Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Monday, January 25, 2010

,,>Hati dan Lisan<,,

www.iluvislam.commyrayeditor : everjihadIbnu Jarir Dalam tafsirnya "At-Thabari" menyebutkan bahwa dahulu ada seorang budak Habasyi (Etiopia) yang berkulit hitam legam, lalu tuannya berkata padanya: "Wahai budakku, sembelihlah kambing ini, lalu keluarkanlah dua organ tubuhnya yang paling baik"Maka diapun menyembelih kambing tersebut lalu dia keluarkan lidah dan hatinya, maka si tuan pun terdiam beberapa saat, kemudian dia kembali berkata: "Sekarang sembelihlah kambing ini lalu keluarkanlah dua organ tubuhnya yang paling buruk, maka diapun menyembelih kambing tersebut lalu dia keluarkan lidah dan hatinya, maka si tuan pun berkata: "Aku telah memintamu untuk mengeluarkan dua organ tubuh yang paling baik lalu kamu pun mengeluarkan lidah dan hati, kemudian aku memintamu untuk mengeluarkan dua organ tubuh yang paling buruk lalu kamu pun mengeluarkan lidah dan hati?" Maka budak itu pun menjawab: Kerana sesungguhnya tidak ada organ tubuh yang lebih baik dari keduanya jika keduanya baik, dan tidak ada organ tubuh yang lebih buruk dari keduanya jika keduanya buruk".Sungguh.. !Apa yang telah dilakukan oleh budak tersebut sangatlah benar, dia telah memilih lidah dan hati sebagai organ tubuh yang paling baik sekaligus juga yang paling...
Wednesday, January 13, 2010

,,>Konspirasi Dunia- Bulan Sabit dan Bintang Lambang Islam?<,,

Adakah ini lambang sebenar Islam? Bagaimana umat Islam disihir dengan dahsyatnya pada zaman sekarang? Sila baca artikel ini selanjutnya untuk mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku di sekeliling kita.Saya mulakan artikel ini dengan petikan ayat dari Al-Quran.Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya...
Tuesday, January 5, 2010

,,>Jangan Kerilukan Atau Politikkan Kalimah ALLAH<,,

KUALA LUMPUR, 5 Jan: PAS memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak menyalahgunakan perkataan Allah bertujuan untuk mengelirukan atau menjadikan isu tersebut sebagai politik murahan mendapat sokongan rakyat.Pendirian PAS itu dibuat Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melalui satu kenyataan yang dibaca Ketua Penerangan, Idris Ahmad selepas mesyuarat khas Lajnah Politik bersama Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.Bagaimanapun PAS ujar Abdul Hadi, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakanpilihan sendiri.Prinsip kebebasan beragama juga katanya, telah termaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan."Walau demikian, dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian pelbagai kaum dan agama,"kata kenyataan itu.PAS turut menjelaskan bahawa berdasarkan...
Sunday, January 3, 2010

,,>Ada tak ustazah nak kahwin dengan ENGINEER?<,,

sumber dari : http://iqbalsyarie.blogspot.com"Adakah perempuan biasa tak layak utk mendapat ustaz?"-statement 1 "Ada ke ustaz yang nak kat engineer?"-statement 2Dua buah statement yg berbeza lafaz,tapi maksudnya sama.Utk pengetahuan pembaca sekalian,saya terbaca keyataan berikut di status sorg sahabat di facebook.(dirahsiakan!)Saya tertarik dgn soalan-soalan ini kerana terdapat perkataan ustaz.Siapakah ustaz?umumnya,ustaz diertikan sbgai org berilmu yg mengajar di masjid,di pondok atau di sekolah.statement 1 memberi maksud seolah-olah ustaz itu hanya layak untuk seorang ustazah dan tidak layak bagi org biasa.Statement kedua pula mengambarkan seolah-olah ustaz tidak berminat dengan perempuan yang bukan ustazah.Persoalannya,mengapa mereka mahukan ustaz?Jawapannya mudah kerana gelaran ustaz sinonim dengan baik, taqwa, penyayang, bertanggungjawab dan berilmu.Ustaz juga dianggap sbgai golongan mulia di dalam masyarakat.Jika ada sebarang masalah berkaitan agama,pasti ustaz akan dijadikan sumber rujukan.(ustaz kecil.hehe)Roh dan jasad manusia mmg sifatnya suka kepada kebaikan.Maka mereka akn mudah tertarik dgn org-org yg baik seperti ustaz.Kalian pernah tak membaca satu ayat drpd Quran",..sesungguhnya...

,,^Sharing Is Caring^,,