Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Wednesday, June 18, 2008

>,,Hikmah Kembara,,<

Sekadar berkongsi...Hasil dari pembentangan subjek Bahasa Melayu Untuk Kejuteraan SEM 2 07/08. Tajuk pembentangan Madu Lebah Dan Khasiatnya, di akhir pembentangan kami tayangkan video maker ini..harap dapat memberi conclusion yang baik untuk semua... Ada sebahagian di antara sahabat ana yang sekelas, menyatakan mereka tak nampak mana kaitannya dengan tajuk pembentangan ana dan sahabat sekumpulan ana...Bila difikirkan betul jugak apa yang sahabat ana katakan, nasib baik ada jugak gambar lebah dan sarang lebah.. Tetapi waktu inilah kami mengambil peluang untuk menyampaikan sesuatu walapun masa agak tidak mencukupi. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang kami lakukan untuk menyampaikan sesuatu kebaikan... Di sini kami ingin tekankan setiap penciptaan Allah ada hikmahnya dan tanggungjawab masing-masing. Ibarat bulan dan matahari yang setiap hari berpusing di atas orbitnya sendiri tanpa jemu. Kita juga sebagai manusia ada tanggungjawab dan tuas masing-masing. Tanggungjawab sebagai anak, pelajar, sahabat, hamba Allah dah khalifah...

>,,Hari Ini Milikmu,,<

Apabila aku berada di pagi hari,janganlah menunggu waktu petang,kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup.Oleh kerana itu,aku tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala keburukan dan kebaikan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.Hari yang saat ini mataharinya menyinari aku, dan siangnya menyapa ku,membuatku mampu memandang alam sekitar. Itulah hari aku dan kamu,maka manfaatkanlah hari itu sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup aku dan kamu hanya hari ini saja atau seakan-akan kita dilahirkan hari ini dan akan mati pada hari ini juga.Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan semua manusia,sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan,masa lalu dengan berbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi masa itu,dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan acapkali menakutkan.Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti untuk satu hari ini saja. Dan pada hari inilah,aku harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyuk membaca dan memahami Al-Quran secara mendalam,merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati,keseimbangan dalam segala hal,keindahan dalam akhlak,kerelaan dengan semua yang Allah berikan,perhatian terhadap alam sekitar,perhatian terhadap...

,,^Sharing Is Caring^,,