Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Saturday, May 31, 2008

,,,>Cinta berperaturan<,,,

“Manusia akan bercinta lagi di Syurga- tempat pertama yang melahirkan cinta. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah”Apakah peratauran-peraturan dalam hubungan cinta? Inilah yang perlu diikuti oleh para remaja-agar cinta tetap suci dan abadi;
1) Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah.Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niat dan gunakan rasa fitrah itu untuk menghampirkan diri kepadaNya. Cintailah sesiapa pun jua tetapi pastikan cinta itu lebih memudahkan kita mencintai Allah.
Tegasnya,cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah.
“Kami bercinta kerana Allah,” begitu yang selalu kita dengar. Tapi bagaimana ya? Bagaimana bercinta kerana Allah? Ya, iringilah dengan niat untuk bernikah secara sah kerana pernikahan itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya.

Sabda Rasulullah SAW:“Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya,tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya.” Oleh itu usahlah bercinta dengan niat sekadar untuk bersuka-suka. Tidak serius. Jika tidak jangan bercinta dahulu. Tangguhkan. Katakan pada diri. “aku hanya tertarik atau minat” Simpan dan pendam perasaan itu dalam jiwa sedalam-dalamnya. Jangan sekali-kali diluahkan hanya untuk mengundang reaksi.

Tapi jika “orang di sebelah sana “ serius bagaimana? Jawabnya mudah, jangan bercinta kerana kasihan. Jika kita bercinta kerana kasihan, kita akan merosakkan diri kita dan orang yang kita kasihankan (cintai?) itu. Ya, amat besar perbezaannya antara cinta dengan kasihan.

Kita boleh kasihankan orang yang kita cinta, tetapi kita tidak boleh cinta orang yang kita kasihankan. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Saja suka-suka. Sebagai ‘spare’ tayar- kalau-kalau nanti diperlukan. Jika tidak ada niat untuk bernikah, hanya saja2,pasti cinta itu bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta yang terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak. Pastikan semasa menjalin hubungan cinta tiada hukum Allah yang dilanggar,,

Antaranya , tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan di tempat sunyi, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Dating berjam-jam, sembahyang 5 minit pun tak larat... Kalau begitu siapa sebenarnya yang lebih kita cinta? Si dia atau DIA? Hubungan cinta juga jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Masa dibazirkan. Air mata tergenang atas sebab-sebab murahan. Entahlah, buruk sangat kekadang kita lihat orang bercinta ni,,Mereka tidak sedar orang sekeliling. Mereka macam berada di dunia sendiri.

Tidak mustahil, kalau ada remaja ynag mengeluh dan berkata ”Cinta apa namanya ini jika tidak ada dating, perbualan telefon secara maraton, surat cinta, SMS romantik, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?”Ya, itu pada pandangan mata kita yang terbatas. Tapi itu bukan dari pandangan Allah Yang Maha Luas. Kata kita, cinta tanpa ’perisa’ itu akan menjadi hambar dan tawar. Sedangkan inilah kegilaan yang dijaja kemanisannya dalam lagu-lagu, sajak-sajak dan filem-filem mengenai cinta. Jika diumpamakan cinta itu sebagai masakan, semua itu dianggap perisanya. Sedangkan, pada hakikatnya itu bukanlah perisa apalagi perencah tetapi perosak pada masakan itu sendiri.

Yakinlah tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta, frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru kerana ’racun-racun’ inilah banyak cinta yang gagal disambung ke alam perkahwinan dan lebih banyak lagi yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan – jangankan, ”nak hidup bersama, mati bersama”...hidup bersama pun sudah tidak sanggup lagi.
CINTA SUCI TANPA RACUN YAKINLAH Allah itu indah dan cinta pada keindahan – tidak mungkin Dia akan memusnahkan keindahan cinta ynag diberikan-Nya dengan peraturan-peraturan yang boleh menghakis keindahan cinta itu sendiri. Sebaliknya, dengan peraturan-peraturan itulah keindahan cinta akan tetap terpelihara dan lebih terserlah.

Allah Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hambaNya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua racun yang berbisa itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengn seribu keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam syurga. Ketika itu benarlah ungkapan, “kunantikan kau di pintu syurga.” Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga – tempat pertama yang melahir cinta! Cinta Nabi Adam dan Siti Hawa. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah. Tertolak segala racun dan fitnah. Ya, jangan tunggu si dia di pintu neraka kerana di sana tidak ada cinta. Na’uzubillah.

Kata lagu lama, “rasa cinta pasti ada…pada makhluk yang bernyawa.” Itu betul. Tetapi ”Sejak lama sampai kini...tetap suci dan abadi.” Itu belum tentu. Sebabnya? Cinta pada masakini, banyak yang tak suci lagi,apalagi untuk abadi....Cinta yang abadi hanya ada di syurga!“Tentang CINTA” jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingnya.
Friday, May 23, 2008

,,,>Ciri-ciri seorang Pejuang<,,,

Ciri-ciri seorang Pejuang


1.Jadikan wirid Al-Quran Al-karim - 1 juzuk satu hari. Sungguh-sungguh khatam Al-Quran dan masa tidak kurang daripada 3 hari dan tidak lebih sebulan
2.Perelokkan bacaan Al-Quran, tadabur, baca sirah nabawiyyah
3.Jaga kesihatan tubuh badan
4.Jangan makan minum berlebihan kopi melainkan terpaksa minum
5.Jaga kebersihan - ceria dan indah, bersih satu benda yang seni. Bersih akidah, ibadah, akhlak.
6.Cakap mesti benar pada perkataannya
7.Menunaikan janji
8.Jadi orang yang berani
9.Jaga air muka, maruah. -Jangan buat benda yang boleh menjatuhkan maruah.
10.Malu, sensitif kepada yang buruk dan yang baik.
11.Jadi seorang yang adil.
12.Cergas, aktif, bagi khidamat kepada orang ramai
13.Hati lembut dan mulia, bagi kemaafan.
14.Mempereolokkan bacaan dan penulisan, kajian, bahan tulis.
15.Bekerja untuk tingkat taraf ekonomi walaupun dah kaya.
16.Bersungguh-sungguh tidak jadi pegawai kerajaan
17.Kalau buat kerja, mesti kerja yang terbaik dan bagi tumpuan yang sebaiknya.
18.Cuba tunai hak semampu yang mungkin, walaupun tidak dipohon
19.Jauh daripada perjudian dan riba
20.Bagi khidmat kepada ekonomi/ dana gerakan Islam
21.Bagi sebahagaian gaji kita untuk tujuan dakwah
22.Menghidupkan budaya Islam dan matikan adab jahiliyyah
23.Mesti melibatkan diri dengan Jemaah yang berkaitan dengan Islam dan jaga sekali-kali terlibat dengan yang bukan Islam
24.Sentiasa muraqabah
25.Sentiasa ingat kepada akhirat dan sentiasa bersedia
26.Jaga taharah, berwuduk sepanjang masa. Perelok solat, solat awal waktu. Usaha ikhtiar untuk solat secara Jemaah.
26.Elokkan puasa di bulan Ramadhan dan haji
27.Pasang niat dalam hati jihad dan sayang suka untuk mati syahid. - Ada persiapan
28.Memperkemaskan tarbiyyah * tak pasti saya tulis apa, tak jelas dalam kertas.
29.Lawan nafsu bersungguh-sungguh. - bab halal dan haram
30.Jauh dari kumpulan-kumpulan yang bawa maksiat.
31.Memerangi tempat-tempat lagho dan benda-benda bermewah.
32.Kenal ahli dengan seorang demi seorang dengan sebetul-betulnya.
33.Kosongkan diri dengan jemaah yang tidak ada hubungan langsung dengan fikrah serupa dengan kita.
34.Kena usaha sebarkan dakwah merata tempat.

Friday, May 9, 2008

,,>Basahkan Hatimu Dengan Ikhlas<,,

Basahkan Hatimu Dengan Ikhlas
www.iLuvislam.com


Sabda Nabi s.a.w :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : انما الاعمال بالنيات وانما لكل امرىء مانوى
Maksudnya : "Sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan niat, dan sesungguhnya bagi setipa individu itu apa yang diniatkannya...."

Hadis riwayat saidina Umar r.a ini bukanlah asing bagi kita. Bahkan mungkin ada yang sudah jemu bila tajuk niat dan ikhlas diutarakan. Namun, kerana nilainya yang cukup besar, ditambah dengan sukarnya untuk sampai ke maqam ini, para ulama' tidak jemu-jemu membincangkannya dalam kehidupan kita. Abu Daud dalam mengkomentari hadis ini berkata ; "sesungguhnya hadis ini merupakan separuh daripada Islam, kerana agama terdiri daripada zahir yang merupakan amal atau batin yang merupakan niat." Dari sinilah timbulnya persoalan sah atau batal sesuatu amalan, ikhlas dan riya', juga pecahan hukum yang pelbagai.

Firman Allah Ta'ala :
وما أمروا الا ليعبدوا الله مخلصين له الدين
"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya."

Untuk mengungkap perkataan ikhlas amat senang bagi sesiapa pun, namun bila tiba kepada pelaksanaannya, tidak ramai yang mampu menjaga hati agar tidak timbul qasad yang bercabang, jauh daaripada lekatnya hati kepada makhluk. Kosongnya hati kecuali hanya semata-mata kerana Allah Ta'ala memerlukan mujahadah yang berpanjangan. Manefestasi keikhlasan yang tulen ini diungkapakan oleh Rabiatul Adawiyah dalam syairnya :
كلهم يعبدك من خوف النار ويرون النجاة حظا جزيلا

او بان يسكنوا الجنان ويحظوا بقصور ويشربوا سلسبيلا

وانا ليس لى فى النار ولا الجنة رغب انا لا ارضى بحبى بديلا

"Mereka menyembah Mu kerana takutkan neraka, dan beranggapan lepas daripada azabnya satu kejayaan yang besar. Ataupun kerana ingin menghuni syurga dan memperolehi mahligai dan minum air salsabila. Akan tetapi aku bukanlah menyembaMu kerana untuk lepas daripada neraka atau untuk mendapatkan syurga, aku tidak rela cintaku ditukar ganti."

Bagi tokoh sufi ini ibadatnya semata-mata kerana Allah. Ganjaran syurga atau pelepasan daripada siksa neraka bukanlah sesuatu yang dikejar, namun ibadatnya hanya semata-mata kerana cinta kepada Allah Ta'ala, maka terpulanglah kepada Allah untuk memberikan ganjaran yang sepatutnya di atas amalan yang dibuat.



Persoalan ikhlas merupakan perkara yang luas, ianya mencakupi gerak geri kita seharian. Ikhlas dalam mengerjakan ibadat khusus maupun umum, ikhlas dalam memberikan pertolongan kepada sesama manusia, ikhlas dalam menuntut ilmu dan sebagainya. Pendek kata setiapa gerak geri seharian kita menuntut kepada kemurnian hati.
Dalam membicarakan persoalan ikhlas ini, Ibnu Atho'llah menukilkan dalam kitab Hikamnya:
الاعمال صور قائمة وأرواحها وجود سر الاخلاص فيها

"Amal perbuatan itu sebagai kerangka yang tegak, sedang ruh (jiwanya), ialah terdapatnya rahsia ikhlas (ketulusan) dalam amal perbuatan itu."


Justeru amalan tanpa disertai dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah SWT seolah-olah jasad yang tidak bernyawa. Ramai yang solat tanpa ikhlas, ada yang menunaikan haji semata-mata kerana mahukan gelaran, tak kurang yang menuntut ilmu kerana inginkan title 'Dr' diletakkan dihadapan nama mereka.


Justeru marilah sama-sama kita muhasaah diri apakah niat kita yang sebenarnya.Memahami peri pentingnya ikhlas dalam setiap amalan, Imam Hassan Al-Banna menjadikan ianya sebagai salah satu Rukun Baiah. Penting bagi semua pendokong amal islami menjaga niat dalam menyampaikan dakwah. Tanpa ikhlas kata-kata kita hanya akan sampai ke cuping telinga pendengar bukannya kepada hati mereka.Biar apa pun niat kita, persoalan ikhlas ini merupakan sirrun min assraarillah (rahsia daripada rahsia Allah).


Jadi bukanlah tugas kita untuk menjustifikasi seseorang berdasarkan anggapan kita. Cukuplah kita diajar oleh Nabi saw agar menghukum seseorang berdasarkan kepada zahirnya bukan menduga batinnya kerana ianya bukan kemampuan kita. Tugas kita hanyalah sentiasa bermuhasabah adakah niat kita sudah ikhlas bukan menghukum niat orang lain.


Lawan ikhlas adalah riya, yang sangat ditakuti oleh Nabi saw terjadi kepada umatnya. Sabda baginda saw : "Sesungguhnya sedikit riya itu sudah termasuk syirik. Dan sesiapa yang memusuhi seorang waliyullah bererti telah berperang dengan Allah, dan Allah kasih kepada hamba yang bertaqwa yang tersembunyi (tidak terkenal), apabila ketidaanya tidak dicari, bila hadir tidak dipanggil dan tidak dikenal. Hati mereka sebagai pelita hidayah, mereka terhindar dari segala kegelapan kesukaran."


Riya' bukanlah perkara yang kecil. Diklasifikasikan sebagai syirik kecil, sudah cukup bagi kita untuk berwaspada daripada terkena penyakit hati ini. Ubatnya tidak terdapat dalam buka pharmacology, diagnose juga agak sukar! Maka sia-sialah amalan yang bercampur aduk dengan niat yang pelbagai, lebih-lebih lagi riya yang merosakkan pahala amalan.


Justeru dengan imtihan yang around the coner ini marilah sama-sama kita menghisab diri, merenung sejenak mengapa kita berada di sini, mengapa bidang pengajian ini yang kita pilih. Sekiranya di sana ada yang masih bercampur niat mereka dengan qasad keduniaan, maka masih ada peluang untuk kita kembali kepada jalan yang sebenarnya. Juga marilah kita istiqamah dan ikhlas dengan ibadat yang telah difardukan Allah kepada kita dengan menambah amalan sunat sebagai bekal diakhirat sana. Mana-mana ilmu tidak akan menyelamatkan kita daripada azab Allah tanda diamalkan, dan amalan kita tidak akan diterima tanpa niat yang ikhlas.

,,^Sharing Is Caring^,,