. Kini aku di United Kingdom. University of Manchester.Alhamdulillah cita-cita dan doaku dimakbulkan Tuhan Yang Esa.

Aku manusia biasa. Aku bukan malaikat. Manusia itu sering lupa dan lalai kan? Kini sudah 4 tahun aku di sini. Pengajianku biasa saja walaupun tidak cemerlang. Aku bahagia di sini. Aku ada ramai teman. Aku ada ramai sahabat. Tapi adakah aku tenang di sini? Hari-hariku bukan lagi di isi dengan bacaan Al-quran. Solatku kini bukan lagi diimamkan. Hatiku tidak lagi dijamu dengan tazkirah dan ceramah.Aku lalai di sini.

Tapi aku bukan manusia jahat. Tidak pernah sesekali kuteguk minuman syaitan sepanjang di sini. Tidak pernah ku menjejakkan kakiku ke tempat maksiat. Tidak pernah ku menyentuh yang bukan muhrim untukku. Aku hanya manusia biasa. Aku menunaikan sembahyang. Aku berpuasa di bulan Ramadan. Aku manusia biasa!

Pada suatu subuh,seperti biasa aku bangkit untuk solat subuh. Kali ini kurasakan angin luar tidak terlalu sejuk dan tidak juga panas. Suasana sangat tenang dan segar. Lain dari kebiasaan subuh yang aku lalui. Setelah selesai solat subuh, aku mengangkat tangan untuk berdoa. Aku berdoa mohon keampunan. Doa yang sama aku ulang semenjak di asrama dulu lagi. Tapi kali ini aku tidak merasai kemanisan doa itu. Tidak ku rasa penghayatan doa itu. Dan paling ku takut, aku tidak menangis. Penat ku cuba untuk mengalirkan air mata di hadapan Yang Maha Besar tapi aku gagal. Aku gagal. Aku gagal menangis!

Ini bukan kali pertama. Semenjak beberapa bulan ini doaku tidak lagi di selangi air mata. Hatiku tidak dapat merasai kenikmatan doa. Aku jadi takut. Pelbagai perkara bermain di fikiranku. "Ya Allah gelapnya hati hambaMu ini". Terus ku teringat kata-kata ustazku ketika di sekolah dulu. "[B]Hati manusia ibarat besi[/B]. Setiap dosa yang dilakukan akan melekatlah karat padanya. Tapi karat itu boleh di cuci dengan solat dan doa. Namun lama kelamaan jika karat itu tidak dibersihkan, akan semakin besarlah ia, dan semakin sukarlah untuk dibersihkan . Maka semakin hitam dan gelaplah hati kita. Ketika ini setiap dosa yang dilakukan tiada lagi dirasakan dosa bagi dirinya".

Aku tersedar. Aku tersentap. Kenapa aku mahu jadi orang biasa? Kenapa tidak ingin menjadi yang lebih baik? Tidak berbuat dosa tidak bermakna aku sempurna. Tidak minum arak tidak bermakna aku terlepas dari melakukan dosa-dosa kecil. Sembahyang 5 waktu tidak bermakna aku sempurna.Bagaimana dengan dosa-dosa kecil? Aku lalai. Aku lalai! Terima kasih ya Allah kerana menyedarkan aku. Terima kasih atas hidayah-Mu.Aku terus bersujud dan memohon doa.

Ya Allah,

Bimbinglah aku ke arah agamaMu,

Dekatkah hatiku padaMu,

Berilah aku cahaya hidayah dan cahaya makrifatMu,

Berilah aku kasih sayangMu,

Dan jangan sekali-kali Kau lalaikan aku,

Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah,

Amin.

Semoga kita sentiasa mendapat hidayah dariNya.
Mari kita jadikan hari ini lebih baik dari semalam , esok lebih baik dari hari ini. Hargailah setiap detik dan manfaatkan masa sebaiknya sebelum malaikat maut datang menjemput.

sumber : Artikel iluvislam.com

,,>Kemanisan Iman<,,


Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat-sahabatku, marilah sentiasa tanamkan dalam hati kita 3 sifat ini (yang tersebut dalam hadith di atas) agar 'kemanisan iman' itu benar-benar dirasai.

Mengapa perlunya kemanisan iman? Kerana dengan kemanisan iman, kita tidak pernah mengeluh dengan keletihan dan kepenatan dalam berdakwah. Dengan kemanisan iman, kita sentiasa redha dan tawakkal dengan semua ujian yang Allah berikan kepada kita. Dengan kemanisan iman, kita sentiasa bersiap siaga untuk Islam.

Kadang kala, kita terasa penat dan lemah dalam berdakwah. Kadang kala kita merasakan yang kita telah banyak menyumbang untuk Islam tetapi apa yang kita dapat hanyalah keletihan, kesedihan dan sebagainya. Kadang kala mad'u kita kelihatan seperti tidak menghargai apa yang kita kongsikan. Kadang kala sahabat-sahabat lain pun kurang acknowledge kerja kita.

Tetapi ingatlah, kerja dakwah ini bukan kerja dengan manusia tetapi kerja dengan Allah. Dengan kemanisan iman, hanya kepada Allah kita meletakkan sepenuh pengharapan. Dengan kemanisan iman, kita akan sentiasa yakin dan percaya dengan 'the hidden blessings' yang Allah janjikan.

"Maka tidak seorang pun mengetahui apa yg disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yg mereka kerjakan" [32:17]

Marilah sama-sama kita bermujahadah menuju kepada kemanisan iman dalam beramal. Mudah-mudahan hati kita sentiasa tenang dan redha dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

sumber : Artikel iluvislam.com

,,^Sharing Is Caring^,,