Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Wednesday, January 13, 2010

,,>Konspirasi Dunia- Bulan Sabit dan Bintang Lambang Islam?<,,




Adakah ini lambang sebenar Islam? Bagaimana umat Islam disihir dengan dahsyatnya pada zaman sekarang? Sila baca artikel ini selanjutnya untuk mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku di sekeliling kita.


Saya mulakan artikel ini dengan petikan ayat dari Al-Quran.

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:

"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.

Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

Al-Baqarah 102


Berdasarkan ayat di atas dan tajuk artikel ini, apa yang dapat anda semua kaitkan? Buka mata, buka hati. Insya Allah anda akan dapat mengungkaikan puzzle ini. Setelah kewafatan Rasullulah s.a.w dan berakhirnya zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rashidin, umat Islam sebenarnya telah disihir dengan teruk oleh musuh nombor 1, yang telah sekian lama diberikan amaran oleh Rasullulah s.a.w.

Siapakah yang dimaksudkan itu?
Sudah tentulah Dajal/The Antichrist dan konco-konconya!



"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."
(Muhammad Bin Abdullah- 9HB. ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRIYAH DI LEMBAH URANAH, BUKIT ARAFAH.)

Bagaimana umat Islam sebenarnya disihir? Pernahkah anda semua melihat lambang bulan sabit dan bintang di sekeliling? Dari mana lambang itu berasal? Dan mengapakah lambang itu dipilih? Siapakah yang memilih lambang itu?

Adakah Rasullulah s.a.w dan sahabat menggunakan lambang tersebut untuk agama Islam? Adakah ada disebutkan di dalam mana hadis atau ayat Al-Quran supaya menggunakan lambang tersebut sebagai lambang agama Islam yang suci ini?
Ohhh, semestinya tidak!

Sabda Rasullulah:
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.


Jadi dari manakah asalnya penggunaan simbol bulan sabit dan bintang ini yang terdapat di mana-mana sekarang, termasuklah bendera-bendera negara dan negeri.












Sebenarnya simbol ini telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad II ke dalam bendera kerajaan Uthmaniyyah setelah penaklukan Kota Istanbul (Constantinople) pada 1453 Masihi. Lambang Bulan dan Bintang itu adalah lambang bagi Kota Constantinople (Istanbul) yang sebelum itu berada di bawah kekuasaan Empayar Rom sejak sekian lama.

Sebelum dikenali dengan nama Constantinople, kota tersebut terlebih dahulu dikenali sebagai Byzantium. Byzantium diambil sempena nama Raja Byzas (663 SM) dan dijadikan ibu negara untuk Empayar Byzantine sebelum empayar tersebut tewas kepada kerajaan Uthmaniyyah pada 1453 Masihi. Bulan sabit telah dijadikan simbol kota tersebut untuk didedikasikan kepada Dewi Artemis (Hunt God).



Lambang bintang pula ditambah sebagai simbol kota selepas kematian Maharaja Constantine pada 337 Masihi dan nama Byzantium telah ditukar kepada Constantinople sebagai tanda memperingati maharaja Constantine. Lambang itu adalah dari simbol Dewi Ishtar (Star iaitu bintang dalam bahasa Inggeris diambil dari perkataan Ishtar ini). Dewi Ishtar ialah tuhan kesuburan, kasih sayang, peperangan dan seks bagi kaum Babylon purba. Ada juga pendapat mengatakan lambang bintang ini diambil dari Star Of Virgin Mary kerana agama Kristian telah menjadi agama rasmi empayar Rom dengan Persidangan Nicea pertama pada 335 Masihi dan Persidangan Constantinople pada 381 Masihi. Dan sejak dari itu Bulan Sabit dan Bintang telah menjadi lambang rasmi untuk kota tersebut.




Pada zaman Rasullulah dan Khulafa Ar-Rasyidin (632-661 Masihi) tidak pernah ada lambang untuk agama Islam. Al-Quran juga tiada menyebutkan hal tersebut. Rasullulah hanya menggunakan panji-panji perang yang sangat sederhana dan hanya satu warna sahaja samada putih, hijau atau hitam. Tiada lambang bulan dan bintang seperti di kebanyakan negara Islam sekarang.

Adakah simbol ini hanya digunakan untuk agama Islam sahaja? Oh, tidak sama sekali. Ia juga digunakan oleh Freemason!



Ini ialah simbol DeMolay International iaitu salah satu cabang Freemason. Diambil dari Grand master terakhir Khingt Of Templar iaitu Jacques DeMolay.



Di lukisan purba Freemason!


Di Lodge Freemason!


Jata Kerabat Diraja Poland



Jata negara Croatia








Kurang Jelas Lambang tersebut?
Saya zoomkan gambar di atas. Bintang di sebelah kiri dan Bulan Sabit di sebelah kanan.




Kita selalu pening memikirkan "Kenapa umat Islam susah nak BERSATU" bukan? Sejak kejatuhan institusi khilafah Uthmaniah, tanah umat Islam berjaya dipecahkan malahan kekal terpisah hampir seabad lamanya!

Acapkali kita melihat dari skop mata zahir, lupakah kita bahawa dunia adalah suatu fatamorgana yang memperdaya? Tidak terfikirkah seorang dari kita bahawa kita sedang DISIHIR oleh Dajjal melalui tenteranya yang melata di bumi? Dengan izin Allah, sang Pemfitnah berjaya dan terus berjaya?

Tiada satu mata pun dikalangan Muslim yang mengetengahkan ehwal ini lantaran apa? Remeh? Tidak membawa Islam kemana-mana? Khurafat? Tahyul?

JANGAN LUPA, JIKA ANDA PERCAYA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA, SEGALA YANG DIBAWA BERSAMANYA SEPERTI SIHIR, MAGIK (SILAP MATA), & TIPU DAYANYA JUA ADALAH NYATA DENGAN IZIN ALLAH.

Lupakah anda sumpah keramat Azazil setelah dia dihalau keluar dari Syurga Allah???

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
Al-Hijr 39-40


Lihatlah di sekeliling kita sekarang di masjid, sejadah dan hiasan bercorak Islam, lambang apa yang digunakan? Seolah-olah diagungkan lambang itu. Jika kita lihat sekarang, di kebanyakan masjid mempunyai lambang ini. Lambang ini sebenarnya adalah dari Yahudi dan Nasrani dalam usaha mereka untuk menyelewengkan akidah umat Islam menyembah Allah yang satu.




Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.
Yusuf 106

Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
Yusuf 108


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Al-Baqarah 120

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.
Al-Imran 100

Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam).
Al-Baqarah 109


sumber : http://holywar-efairy.blogspot.com/

--->> Sekadar perkongsian buat semua..untuk sama-sama kita fikirkan...
Tuesday, January 5, 2010

,,>Jangan Kerilukan Atau Politikkan Kalimah ALLAH<,,

KUALA LUMPUR, 5 Jan: PAS memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak menyalahgunakan perkataan Allah bertujuan untuk mengelirukan atau menjadikan isu tersebut sebagai politik murahan mendapat sokongan rakyat.

Pendirian PAS itu dibuat Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melalui satu kenyataan yang dibaca Ketua Penerangan, Idris Ahmad selepas mesyuarat khas Lajnah Politik bersama Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.Bagaimanapun PAS ujar Abdul Hadi, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakanpilihan sendiri.Prinsip kebebasan beragama juga katanya, telah termaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan."Walau demikian, dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian pelbagai kaum dan agama,"kata kenyataan itu.PAS turut menjelaskan bahawa berdasarkan kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenarkanuntuk digunakan oleh agama Samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Namun, penggunaannya secara salah dan tidak bertanggungjawab harus dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini.Sehubungan itu, PAS dengan tegas menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat di negara ini."PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan di jamin oleh Islam," katanya lagi..

Turut hadir dalam mesyuarat sebelum itu Presiden PAS,Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh.Pendirian tersebut juga dibuat selepas mengambil kira semua faktor termasuk melihat kepada pandangan semua pihak sebelum ini.Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald, menggunakan perkataan Allah sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris.


Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan tersebut.Keputusan ini menimbulkan reaksi negatif daripada pelbagai pihak termasuk 13 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertindak membuat laporan polis sebagai membantah tindakan majalah milik aktivis Kristian itu.

Antara NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B.Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.Hari ini, KDN akan memfailkan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu yang dibuat pada 31 Disember.

KENYATAAN PENUH

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.
PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.
PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.-4/1/2010
~~"Maka mengapa kamu (terpecah) menjadi dua golongan dalam (menghadapi) orang-orang munafik, padahal Allah telah mengembalikan mereka (kepada kekafiran), disebabkan usaha mereka sendiri? Apakah kamu bermaksud memberi petunjuk kepada orang yang telah dibiarkan sesat oleh Allah? Brang siapa disesatkan oleh Allah, kamu tidak akan mendapatkan jalan (untuk memberi petunjuk) baginya " [surah An-Nisa' 4: 88]
Sunday, January 3, 2010

,,>Ada tak ustazah nak kahwin dengan ENGINEER?<,,


"Adakah perempuan biasa tak layak utk mendapat ustaz?"-statement 1
"Ada ke ustaz yang nak kat engineer?"-statement 2

Dua buah statement yg berbeza lafaz,tapi maksudnya sama.Utk pengetahuan pembaca sekalian,saya terbaca keyataan berikut di status sorg sahabat di facebook.(dirahsiakan!)

Saya tertarik dgn soalan-soalan ini kerana terdapat perkataan ustaz.Siapakah ustaz?umumnya,ustaz diertikan sbgai org berilmu yg mengajar di masjid,di pondok atau di sekolah.

statement 1 memberi maksud seolah-olah ustaz itu hanya layak untuk seorang ustazah dan tidak layak bagi org biasa.Statement kedua pula mengambarkan seolah-olah ustaz tidak berminat dengan perempuan yang bukan ustazah.

Persoalannya,mengapa mereka mahukan ustaz?

Jawapannya mudah kerana gelaran ustaz sinonim dengan baik, taqwa, penyayang, bertanggungjawab dan berilmu.Ustaz juga dianggap sbgai golongan mulia di dalam masyarakat.Jika ada sebarang masalah berkaitan agama,pasti ustaz akan dijadikan sumber rujukan.

(ustaz kecil.hehe)

Roh dan jasad manusia mmg sifatnya suka kepada kebaikan.Maka mereka akn mudah tertarik dgn org-org yg baik seperti ustaz.

Kalian pernah tak membaca satu ayat drpd Quran",..sesungguhnya org yang mulia di sisi Allah ialah orang yg paling bertaqwa..".Dalam ayat ini Allah telah perincikan kpd kita,siapakah yang kita patut muliakan dan siapa yang kita tak patut muliakan.

Sebagai orang awam,saya sedikit terkilan dgn sikap sesetengah anggota masyarakat yg menilai manusia dgn kelulusan.Manusia akan dianggap mulia jika dia lepasan universiti luar negara.Manusia akan dianggap mulia jika dia memegang ijazah,master atau Ph.D atau apa-apa sijil.Adakah ini cara kita memuliakan manusia? (soalan ini kembali kpd penulis)

Salah satu adab sesama manusia ialah dgn memuliakan ulama,menghormati orang tua dan menyayangi kanak-kanak.Siapakah ulama yg Nabi suruh kita muliakan mereka?

Ulama ialah org-org yg mahir dengan Quran dan dekat dengan sunnah.Merekalah org yg paling menyerupai Baginda.Allah sudah tetapkan,manusia yang berjaya ialah manusia yg dapat taat segala perintah Allah dan dapat ikut semua sunnah Baginda.Mereka inilah yang patut kita muliakan sebenarnya.

Ada ramai ustaz yang kelulusan akademik mereka ternyata hebat,tetapi ternyata tak sedikit ustaz yg tak bertaqwa.Ramai juga yg tidak mempraktikkan ilmu yg mereka belajar 5 tahun di unversiti dalam kehidupan mereka.Ramai juga ustaz yg terang-terang menyokong ajaran sesat sekular.Ramai juga ustaz yg menggunakan ilmu mereka untuk menyesatkan orang lain dgn kata-katanya dan tidak sedikit pula ustaz-ustaz yg berjaya memecahkan silaturrahim umat islam.

Orang yg berilmu tak semestinya ustaz kerana org yg berilmu hendaklah benar ilmunya!Ilmu yg benar terasnya hidayah dan taufik.Dgn ilmu ini,kita bisa membezakan haq dan batil.Dengan ilmu juga kita tahu apa perintah Allah dan kita taat.Dgn ilmu juga kita tahu apa sunnah Nabi lalu kita ikut semuanya.

Pernah anda dengar ungkapan seorang tokoh yg berilmu,'Nabi Muhammad berjanggut kerana di zaman Baginda tiada gillet(pisau pencukur)' atau pernah dengar,'jika kita laksanakan hudud maka pasti org ramailah yg kudung tangan.Lepas tu nak kerat apa?kaki?lepas tu kerat apa lagi?..'(lebih kurang begitulah kata-katanya)

Ada satu kisah benar diceritakan oleh seorang doktor.Di hospital,dia banyak mengalami kes kematian pesakit.Pernah ditanya kpdnya sepanjang puluhan tahun dia mentalkinkan org mati,ada tak org yg mati sempat ucap kalimah Lailahaillallah.Beliau menjawab hanya seorang budak mat rempit sahaja yg boleh mengucap kalimah agung ini dan bila diperiksa ternyata mat rempit ini menyimpan miswak(kayu sugi) di dalam koceknya.

Allah memuliakan mat rempit kerana budak tu cinta kpd sunnah nabi.

Org yg berilmu mesti tahu bahawa sunnah membawa kejayaan.Apa yg Nabi s.a.w buat atau sabdakan,semuanya datang drpd Allah.Kita manusia yg kononnya berilmu banyak pula mempertikaikan sunnah Baginda.Ketahuilah,antara fadhilat bersiwak ialah mudah utk mengucapkan kalimah Lailahaillallah sblm mati dan yakinlah,wajib syurga bagi mereka yg berjaya mengucapkan kalimah agung ini.

Orang yg berilmu pasti tahu dakwah itu wajib.Tapi berapa ramai yg sanggup tiru Baginda Nabi s.a.w dan para sahabat r.a yg siang-siang mereka seperti singa,mengajak manusia meningglkan taghut serta mengisbatkan Allah,dan malam-malam mereka seperti tikus yg merintih bermunajat moga Allah kurniakan hidayah kpd setiap manusia terutama diri mereka.Sedangkan tidak sedikit ustaz yg hanya melihat kemungkaran dilakukan di hadapan mereka!Sedangkan mereka ada mulut untuk menegur dan mereka ada 'baju besi' utk menghalang panah!

Kesimpulannya,Allah telah menetapkan kejayaan kita dgn sejauh mana kita taat semua perintah Allah dan ikut sunnah Baginda s.a.w.Mendapat gelaran ustaz itu tidak menjadikan seseorang itu mulia disisi Allah.Sebaliknya tahap ketaqwaan itulah yg patut kita gunakan sbgai kayu ukur nilai kemulian seseorang.Mahukan suamimu ustaz?lebih baik jika kamu cari orang yang bertaqwa.

'Perempuan-perempuan yg keji untuk lelaki yg keji sedangkan perempuan yg baik utk lelaki yg baik...'(An-nur ayat 26)

P/S-->maaf jika post kali ini agak kasar.Sekadar utk menjadi peringatan kpd diri saya sendiri.Semakin kita berilmu,semakin kita dekat dgn fitnah.



~~^^patutnya tajuk untuk di blog ni kena ubah sikit, jadi ",,>Ada tak USTAZ nak kahwin dengan ENGINEER?<,,"

~~sekadar perkongsian buat semua....^^,
Monday, December 7, 2009

,,>Keajaiban subuh berjemaah<,,

SEORANG penguasa Yahudi berkata: "Kami baru takut terhadap umat Islam jika mereka telah melaksanakan solat subuh seperti melaksanakan solat Jum'at." (Buku Misteri Solat Subuh oleh Dr Raghib As-Sirjani).

"Sungguh masjid-masjid di seluruh penjuru dunia ini merintih pedih dan mengeluh kepada Allah kerana dijauhi oleh majoriti kaum muslimin ketika solat subuh sedang dilaksanakan. Kalau bukan kerana ketentuan Allah bahawa benda-benda mati itu tidak bisa bicara, tentu manusia dapat mendengar suara rintihan dan gemuruh tangis masjid-masjid itu mengadu kepada Rabbnya Yang Agung". (Buku Keajaiban Solat Subuh oleh Dr. Imad Ali Abdus Sami Husain).

Dibalik pelaksanaan solat subuh, tersimpan rahsia yang menakjubkan. Banyak permasalahan yang bila dirujuk, bersumber dari pelaksanaan solat subuh yang dipandang ringan. Itulah sebabnya, para sahabat Nabi SAW berusaha sekuat tenaga agar tidak kehilangan waktu emas itu. Pernah suatu ketika mereka terlambat solat subuh dalam penaklukkan Benteng Tsatar. "Tragedi" ini membuat sahabat seperti Anas bin Malik selalu menangis bila mengenangnya.

Menurut sejarah, kejayaan lahir dan batin umat Islam zaman dahulu karena mereka yang melaksanakan solat subuh seperti yang ditakutkan oleh penguasa Yahudi di atas yaitu jemaahnya sama seperti solat Jum'at. Pada zaman salafus sholih, masjid-masjid selalu penuh sesak dengan orang-orang yang menunaikan solat subuh seperti tidak ada bezanya dengan saat mereka menunaikan solat Jum'at. Keadaan ini masih terlihat di tanah suci Makkah dan Madinah saat ini. Pantaslah di sana kehidupan masyarakatnya makmur, relatif aman dan harga keperluan hidup stabil sejak puluhan tahun yang silam. Misalnya harga telur, apel, ayam, pisang dan udang tetap tidak berubah sama dengan saat ini.

Sangat sayangnya Rasulullah SAW kepada pengikutnya, sampai beliau berdoa: "Ya Allah berkatilah umatku selama mereka senang bangun subuh". Dan dalam hadis lain beliau menjamin bila orang senang bangun subuh maka rezeki dan hidupnya akan berkah seperti sabda Rasulullah SAW: "Berpagi - pagilah kamu mencari segala keperluan atau hajat, karena sesungguhnya diwaktu pagi itulah terdapat berkah".

Kenapa maka solat subuh itu memperoleh perhatian utama? Sebab Allah SWT sendiri telah menegaskannya dalam Al Quran: "Dan (dirikanlah pula solat subuh). Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat)". ( Al Isra (17) ayat 78 ).

Salat subuh memang merupakan tolok ukur keimanan seseorang. Jika ada seorang mukmin-walaupun ia kerap puasa, tilawah Al Quran, berzikir atau bahkan ia seorang ustaz sekalipun, namun ia masih merasa berat untuk bangun menghadiri solat subuh berjemaah di masjid, maka ia harus banyak bermuhasabah, jangan-jangan ia termasuk dalam katagori sabda Rasulullah SAW : "Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isya dan solat subuh" (HR.Ahmad), demikian antara lain komentar Dr Imad Ali Abdus Sami Husain dalam bukunya "Keajaiban Salat Subuh". Hal senada juga diungkapkan oleh Dr. Raghib As-Sirjani, seperti dikatakannya: "Seorang ustaz yang tidak menjaga solat subuh dalam berjemaah, tetapi dia berbicara dan berceramah dalam sebuah majlis tentang tegaknya agama Allah dimuka bumi, Naif !".

Dasar kenyataan kedua ulama dan penulis Timur Tengah di atas, sudah pasti peristiwa yang terjadi di zaman Rasulullah SAW. Sebab bila beliau meragukan keimanan seseorang maka Nabi SAW akan menelitinya pada saat solat subuh. Apabila beliau tidak mendapati orang tadi solat subuh, maka benarlah apa yang beliau ragukan dalam hati. Ubai bin Ka'ab berkata: "Rasulullah SAW pernah solat subuh, kemudian berkata, 'Apakah kalian menyaksikan bahwa si Fulan solat?' Mereka menjawab, ' Tidak '. Beliau berkata lagi , ' Si Fulan ? '. Mereka menjawab , ' Tidak '. Maka Nabi Mulia itu berkata: "Sesungguhnya dua solat ini (subuh dan Isya) adalah solat yang berat bagi orang-orang munafik. Sesungguhnya, apabila mereka mengetahui apa yang ada dalam solat subuh dan isya, maka mereka akan mendatanginya, sekalipun dengan merangkak. (HR. Ahmad dan An-Nasai). Ibnu Umar RA pun berkata: "Ketika kami tidak melihat seseorang dalam solat subuh atau isya, kami langsung berperasangka buruk kepadanya." Dan ujar Imam Malik lagi : "Batas antara kita dengan orang-orang muanfik adalah menghadiri solat isya dan subuh, sebab orang-orang munafik tidak sanggup menghadiri kedua salat tersebut".

Diceritakan satu ketika Rasulullah SAW solat subuh di masjid Nabawi. Begitu pulang beliau mendapati putrinya Siti Fatimah masih tidur. Maka beliau pun membalikklan tubuh Fatimah dengan kakiknya, kemudian berkata: "Hai Fatimah, bangun dan saksikanlah rezeki Robbmu, karena Allah SWT. membagi-bagi rezeki para hamba antara salat subuh dan terbitnya matahari". ( HR.Baihaqi ).

Dilain waktu Rasulullah SAW menjadi imam solat subuh, Beliau tidak melihat Ali bin Abi Thalib RA. Khawatir menantunya ini sakit, beliau langsung menuju rumahnya. Ketika bertemu dengan Siti Fatimah, mendapat penjelasan bahwa sangat asyiknya Ali, suaminya beribadah malam, maka solat subuh dilakukan di rumah. Rasulullah SAW kemudian berkata: "Solat subuh yang dilakukan secara berjemaah (di masjid), lebih bagus daripada ibadah yang dilakukan seseorang sepanjang malam di rumah".

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim bahwa Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang melaksanakan salat isya secara berjemaah , maka ia seperti salat malam separuh malam. Dan barangsiapa yang melaksanakan salat subuh secara berjemaah, maka ia seperti salat malam satu malam penuh". Sehingga Ibnu Umar RA pun menegaskan: "Sungguh, aku bisa melaksanakan salat subuh secara berjemaah, itu lebih aku sukai daripada salat malam semalam suntuk". Sudah pasti yang paling baik adalah istiqamah salat malam di rumah sesuai kemampuan dan ditutup dengan salat subuh secera berjemaah di masjid..
Wallahualam.**
Saturday, November 14, 2009

,,>Dedikasi Buat Adikku<,,


credit to ummijannah.blogspot.com


PEPERIKSAAN…OOO…. PEPERIKSAAN
www.iluvislam.com
Oleh : NJ maniac
Editor: naadherah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


“Macam mana ni,peperiksaan dah dekat sangat. Ana tak habis ulangkaji lagi.. Habislah ana.. mesti tak dapat jawab. Gagallah ana nanti..”

“Peperiksaan?... ala.. Janganlah cakap tentang hal ni.. saya takut..”

“Mestilah belum bersedia.. Aku rasa kalau aku cuba sedaya upaya pun, aku tahu, tak akan sempat aku habiskan ulangkaji semua subjek tu…”

Inilah luahan-luahan yang sering dan mungkin selalu kita dengar apabila menjelangnya peperiksaan. Apabila menjelang peperiksaan, hati semakin berdebar-debar.

Tahap kerisaun mula meningkat. Pemikiran pun mulalah memikirkan pelbagai perkara-perkara negatif yang mungkin akan terjadi. Pemikiran itu kemudiannya pula ditafsirkan oleh otak dan diubah kepada gambaran-gambaran.

Ana, yang juga merupakan salah seorang mahasisiwi amat memahami keadaan yang digambarkan di atas dan turut jua melaluinya.

Peperiksaan adalah lumrah kehidupan. Kita sememangnya tidak dapat melarikan dirinya. Walau apapun jua, jika kita masih lagi memegang “title” sebagai seorang pelajar atau mahasiswa,mahasisiwi, peperiksaan itu memang tidak dapat dielakkan.

Ya,benar, kita tidak dapat lari darinya, tetapi, tidak mustahil kita tidak dapat mencuba untuk menghadapinya dengan sebaik-baik kemampuan kita. Peperiksaan bukanlah sebuah beban.

Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari.

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
( surah Al-Asr: 1-3)

Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja.

Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai.

Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.

Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan.

Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi.

Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita.

Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran.

Sesunggunhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta.

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya.
Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru.

Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri.

Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya.

Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan.

sumber:
http://www.iluvislam.com/


~dedikasi khas buat Adikku, Nur Hidayah Izwar Arfani...SBPIK, SPM 09..18 November 2009
..SElamat berjuang ye..do the best...^^,


,,>Langkah Tercipta<,,

Semalam aku kelukaaan
Kecewa kehambaan mencalar ketabahan
Mimpi yang sering ku harapkan
Mejadi kenyataan
Namun tak kesampaian

Allah...
Ingin ku hentikan
Langkah ini
Bagai tak mampu
Untuk ku bertahan
Semangat tenggelam
Lemah daya harusku aku merana
Namun jiwa ku berbisik
Inilah dugaan

Dan mataku kini terbuka
Pada hikmah dugaan
Uji keimanan
Dan bila dilontarkan ujiaan
Diluar kekuatan setiap diri insan

Allah...
Pimpinlah diri ku
Untuk bangkit semula
Meneruskan langkah
Perjuangan ini
Cekalkan hati
Dan semangatku
Kurniakan ketabahan...

Agar mimpi jadi nyata
PadaMu ku meminta
Daku mohon Agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu…

musyid: UNIC
album: Langkah Tercipta

Tuesday, November 3, 2009

,,>Seperti Biasa<,,

Alhamdulillah… syukur ke hadrat Ilahi. Masih lagi dapatku bernafas di saat dan ketika ini. Selawat dan salam kepada orang yang mulia lagi diagung-agungkan, Rasulllah s.a.w. Dengan perjuangan dan pengorbanan baginda hingga ke saat ini dapat kita rasakan Islam dan Iman. Itulah permata yang bukan sembarangan. Permata yang dapat menyelamatkan kita dari penderitaan di dunia dan akhirat..

Inilah permata yang hendak kita gali dan cari tetapi bukan di dasar laut dan dasar bumi tetapi kita kena menempuhi jalan-jalan mujahadah yang dilalui oleh para salafusoleh zaman dahulu..insya Allah.


Alhamdulillah..seperti biasa, posting berkisar tetang kisah ini yang selalu srikandi bicarakan. Hampir setiap semester. Bagi naik semangat sedikit untuk meneruskan kehidupan. Ya, sahabat-sahabat, teruskan perjuangan kalian…

Sekarang fatrah final examination Semester 1 09/10. Tapi sem ni srikandi start exam lambat sedikit. Orang lain dah nak habis exam, tapi srikandi baru nak start. Tak pe, insya Allah, ada keberkatan, amin.

Hurm exam tak start lagi, tapi otak dah terfikir perancangan untuk cuti kali ini. Habis exam, balik Kuantan, nak shopping dengan sahabat kesayangan srikandi (tunggu ye Sya^^,), buat baju raya (raya haji nak dekat dah kan^^,), bagi tutorial untuk adik yang nak SPM(siap r..tunggu adah balik nanti=]), lepas tu join program anak angkat (insya Allah, jika dapat green-light dari Ma & Abah).


Semester ini merupakan semester yang paling banyak projek yang perlu di buat (setakat ni, tapi lepas2 ni mesti lagi banyak.huhu..). Boleh dikatakan each subject ada project. Bila ada project, mesti kena buat discussion, kena hantar report each two weeks, final report dan presentation. Alhamdulillah, srikandi berjaya melakukan semuanya dengan kerjasama yang dari sahabat-sahabat satu project yang sangat memahami..dan pastinya pertolongan dariNya. Terima kasih Ya Allah, atas rahmat dan kasihMu yang tidak terilai buat setiap hamba-hambaMu.


Senarai project SEM 1 09/10 (tarikh presentation):

1- Project ECE Lab II- Digital Logic Design : 4 Sept 09

~Advance Traffic Light

2- Presentation CCFM (Parenting & Family Management) : 14 Oct 09

3- Project Data Structure & Algorithm Design : 24 Oct 09

4- Project Multimedia Technology : 26 Oct 09

~ ni website project srikandi. Jemput lawat ye.link

~Dr Shibab memang best…

5- Project ECE Lab I – Circuit Analysis : 26 Oct 09

~hari nak present, baru print poster. Project ni paling succeed, kami dapat the Best Group from Dr Sheroz Khan^^,. Thanks a lot Sir.

~walaupun srikandi ada dua presentation pada hari tersebut..

Bersama instructor kami yang very sproting, Kak Arfah

6- Project Math 4 : 30 Oct 09


Antara peristiwa yang berlaku dalam semester ini:


~Berkat bulan Syawal ^^,…28 Syawal 1430..Alhamdulillah..

Selepas majlis, ber'skype' dengan family Kak Ti diJOrdan


~ AGM ENGINIUS XV & Hari Raya Celebration,9am..23 October 2009..Kenangan Terindah..


~ AGM Ma’ruf Club, 8.45pm..23 October 2009..habis AGM ENGINIUs, prepared for AGM MC plak…

Bergambar selepas habis AGM..(ada seorang ni budak Account, nak sangat amek gambar depan bank..kami join je la…)


~Trip To Nilai, 31 Ocotber 2009.. first time sampai Nilai..teruja sangat (Alhamdulillah selamat sampai, walaupun driver seorang je^^,)……..sempat shopping di Niali Square.

Pandangan dari Mahallah Ummu Salamah, Pusat Asasi UIAM Kampus Nilai, NS


Last but not least, Selamat Mengulangkaji buat semua sahabat-sahabat…


“Ya Allah, sekiranya kegagalanku membawa fitnah pada Islam dan perjuangan, maka Kau cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara. Dan sekiranya kejayaanku membuatku jauh dari Islam dan perjuangan, maka Kau lebih berhak menentukan selayaknya untukku, kerana aku imani, tiada apa yang Kau takdirkan sia-sia melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya..amin”





Saturday, October 24, 2009

,,>Dalam Kenangan<,,


~maaf..srikandi masih dalam keadaan yang tidak stbil..Insya Allah, after settle all things, srikandi will present..doakan srikandi..dalam fatrah menghampiri Final Exam Sem 1 09/10..dan semakin hampir ke duedate project-project & presentation.. ^^,

,,^Sharing Is Caring^,,