~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Thursday, May 26, 2011

,,>Alhamdulillah<,,


Alhamdulillah....seinfiniti syukur ke hadrat Ilahi...
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akhbar....

~speech less....insyaAllah, ingin sekali berkongsi dengan semua...

Terima kasih Ya Allah, terima kasih buat suamiku tercinta...
Terima kasih Ma Aboh & Mak...
Terima kasih Adik-beradik dan Sanak- saudara...
Terima kasih sahabat-sahabat semua...
Terima kasih atas doa, ucapan, kehadiran, pertolongan, hadiah dan segala-galanya...^^,

>>Macam tak percaya...diri ini sudah bertukar status..dah jadi 'Puan'

Mohon doa dari semua, Moga diri ini dan suami dapat menempuh alam perkahwinan bersama redha-Nya.

p/s: Alhamdulillah, majlis sebelah saya berjalan dengan lancarnya. Doakan moga dipermudahkan majlis menyambut menantu pada Sabtu ni, 28 Mei 2011.

Hanya satu matmalat kami,

"Menyemai CINTA, Menuju REDHA-NYA"



Monday, May 9, 2011

,,>Saat Lafaz Sakinah<,,





:Saat Lafaz sakinah:: "Menyemai Cinta, Menuju RedhaNya"

~Bismillah, dengan mengharap redha Allah, saya rendah diri menjemput sahabat-sahabat yang saya kenali ke walimatul urus

Nurul Syuhadah binti Izwar Arfani & Muhd Kamal bin Ahmad

21 Mei 2011 bersamaan 17 Jamadilakhir 1432H

di No 90, Lorong 1,
Balok Baru Fasa 2,
Kuantan, Pahang.

Moga kehadiran sahabat sekalian akan menyerikan lagi majlis & moga diberkatiNya. Mohon doa dari kalian. Syukran^^,



Wednesday, May 4, 2011

,,>Sirru A'la Barakatillah<,,

wahai calon imam dalam solatku,


tiada siapa mengetahui gerangan jodohnya termasuklah diri ini,

dirimu masih rahsia penciptaMU...rahsia yang telah ditentukan untukku,

yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sepenuh sungguhan sujudku,

cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsiaku ini..


Ketahuilah wahai mujahidku,


Ketahui namamu tidak menjadi idamanku, apa lagi untuk menatap wajahmu,

Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah, justeru diri ini amat bersyukur

kerana masih tidak di takdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita, ku bimbang

andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita

menempah siksaan Allah. Ya Tuhan kami lindungi kami…


Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah

lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah.Apalah ertinya

perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segala…


Tiada yang lebih bahagia suamiku,


melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuanganmu

menegakkan Deen ini, berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar

syahidmu ku damba, berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar

padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid yang akan

menyambung perjuangan abi mereka.


Berikanku sepenuhnya sebahagian hati yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hati mu itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu
mujahid kita ke medan jihad, Mungkin kau hairan suamiku, mengapa diri

ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya.

Suamiku,

hatimu itu milik rabbul jaleel, dan ku pohon sebahagaian itu sebagai

semangatku wahai suamiku, Dari awal lagi sudah ku didik hati ini,

bahawa dirimu suami ku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu

bukan milikku..kalian milik Allah, dan diriku hanya medan yang

diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini.

Wahai suamiku,

seadanya diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyah jiwa

agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid.

Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, kerana yang

ku impi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan

melahirkan para mujahid…

Wahai suamiku,

walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang psti bersama kita mendidik hati

mencintai SYAHID demi redhanya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan

yang tidak terkira dari rafiul a’la, bersamalah kita bersyukur,

bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia

ini…kerana hilang erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah

tidak kita balas, andai cinta sementara bisa mmelukakan hati sepatutnya

hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung

cinta dari DIA Maha Esa…


Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kitalabuhkan demi redhaNya…

biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan

ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran

tahajjud cinta…InsyaAllah inilah pencarian kita…


...sirru a'la barakatillah...

Calon Suamiku yang dirahmati



"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

,,^Sharing Is Caring^,,