Sedang khusyuk menyiapkan kerja sekolah kelmarin, dapat call dari abang(Abang Ardi). Ni second call dari abang. First call masa dekat Kulliyyah of Engineering tadi. Selepas menolong seorang sahabat yang tayar motornya pancit (to owner WRQ : Hutang BR belum langsai ye! ^^,)
Abang : Free tak hari ni? Abang nak gi Melaka ni. Saje. Cuti-cuti Malaysia. Nak ikut? Abang nak gi Ampang dulu ni. Pastu abang amik Adah kat UIA. OK ek?
Saya : Haa?? Sekarang ke? Balik bila?
Abang : Dalam sejam lagi ke. Ni kat Ampang dah. Kak Fiza beli barang kejap. Balik ahad malam la..(kat belakang dengar bising-bising, off course anak-anak sedaraku yang comel..)
Izzah : Abi, abi..nak cakap…(dapat telefon) Mak Adah, Mak Adah, jom la ikut gi umah sewa..jom r..jom r..sekaliiiiiiii jer…(ni trademark adik dia, Izzat)
~umah sewa : Chalet(comel je Izzah ni panggil umahsewa. Sebab chaletkan macam rumah ^^, )
Saya : Alahai…Mak Adah tak tahu lagi…(huhu, on the spot kot..dalam kepala duk tengok list HOMEWORK this weekend yang berjelar-jelar..)
Abang : Ok la, fikir dulu…Lagi 15minit sms abang.
Saya : Ok abang,.huhu
Selepas di timbang tara, pros & conts nya. Nekad, tak ikut la..
Saya : Abang, maaf la tak dapat ikut. Kerja sekolah belambak la. Lain kali nak ajak, btaw la awal-awal(demand plak, orang nak ajak pun mujur..hehe). Insya Allah, lain kali ek.
Abang : Ok2. Takpe la gitu. Next-next week la plak ek. Kita gi Rembau plak.
Saya: Huh, ok2, Insya Allah.(dah btaw awal-awal, kena la kosongkan masa kot..) Kim salam kat semua ek abang.
***************************************
Dengan pasrahnya, menolak tawaran abang. Tak sampai hati sebenarnya nak tolak, tapi apakan daya.. fiqh aulawiyat kena apply time ni.
Kerja sekolah yang belambak perlu disetelkan. ChayokAdah! Siapkan…
Bukan apa, sebenarnya rindu kat anak-anak sedara ni, Izzah Syakirah & Izat Syakirin. Lama dah tak jumpa dorang ni. Last jumpa masa sambut birthday Mok Su, 15 Jan hari tu.(eh, baru sebulan lebih..haha)
Apa-apa pun, entry ini hanya untuk melepaskan rindu kat anak-anak sedaraku.
[Jannah, Faqeh, Faseh, Alya, Arissa, Izzah, Izzat & Fatinah ]
Dah jumlah 8 orang semuanya. Haa, tahun ni tambah dua orang lagi. Made in Malaysia satu, lagi satu Made in Jordan (hehe, boleh tak macam ni??=P). Dua-dua insya Allah dijangka due bulan Mei ni. Hish, lagi bertambah bermakna la bulan Mei ni..Banyak tol tarikh-tarikh penting ni…(lepas ni, bertambah lagi tarikh penting^^)
Ok la, dah rasa lama tak menampal gambar-gambar budak comel kat sesawang ni. Selamat melihat ye!
Buat orang Jordan : Silalah jeles ye bila tengok gambar-gambar ni. Jeles-jeleskan diri anda! Haha…
2 comments:
mak adah..jelesnyer tgk gamabr2 kat msia...takper..kat sini best jugak...kami ni tak sabar nak balik msia nih...kami doakan semuanya berjalan lancar yer..mmg banyak tarikh2 keramat bln 5 yang perlu diingati nih..nnt mak adah kawen..kena ingat tarikh anniversary mak adah pulak!:)..`"SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN MAK ADAH YER!"
~yes!!!
berjaya buat orang Jordan jeles...hehehe
~wajib balik bawak baby baru..pastikan baby girl ye....^^,
~~mak adah kawen????nanti-nantikan....kalu ada orang nak...haha...
~~tenkui3....luv u all!!!
Post a Comment