Setiap kali mendapat nikmat
Jarangku sedari itu pemberianMu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelahku sahaja
Setiap kali ditimpa musibah
Ku mengeluh risau tertambah gelisah
Hingga terlupa padaMu Allah
Tempat kembali segala masalah
Oh Tuhan Yang Maha Penyayang
Leraikanlah hatiku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan
Kurnikanlah kepadaku ketabahan
Singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinarMu berikan pedoman
Hanya padaMu segala ketetapan
Seandainya diri ini
Mampu meraih cinta dan keredhaanMu
Seandainya akulah insan yang terpilih
Ini hidupku…
“Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata, “Sesunguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku.” Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui”
Surah Az-Zumar, ayat 49
0 comments:
Post a Comment