~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Saturday, November 8, 2008

,,,>Pengertian Hati<,,,






Di dalam kitab Imam al-Ghazali iaitu Ihya Ulumiddin menceritakan peihal kemahuan hati. adapun yang dikatakan kemahuan hati atau kecenderungan hati itu ialah mencintai Allah, mengenal Allah dan beribadah kepada Allah s.w.t dan juga kecenderunan hati itu ialah berhikmah.

Semua bentuk kemahuan dan kecenderungan hati ini adalah sifat semulajadi manusia yang juga merupakan perintah Allah s.w.t. Buktinya bahawa hati atau jiwa manusia ini cenderung kepada berhikmah, mengenal Allah dan beribadah kepadaNya ada dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran,


Ertinya :
“Bukankah aku ini Tuhan kamu? (Roh menjawab) Ya, bahwasanya kami naik saksi bahawa Kamu adalah Tuhan kami”
(Al-A’raf: 172)

Sebelum Allah s.w.t memasukkan roh kita ini ke dalam tubuh-tubuh kasar manusia, Allah s.w.t terlebih dahulu menanyakan kepada roh-roh tentang pengakuan Allah s.w.t sebagai Tuhan mereka. Apa yang dijawab oleh roh-roh itu jelaslah kepada kita bahawa kecenderungan hati naluri manusia untuk mengenali Allah dan beribadah kepadaNya memang sudah ada di dalam hati manusia sejak azali lagi.

Hal ini samalah kita ibaratkannya seperti rasa ingin makan dan minum yang ada pada diri manusia. Ia adalah fitrah yang telah sedia ada ketika manusia itu lahir ke dunia. Ia dikatakan fitrah adalah kerana tabiat itu tidak perlu dipelajari. Seperti anak-anak baru lahir, dia ingin minum dan makan tanpa diajar.

Cuma rasa ingin makan dan minum pada fitrah itu agak terbatas pada peringkat bayi kerana pada ketika itu mereka hanya sekadar inginkan minum susu sahaja. Setelah dia meningkat dewasa maka fitrahnya semakin luas dan kemahuannya juga turut berkembang.

Fahamlah kita bahawa rasa cinta kepada Allah s.w.t, rasa mengenal Allah dan ingin beribadah kepadaNya, semua itu lahir dengan sendirinya tanpa dipelajari ataupun diusahakan. Cuma yang perlu dipelajari ialah cara-cara bagaimana hendak menyembah Allah s.w.t atau mengadbikan diri kepada Allah s.w.t seperti sembahyang, berzikir, berpuasa dan sebagainya.



Jadi, jelaslah kepada kita bahwa tabiat semula jadi hati atau jiwa manusia adalah berhikmah, ingin beribadah kepada Allah dan mencintai Allah s.w.t. Hikmah disini iaitu suatu keadaan yang membuatan seseorang itu melakukan segala yang betul dan menghindari daripada kesalahan.

Hikmah itu pula adalah gabungan di antara ilmu, amal serta akal dan jiwa yang takut kepada Allah s.w.t. Manakala yang dimaksudkan dengan ibadah di sini ialah tunduk dan patuh segala perintah Allah s.w.t iaitu perintah suruh yang berbentuk fardu ain dan sunat dilakukan dan perintah larang yang berbentuk haram dan makruh di jauhi.

Kemahuan dan kecendurangan hati telah kita fahami sebagaimana yang telah kita huraikan tadi, tetapi tiba-tiba hati yang ingin mencintai Allah .s.w.t dan ingin beribadah menjadi bosan dan jemu untuk berbuat demikian. Ini sudah tentu ada sebab terjadinya gejala itu.

Dari sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Di dalam diri manusia ada seketul daging, jikalau daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak itulah hati”

Jelaskah kepada kita bahawa sifat-sifat yang terpuji itu datangnya dari hati yang baik. Kalau sifat ini baik, maka seluruh anggota kita seperti mata kita akan memandang perkara-perkara yang dibenarkan syariat, lidah kita akan memperkatakan sesuatu yang hak dan seumpamanya.

Sebaliknya, kalau hati itu jahat, maka hati itu akan membawa dan menghala anggota lahir kepada kejahatan. Dan setiap kejahatan itu adalah dimurkai oleh Allah s.w.t.

Hati yang baik itu tertanam dengan sifat-sifat ahmudah dan hati yang baik itu dikatakan pintu-pintu yang terbuka untuk ke syurga. Ini adalah kerana dari hati yang baik, akan mendorong manusia itu membuat perkara yang baik-baik. Maka seluruh anggota lahir manusia itu akan membuat baik sama ada kebaikan yang dilakukan itu ada hubungan dengan Allah s.w.t atau kebakan itu ada hubungan dengan manusia.

Setiap kebaikan dua hubungan ini, Allah sw.t akan membalasnya dengan nikmat syurga di akhirat kelak. Mereka akan mengecap nikmat syurga yang banyak. Wallahu a’lam.

Akan bersambung pada post seterusnya...>Siri Penaklukan Akhirat::Pedoman Menuju Hati Sejahtera<

Rujukan : Penawar Bagi Hati karya Abdul Aziz Ismail

0 comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

,,^Sharing Is Caring^,,