Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Wednesday, June 18, 2008

>,,Hikmah Kembara,,<



Sekadar berkongsi...

Hasil dari pembentangan subjek Bahasa Melayu Untuk Kejuteraan SEM 2 07/08.

Tajuk pembentangan Madu Lebah Dan Khasiatnya, di akhir pembentangan kami tayangkan video maker ini..harap dapat memberi conclusion yang baik untuk semua...

Ada sebahagian di antara sahabat ana yang sekelas, menyatakan mereka tak nampak mana kaitannya dengan tajuk pembentangan ana dan sahabat sekumpulan ana...Bila difikirkan betul jugak apa yang sahabat ana katakan, nasib baik ada jugak gambar lebah dan sarang lebah..

Tetapi waktu inilah kami mengambil peluang untuk menyampaikan sesuatu walapun masa agak tidak mencukupi. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang kami lakukan untuk menyampaikan sesuatu kebaikan...

Di sini kami ingin tekankan setiap penciptaan Allah ada hikmahnya dan tanggungjawab masing-masing. Ibarat bulan dan matahari yang setiap hari berpusing di atas orbitnya sendiri tanpa jemu. Kita juga sebagai manusia ada tanggungjawab dan tuas masing-masing. Tanggungjawab sebagai anak, pelajar, sahabat, hamba Allah dah khalifah di Bumi ini.

Perlu kita periksa dan koreksi diri kita balik. Adakah kita sempurna jalankan tanggungjawab kita? Tetapi tiada manusia yang sempurna kecuali Junjungan besar nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. Oleh iut, segala kekurangan perlu kita kaji semula. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita sebagai manusia hanya merancang, tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik.^_^

Sama kita hayati bait-bait kata lagu "Hikmah Kembara" by Mirwana.

Harapnya semua dapat sesuatu dari video maker ini..

"man Qala Lailahaillah wahuawa Dai'e... sesiapa yang melafazkan lafaz syahadah adalah pengajak ke arah kebaikan..."

Wallahu alam

>,,Hari Ini Milikmu,,<



Apabila aku berada di pagi hari,janganlah menunggu waktu petang,kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup.Oleh kerana itu,aku tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala keburukan dan kebaikan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.


Hari yang saat ini mataharinya menyinari aku, dan siangnya menyapa ku,membuatku mampu memandang alam sekitar. Itulah hari aku dan kamu,maka manfaatkanlah hari itu sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup aku dan kamu hanya hari ini saja atau seakan-akan kita dilahirkan hari ini dan akan mati pada hari ini juga.


Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan semua manusia,sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan,masa lalu dengan berbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi masa itu,dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan acapkali menakutkan.


Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti untuk satu hari ini saja. Dan pada hari inilah,aku harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyuk membaca dan memahami Al-Quran secara mendalam,merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati,keseimbangan dalam segala hal,keindahan dalam akhlak,kerelaan dengan semua yang Allah berikan,perhatian terhadap alam sekitar,perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberi manfaat kepada orang lain.


Untuk hari ini,aku harus mulai membahagi waktu dengan bijak. Menjadikan setiap minit seakan ribuan tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun,tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu hai diri,memelihara indahnya kehidupan,meminta ampunan dari berbagai dosa yang telah dilakukan,mengingat tuhan,dan mempersiapkan diri untuk pergi jauh(mengharapNya) .Dengan demikian,hidup aku pada hari ini akan penuh kebahagiaan, merasa aman dan tenteram,serta menerima rezeki isteri,suami, anak-anak. tugas-tugas, tempat tinggal dan ilmu pengetahuan dengan tangan terbuka dan bersyukur.


Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur. (Al-A'raf: 144)


Hidup aku pada hari ini juga tanpa kesedihan,gangguan, kemarahan, kedengkian, dan kebencian atau sakit hati.


Jangan lupa,hendaklah aku mahupun kamu mengukir sebuah tulisan dalam hati anda atau di meja tempat anda bekerja:"Hari ini adalah milikmu."Yakni apabila hari kita dapat memakan nasi yang harum baunya,maka apakah kita masih berfikir tentang nasi basi yang telah kita makan kelmarin,yang akan membahayakan kesihatan kita? Mungkin kita masih berfikir tentang nasi yang kita makan esok hari,padahal nasi tersebut masih ada dalam angan-angan.


Apabila pada hari ini kita dapat minum air dingin yang menyegarkan, maka mengapa kita masih bersedih atas air masin yang anda minum kelmarin atau menginginkan air esok yang masin dan panas?




Seandainya aku percaya akan diri sendiri dan mampu mengerjakan segala sesuatu dengan semangat dan tekad yang kuat aku akan dapat menundukkan diri ku untuk berpegang pada prinsip; "masa hidupku hanyalah pada hari ini".Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri aku setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan ,sekaligus berusaha meningkatkan mutu kerja dan membersihkan amal perbuatan ku.



Dan itu,akan membuat sesiapa pun berkata dalam hati:"Hanya hari ini aku berkesempatan untuk mengatakan yang baik-baik sahaja ; tidak bercakap kotor dan yang menjijikkkan, tidak akan pernah mencela,mengherdik, dan juga membicarakan keburukan orang lain.Hanya hari ini aku berkesempatan mengemas rumah dan pejabat agar tidak berserabut dan berselerak .Dan kerana hanya hari ini saja aku akan hidup,maka aku akan memperhatikan kebersihan tubuhku,kerapian penampilanku, kebaikan tutur kata dan tindak tandukkku".


Kerana hanya akan hidup pada hari ini,maka aku akan berusaha skuat tenaga untuk taat kepada tuhanku,mengerjakan solat sesempurna mungkin,membekali diri dengan solat-solat sunat nafilah,berpegang teguh pada Al-Quran,mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat yang ada di dalamnya.


Aku hanya akan hidup hari ini,kerana itu aku akan menanam dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan yang kutanam sampai ke akar-akarnya, dan mematahkan ranting-rantingnya yang berduri,seperti sifat takabur,ujub, riya'dan buruk sangka.

Hanya hari ini aku akan dapat menghirup udara kehidupan,maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan kepada sesiapa pun.Aku akan menjenguk mereka yang sakit,menghantarkan jenazah,menunjukkan jalan bagi yang tersesat,memberi makanan bagi yang kelaparan,menolong orang yang sedang dalam kesulitan,membantu orang yang dizalimi,meringankan penderitaan orang yang lemah,mengasihi mereka yang menderita ,menghormati oarng-orang yang alim ,menyayangi anak – anak kecil dan berbakti kepada orang tua.


Aku hanya akan hidup pada hari ini,maka aku kan mengucapkan :"Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai ,tenggelamlah seperti mataharimu.Aku tak akan pernah menangisi kepergianmu ,dan kamu tidak kan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu. Kamu telah meninggalkan kami semua, pergi dan tidak akan kembali lagi."


"Wahai masa depan ,engkau masih dalam keghaiban! Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan .Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum ada,kerana esok hari mungkn tidak ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada sesuatu pun darinya yang dapat disebutkan."


"Hari ini milik anda" adalah ungkapan yang paling indah dalam "kamus kebahagiaan" ,kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan.


Al-Qarny

,,^Sharing Is Caring^,,