Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Thursday, December 9, 2010

,,>Perkataan Syukur Yang Dilupai<,,

Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang MuslimYa Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarangYa Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarangYa Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarangYa Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikalYa Allah..Alhamdulillah, aku ada rumahYa Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapaYa Allah..Alhamdulillah, aku dapat makanYa Allah..Alhamdulillah, aku dapat minumYa Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaianYa Allah..Alhamdulillah, aku ada kerjaYa Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolahYa Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan amanYa Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabatYa Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyakYa Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segarYa Allah..AlhamdulillahYa Allah..Alhamdulillah!Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat...
Wednesday, December 8, 2010

,,>"Takkan Ustazah tu, tak tahu?"<,,

Ramai Muslimah yang menutup aurat tetapi sebenarnya tidak menutup aurat. Perkara ini kelihatannya semakin berleluasa di kalangan para ustazah yang mempunyai pendidikan agama yang bukan setakat di sekolah rendah tetapi sudah sampai ke peringkat universiti. Malah sudah juga bergelar graduan pengajian Islam. Ia adalah sesuatu yang sememangnya tidak sedap di pandang mata. Ini kerana yang sudah tahu itu seolah-olah buat-buat tidak tahu. Malah tidak keterlaluan untuk dikatakan ia adalah satu fenomena yang amat mendukacitakan.Apabila seorang yang tahu dan faham dengan apa yang dikehendaki oleh syariat meletakkan diri umpama orang awam bagaikan satu musibah dalam institusi pembelajaran agama. Agama dicemarkan dan dirosakkan dengan pencampuran antara yang bukan agama dengan yang agama menyebabkan masyarakat Islam keliru yang mana satu agama dan yang mana satu bukan agama. Akhirnya masyarakat Islam yang seringkali cenderung beramal dengan amalan seorang agamawan itu melihat yang bukan agama itulah agama. Akibatnya timbullah kata-kata seperti ini: 'Ustazah tu pun pakai macam ni? Kalau agama kata tak boleh dan salah, kenapa dia pakai. Takkan ustazah tu tak tahu..." Sedih, bukan? Ketahuilah, semua ini berlaku dek kejahilan dan ketidakmahuan...
Monday, December 6, 2010

,,>[Membetulkan Kefahaman] Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun.. Haramkah membacanya??<,,

Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre Terbaca di beberapa blog dan forum baru-baru ini, memandangkan hampirnya kita memasuki tahun baru Hijrah, berkemundang sekali lagi seruan bahawa bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu bid'ah yang jelas haram di sisi Islam. Benarkan apa yang dihebohkan ini? Kalau benar mengapa saban tahun setiap jabatan agama negeri tidak pernah menghalang sambutan ini? Adakah tok mufti dan semua ustaz yang berada di setiap jabatan agama ni bersekongkol dalam kesesatan? Sama-sama kita kaji.. Biasanya apabila kita tidak mengetahui asas bagi satu masalah, maka kita akan mudah membuat keputusan yang salah. Asas dan sebab bagi satu masalah merupakan kunci bagi kita untuk mendapatkan jawapan bagi masalah tersebut. Di sini kita perlu mengkaji dua masalah. Mengapa dibaca doa akhir dan awal tahun. Seterusnya mengapa pula satu golongan lagi cuba untuk mengharamkan perbuatan ini. Asas pendapat pertama kita lihat dari sudut amalan para ulamak berkurun lamanya bukan sahaja di nusantara malahan di banyak lagi tempat di dunia, yang mengamalkan berdoa di akhir dan awal tahun. Apakah asas mereka? Jawapannya yang ringkas, bukankah kita semua mengetahui bahawa beredarnya bulan dan tahun ini merupakan tanda...

,,^Sharing Is Caring^,,