Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Saturday, May 31, 2008

,,,>Cinta berperaturan<,,,

“Manusia akan bercinta lagi di Syurga- tempat pertama yang melahirkan cinta. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah”Apakah peratauran-peraturan dalam hubungan cinta? Inilah yang perlu diikuti oleh para remaja-agar cinta tetap suci dan abadi;
1) Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah.Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niat dan gunakan rasa fitrah itu untuk menghampirkan diri kepadaNya. Cintailah sesiapa pun jua tetapi pastikan cinta itu lebih memudahkan kita mencintai Allah.
Tegasnya,cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah.
“Kami bercinta kerana Allah,” begitu yang selalu kita dengar. Tapi bagaimana ya? Bagaimana bercinta kerana Allah? Ya, iringilah dengan niat untuk bernikah secara sah kerana pernikahan itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya.

Sabda Rasulullah SAW:“Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya,tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya.” Oleh itu usahlah bercinta dengan niat sekadar untuk bersuka-suka. Tidak serius. Jika tidak jangan bercinta dahulu. Tangguhkan. Katakan pada diri. “aku hanya tertarik atau minat” Simpan dan pendam perasaan itu dalam jiwa sedalam-dalamnya. Jangan sekali-kali diluahkan hanya untuk mengundang reaksi.

Tapi jika “orang di sebelah sana “ serius bagaimana? Jawabnya mudah, jangan bercinta kerana kasihan. Jika kita bercinta kerana kasihan, kita akan merosakkan diri kita dan orang yang kita kasihankan (cintai?) itu. Ya, amat besar perbezaannya antara cinta dengan kasihan.

Kita boleh kasihankan orang yang kita cinta, tetapi kita tidak boleh cinta orang yang kita kasihankan. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Saja suka-suka. Sebagai ‘spare’ tayar- kalau-kalau nanti diperlukan. Jika tidak ada niat untuk bernikah, hanya saja2,pasti cinta itu bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta yang terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak. Pastikan semasa menjalin hubungan cinta tiada hukum Allah yang dilanggar,,

Antaranya , tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan di tempat sunyi, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Dating berjam-jam, sembahyang 5 minit pun tak larat... Kalau begitu siapa sebenarnya yang lebih kita cinta? Si dia atau DIA? Hubungan cinta juga jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Masa dibazirkan. Air mata tergenang atas sebab-sebab murahan. Entahlah, buruk sangat kekadang kita lihat orang bercinta ni,,Mereka tidak sedar orang sekeliling. Mereka macam berada di dunia sendiri.

Tidak mustahil, kalau ada remaja ynag mengeluh dan berkata ”Cinta apa namanya ini jika tidak ada dating, perbualan telefon secara maraton, surat cinta, SMS romantik, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?”Ya, itu pada pandangan mata kita yang terbatas. Tapi itu bukan dari pandangan Allah Yang Maha Luas. Kata kita, cinta tanpa ’perisa’ itu akan menjadi hambar dan tawar. Sedangkan inilah kegilaan yang dijaja kemanisannya dalam lagu-lagu, sajak-sajak dan filem-filem mengenai cinta. Jika diumpamakan cinta itu sebagai masakan, semua itu dianggap perisanya. Sedangkan, pada hakikatnya itu bukanlah perisa apalagi perencah tetapi perosak pada masakan itu sendiri.

Yakinlah tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta, frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru kerana ’racun-racun’ inilah banyak cinta yang gagal disambung ke alam perkahwinan dan lebih banyak lagi yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan – jangankan, ”nak hidup bersama, mati bersama”...hidup bersama pun sudah tidak sanggup lagi.
CINTA SUCI TANPA RACUN YAKINLAH Allah itu indah dan cinta pada keindahan – tidak mungkin Dia akan memusnahkan keindahan cinta ynag diberikan-Nya dengan peraturan-peraturan yang boleh menghakis keindahan cinta itu sendiri. Sebaliknya, dengan peraturan-peraturan itulah keindahan cinta akan tetap terpelihara dan lebih terserlah.

Allah Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hambaNya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua racun yang berbisa itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengn seribu keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam syurga. Ketika itu benarlah ungkapan, “kunantikan kau di pintu syurga.” Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga – tempat pertama yang melahir cinta! Cinta Nabi Adam dan Siti Hawa. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah. Tertolak segala racun dan fitnah. Ya, jangan tunggu si dia di pintu neraka kerana di sana tidak ada cinta. Na’uzubillah.

Kata lagu lama, “rasa cinta pasti ada…pada makhluk yang bernyawa.” Itu betul. Tetapi ”Sejak lama sampai kini...tetap suci dan abadi.” Itu belum tentu. Sebabnya? Cinta pada masakini, banyak yang tak suci lagi,apalagi untuk abadi....Cinta yang abadi hanya ada di syurga!“Tentang CINTA” jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingnya.
Friday, May 23, 2008

,,,>Ciri-ciri seorang Pejuang<,,,

Ciri-ciri seorang Pejuang


1.Jadikan wirid Al-Quran Al-karim - 1 juzuk satu hari. Sungguh-sungguh khatam Al-Quran dan masa tidak kurang daripada 3 hari dan tidak lebih sebulan
2.Perelokkan bacaan Al-Quran, tadabur, baca sirah nabawiyyah
3.Jaga kesihatan tubuh badan
4.Jangan makan minum berlebihan kopi melainkan terpaksa minum
5.Jaga kebersihan - ceria dan indah, bersih satu benda yang seni. Bersih akidah, ibadah, akhlak.
6.Cakap mesti benar pada perkataannya
7.Menunaikan janji
8.Jadi orang yang berani
9.Jaga air muka, maruah. -Jangan buat benda yang boleh menjatuhkan maruah.
10.Malu, sensitif kepada yang buruk dan yang baik.
11.Jadi seorang yang adil.
12.Cergas, aktif, bagi khidamat kepada orang ramai
13.Hati lembut dan mulia, bagi kemaafan.
14.Mempereolokkan bacaan dan penulisan, kajian, bahan tulis.
15.Bekerja untuk tingkat taraf ekonomi walaupun dah kaya.
16.Bersungguh-sungguh tidak jadi pegawai kerajaan
17.Kalau buat kerja, mesti kerja yang terbaik dan bagi tumpuan yang sebaiknya.
18.Cuba tunai hak semampu yang mungkin, walaupun tidak dipohon
19.Jauh daripada perjudian dan riba
20.Bagi khidmat kepada ekonomi/ dana gerakan Islam
21.Bagi sebahagaian gaji kita untuk tujuan dakwah
22.Menghidupkan budaya Islam dan matikan adab jahiliyyah
23.Mesti melibatkan diri dengan Jemaah yang berkaitan dengan Islam dan jaga sekali-kali terlibat dengan yang bukan Islam
24.Sentiasa muraqabah
25.Sentiasa ingat kepada akhirat dan sentiasa bersedia
26.Jaga taharah, berwuduk sepanjang masa. Perelok solat, solat awal waktu. Usaha ikhtiar untuk solat secara Jemaah.
26.Elokkan puasa di bulan Ramadhan dan haji
27.Pasang niat dalam hati jihad dan sayang suka untuk mati syahid. - Ada persiapan
28.Memperkemaskan tarbiyyah * tak pasti saya tulis apa, tak jelas dalam kertas.
29.Lawan nafsu bersungguh-sungguh. - bab halal dan haram
30.Jauh dari kumpulan-kumpulan yang bawa maksiat.
31.Memerangi tempat-tempat lagho dan benda-benda bermewah.
32.Kenal ahli dengan seorang demi seorang dengan sebetul-betulnya.
33.Kosongkan diri dengan jemaah yang tidak ada hubungan langsung dengan fikrah serupa dengan kita.
34.Kena usaha sebarkan dakwah merata tempat.

Friday, May 9, 2008

,,>Basahkan Hatimu Dengan Ikhlas<,,

Basahkan Hatimu Dengan Ikhlas
www.iLuvislam.com


Sabda Nabi s.a.w :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : انما الاعمال بالنيات وانما لكل امرىء مانوى
Maksudnya : "Sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan niat, dan sesungguhnya bagi setipa individu itu apa yang diniatkannya...."

Hadis riwayat saidina Umar r.a ini bukanlah asing bagi kita. Bahkan mungkin ada yang sudah jemu bila tajuk niat dan ikhlas diutarakan. Namun, kerana nilainya yang cukup besar, ditambah dengan sukarnya untuk sampai ke maqam ini, para ulama' tidak jemu-jemu membincangkannya dalam kehidupan kita. Abu Daud dalam mengkomentari hadis ini berkata ; "sesungguhnya hadis ini merupakan separuh daripada Islam, kerana agama terdiri daripada zahir yang merupakan amal atau batin yang merupakan niat." Dari sinilah timbulnya persoalan sah atau batal sesuatu amalan, ikhlas dan riya', juga pecahan hukum yang pelbagai.

Firman Allah Ta'ala :
وما أمروا الا ليعبدوا الله مخلصين له الدين
"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya."

Untuk mengungkap perkataan ikhlas amat senang bagi sesiapa pun, namun bila tiba kepada pelaksanaannya, tidak ramai yang mampu menjaga hati agar tidak timbul qasad yang bercabang, jauh daaripada lekatnya hati kepada makhluk. Kosongnya hati kecuali hanya semata-mata kerana Allah Ta'ala memerlukan mujahadah yang berpanjangan. Manefestasi keikhlasan yang tulen ini diungkapakan oleh Rabiatul Adawiyah dalam syairnya :
كلهم يعبدك من خوف النار ويرون النجاة حظا جزيلا

او بان يسكنوا الجنان ويحظوا بقصور ويشربوا سلسبيلا

وانا ليس لى فى النار ولا الجنة رغب انا لا ارضى بحبى بديلا

"Mereka menyembah Mu kerana takutkan neraka, dan beranggapan lepas daripada azabnya satu kejayaan yang besar. Ataupun kerana ingin menghuni syurga dan memperolehi mahligai dan minum air salsabila. Akan tetapi aku bukanlah menyembaMu kerana untuk lepas daripada neraka atau untuk mendapatkan syurga, aku tidak rela cintaku ditukar ganti."

Bagi tokoh sufi ini ibadatnya semata-mata kerana Allah. Ganjaran syurga atau pelepasan daripada siksa neraka bukanlah sesuatu yang dikejar, namun ibadatnya hanya semata-mata kerana cinta kepada Allah Ta'ala, maka terpulanglah kepada Allah untuk memberikan ganjaran yang sepatutnya di atas amalan yang dibuat.



Persoalan ikhlas merupakan perkara yang luas, ianya mencakupi gerak geri kita seharian. Ikhlas dalam mengerjakan ibadat khusus maupun umum, ikhlas dalam memberikan pertolongan kepada sesama manusia, ikhlas dalam menuntut ilmu dan sebagainya. Pendek kata setiapa gerak geri seharian kita menuntut kepada kemurnian hati.
Dalam membicarakan persoalan ikhlas ini, Ibnu Atho'llah menukilkan dalam kitab Hikamnya:
الاعمال صور قائمة وأرواحها وجود سر الاخلاص فيها

"Amal perbuatan itu sebagai kerangka yang tegak, sedang ruh (jiwanya), ialah terdapatnya rahsia ikhlas (ketulusan) dalam amal perbuatan itu."


Justeru amalan tanpa disertai dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah SWT seolah-olah jasad yang tidak bernyawa. Ramai yang solat tanpa ikhlas, ada yang menunaikan haji semata-mata kerana mahukan gelaran, tak kurang yang menuntut ilmu kerana inginkan title 'Dr' diletakkan dihadapan nama mereka.


Justeru marilah sama-sama kita muhasaah diri apakah niat kita yang sebenarnya.Memahami peri pentingnya ikhlas dalam setiap amalan, Imam Hassan Al-Banna menjadikan ianya sebagai salah satu Rukun Baiah. Penting bagi semua pendokong amal islami menjaga niat dalam menyampaikan dakwah. Tanpa ikhlas kata-kata kita hanya akan sampai ke cuping telinga pendengar bukannya kepada hati mereka.Biar apa pun niat kita, persoalan ikhlas ini merupakan sirrun min assraarillah (rahsia daripada rahsia Allah).


Jadi bukanlah tugas kita untuk menjustifikasi seseorang berdasarkan anggapan kita. Cukuplah kita diajar oleh Nabi saw agar menghukum seseorang berdasarkan kepada zahirnya bukan menduga batinnya kerana ianya bukan kemampuan kita. Tugas kita hanyalah sentiasa bermuhasabah adakah niat kita sudah ikhlas bukan menghukum niat orang lain.


Lawan ikhlas adalah riya, yang sangat ditakuti oleh Nabi saw terjadi kepada umatnya. Sabda baginda saw : "Sesungguhnya sedikit riya itu sudah termasuk syirik. Dan sesiapa yang memusuhi seorang waliyullah bererti telah berperang dengan Allah, dan Allah kasih kepada hamba yang bertaqwa yang tersembunyi (tidak terkenal), apabila ketidaanya tidak dicari, bila hadir tidak dipanggil dan tidak dikenal. Hati mereka sebagai pelita hidayah, mereka terhindar dari segala kegelapan kesukaran."


Riya' bukanlah perkara yang kecil. Diklasifikasikan sebagai syirik kecil, sudah cukup bagi kita untuk berwaspada daripada terkena penyakit hati ini. Ubatnya tidak terdapat dalam buka pharmacology, diagnose juga agak sukar! Maka sia-sialah amalan yang bercampur aduk dengan niat yang pelbagai, lebih-lebih lagi riya yang merosakkan pahala amalan.


Justeru dengan imtihan yang around the coner ini marilah sama-sama kita menghisab diri, merenung sejenak mengapa kita berada di sini, mengapa bidang pengajian ini yang kita pilih. Sekiranya di sana ada yang masih bercampur niat mereka dengan qasad keduniaan, maka masih ada peluang untuk kita kembali kepada jalan yang sebenarnya. Juga marilah kita istiqamah dan ikhlas dengan ibadat yang telah difardukan Allah kepada kita dengan menambah amalan sunat sebagai bekal diakhirat sana. Mana-mana ilmu tidak akan menyelamatkan kita daripada azab Allah tanda diamalkan, dan amalan kita tidak akan diterima tanpa niat yang ikhlas.
Friday, April 25, 2008

,,>2 Tabiat Bawa Ke Neraka<,,

2 Tabiat Bawa Ke Neraka..
Assalamu'alaikum wr wb ..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'.

Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut: "Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. T

etapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami

" Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1 Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2 Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun'] Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'

Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari.
Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit.
Sedekah juga termasuk:
1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu- satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi : "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"
Wednesday, April 23, 2008

,,>10 Hadiah Allah Di Dunia Untuk Orang Bertaqwa<,,

10 Hadiah Allah Di Dunia Untuk Orang Bertaqwa




Kehidupan orang-orang bertakwa sangat indah dan penuh keberuntungan.Di dunia lagi Allah (SWT) telah janjikan pelbagai `hadiah',sebagaimana digambarkan-Nya di dalam al-Quran…




1. Sentiasa mendapat petunjuk"Mereka itulah (orang-orang bertakwa) yang tetap mendapat petunjukdari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung."(Al-Baqarah: 5)

2. Diberi penyelesaian dari masalah"Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah (SWT) nescaya akandiberikan kepadanya jalan keluar." (At-Thalaq: 2)

3. Dipermudah segala urusan"Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah (SWT) nescaya Allah (SWT)akan memudahkan baginya segala urusannya." (At-Thalaq: 4)

4. Mendapat rezeki dari sumber tidak terduga"… dan memberinya (orang bertakwa) rezeki dari sumber yang tidakterduga." (At-Thalaq: 3)


5. Dikasihi Allah (SWT) (dengan itu turut dikasihi malaikat dan manusia)"Sesungguhnya Allah (SWT) menghasihi orang-orang yang bertakwa." (AliImran: 76)


6. Mendapat keberkatan dari langit dan bumi"Jika seluruh penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescayakami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi."(Al-A'raf: 96)

7. Mendapat keselamatan, pertolongan dan perlindungan dari Allah (SWT)"Dan kami selamatkan orang-orang beriman dan mereka adalah orang-orangyang bertakwa." (Al-Fussilat: 18) "… dan bertakwalah kepada Allah(SWT) dan ketahuilah Allah (SWT) berserta (menolong dan melindungi)orang-orang yang bertakwa." (Al-Baqarah: 194)

8. Mendapat kemenangan"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan."(An-Naba: 31)


9. Terpelihara dari tipu daya musuh"Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit puntidak mendatangkan kemudaratan kepadamu." (Ali Imran: 120)


10. Diberikan `furqan' (petunjuk untuk membezakan yang benar dan salah)"Jika kamu bertakwa kepada Allah (SWT), nescaya Dia akan memberikankepadamu Furqan." (Al-Anfal: 29)
Monday, April 21, 2008

,,>Kami Ingin Mereka Menjadi Mukmin Sejati<,,


Seorang ayah dari Sabah berhijrah ke Johor kerana beliau melihat prospek pekerjaan yang lebih baik di sini. Dan setelah itu, dia memikirkan tentang masa depan anak-anaknya. Seraya ada perasaan kesal pada tutur katanya tentang kedhoiefan dirinya tidak berapa mendalami agama Islam dengan baik kerana persekitaran semasa di Sabah pada masa itu tidak menggalakkan untuk faham tentang Islam.


Ia ingin anak-anaknya menjadi seorang yang tahu membaca al Quran, membaca tulisan jawi, kenal solat. Selalulah ia hadir ke sekolah untuk menghantar dan mengambil anaknya dan bertanyakan perihal perkembangannya di sekolah. "Tak mengapalah cikgu, dia mungkin lemah dalam bidang akademik, tetapi biarlah dia menjadi seorang yang beragama".Ia tidak mudah melatah sekiranya anaknya dirotan jika memang benar kesalahan anaknya sendiri. Sebab dia tahu, seorang guru merotan untuk mendidik agar menjadi orang.


Oleh kerana itu, beliau sanggup meluangkan masa seketika bertemu dengan guru untuk berbincang tentang masalah disiplin anaknya tanpa perlu menyerang dan menuduh tanpa usul periksa. Sehinggakan beliau menyatakan - guru di sekolah kebangsaan pun sudah mula jelak kerana wajahnya acapkali muncul untuk bertanyakan perihal hal ehwal anak-anaknya di sekolah.Seorang ibu sanggup bekerja di kantin sekolah dengan harapan dapat melihat anak-anaknya benar-benar hadir di sekolah agama.


Katanya "Cikgu, saya kerja di kantin pada sebelah petang bukan kerana duit, tetapi saya nak lihat anak-anak saya tidak melencong ke tempat lain".Seorang Ajk sekolah melontarkan pertanyaan dan pandangan - mengapa ramai ibu dan ayah tidak mahu menyertai Badan Kebajikan Sekolah/PIBG? Mereka hanya tahu komen dan kritik pihak sekolah, guru dan ajk PIBG/BKS seolah-olah tidak membuat kerja. Pelik juga mengapa orang atasan, profesional yang hebat tidak turun ke lapangan umat, membuat program kepada anak qariah.Beliau menambah - pernah ada seorang profesional bertanya kepadanya - "mengapa engkau hantar anak engkau ke sekolah agama?" Lalu beliau merasakan pelik soalan tersebut, pendidikan agama di anggap seperti pelajaran kelas 3. Ibu Ayah tidak sedar kepentingan sekolah agama, tidak jelas tentang hala tuju pendidikan agama yang penting buat masa ini. Sedangkan sepatutnya orang bijak pandailah yang patut belajar ilmu agama.


Ayah dan Ibu, ajarilah anak-anak tuan dengan agama Islam. Supaya apabila anda berdua meninggal, sekurang-kurangnya mereka dapat memberikan penghormatkan yang terakhir. Dapat memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikan. Sekurang-kurangnnya anak-anak tuan tahu untuk berdoa, menyedekahkan bacaan al Quran apabila tuan puan berada di alam barzah.Ayah dan ibu, seorang menyatakan kepadaku, ajarlah anak lebih daripada yang diajar oleh ibu dan ayah kita dahulu. Sebab ibu dan ayah dahulu amat risau tentang masa depan anak-anaknya, hingga ada di antara mereka yang bersikap tegas dengan akhlaq dan pendidikan anak-anak. Dengan jasa kedua orang tualah maka dia menjadi insan yang berguna.


Wahai ibu dan ayah, Di dalam hadith telah menyebutkan "Ajarlah anakmu tiga perkara mencintai Nabimu, mencintai keluarganya serta membaca al Quran kerana pembaca Al quran berada di sisi arasy ALlah bersama para anbiya' dan orang-orang suci pada hari tiada naungan melainkan naungan ALlah. Riwayat Tabrani dari Ali bin Abi talibIbu dan Ayah..fikirkan apa yang akan jadi pada anakmu pada masa hadapan dengan apa yang kau ajari pada hari ini...
Friday, April 18, 2008

,,,>Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu<,,,

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan.


Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.


Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai.Dan tidak mudah menyedari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.


Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.


Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.


"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)


Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sedar ketentuan Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar ketentuan Allah: "yang pentingnya harus dia Ya Allah! Harus dia, kerana aku sangat mencintainya." Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang terkotor.Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Lagu: Putaran Kehidupan
Wednesday, March 5, 2008

>,,DIINGATKAN SEMULA supaya tak lupa...<


DIINGATKAN SEMULA supaya tak lupa...

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....

1.. Song....

Lagu-lagu yang menghiburkan. . jika ada anak-anak yang tak tau mengucap.. tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah.... tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hingga kita terfikir.... . bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?



2. ...Sex.....

Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana. . di kaca tv, dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sextak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex.. filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD lucah mudah didapati... dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. .....



3. ..Smoke.... Rokok.. menjadi kegilaan para remaja... sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar "up to date"..Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja....ataupun penari kabaret.... (aku tengok dari filem P Ramlee).... Syabas yahudi... berjaya lagi kamu....



4. ....Sport... Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss.. bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. . yang menonton pun tak sembahyang juga... Kalau menonton di rumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL.... Yahudi gol lagi.... sampai ada ulamak kata... kerana sukan..sembahyang boleh tangguh... Masya-Allah,..



5. .. Fun.. Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. .. Kalau kita lihat dalam 100 majalah.. mungkin 99 adalah majalah hiburan..Kalau ada konsert.... sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....



6.... Female... Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. .terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena denganperempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta...di hadapan bateri terpampang gadis dengan pakaian tidak menutup aurat beraksi... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan? Yahudi bersorak lagi.....



7...Fashion. ... Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam..sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambutlagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. .. Bila warnakan rambut.. mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung.. bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan.. . sembahyang pun tak sah...malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa lagi....Umatislam sudah jadi macam Yahudi....



8. .. Food..Makanan. . Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah McD , Kentucky , Pizza hut... dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah dipandang hina....masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. .Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contohnya Kentucky .. rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yangbukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubilla h.....Yahudi makan Islam lagi... Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah macam-macam lagi.... kita cinta Malaysia ...... tapi lebih cintakan ALLAH.....oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah...... DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH.... Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh : Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar : Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran : Surah Al Anbiyaa - Ayat 69 dan Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah : Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam : Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah : Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada air dan spray keliling rumah 1 minit untuk mengingat Allah

Langkah 1:· Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:· SUBHANA'LLAH · ALHAMDULI'LLAH · LAA I LAAHA ILLA'LLAH · ALLAHU AKBAR· ASTAGHFIRU'LLAH· LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH· ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI· WA SAHBIHI AJMA'EEN Langkah 2:· Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,perkataaan demi perkataan Langkah 3: · Forward email ini kepada rakan2 yang andakasihi..



Hasil 1:· Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.



Hasil 2:· Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW. Wassalam Nota:Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabdaRasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.



Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya

2) Doa anak-anaknya yang soleh

3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepadaorang lain. Komen (3)RSS komen.kenali diri..Dikomen oleh yusri, February 12, 2008 bagus2 semoga blh jadi pedoman kepada yang mahu berfikir.... apa apa pada dunia yang fana. ye,mmg btul apa yg diingatkan ni...moga jadi pnduan..wallahu alam
Thursday, February 28, 2008

,,,>Kematian Sebagai satu Peringatan<,,,

Oleh: Muhammad Nuh
"Perbanyaklah mengingat sesuatu yang melenyapkan semua kelezatan, yaitu kematian!"
(HR. Tirmidzi).

Berbahagialah hamba-hamba Allah yang senantiasa bercermin dari kematian.

Tak ubahnya seperti guru yang baik, kematian memberikan banyak pelajaran, membingkai makna hidup, bahkan mengawasi alur kehidupan agar tak lari menyimpang.

Nilai-nilai pelajaran yang ingin diungkapkan guru kematian begitu banyak, menarik, bahkan menenteramkan. Di antaranya adalah apa yang mungkin sering kita rasakan dan lakukan.

* Kematian mengingatkan bahwa waktu sangat berharga

Tak ada sesuatu pun buat seorang mukmin yang mampu mengingatkan betapa berharganya nilai waktu selain kematian. Tak seorang pun tahu berapa lama lagi jatah waktu pentasnya di dunia ini akan berakhir. Sebagaimana tak seorang pun tahu di mana kematian akan menjemputnya.Ketika seorang manusia melalaikan nilai waktu pada hakikatnya ia sedang menggiring dirinya kepada jurang kebinasaan. Kerana tak ada satu detik pun waktu terlewat melainkan ajal kian mendekat.

Allah swt mengingatkan itu dalam surah Al-Anbiya ayat 1, "Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya) ."Ketika jatah waktu terhamburkan sia-sia, dan ajal sudah di depan mata. Tiba-tiba, lisan tergerak untuk mengatakan, "Ya Allah, mundurkan ajalku sedetik saja. Akan kugunakan itu untuk bertaubat dan mengejar ketinggalan. "

Tapi sayang, permohonan tinggallah permohonan. Dan, kematian akan tetap datang tanpa ada perundingan.Allah swt berfirman dalam surah Ibrahim ayat 44, "Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari (yang pada waktu itu) datang azab kepada mereka, maka berkatalah orang-orang zalim: `Ya Tuhan kami, beri tangguhlah kami walaupun dalam waktu yang sedikit, niscaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul…. "

* Kematian mengingatkan bahwa kita bukan siapa-siapa

Kalau kehidupan dunia bisa diumpamakan dengan pentas sandiwara, maka kematian adalah akhir segala lakonan. Apa pun dan siapa pun watak yang telah dimainkan, ketika sutradara mengatakan `cut', selesai sudah permainan. Semua kembali kepada watak yang sebenarnya.

Lalu, memang patut kita dikatakan orang gila jikalau terus berkeras selamanya untuk menjadi tokoh yang kita lakonkan. Hingga bila- bila pun. Padahal, sandiwara sudah berakhir.Sebagus-bagusnya watak yang kita mainkan, tak akan pernah melekat selamanya. Silakan kita berbangga dengan watak sebagai orang kaya. Silakan kita menangis ketika memegang watak sebagai orang miskin yang menderita.

Tapi, bangga dan menangis itu bukan untuk selamanya. Semuanya akan berakhir. Dan, watak-watak itu akan dikembalikan kepada sang sutradara.Teramat naif kalau ada manusia yang berbangga dan yakin bahwa dia akan menjadi orang yang kaya dan berkuasa selamanya. Pun begitu, teramat naif kalau ada manusia yang merasa akan terus menderita selamanya. Semua berawal, dan juga akan berakhir. Dan akhir itu semua adalah kematian.

* Kematian mengingatkan bahwa kita tak memiliki apa-apa
Fikih Islam menggariskan kita bahwa tak ada satu benda pun yang boleh ikut masuk ke liang lahat kecuali kain kafan. Siapa pun dia. Kaya atau miskin. Penguasa atau rakyat jelata Semuanya akan masuk lubang kubur bersama bungkusan kain kafan. Cuma kain kafan itu.Itu pun masih bagus.

Karena, kita terlahir dengan tidak membawa apa-apa. Cuma tubuh kecil yang telanjang.Lalu, masih layakkah kita mengatasnamakan kesuksesan diri ketika kita meraih keberhasilan. Masih patutkah kita membangga-banggakan harta dengan sebutan kepemilikan. Kita datang dengan tidak membawa apa-apa dan pergi pun bersama sesuatu yang tak berharga.Ternyata, semua hanya lakonan.

Dan pemilik sebenarnya hanya Allah. Ketika lakonan telah tamat, hak kepemilikan pun kembali kepada Allah. Lalu, dengan keadaan seperti itu, masihkah kita menyangkal bahwa kita bukan apa-apa. Dan, bukan siapa-siapa. Kecuali, hanya hamba Allah. Setelah itu, kehidupan pun berlalu melupakan watak lakonan yang pernah kita mainkan.

* Kematian mengingatkan bahwa hidup sementara
Kejayaan dan kesuksesan kadang menghanyutkan anak manusia kepada sebuah khayalan bahwa ia akan hidup selamanya. Hingga bila-bila pun. Seolah ia ingin menyatakan kepada dunia bahwa tak satu pun yang mampu memisahkan antara dirinya dengan kenikmatan saat ini.Ketika sapaan kematian mulai datang berupa rambut yang beruban, tenaga yang kian berkurang, wajah yang makin berkedut, barulah ia tersedar. Bahwa, segalanya akan berpisah. Dan pemisah kenikmatan itu bernama kematian. Hidup tak jauh dari penutup: awal, berkembang, dan kemudian berakhir.

* Kematian mengingatkan bahwa hidup begitu berharga

Seorang hamba Allah yang mengingat kematian akan sentiasa sedar bahwa hidup teramat berharga. Hidup tak ubahnya seperti ladang pinjaman. Seorang petani yang cerdas akan memanfaatkan ladang itu dengan menanam tumbuhan yang berharga. Dengan sungguh-sungguh. Petani itu khawatir, ia tidak mendapat apa-apa ketika ladang harus dikembalikan.

Mungkin, inilah maksud ungkapan Imam Ghazali ketika menafsirkan surah Al-Qashash ayat 77, "Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia…" dengan menyebut, "Ad-Dun-ya mazra'atul akhirah." (Dunia adalah ladang buat akhirat)Orang yang mencintai sesuatu takkan melewatkan sedetik pun waktunya untuk mengingat sesuatu itu. Termasuk, ketika kematian menjadi sesuatu yang paling diingat.

Dengan memaknai kematian, berarti kita sedang menghargai arti kehidupan. ************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *****
Tazkirah ttg kematian tidak sepatutnya melemahkan semangat kita utk terus hidup. Tetapi ia sepatutnya memotivasikan kita utk terus hidup dan berkeinginan utk membaiki kehidupan kita menjd lebih baik dr sehari ke sehari. wallhu'alam. Semoga bermanfaat!
Friday, January 25, 2008

,,> Penuntut Yang Rugi <,,



PENUNTUT YANG RUGI

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang belajar ilmu pegetahuan dari jenis ilmu yang sepatutnya dipelajari hanya untuk mencapai keredhaan Allah SWT (iaitu ilmu agama), tetapi ia mempelajari ilmu tersebut tidak lain tujuannya kecuali hanya untuk mencapai sesuatu tujuan keduniaan, maka orang yang sedemikian tadi tidak akan mencium bau syurga.”
Hadith Riwayat Abu Daud

Keterangan

Ilmu Agama adalah ilmu yang termulia sekali, kerana dengan ilmu inilah manusia mengenali Tuhannya dan mengetahui bagaimana cara-cara untuk beribadat dan memperhambakan diri kepada Allah SWT. Yang menciptakannya dan dengan ilmu inilah mereka akan dapat menyelamatkan diri daripada api neraka dan akan dapat melayakkan diri mereka sebagai penghuni Syurga.

Jadi ilmu agama ini adalah ilmu yang menjambatani antara dunia yang fana’ ini supaya seseorang dapat menyeberang ke negeri Syurga yang tidak dapat ternilai harganya. Maka kalau ada seseorang yang menggunakan ilmu yang mulia ini hanya untuk mencari harta benda dunia yang sebenarnya tidak bernilai di sisi Allah SWT, maka ia telah menyalahgunakan suatu anugerah besar yang telah dikurniakan oleh Allah SWT, dan patutlah Allah SWT memurkainya dan menghalangnya daripada memasuki SyurgaNya, kerana dia sendiri tidak mahu menjadikan ilmu yang mulia itu sebagai jambatan yang menyampaikannya ke negeri Syurga.

Sungguh malang penuntut ini. Dia bukan hanya sekadar dihalang daripada memasuki Syurga, bahkan bau Syurga wangi Syurga pun tidak akan dapat diciumnya, sedangkan semerbak bau wangi Syurga itu sudah tercium dari jarak perjalanan 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

Sumber: Empat Puluh Hadis Penawar Hati

Wallahu `Alam…
Wednesday, January 9, 2008

,,> Rahsia Lima Jari <,,

"Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan disebalik jari yang lima.

Cuba perhatikan perlahan-lahan jari kita. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Bukankah ia membayangkan kewajipan solat lima waktu?Jangan diabaikan peringatan itu.

Jika diabaikan seolah-olah kita kehilangan salah satu jari. Pastinya kehilangan itu menjadikan kita tidak sempurna dan banyak nikmat yang terlepas untuk dinikmati.

Jari Kelingking Bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil. Ia memberitahu kita bahawa manusia atau apa sahaja makhluk harus bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.Itulah fitrah insane dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan harus bermula daripada kecil.Saat ini ia mengingatkan kita pada usia kanak-kanak. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang melarat di masa hadapan kelak.

Jari Manis Pergi pula kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi apabila disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tidak terkira.Ketika ini kita di alam remaja. Awas! Di usia ini kita sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan takwa menunjuk jalan kebenaran.Hari itu, kita sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil kelak.Persoalannya sekarang, adakah kita ini benar-benar bertanggungjawab? Atau sudahkah kita mengenali tanggungjawab? Atau berpura-pura tidak tahu tentang tanggungjawab? Atau memilih tidak mahu tahu langsung tentang tanggungjawab?

Jari Hantu Kemudian naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja mula ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat 30-an ini, kebanyakkan dari kita telah mempunyai personality dan status tersendiri, dengan ekonomi yang yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, kita mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak “hantu pengacau” yang dating menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi, lantas akan terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Jari Telunjuk Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan keEsaan Allah s.w.t ketika bersolat.Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru, pembimbing yang kaya dengan idea bernas dengan minda yang hebat.

Jari Ibu Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan menafsir pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa “cap jempol” atau cap jari.Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Dengari nasihat mereka. Kemudian timbang-tara pendapat mereka. Sekiranya ia sejajar dengan syariat dan tidak menyimpang dari asas keimanan, maka patuhilah ia.Nasihat mereka barangkali amat berguna. Dengan nasihat itu di belakang hari nanti, kita akan berasa bangga dan berkata “good” atau “yes” sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas.
Maka itulah rahsia kejayaan kita. Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda kelima-limanya. Renung dan fikirkan dalam-dalam.“Di manakah kita?” dan “Siapakah kita?”
Monday, December 31, 2007

>,;;Azam Tahun Baru??,:<

Orang berjaya mempunyai matlamat yang jelas. Orang gagal mempunyai matlamat yang kabur, tidak spesifik, entah bila, tak tau bagaimana, tak tau bla bla bla…


Menjadi manusia berpengaruh a.k.a. Magnetik adalah salah satu ciri orang yang berjaya. Dan ia juga bermula dengan matlamat. Jika 10 (2017) tahun dari sekarang, anda mahu meningkatkan kuasa pengaruh samada sebagai ahli politik yang bertanding dalam pilihanraya, jurujual yang mahu meningkatkan hasil jualan, seorang pengurus syarikat yang mahu melipat gandakan keuntungan, seorang eksekutif yang mahu hasil kerja yang meningkat produktiviti… lakukannya secara SMART dan ianya bermula dari sekarang.


Buat post-moterm dan senaraikan sejauhmanakah ‘action’ yang dilakukan sepanjang 2007 memacu ke arah matlamat. Bandingkan juga banyak mana anda telah buang masa, sia-siakan peluang yang boleh memacu ke arah mencapai matlamat.


Kemudian… dari sekarang, buat perancangan strategik secara harian, mingguan, bulanan dan tahuan apakah yang akan dilakukan untuk mencapai matlamat pada tahun 2008. Tulis dan pastikan ia sentiasa mudah untuk dirujuk dan dilihat. Ia menjadi self-motivation (motivasi diri) yang cukup berkesan.


Dari situlah, anda bakal menghasilkan azam tahun baru yang realisitk dan in-line dengan matlamat anda. Ingat!!! Kita sudah tidak punya masa. 2008 bakal menjelang tiba.
Macamana perjalanan 2007 anda? Apakah perancangan 2008 anda? Jom kita kongsi bersama. Mungkin ada idea baru yang menarik!

>,;Penawar Racun Dunia,:<


Desiran bayu yang lembut damai di hati

Kicauan burung di sana riang sekali

Suara ombak menggamit detik naluri

Gemilang kudrat Ilahi

Di sini-sana ternyata gema suara

Tangisan sayu manusia mangsa manusia

Terbuang budi terdorong desakan hati

Saudara korban duniawi

Manusia tiada aman dari kemelut ini

Di dada terus bersarang sikap pentingkan diri

Kuasa, harta dan nama hebat merasuk hati

Kerugian sendiri

Dunia umpama unta tua yang kehausan

Semakin tiada tempat untuk kasih dan sayang

Kerana sudah terlupa pada pesanan Tuhan

Terpesong tujuanNafsu jadi raja merosak dunia

Tak kan datang sinar bahagia

Moga jadi bukti bersama kembali

Cahaya pada Ilahi

Sedetik lalu saat pun silih berganti

Tak kan berulang sejarah masa yang pergi

Usah dibuang di sini hanya sekali

Mulakan diri sendiri

Iman di dada amalan dengan bertaqwa

Bantuan Tuhan menjadi syarat berjaya

Seiring jalan hargai nilai saudara

Penawar racun dunia


Tuesday, December 25, 2007

>,,BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH,,<




BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH

Ingatkah dikau, di mana di dalam sejarah,
Sepasang mata menjadi hadiah?

“Kenapakah kau mengikutku?”
“Aku tertarik kepada kecantikan matamu.”
Jawapan yang cukup angkuh,
Namun mengundang seribu sesalan,
Bila bungkusan merah diterima di tangan.

Muslimah,
Contohilah wanita itu,
Bukan dengan mencungkilkan matamu,
Tetapi dengan menjaga peribadimu.

Wahai Muslimah,
Aku sering tertanya,
Bagaimana engkau masih sanggup,
Memaniskan muka, menghadiahkan senyuman,
Meramahkan bicara,
Kepada lelaki yang bukan muhrimmu.

Apakah engkau ini berani,
Menguji jiwa lelaki,
Yang sememangnya diciptakan Allah,
Dahaga dengan keindahan wanita,
Walaupun sekadar muka yang manis.

Apatah lagi lelaki ini,
Yang engkau tahu cukup ego,
Menganggap wanita sebagai hidangan,
Yang boleh dibelek-dibelek dan dipilih.

Benar,
Muslimah itu telah menemui ajalnya,
Namun diiringi keredhaan Ilahi,
Dan keinsafan seorang lelaki,
Yang akhirnya menjadi sufi.

Muslimah,
Begitulah jalanmu…
Begitulah perjuanganmu…

Muslimah,
Tundukkanlah pandanganmu,
Keraskanlah suaramu,
Seriuskanlah perwatakanmu,
Tampil ketegasanmu,
Bila engkau di depan,
Atau di belakang atau di kiri,
Atau di kanan lelaki,
Walau atas sekalipun.

Ketuk kealpaan mereka,
Bangunkan mereka dari mimpi,
Jelaskan dengan amalanmu,
Bahawa percampuran bukan caranya,
Bahawa keseronokan ini palsu,
Bahawa di sini tiada kebahagiaan,
Hanya kehancuran.

Muslimah,
Inilah jalanmu,
Hentikan dari menjamu nafsu mereka,
Walau sekadar dengan seinci senyuman,
Lalu mungkin kau akan melihat,
Di kalangan remaja ini,
Akan lahir rijaluddin berjiwa pejuang,
Sebagaimana lahir dan bangkitnya,
Dai’e bernama Hassan Al-Basri,
Bila sepasang mata menjadi hadiah.

Puteri harapan…
Serikandi Islam,
Tetaplah engkau dalam perjuanganmu,
Menjadi sayap kiri di medan,
Meneguhkan benteng pertahanan Islam!

Moga takdir Ilahi menentukan,
Bahawa engkau antara hambaNya,
Yang bakal mencium haruman,
Syurga Firdaus…
Ameen…

Buat mujahidah-mujahidah, moga kata-kata ini akan tersemat di hati kalian… sama-sama kita laksanakan… InsyAllah!
Monday, December 24, 2007

>,,Salam Eidul Adha..Salam Pengorbanan & Keinsafan,,<

Assalamu’alaikum,

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua. Walaupun di Malaysia, sambutan Hari Raya Aidil Adha @ Hari raya Haji @ Hari Raya Korban tidak semeriah Hari Raya Aidil Fitri, tetapi mesej Hari Raya Aidil Adha cukup signifikan dan memberi pengajaran agung untuk manusia mencapai kejayaan.

Antara mesej utama Aidil Adha ialah PENGORBANAN. Bercakap sahaja tentang Hari Raya Aidil Adha, pasti akan associate dengan KORBAN. Maka terlintaslah di kepala kita, majlis sembelih lembu, unta dsb. Soalnya, adakah mesej Hari Raya Haji terhenti di situ?

Sejarah korban di Aidil Adha. Ringkasnya, tentang pengorbanan 3 insan hebat iaitu Nabi Ibrahim, isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail.
1.Siti Hajar berkorban berjauhan dengan suaminya NAbi Ibrahim kerana perjuangan.
2.Nabi Ibrahim yang melakukan perintah Allah tanpa soal iaitu menyembelih anaknya Nabi Ismail
3.Nabi Ismail yang merelakan dirinya disembelih bapanya demi ketaatan kepada perintah Allah

Natijahnya, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ‘lulus’ diuji sendiri oleh Allah tentang tahap keyakinan pada Allah dan Nabi Ismail ditukar dengan seekor ‘Kibasy’ untuk disembelih.
Apa maknanya KORBAN? Kadang-kadang kita salah faham tentang erti korban. Kita anggap, bila kita memberi sesuatu pada orang, maka itulah pengorbanan. Mungkin ‘YA’, tetapi ‘TIDAK’ jika sesuatu yang diberikan itu kita memang dah nak buang atau dah tak nak lagi. Itu bukannya pengorbanan. Nabi Ibrahim bukannya tak nak lagi pada Nabi Ismail. Siti Hajar bukannya tak nak lagi pada suaminya Nabi Ibrahim. Masing-masing saling memerlukan dan menyayangi. Tetapi mereka tetap sedia memberi.

Oleh itu, fahaman kita tentang pengorbanan ialah KESEDIAAN MEMBERI SESUATU YANG KITA SUKA, YANG KITA SAYANG.

Sebagai mempelejari roh pengorbanan sempena Aidil Adha, untuk berjaya maka kita mesti sedia berkorban. Manusia secara fitrah suka berseronok-seronok, bersuka-ria. Tetapi adakalanya kita mesti mengorbankan yang kita suka untuk mendapat sesuatu yang lebih baik iaitu KEJAYAAN.

Semua orang suka kepada senang-lenang, kemewahan… tetapi adakalanya ia melekakan kita lalu menyimpang dari jalan kejayaan. Oleh itu, kita kena berkorban dengan bersusah-susah sedikit dan sekejap untuk KEJAYAAN.

Selamat Hari Raya Aidil Adha… Bersediakah kita untuk BERKORBAN. Kata Optimus Prime, “NO SACRIFICE, NO VICTORY”
Friday, December 7, 2007

>,;Senyuman wujudkan hubungan baik;,<

Senyuman wujudkan hubungan baik

Oleh ZAMRI MOHAMAD

APA yang terukir di bibir adakalanya menenangkan orang yang melihat. Itulah kehebatan di sebalik senyuman. Ia boleh disifatkan sebagai ketawa kecil dan mempunyai makna yang baik, bergantung kepada rasa hati empunya senyuman itu. Malah Rasulullah melahirkan rasa gembira dan tawanya dengan senyuman.
Itulah yang dikatakan fitrah manusia, satu bentuk hiburan hati yang memberi kesan yang besar dan merupakan jalan hiburan yang diharuskan.
Dalam sabda baginda, disebutkan betapa pentingnya seorang manusia tidak terlalu membebankan diri dengan segala macam kesukaran dan kepayahan yang sengaja ditimbulkan. Malah, Rasulullah menggesa agar seseorang perlu mencari sedikit hiburan jiwa yang tidak keterlaluan agar kemanisan hidup dapat dirasai. Baginda menyebut:
Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesugulan hati, hiburkanlah hati dengan hal-hal ringan dan lucu. Apabila terus dipaksa memikul beban yang berat, ia akan menjadi buta. (Sunan Abi Daud)
Senyuman merupakan perbuatan kecil yang mencerminkan salah satu ciri akhlak yang mulia, namun kesannya cukup besar dalam mempengaruhi keadaan.
Senyuman
Malah dalam pengurusan perniagaan antarabangsa, seperti perniagaan bersifat francais, sama ada dari restoran makanan segera sehinggalah kedai barangan harian 24 jam, disebutkan dalam manual pengendalian francaisnya agar setiap kakitangannya perlu memaniskan muka dengan senyuman dan sapaan mesra setiap kali pelanggan keluar masuk dari pintu premis.
Daripada konteks hubungan antarabangsa, senyuman wakil sesebuah negara dalam sebarang pertemuan rasmi secara tidak langsung membawa gambaran nilai serta imej negara asalnya dan personaliti pemimpin di hadapan lensa media.
Meskipun begitu, masih ramai yang tidak sedar betapa senyuman yang diberikan boleh menimbulkan ikatan dan hubungan yang baik sesama manusia.
Penulis berpeluang menjalankan tinjauan sendiri terhadap sekelompok pelajar dan pengajar di sebuah pusat pengajian tinggi sepanjang dua tahun.
Hakikatnya, wujud majoriti golongan terpelajar tidak peka dengan keadaan apabila setiap kali melintasi para pekerja am yang kebanyakannya layak dihormati sebagai makcik, mereka hanya diam dan terus menuju ke bilik kuliah atau ruang pejabat tanpa senyuman, apatah lagi memberi salam.
Perkara ini berlaku berulang-ulang kali di tempat yang sama dan keadaan ini cukup mengecewakan. Apatah lagi ia melibatkan individu bergelar Muslim.
Jika berlaku perubahan keadaan, sudah pasti wujud ikatan erat dan rasa hormat yang tinggi antara dua kelompok. Bagi pekerja-pekerja am, mereka merasakan para pelajar tersebut menghargai kewujudan dan sumbangan mereka di situ.
Bagi para penuntut dan pengajarnya pula, senyuman yang diiringi salam itu mempamerkan akhlak dan kerendahan hati seorang yang terpelajar. Bukankah itu menguntungkan?
Begitu juga situasi di kafetaria di pelbagai jabatan dan institusi atau di gerai-gerai makanan, kesibukan melayani para pelanggan mungkin adakalanya memberi sedikit tekanan kepada pengusahanya, apa salahnya jika ada pekerja restoran datang membersihkan meja makan anda, balaslah dengan ucapan terima kasih dan senyuman. Impaknya dari sudut motivasi bekerja akan meningkat dan kualiti pasti bertambah.
Mengapa senyuman begitu berkesan terhadap manusia? Senyuman mempunyai tiga unsur utama yang menjadikan ia begitu bernilai. Pertama ia mempunyai daya tarikan, ia mempunyai hasrat dan keinginan untuk memiliki dan unsur bertindak untuk memiliki. Senyuman adalah gambaran unsur-unsur akal, perasaan dan kemahuan.
Kepentingannya telah membawa kepada perbincangan mendalam oleh golongan ahli fikir dan filosofi awal seperti Locke, Schopenhaur, Spencer, Descrates dan Hartley melalui satu perbincangan dan perdebatan yang mendalam melalui karya-karya penulisan mereka.
Dari sudut kesihatan diri, terbukti melalui senyuman ia merangsang otot-otot wajah dan memberi kesegaran dan ketegangan yang mengurangkan kedut-kedut di wajah, kesihatan tubuh dan jiwa dengan melepaskan tenaga emosi yang berpusat dari dalam.
Tambahan lagi, senyuman adalah tindakan menguasai diri melalui nilai optimisme, bersikap positif dengan membina lingkaran kebahagiaan di sekeliling. Dalam masa yang sama, senyuman memberi getaran yang mengikat rasa hati orang lain terhadap diri dengan nilai kepercayaan.
Nilai positif sebuah senyuman wujud apabila seorang Muslim redha berhadapan dengan keadaan malang untuk menguji iman. Syaitan sedaya upaya menjalankan pujuk rayunya agar manusia sentiasa bermusuhan dan menghilangkan seri wajah seorang mukmin daripada senyuman yang ikhlas.
Wajah yang masam, penuh kebengisan tanpa sedikit hiasan di bibir, secara tidak langsung mengaktifkan minda yang negatif. Peranan syaitan menjalankan agendanya agar manusia terus menerus bersikap demikian, sebagaimana diperingatkan oleh Allah:
Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah daripada (hasutan) syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita. Sedangkan bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah, dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri. (Al-Mujadalah: 10)
Namun begitu, senyuman boleh dimanipulasi oleh golongan tertentu yang menyalahgunakan nikmat Tuhan ini. Dalam mempamerkan senyuman yang berkesan, ia turut hadir sama dengan perkataan yang bijak dan berhikmah. Dalam sebuah kisah, Ali bin Abi Talib pernah bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih dicintainya. Adakah Fatimah, puterinya atau Ali, suami beliau? Dengan senyuman baginda menjawab, Fatimah, lebih aku cintai dan engkau aku lebih hargai.
Luar jangkaan
Senyuman juga dikaitkan dengan salam perpisahan. Ia sering berada di luar jangkaan manusia, malah dalam sirah Rasulullah dicatatkan peristiwa yang sama. Diriwayatkan oleh Anas Ibn Malik, pada hari Isnin ketika wafatnya Rasulullah, baginda keluar dan memandang mereka yang menunaikan solat Subuh.
Melihat sikap mereka, Rasulullah tersenyum. Mereka yang menyedari berpaling dan menyangka baginda beransur pulih. Dalam suasana gembira mereka diisyaratkan agar meneruskan ibadah mereka. Hakikatnya itulah senyuman perpisahan Rasulullah kepada mereka.
Dalam menjadikan senyuman sebahagian daripada cara hidup, seseorang perlu sedar bahawa senyuman perlulah dipamerkan tanpa berlebih-lebihan atau terlalu kurang. Ia perlu sentiasa berada di pertengahan. Bak kata pepatah, kebaikan muncul antara dua keburukan.
Jangan pandang remeh nilai sebuah senyuman, ia mungkin tidak ada nilai daripada harga yang ditentukan manusia. Tetapi ia membayar pada nilai lebih tinggi dalam kehidupan.
Jendela senyuman membuka tabir hubungan dengan manusia lain di sekitar anda. Ia menguatkan hati dan membina motivasi diri. Perkara kecil sebegini mempunyai manfaat yang besar seperti kata Rasulullah, Janganlah meremehkan amalan kebaikan, walau sekadar berwajah manis. (Abi Dzar).

Tuesday, November 27, 2007

>,,Tangisan Rasulullah Menggoncangkan Arasy,,<

Tangisan Rasulullah Menggoncangkan Arasy
Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yanghilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka adasesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diriseseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang."

Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyikbertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf,sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunyamembaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satusudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullahs.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! YaKarim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakangdan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yangbelum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan!Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkank u, kerana aku iniadalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dankegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, MuhammadRasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalubertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?""Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?""Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belumpernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belumpernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullahs.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilahNabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi dihadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya."

Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tundukuntuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullahs.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: "Wahalorang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itubiasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allahmengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang memintadihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagiorang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yangmengingkarinya. "

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langitdia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamudan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidakterpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akanmenghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya,baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu,Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: "Demikeagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitunganatas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!"kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkandengan Tuhan?"

Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkandosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaranmaghfirahnya, ' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatanhamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasanpengampunan- Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hambaakan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!

'Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. punmenangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu,air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu MalaikatJibril turun lagi seraya berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salammenyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau darimenangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaantasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmuitu, bahawa Allah tidak akan menghisabdirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudahmengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurgananti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar beritatersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya."
Friday, November 23, 2007

>.:Fitnah Wanita:.<

Fitnah Wanita

Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itujahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati.Fitnah ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu sebelum lelaki dan wanita ini berkahwin dan ketika atau selepas lelaki dan wanita ini bernikah. Sebelum bernikah, Islam menentukan adanya mahram dan yang bukan mahram. Antara lain, adalah untuk memudahkan manusia mengetahui orang yang dibolehkan mereka berhubung atau bergaul secara bebas dan yang tidak boleh berbuat demikian. Perlanggaran pada ketentuan ini akan mengakibatkan perkara mungkar yang berlaku.Kebiasaannya manusia melakukan sesuatu yang tidak baik secara berperingkat-peringkat sesuai dengan bentuk kemungkaran itu. Bermula dari dosa kecil seperti melihat, bercakap-cakap (berdua-duaan), berpegangan dan bersentuhan kulit dan akhirnya melakukan dosa besar. Orang yang berzina sebenarnya tidak ada harganya di sisi Allah, kecualilah dia bertaubat. Mengatasi masalah zina tidak dapat diatasi hanya dengan menyediakan rumah-rumah kebajikan bagi mereka yang telah terlanjur. Apa yang utama ialah memberi kefahaman kepada mereka tentang panduan agama dalam masalah ini dan dalam masalah kehidupan yang lain. Islam dalam masalah ini, memperuntukkan hukuman yang berat kepada penzina, kerana mereka telah bersungguh-sungguh untuk memulakannya.Setelah berkahwin pula, seorang suami kadangkala tidak berupaya memimpin dengan baik dan sempurna. Ketenangan yang sepatut dikecapi semasa bernikah, hanya menjadi impian kosong. Bernikah dengan wanita pilihan hati rupanya tidak seindah namanya. Sebabnya ialah proses dan matlamat perkahwinan tidak menjejaki apa yang telah digariskan oleh Allah. Kecantikan yang menjadi dasar pilihan itu rupanya bagaikan memetik mawar yang berduri yang tidak ada wanginya yang harum."Hai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (At-Taghaabun : 14)Keadaan ini sebenar bukan suatu yang merendah-rendahkan wanita. Andaikata mereka mendapat pendidikan yang baik serta memahami tuntutan agama dalam perkara-perkara yang dihadapi, mereka justeru menjadi pendorong yang digigih. Sesuai dengan kejadian mereka seumpama daripada tulang rusuk yang bengkuk, kepemimpinan yang baik daripada pihak lelaki akan mampu membawa mereka ke jalan yang lurus.Jika demikian gambaran keadaan fitnah yang dihadapi melalui wanita, tentu lebih hebat keadaannya bilamana wanita itu aktif dalam perkara-perkara sumbang. Kalau dalam masjid dan dalam rumah tangga keadaan boleh menjadi tidak tenteram kerana kurang fahamnya wanita terhadap sesuatu, tentulah lebih mencabar jikalau keadan ini digiatkan bila berada di luar masjid dan rumahtangga.Rasulullah saw pernah memberi pesanan kepada para sahabat baginda yang selalu duduk-duduk ditepi jalan agar menjaga hak-hak jalan, iaitu menjaga pandangan, tidak mengganggu orang yang lalu, menjawab salam serta melakukan pencegahan maksiat. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Said al-Khudry). Ini bermakna, setiap anggota masyarakat akan menerima akibatnya apabila suasana maksiat disuburkan khususnya melalui wanita-wanita jahat.

Ana pun sekadar berkongsi ilmu...FITNAH WANITA. Wanita ini istimewa, Islam sangat-sangat mengangkat martabat wanita. Zaman Jahiliyah, wanita tidak lain hanya sekadar tempat melepas nafsu dan langsung tiada tempat dalam masyarakat. Datangnya islam menyelamatkan maruah wanita. Justeru, bersyukurlah kita dijadikan sebagai wanita..Nabi pernah bersabda bahawa anatara fitnah yang paling ditakuti pada akhir zaman ini ialah fitnah wanita..Ini peringatan Nabi SAW yang menunjukkan betapa bahayanya juga wanita.Fitnah wanita dikatakan kerana wanita mampu melalaikan apabila tidak menjaga syariat islam. Contohnya, berpakaian tidak menutup aurat, menggoda lelaki kepada zina dan banyak lagi. Wanita menjadi fitnah jika wanita tidak menjaga maruah dan agama.Dalam peristiwa isra' dan mikraj juga nabi ada menceritakan pengalaman baginda melihat neraka yang ramai penghuninya ialah wanita...Dalam tamadun dunia kita boleh tengok banyak lelaki-lelaki gagah jatuh kerana seorang wanita maka benarlah kata-kata bahawa tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia.Wanita tidak akan menjadi fitnah dunia jika bijak menjaga diri dan maruah di samping sedar agama Islam yang dijunjung..
sekadar cebisan minda..
waallahua'alam

dr ukhwah.com
Fatwa UlamaSyaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah.Jawab beliau;Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan.

Sebagaimana Rasulullah SAW bersanda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?
Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan,kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.

Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah?
Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan wanitaasing (bukan mahram) denganpembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya).Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32).Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan,maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.

Syubhat Dan Jawapan Yang SebenarnyaKeharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya:
Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islamtanpa melanggar syariat.
Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu
Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya
. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal,karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple,kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah.
Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudianhari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.

>.:Petua Mencuci Hati:.<

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.
Oleh itu di bawahiniadabeberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakarmotivasiDatuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satukaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allahjadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelumtidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disampingdosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kitadanmencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencucihati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkanjiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah"Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maafperlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekalimengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan dirisendiri.katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelumtidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otakaku,cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif,positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidurdapatdirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukanperkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatukejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bilamasa).

10. Kekalkan wuduk.

11.Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan denganorang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengarorang mengumpat.

"sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"

,,^Sharing Is Caring^,,