Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Wednesday, October 7, 2009

,,>Adab Berhari Raya<,,



Bertakbir pada pagi hari raya ketika keluar dari rumah menuju ke tempat mendirikan solat dan sehingga keluarnya Imam adalah suatu perkara yang benar-benar masyhur di sisi generasi Salaf, sekumpulan ulama yang menulis seperti Ibn Abi Syaibah, ‘Abdul Razak dan al-Firyabi dalam kitabnya Ahkam al-‘Iedain menukilkan perkara ini dari generasi Salaf, kerana itu Nafi’ bin Jubair sentiasa akan bertakbir (pada pagi hari raya) dan beliau menganggap pelik orang-orang yang tidak bertakbir (pada pagi hari raya) sambil berkata : “Apakah kamu semua tidak bertakbir?”





Adab-Adab dan Hukum-Hakam Berhari Raya
Oleh : Mohamad Abdul Kadir Sahak

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.

Imam Malik r.h. meriwayatkan sebuah hadith di dalam al-Muwatto’ (الموطأ)

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى

Maksudnya : “Bawasanya ‘Abdullah bin ‘Umar seringkali akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi hari raya.”

Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.

2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya ‘Aid al-Fitri dan sebaliknya untuk ‘Aid al-Adha

Termasuk di dalam adab berhari raya al-Fitri ialah makan dahulu sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا

Maksudnya : “Adalah Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah baginda makan terlebih dahulu beberapa biji Tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” (al-Bukhari : 953)

Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani mengomentari hadith ini dengan berkata : “Demikian itu kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, padanya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” (Fath al-Bari : 2/446)

3. Bertakbir pada hari Raya

Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt :

وَلِتُكْمِلُوا العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْن

Maksudnya : “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengangungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah : 185)

Daripada al-Walid bin Muslim katanya : “Aku bertanya kepada al-Auza’ie dan Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua hari raya. Kata mereka berdua : “Ya, adalah ‘Abdullah bin ‘Umar menzahirkan takbir pada hari raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya).”

Sahih juga daripada ‘Abdul Rahman al-Salamiy katanya : “Adalah mereka (sahabat Nabi saw) pada hari Raya al-Fitri lebih bersungguh berbanding hari Raya al-Adha, Waki’ berkata : “Yakni (mereka lebih bersungguh) dalam bertakbir.” (Lihat Irwa’ al-Ghalil : 3/122)

Al-Daraqutni dan selainnya pula meriwayatkan bahawa Ibn ‘Umar apabila keluar pada pagi hari Raya al-Fitri dan hari Raya al-Adha, beliau bersungguh-sungguh bertakbir sehinggalah sampai ke tempat solat, kemudian dia bertakbir lagi sehinggalah Imam keluar (untuk mendirikan solat).”

Ibn Abi Syaibah pula meriwayatkan dengan sanad yang sahih daripada al-Zuhriy katanya : “Adalah manusia bertakbir pada hari raya ketika mereka keluar daripada rumah-rumah mereka sehinggalah mereka sampai ke tempat menunaikan solat dan sehingga Imam keluar, apabila imam keluar (untuk menunaikan solat), mereka semua senyap, Apabila Imam bertakbir, mereka juga bertakbir.” (Lihat Irwa’ al-Ghalil : 2/121)

Bertakbir pada pagi hari raya ketika keluar dari rumah menuju ke tempat mendirikan solat dan sehingga keluarnya Imam adalah suatu perkara yang benar-benar masyhur di sisi generasi Salaf, sekumpulan ulama yang menulis seperti Ibn Abi Syaibah, ‘Abdul Razak dan al-Firyabi dalam kitabnya Ahkam al-‘Iedain menukilkan perkara ini dari generasi Salaf, kerana itu Nafi’ bin Jubair sentiasa akan bertakbir (pada pagi hari raya) dan beliau menganggap pelik orang-orang yang tidak bertakbir (pada pagi hari raya) sambil berkata : “Apakah kamu semua tidak bertakbir?”

Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.
4. Lafaz Takbir Hari Raya

Di dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibn Mas’ud r.a. yang bertakbir pada hari Tasyrik dengan lafaz :

اللهُ أكْبَرُ اللهُ أكْبَرُ لَا إلهَ إلاَّ اللهُ وَاللهُ أكْبَرُ اللهُ أكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْد

Maksudnya : Allah maha besar, Allah maha besar, tidak ada ilah melainkan Allah dan Allah yang maha besar, Allah yang masa besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”

Ibn Abi Syaibah juga meriwayatkan di kesempatan yang lain dengan sanadnya sendiri, dimana takbir itu diucapkan sebanyak 3 kali.

Al-Mahaamiliy (المحاملي) meriwayatkan dengan sanad yang sahih juga tentang lafaz takbir raya daripada Ibn Mas’ud :

اللهُ أكْبَرُ كَبِيْراً اللهُ أكْبَرُ كَبِيْراً اللهُ أكْبَرُ وَأجَلّ ، اللهُ أكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْد

Maksudnya : Allah yang maha besar sebesar-besarnya, Allah yang maha besar sebesar-besarnya, Allah yang maha besar dan yang maha agung, Allah yang maha besar dan bagi Allah segala pujian.” (Irwa’ al-Ghalil : 3/126)

Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat di masjid, di rumah dan di pasa-pasar.
5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya

Termasuk daripada adab berhari raya ialah dengan menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan :

1. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ – Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua)
2. عِيْدُ مُبَارَكْ – (Selamat) hari raya yang diberkati.

Atau ucapan yang seumpama dengan di atas yang terdiri dari ungkapan-ungkapan tahniah yang dibenarkan. Jubair bin Nufair berkata : “Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya mereka mengucapkan تُقُبَِّلَ مِنَّا وَمِنْكُمْ , Ibn Hajar berkata : Isnad (riwayat ini ) Hasan. (Fath al-Bari : 2/446)

6. Bercantik di Hari raya

Daripada Jabir r.a. katanya : “Bagi Nabi saw ada satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” (Sahih Ibn Khuzaimah : 1765)

Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibn ‘Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.

Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa seperti sabda Nabi saw :

وليخرجن تَفِلات

Maksudnya : “Dan hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian (berpakaian biasa dan tidak bertabarruj).”

7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain.

Daripada Jabir bin Abdillah r.’anhuma katanya :

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ

Maksudnya : “Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” (al-Bukhari : 986)

Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini

i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya dari perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii. Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah swt
iv. Untuk menyakitkan hati orang-orang Munafikin dan Yahudi dan sebagai menakutkan mereka dengan ramainya umat Islam.
v. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan solatur rahim.
8. Solat Hari Raya

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya, sebahagian mengatakan hukumnya sunat, sebahagian yangImage lain mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya adalah fardhu ‘ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim. Al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Abdillah bin Baz menyebut : “Pendapat ini lebih terserlah pada dalil-dalilnya dan lebih hampir kepada kebenaran.”

C
10. Wanita juga keluar menunaikan solat hari raya

Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi saw. Dari Umm ‘Atiyyah r.’anha katanya : “Kami disuruh oleh Nabi saw untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.”

11. Zakat al-Fitr

Nabi saw menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari raya. Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal berdasarkan hadith Ibn ‘Umar r.’anhuma yang diriwayatkan oleh al-Bukhari :

وكانوا يعطون قبل الفطر بيوم أو يومين

Maksudnya : “Adalah mereka (sahabat nabi saw) mengeluarkan (zakat al-Fitr) sebelum hari raya sehari atau dua hari.”

Sesiapa yang menunaikan zakat fitrah selepas solat hari raya maka ia tidak dikira sebagai zakat fitrah berdasarkan hadith Nabi saw daripada Ibn ‘Abbas r.’anhuma :

من أداها قبل الصلاة فهي زكاة مقبولة، ومن أداها بعد الصلاة فهي صدقة من الصدقات

Maksudnya : “Sesiapa yang membayarnya (zakat fitrah) sebelum solat (hari raya), maka itulah zakat fitrah yang diterima, dan sesiapa yang membayarnya selepas solat, maka ianya hanya sekadar sedekah dari sedekah yang lain.”

Maka berdasarkan hadith ini haram hukumnya melewatkan membayar zakat sehingga selesai solat hari raya tanpa sebarang keuzuran. Jika dia terlewat disebabkan keuzuran seperti orang yang dalam perjalanan (musafir) yang tidak memiliki wang atau tidak mendapati orang yang boleh diberikannya zakat, dia boleh mengeluarkannya selepas daripada solat hari raya disebabkan dia termasuk orang yang mempunyai keuzuran.


Beberapa Kesalahan Yang Dilakukan Pada Hari Raya

1. Anggapan sunat menghidupkan malam hari raya

Sebahagian orang ada yang beranggapan sunat menghidukan malam hari raya dengan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti qiyam al-Lail dan seumpamanya. Anggapan ini adalah salah kerana tidak terdapat dari petunjuk Nabi saw. Adapun hadith yang menyebut tentang kelebihan menghidupkan malam hari raya ini adalah dhoief ataupun lemah untuk dinisbahkan kepada perkataan Nabi saw. Hadith tersebut ialah :

من أحيا ليلة العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب

Maksudnya : “Siapa yang menghidupkan malam hari raya, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati (manusia lainnya).”

Hadith ini TIDAK SAHIH, ia datang dari 2 jalan periwayatan dimana salah satunya Maudhu’ atau PALSU dan salah satu lagi LEMAH. (Sila lihat Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhu’ah, oleh al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani : 520-521)

Maka tidak disyariatkan untuk menghidupkan malam hari raya dengan qiyam al-lail, melainkan bagi mereka yang sememangnya telah menjadi kebiasaannya menghidupkan malam-malam yang lain juga.

2. Menziarahi Kubur pada 2 hari raya

Perbuatan sebahagian orang yang menjadikan awal pagi dua hari raya untuk menziarahi kubur adalah perbuatan yang bertentangan dengan maksud dan syiar hari raya. Yang mana sepatutnya dizahirkan kegembiraan dan keseronokan.

Perbuatan menziarahi kubur pada hari raya ini juga bertentangan dengan petunjuk Nabi saw dan perbuatan generasi awal umat Islam (al-Salaf) yang dididik oleh Baginda. Perbuatan ini dibimbangi termasuk di dalam larangan Nabi saw dari menjadikan tanah perkuburan sebagai sambutan hari raya, dimana jika dimaksudkan (sunat menziarahi kubur) pada waktu-waktu tertentu dan ada pada musim-musim yang tertentu (seperti pada dua hari raya), maka perbuatan ini termasuk larangan menjadikan tanah perkuburan sebagai tempat sambutan hari raya seperti yang disebut oleh para ulama. (Sila lihat Ahkam al-Jana-iz wa Bida’uha oleh al-Albani. m.s. 219 & 258)

wallahu a’lam.

al-qayyim

p/s: Walaupun dah lambat, disini srikandi ingin mengucapkan Salam Eid Mubarak, selamat kembali kepada fitrah sebenar kita, moga kita terus beristiqamah dengan amalan-amalan sunat kita dibulan Ramadhan untuk ke bulan seterusnya...amin

maaf atas segala salah dan silap...
Monday, September 14, 2009

,,>Lailatul Qadar Menggandakan Pahala<,,

“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar. Malam lailatul Qadar lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dari setiap perkara. Sejahtera malam itu hingga terbit fajar” (Surah Al-Qadr).

Malam Lailatul Qadar disebut didalam ayat Al-Quran dan banyak Hadis Rasulullah saw. Beribadah pada malam itu lebih baik dari beribadah 1000 bulan atau 83 tahun, menyamai umur panjang seorang insan. Beribadah pada malam adalah tersebut termasuk solat, tilawah Al-Quran, istighfar, berzikir dan sebagainya seperti ibadah di dalam Qiyamullail pada malam-malam yang lain.

calm_islam_by_issam_zerr

Berikut adalah Hadis-hadis Sahih riwayat Iman Al-Bukhari mengenai Malam Lailatul Qadar.

Dari Abu Hurairah ra dari Rasulullah saw bermaksud, “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Sesiapa yang mendirikan solat malam Lailatul Qadar dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.

Beberapa orang Sahabat diperlihatkan malam lailatul Qadar didalam mimpi pada Tujuh Malam Terakhir. Lalu Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Aku lihat mimpi kamu kena pada Tujuh Malam Terakhir, maka sesiapa yang mencarinya, carilah pada Tujuh Malam Terakhir”.

Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Aku diperlihatkan Malam Lailatul Qadar kemudian aku lupa – atau dilupakan – maka carilah ia pada malam ganjil dari Sepuluh Malam Terakhir. Sesungguhnya aku melihat aku sujud di dalam air dan tanah. Sesiapa yang telah beriktikaf bersama aku (di pertengahan Ramadan) maka datanglah semula (untuk beriktikaf di Akhir Ramadan)”. Para Sahabat ra berkata, “Lalu kami kembali (beriktikaf) dan kami melihat Qaza’ah di langit, datang awan dan turun hujan hingga basah bumbung Masjid yang diperbuat dari pelepah kurma. Solat pun didirikan dan aku melihat Rasulullah saw sujud di dalam air dan tanah, hingga aku lihat kesan tanah di dahinya”.

Dari Aisyah ra berkata Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Carilah malam Lailatul Qadar pada malam ganjil dari Sepuluh Malam Terakhir di bulan Ramadan”.

Dari Aisyah ra berkata Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Carilah malam Lailatul Qadar pada Sepuluh Malam Terakhir di bulan Ramadan”… dari Ibnu Abbas ra berkata bermaksud, “Carilah malam Lailatul Qadar pada Malam Ke 24″.

Dari Aisyah ra berkata, “Adalah Rasulullah saw apabila masuk Sepuluh Malam Terakhir, Baginda saw mengikat ketat pakaiannya, menghidupkan malamnya (dengan ibadah) dan membangunkan isteri-isteri dan ahli keluarganya”.

Mengenai Iktikaf pulan, saya perturunkan Hadis-hadis Sahih riwayat Al-Bukhari mengenainya di bawah ini :

Dari Abdullah bin Omar ra berkata, “Adalah Rasulullah saw beriktikaf pada Sepuluh Terakhir Ramadan”.

Dari Aisyah ra berkata, “Adalah Rasulullah saw beriktikaf pada Sepuluh Terakhir Ramadan sehingga Allah mewafatkannya. Kemudian selepas itu, isteri-isterinya pula beriktikaf”.


sumber: http://inijalanku.wordpress.com/2009/09/09/lailatul-qadar-mengganda-pahala/

Sunday, September 13, 2009

,,>Warna-warni Kehidupan<,,

Hidup Ini Ibarat Lampu Dinding dinyalakan di malam hari…


Betapa singkatnya hidup ini, perlunya kita memanfaatkan hidup ini sebaik mungkin. Ujian dan cabaran membuatkan hidup ini menjadi indah, mewarnai kehidupan ini.


Warna-warni Kehidupan


17 Julai 2009 - Keluarga srikandi telah menambah bilangan ahli keluarga. Keluarga Izwar Arfani & Rakmas. Bukan srikandi dapat adik baru, anak saudara baru pun bukan, tapi srikandi dapat seorang abang ipar baru. Dah lengkap dah adik-beradik srikandi yang atas-atas. Semuanya dah selamat. Eh, selamat apa? Srikandi tak selamat ke? Selamat mendirikan rumah tangga. Srikandi selamat sejahtera..^^,

Tahniah ye buat kakak kesayanganku ni... moga terus bersinar mawardah_solehah85 di bawah naungan rahmatNya, moga menjadi sayap kiri pejuang Islam yang tabah meneruskan perjuangan. Perjuangan kita belum selesai kakakku…

(maaf, gambarnya xdpt nk di upload lagi..besar sangat saiznya kot^^,..ini gmbar dari juru kamera yang pro(walaupun guna kamera xpower macam Kak Nana..hehe..tapi gambar ni yang boleh di upload..)--> srikandi juru kameranya..)


Untuk abang sham : Selamat datang ke Keluarga Izwar Arfani & Rakmas. Terimalah kami seadanya..(“,)


Alhamdulillah, walimah was running smoothly, walaupun ada berlaku beberapa accidents, tapi tiada nyawa yang terkorban.hehe.. Walaupun penat kan kak ti kan?(“,) Tapi kami tetap bersyukur, majlis berjalan dengan perancangan terbaik dariNya.


p/s to kakakku : plez forgive me for what have I did to you,(for the hantaran and so on) I’m so sorry. Tak berniat, tapi hati ini… tak pe la..lets we forgot it ok?(“,) Sebenarnya, ada satu perasaan yang pelik datang masa kakak srikandi ini nak berwalimah...


8 Ogos 2009 Trips to Seremban bersama sahabat-sahabat ENGINIUS. Menghadiri walimah Kak Najwa Nasuha bersama pasangannya. Selepas ke walimah, kami sempat singgah di rumah Kak Ruqayah. Driver perjalanan kami pemandu tegar bersama seorang police traffic.^^,


28 Ogos 2009 – Message sending to MyFamily(“,) group.

Tertera di skrin telefon srikandi, yang sedang khusyuk study untuk midterm MATH4 malamnya nanti.


Kandungan message yang dihantar tadi:


“Salam ^my beloved family^ Grand Iftar 09 – 29Ogos09 – venue: our castle or any idea? anyone to sponsor? – attire : formal & covering ur aurah – theme : green [plez..also including ur child ok?] –agenda: iftar, maghrib, isyak and terawikh congretional prayer, tazkirah, moreh, & photography session –plez bring a long our family, ur attendance are compulsory, tq for ur cooperation ^_^ ”


Satu usaha untuk mengumpulkan semua ahli keluarga srikandi, yang telah bertambah ahlinya. Alhamdulillah, berjaya juga perancangan srikandi untuk kumpul semua sekali, dengan bantuan dariNya, syukur pada Mu Ya Allah. Sebenarnya Grand Iftar ni untuk gather family srikandi sebelum Kak Ti and her family, kakak kesayangan1 srikandi terbang ke Jordan.huhu…



Tetiba, teringat kisah yang berlaku masa sesi fotografi. Sedang kami adik beradik seronok nak bergambar, kami ada berebut tempat..tetiba, kami dengar suara kecil menegur kami..


“Umi, umi… tak baik la cakap ‘aku’…”

Semua terdiam. Anak saudara srikandi, Muhamad Faqehuddin yang menugur uminya yang sedang syok berborak dengan kakak srikandi, tak perasan kami, kami menggunakan kata ganti diri ‘aku’.


Selepas tu, semua berhati-hati bila nak berkata-kata..siap terkeluar ana-ana plak..hehe…


Terfikir sejenak, memang kanak-kanak ini ibarat kain putih, kitalah yang perlu mencorakkan mereka. Berilah contoh terbaik untuk anak-anak kita kelak.


Ramadhan kali ini membawa seribu makna…berbagai iktibar yang srikandi dapat belajar darinya. Moga ramadhan kali ini, lebih baik dari ramadhan sebelum ini. Amin.


3 September 2009 – Berangkatnya kakak kesayangan srikandi bersama suami dan anak-anak yang tercinta ke bumi anbia' Irbid, Jordan. Pada hari yang sama, di UIA ada Grand Iftar yang dianjurkan oleh ENGINIUS, tapi srikandi tak dapat menghadiriya, maaf ye sahabat-sahabat.. srikandi perlu ke KLIA untuk bertemu dengan kakak bersama anak-anak saudara srikandi yang nakal tapi comel dan pandai-pandai semua (kena bagi hadiah kat mak adah, mak adah dah puji korang(",)).


Selamat ye kakakku..moga di permudahkan segala urusan mu. Kami senantiasa mendoakan kalian di sana... Kakak srikandi ini berhijrah ke Jordan kerana mengikut suaminya yang akan menyambung pelajarannya di sana. Selama 4 tahun Kak Ti akan berada di sana..Salam sayang buat anak-anak saudaraku..Hurul Jannah, Muhamad Faqehuddin, dan Muhamad Fasehuddin.


dan



Ramadhan 1430H –Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita kematian Ustaz Asri Rabbani

Salam Takziah keatas keluarga dan sahabat Ustaz Asri yang ditinggalkan...

Semoga Beliau Damai Di Sana.

"Dia merinduimu dan menjemputmu sebelum aku... wajarnya aku cemburu...Entah bila pula giliranku? Tugasmu telah sempurna... bertemulah Cinta Agungmu yang saban hari didambakan...Hilangkanlah rindumu dulu... pastinya kami juga bakal menyusul kesitu.."



juga untuk arwah Kak Hajar Izham yang setahun telah meninggalkan kita..moga berbahagia di sana kakakku, kami sangat merinduimu..pasti kami juga akan menyusul…

Al-Faatihah

,,>Perlukan Nafas Baru<,,

Segala puji sanjungan itu hanya kepunyaan Allah, selawat dan salam ke atas junjungan dan penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W yang dmuliakan. Juga ke atas kaum keluarganya dan sekalian sahabat baginda.


“Ya Allah, ya Tuhanku, ajarkanlah sesuatu yang aku tidak mengetahuinya; berilah aku peringatan ketika aku terlalai atau terlupa. Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku dan permudahkanlah untukku segala urusanku” ~amin…


Subhanallah wal hamdulillah..dua bulan blog ini bersarang berhabuk dan segala macam ber-ber…dek kesibukan dan kemalasan oleh tuan empunya blog. Asthagfirullahal azim.. Memang ku akui ini semua salah diri ini…terlalu banyak kekurangan dan kedhaifan diri ini.. Ya Allah, ampunilah segala dosa hambaMU yang hina ini..amin


Memang sudah terlalu lama jari-jemari tidak menaip sesuatu yang diniatkan untuk di post kan di srikandisolehah303. Mungkin terlalu penat jari-jemari ini menaip untuk report-report lab dan report-report progress project. Mana tidak nya, sem ini srikandi mengambil 2 subject lab, dan subject core course lain semuanya ada project, dan pada setiap dua minggu kena hantar progress report. Student life, kita tak boleh nak merungut panjang. Semuanya akan ada kebaikannya untuk diri kita kelak nanti. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.(“,)


Bila kita membuat sesuatu, perlunya ada pergantungan pada Allah. Tidak kira, kerja sekolah ke, kerja university ke, kerja society ke. Tapi, perlunya kita berusaha sedaya upaya dahulu. Baru kita boleh berserah kepadaNya. Dalam study ni, bagi srikandi, lebih banyak dapat markah yang tidak disangka-sangka “markah berkat”, berkat bergantungan kepada Allah. Alhamdulillah…baru bermakna ‘Dengan NamaMu Aku Hidup’-(tajuk buku srikandi baru beli ^^,). Kita applykan dalam semua kerja yang kita lakukan setiap hari.


Mujurlah blog ni tiada expired date nya, kalau ada, memang dah lama blog srikandi ini akan lenyap begitu saja di alam maya ini. Seperti simcard telefon, jika kita tidak ‘topup’, dalam masa tiga bulan, akan mati dan tamatlah jangka hayat nombor seperti. Sama seperti manusia, perlunya kita ‘topup’ iman kita tiap-tiap hari, bukan sekadar hanya di bulan yang penuh barakah, tetapi di setiap hari di setiap bulan. Oleh itu ambillah peluang, untuk kita terus beristiqamah dengan amalan yang kita lakukan di bulan berkat ini.


p/s: pada sahabat-sahabat srikandi, makluman nombor telefon srikandi yang lama (line pantai timur) telah tamat hayatnya(huhu..tak teringat nak topup, sampai dah tamat tempoh nya. sayang sangat nombor lama tu..). Jadi sesiapa yang ingin menghubungi srikandi, sila hubungi nombor baru srikandi (line KL). Harap maklum.



,,^Sharing Is Caring^,,