Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Sunday, March 27, 2011

,,>Exam Mode<,,




Selamat Menduduki Peperiksaan kpd calon2 peperiksaan sem 2 10/11. [bagi pelajar-pelajar UIAM]

mungkin banyak yang akan menjadi korban...masa tido,makan,sembang2,lepak,tgk movie,bc novel,meting,etc

just want 2 share the wonderful things...
BEAUTY OF MATH ♥

1 x 8 + 1 = 9

12 x 8 + 2 = 98

123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765


123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111


9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888


9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it? And look at this symmetry:

1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321


1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111=123456789 87654321

Now, take a look at this... 101% From a strictly mathematical viewpoint: What Equals 100%? What does it mean to give MORE than 100%? Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%? We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER 100%. How about ACHIEVING 101%? What equals 100% in life? Here's a little mathematical formula that might help answer these questions:

If: A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z Is represented as: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.


If: H-A-R-D-W-O- R- K 8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%

And: K-N-O-W-L-E- D-G-E 11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%

But: A-T-T-I-T-U- D-E 1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God will take you:

L-O-V-E-O-F- G-O-D 12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%


Therefore, one can conclude with mathematical certainty that: While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will get you there, It's the Love of God that will put you over the top! SUBHANALLAH...................
. Sesungguhnya tiada suatu pun yang kebetulan, hatta sehelai daun yang berguguran..melainkan semuanya dalam pengetahuan Allah...

Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (QS. 3:191)

p/s: Doakan moga FYP kami berjaya..amin [RFID Circuit Design]
Wednesday, March 16, 2011

,,>Comel je ni<,,


IbrahZine: Sinetron – Ke arah menjadi Pendakwah Berjaya!


Ihsan daripada Zil-el-Saif

.

.

.

.

.

.

.

http://freewebcomic.com/2010/07/ibrahzine-sinetron-ke-arah-menjadi-pendakwah-berjaya/


Moral : Nak berdakwah pun, yang wajib jangan la ditinggalkan...

~~Sangat comel......^^,

.

,,>Istimewanya DAI'E itu<,,





Kerana dai'e itu...

1. Selalu cuba menahan diri dari perlakuan emosi. Jika teman-teman disekitarnya dirundung kesedihan dan dihujani emosi, maka dia cuba menahan diri dari larut bersama dalam kesedihan dan kefuturan, kerana dia tidak mahu dirinya itu akan memburukkan lagi keadaan yang ada. Yang diingininya adalah menjadi cahaya tuk menerangi, bukan malah memadam cahaya yang ada untuk menggelapi.

2. Akan cuba untuk menelan segala caci maki terhadap dirinya. Walau memang terasa pedih, seakan menghiris daging hatinya sedikit demi sedikit, tetap dipujuk hatinya sendiri agar tidak merasa sakit, kerana sakit di dunia ini cuma sementara dibandingkan dengan kegembiraan di syurga yang tak akan
kalah bandingnya, lalu tak usah menjadi sakit kerana manusia.
3. Selalu berusaha untuk menjadi terbaik di kalangan yang terbaik, walau terkadang merasakan dirinya lebih ngeri. Walau kadang usahanya itu diperlekehkan orang lain, sehingga membuatkan dirinya berkali-kali merasa 'down' namun diusahakan juga untuk mengikhlaskan dakwahnya hanya kerana Allah semata, lalu tak usah menjadi 'down' kerana manusia.

4. Yang kadang terpaksa menebalkan wajah untuk menegur saudara-saudaranya sama ada dikenali atau tidak, kerana yang penting adalah yang namanya saudara seaqidah, wajib baginya menyapa dan menghadiahkan senyuman kerana itu hak seorang muslim dengan muslim lainnya. Walau kadang disambut dengan wajah yang aneh, yang dengan kehadirannya itu ternyata hanya menimbulkan perasaan janggal, namun dicuba juga untuk menguntumkan senyuman yang termanis dan seikhlas mungkin.

5. Selalu menangisi kelemahan diri, selalu menyesali perbuatan dirinya, dan selalu dibimbangi dengan penolakan ajakannya. Kerana barangkali uslub dakwahnya tidak kena atau tidak sesuai terhadap segelintir manusia. Lalu, dirinya sentiasa berfikir strategi lain untuk menarik minat orang terhadap dakwahnya, hingga kadang mati akal. Tapi, dia tetap tidak mahu berputus asa.

6. Selalu merasakan ingin menjerit sepuasnya bila dakwah itu dianggap hanya lakonannya semata, hanya mahu tunjuk baik dan merasa lebih bersih dari orang lain, ingin saja dikatakannya bahwa bukan itu tujuan dakwahnya melainkan tujuannya berdakwah kerana Tuhan semata dan cuma ingin mencipta cinta kasih sesama orang yang didakwahnya, tapi kadang orang lain tak memahami
bahasa dai'e lalu dituduh 'perasan baik' dan 'macam bagus'.

7. Kalau boleh hanya mahu menjadi sebagai pemberi yang memberi sebanyak-banyaknya. Tak mahu menerima biar sedikit. Kerana memberi itu lebih indah, lebih baik, lebih cantik dari watak menerima.

8. Selalu berusaha menjadi seorang yang ceria, gembira seolah-olah tiada masalah. Masalah peribadinya hanya antara Tuhan dan dirinya saja. Dalam keadaan dirinya lemah, hanya Allah yang tahu. Hatinya menangis, Allah saja yang tahu. Dia tak akan meluahkan masalah itu di hadapan orang lain, kecuali pada Rabbnya. Allah is enough.

9. Yang kadang merasakan lebih baik saja dirinya tidak dikurniakan hati dan perasaan, lalu tak perlu merasa sakit, merasa terhiris bila dakwahnya disambut dengan perkataan dan perbuatan yang justeru
sangat menyakitkan. Tapi, tatkala diceritakan kisah Rasulullah saat berhijrah ke Thaif yang malah lebih besar tentangan dakwahnya, dirinya merasa malu. Malu pada Rasulullah yang berjuang berseorang tanpa kenal erti perit dan jemu. Ya Rasulullah, maafkan kami, kami malu padamu.

10. Akan selalu dikatakan 'macam bagus', hipokrit, judgemental, extremist dan macam-macam lagi. Walau apa pun yang dikatakan kepadanya, telanlah sahaja, kerana yakinlah, Allah lebih tahu hati
kita kan....? Bersabarlah....

“Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya merupakan kebaikan, dan hal ini tidak terdapat kecuali pada orang Mukmin. Jika ia mendapat kegembiraan, maka ia bersyukur, dan itu merupakan kebaikan baginya. Dan jika mendapat kesusahan, maka ia bersabar dan ini merupakan kebaikan baginya."
( HR. Muslim )


Bukankah sudah kukatakan seorang dai'e itu sangat istimewa? Walau proses ini sangat pahit, yakinlah bahawa syurga itu sangat manis.

~yang terus berusaha menjadi dai'e sampai mati, insyaAllah,


Moga kita sentiasa terus berusaha menjadi dai'e sampai ke syurga. Amin~~

sumber : email dari seorang kakak
Monday, March 14, 2011

,,.Bila ALLAH Menduga Kita<,,




TOKYO 11 Mac – Tsunami yang sangat ganas setinggi 10 meter kesan daripada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang terkuat pernah dicatatkan melanda Jepun, meragut beribu-ribu nyawa penduduk ketika ia menghentam bot, kereta dan kediaman manakala kebakaran meletus tanpa kawalan.


Amaran tsunami dikeluarkan ke seluruh Pasifik, sehingga sejauh Amerika Selatan, Kanada, Alaska dan seluruh pantai barat Amerika Syarikat.


Menurut polis Jepun, dianggarkan antara 200 hingga 300 mayat ditemui di kawasan perairan Sendai, bandar paling dekat dengan pusat gempa bumi.


Polis berkata, setakat ini 88 orang disahkan terbunuh dan 359 orang masih dilaporkan hilang.


Angka kematian dijangka terus meningkat berdasarkan skala bencana alam berkenaan. Orang ramai diberi amaran untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.


Siaran televisyen turut memaparkan kebakaran dan kepulan asap hitam sekitar bangunan di Odaiba, pinggir bandar Tokyo dan perkhidmatan kereta api laju ke arah utara terpaksa dihentikan.


Rakaman televisyen turut menunjukkan bot, kereta dan trak terapung di atas air selepas tsunami kecil melanda bandar Kamaichi yang terletak di utara Jepun.


Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan berkata, kerajaan telah mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi membantu kerja-kerja mencari dan menyelamat.“Gempa bumi ini mengakibatkan kemusnahan besar di bahagian utara Jepun. Kerajaan akan menjalankan semua usaha yang perlu bagi memastikan keselamatan rakyat dan meminimumkan kerosakan,” katanya pada satu sidang media khas.


Agensi berita Kyodo melaporkan, beberapa kebakaran turut berlaku di bandar Sendai, yang menyaksikan ombak besar menghanyutkan kenderaan di landasan lapangan terbang.Di wilayah Wakayama, 20,000 penduduk diarahkan berpindah selepas amaran tsunami dikeluarkan dan beberapa gegaran susulan melanda.


Menurut wartawan Reuters, Mariko Katsumura, penumpang kereta api bawah tanah menjerit dan memegang tangan penumpang lain. Gegaran yang terlalu kuat membuatkan mereka sukar untuk berdiri.


Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) sebelum ini mengesahkan gempa bumi tersebut berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.Pasaran saham Tokyo turut mengalami kerugian selepas gempa bumi itu diumumkan. Menurut bank pusat, mereka akan melakukan apa sahaja bagi memastikan kewangan kembali stabil.


” Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah(jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi.” (Al-A’raaf 98-99)
~~Bila ALLAH menduga kita....
Artikel dari Saiful Islam yang membuatkan kita berfikir kembali...
Saturday, March 5, 2011

,,>Pemilikan Hakiki<,,


"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi..." (Surah Al-Baqarah: 284)

"...Kepunyaan Allah-lah perbendaharaan langit dan bumi..." (Surah Al-Munaafiquun:7)

Merasa bahawa kita memiliki sesuatu secara mutlak akan mengundang kesengsaraan jiwa kerana apa yang ada pada kita itu boleh hilang pada bila-bila masa sahaja. Justeru, kita tidak akan redha atau berpuas hati dengan sebuah kehilangan, dan akan menjadi tertipu dengan sebuah pemilikan yang sementara.

Kita tidak memiliki apa-apa dan kita juga bukan milik siapa-siapa selain Dia. Allah lah yang memiliki jiwa-jiwa kita dan segala yang ada di langit dan di bumi. Sedarlah bahawa kita akan kembali, kerana pemilikan Dia adalah sebuah pemilikan tunggal, hakiki dan abadi.

Adapun istilah "milik" yang kita gunakan dalam pembicaraan sehari-hari itu hanyalah sebuah kata yang hakikatnya merujuk kepada sesuatu yang dianugerahkan Allah kepada kita buat sementara, sebagai pinjaman. Setiap sesuatu yang diberikan kepada kita untuk dimiliki di dunia ini pasti akan hilang apabila Dia menentukannya.

Tidak ada sesuatu pun yang berada di atas muka bumi ini yang terlepas daripada pemilikan Allah. Semuanya adalah kepunyaan-Nya secara mutlak, dan hanya Dia yang berhak menentukan dan mengizinkan sesuatu itu berlaku terhadap segala isi bumi. Dia adalah pemilik mutlak yang tunggal, yang mengatur segala perjalanan dunia ini.

"Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai 'Arsy daripada apa yang mereka sifatkan." ( Surah Al-Anbiyaa':22)

Atas kesedaran bahawa kita adalah milik Allah, kita harus mengembalikan segala urusan kepada Allah. Hanya dia yang berkuasa memberikan keputusan terhadap diri kita. Hanya dia yang tahu apa terbaik untuk kita lalu memerintahkannya, dan apa yang buruk untuk kita lalu melarangnya.

Apabila Dia memiliki kita, adakah kita punya hak untuk menentang? Setelah seorang tuan memiliki seorang hamba, tugas seorang hamba adalah ikut dan tunduk patuh kepada tuannya dengan ketaatan yang tiada berbelah bahagi.

Segalanya yang kita miliki adalah milik mutlak Allah. Sekalipun kita merasa teramat sayang terhadapnya, ia tetap akan kembali kepada Allah. Isteri atau suami adalah anugerah Allah. Kita memilikinya hanya untuk sementara dalam melayari perjalanan di atas muka bumi. Bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambilnya daripada kita tanpa perlu meminta persetujuan atau kebenaran kita, kerana sememangnya itu adalah miliknya.

Anak-anak adalah anugerah bernilai daripada Allah untuk sementara dan kita takkan selama-lamanya bersama mereka. Kemungkinan Allah memanggil kita kembali sebelum mereka, atau mereka yang diambil pergi.

Harta adalah kurniaan Allah. Apa jua cara ia luput daripada kita bukan permasalahannya. Intinya adalah ia pasti akan luput sedikit demi sedikit kerana Allah yang memberikan kita harta dan Dia menghilangkan daripada kita sepertimana yang dikehendaki-Nya. Hatta jiwa kita adalah hak mutlak Allah dan pasti kembali kepada-Nya. Apa yang tidak menjadi milik-Nya daripada sekian perkara yang kita 'miliki'? Semuanya, adalah kepunyaan Dia.

"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi..." (Surah al-Baqarah: 284)

Jika kita adalah pemilik mutlak kepada sesuatu, maka semestinya kita boleh menghalang ia hilang daripada kita. Kita pasti tidak akan pernah mampu berbuat demikian. Kita mungkin boleh berbicara dengan yakin, bahawa kita memiliki sesuatu secara pasti, namun kita akan tersadung apabila takdir Allah mendahului kehendak kita.

Hilang, lenyap, luput, mati, tamat, semuanya akan berlaku dan kita sedikit pun tidak dapat menghalangnya. Takut kehilangan dan berusaha untuk terus memiliki sesuatu adalah tanda yang jelas bahawa kita tidak memiliki sesuatu tersebut. Jika kita memilikinya, kita takkan pernah bimbang dan takut.

Dalam memahami pemilikan hakiki ini, Islam mengajar kita untuk bersikap sederhana dalam segala sesuatu. Apabila kita mencintai, janganlah sehingga melampaui batas dan ingin mendahului ketentuan Allah. Apabila kita memiliki sesuatu harta (yang hakikatnya adalah pinjaman), janganlah terlalu bakhil untuk menginfak di jalan Allah. Islam tidak melarang kita daripada berusaha untuk mendapatkan kurnia daripada Allah, kerana dia memberi apabila dia berkenan.

Apa yang paling penting adalah menyerap makna pemilikan hakiki oleh Dia dan tidak merasakan bahawa kita adalah pemilik mutlak kepada segala sesuatu. Dia adalah pemilik dan kita adalah peminjam, kitalah yang berhajat kepada apa yang menjadi milik-Nya, dan dia sama sekali tidak rugi dengan apa yang diberikan-Nya kepada kita.

"Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji." (Al-Fathir: 15)

Kita selalu merasa ingin memiliki sesuatu. Apabila kita telah memilikinya, kita selalu ingin agar ia tidak luput daripada kita. Kita selalu lupa bahawa ia adalah pinjaman yang pasti diambil kembali. Hai jiwa yang sering tidak puas dengan apa yang ada, dan sentiasa mengejar sesuatu yang bukan milik kita, sedarlah bahawa Dia adalah pemilik hakiki segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi. Apabila engkau meminta, mintalah kepada Dia. Apabila engkau ingin memberi, berilah kerana Dia.

Wallahua'lam.

- [LINK=http://iluvislam.com]Artikel iluvislam.com[/LINK]
Tuesday, March 1, 2011

,,>Sedih???<,,








"Jangan sedih dengan apa yang anda dapat. tu bukan pengukurnya. student Muslim mesti itqan, buat semua benda dengan teliti dan bersungguh-sungguh. Niat belajar bukan sekadar nak dapat CGPA yang tinggi TAPI niat berjaya untuk tolong Islam nanti."
Speechless....
just baca kat sini...
Mode ; ntaH La......

,,^Sharing Is Caring^,,

,,^Mohonlah kepadaNya^,,

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami terlupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

,,^Usr@Ti JanN@ti^,,

~Kalam Habibi^_^~

  • - Abu Zuhri: Fatah merencanakan plot yang serius terhadap penentangan rakyat Palestin *Isnin , 03/01/2011 -* Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas,mendakw...
    13 years ago

,,^W@rDah_SoLehah-->GombaK^,,

,,^W@rDah_SoLehah-->Kuantan^,,

  • Surprise Visit After 4 Years! - It was nice visiting my blog back after 4 years. Refreshing back all my old memories and my old highly spirited me. :) Life is going well and i am blesse...
    5 years ago
  • The Doctor's Life - It is not as sweet as the name implies.. Not as terrible as the 'world' sees.. Sometimes you hardly get the breakfast until at the end of your day.. But, a...
    10 years ago
  • Doa buat Mesir - Mesir berdarah lagi.. Disaat umat Islam diseluruh negara sibuk membuat persiapan Ramadhan, rakyat Mesir berjuang bermati-matian mempertahankan kerajaan ...
    10 years ago
  • Kita Masih Seorang Hamba.. - Assalamualaikum w.b.t.. Menyusuri kehidupan...kita masih seorang hamba.. Susah, senangnya semua ditentukan Allah swt.. Justeru, usahlah kita alpa pada Yan...
    11 years ago
  • JODOH INI.... - Jodoh ini.. Tiba kepadaku di saat diri ini dalam keraguan Ragu-ragu akan pilihan yang Allah datangkan Jika sebelumnya ku diuji dengan kesamaran dan kekeliru...
    11 years ago
  • Halwa di Bulan Keinsafan - Tiba-tiba terdengar satu lagu yang sayu dan menginsafkan ni kat ikim.. Terasa sgt bermakna buat diri ini di saat ini..di bulan ini... *KEINSAFAN DIRI -...
    12 years ago
  • Sepi... - Alhamdulillah, setelah sekian lama jari-jemari ini tidak bergerak menekan petak-petak huruf pada papan kekunci laptop. Hari ini aku diberi kesempatan kemba...
    12 years ago
  • BERATKAH UJIAN KITA? - Setiap individu baik remaja, dewasa atau orang tua, sudah semestinya pernah menghadapi masalah dalam hidup. Kata orang hidup tanpa masalah bukan hidup na...
    12 years ago
  • TINGGALAN LAMA - '* THE MESSAGE'*..satu movie yg mengisahkan perjuangan hidup rasuluallah bermula dari masa diangkatmya insan bernama *MUHAMMAD BIN ABDULLAH* sbgai utusan ...
    14 years ago

,,^AnsaRuLLah^,,

,,^FuTure IslaMic EnginEer^,,

,,^SaH@batKu AL-IHSAN^,,

SaHab@t KesayanganKu^_^

,,^MeDiA EnGINIUSXV Family^,,

Subhanallah....
vc

About Me

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
...Sri^Kandi_SoLehah... Hamba Allah yang hina lagi dhaif, yang ingin meneruskan pencarian mencari redha Ilahi dengan menuntut ilmu dan ingin menyampaikannya kepada semua, melalui pengalamannya dalam menempuh kehidupan seharian yang penuh onak & duri sebagai seorang hamba Allah,(ingin menjadi) anak solehah, sahabat sejati, dai'e fillah, isteri solehah kepada suami tercinta Muhd Kamal bin Ahmad. Pelajar jurusan Kejuruteraan Komputer Electronik & Infomasi, UIAM Gombak dan paling utama sebagai seorang pejuang demi ISLAM tercinta. Kuatkanlah langkahku Ya Allah dengan pertolongan dariMU... Allahu Akbar! ::Pedoman Mejuju H@T! Sejahtera:: R@hsia Keikhlasan Hidup di dunia Fana|::

,,^Ins@n TerSay@ng^,,

,,^Ins@n TerSay@ng^,,
Inilah insan tersayang, yang membesarkanku dan membimbingku dalam kehidupan ini... Jutaan terima kasih tidak terhingga dari anakandamu ini... Sayang Ma & Abah ::Izwar Arfani b Mohamed & Rakmas bt Omar::

,,^Alunan Jiwa^,,

,,^MASA itu ibarat Pedang^,,

,,^Masihkah ada Hari ESOK?^,,

Photobucket

,,^SeMbang ManF@at^,,

,,^Pengunjung^,,

,,^Yang Terpilih^,,

Followers

,,^My Blog Log^,,

,,^SeMesta DuNi@^,,

Powered By Blogger

,,^ReCeNtly PoSt^,,

Iklaneka

>>Nukilan Rasa

>>Nukilan Rasa

>>Di Raudhah Itu

>>Di Raudhah Itu