Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Friday, January 25, 2008

,,> Penuntut Yang Rugi <,,

PENUNTUT YANG RUGIDaripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang belajar ilmu pegetahuan dari jenis ilmu yang sepatutnya dipelajari hanya untuk mencapai keredhaan Allah SWT (iaitu ilmu agama), tetapi ia mempelajari ilmu tersebut tidak lain tujuannya kecuali hanya untuk mencapai sesuatu tujuan keduniaan, maka orang yang sedemikian tadi tidak akan mencium bau syurga.”Hadith Riwayat Abu DaudKeteranganIlmu Agama adalah ilmu yang termulia sekali, kerana dengan ilmu inilah manusia mengenali Tuhannya dan mengetahui bagaimana cara-cara untuk beribadat dan memperhambakan diri kepada Allah SWT. Yang menciptakannya dan dengan ilmu inilah mereka akan dapat menyelamatkan diri daripada api neraka dan akan dapat melayakkan diri mereka sebagai penghuni Syurga.Jadi ilmu agama ini adalah ilmu yang menjambatani antara dunia yang fana’ ini supaya seseorang dapat menyeberang ke negeri Syurga yang tidak dapat ternilai harganya. Maka kalau ada seseorang yang menggunakan ilmu yang mulia ini hanya untuk mencari harta benda dunia yang sebenarnya tidak bernilai di sisi Allah SWT, maka ia telah menyalahgunakan suatu anugerah besar yang telah dikurniakan oleh Allah SWT, dan patutlah Allah SWT memurkainya dan menghalangnya...
Wednesday, January 9, 2008

,,> Rahsia Lima Jari <,,

"Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan disebalik jari yang lima.Cuba perhatikan perlahan-lahan jari kita. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Bukankah ia membayangkan kewajipan solat lima waktu?Jangan diabaikan peringatan itu.Jika diabaikan seolah-olah kita kehilangan salah satu jari. Pastinya kehilangan itu menjadikan kita tidak sempurna dan banyak nikmat yang terlepas untuk dinikmati.Jari Kelingking Bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil. Ia memberitahu kita bahawa manusia atau apa sahaja makhluk harus bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.Itulah fitrah insane dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan harus bermula daripada kecil.Saat ini ia mengingatkan kita pada usia kanak-kanak. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang melarat di masa hadapan kelak.Jari Manis Pergi pula kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi apabila disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tidak terkira.Ketika ini kita di alam remaja. Awas! Di usia ini kita sentiasa dibelenggu dengan pelbagai...

,,^Sharing Is Caring^,,