
Bismillahirahmanirahim...Alhamdulillah, memanjat setinggi-tinggi ke syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnianya masih diberi dua nikmat yang besar iaitu nikmat Iman dan Islam.Hari ni 29 Jun 2011 bersamaan 27 Rejab 1432HJom hidupkan kembali Jam Biologi Islami dalam Akal dan Jasad kita, jom cakna dgn peristiwa-peristiwa bersejarah Islam. ^_^Apa Signifikannya Israk dan Mikraj?Dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian.Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah Taala kepada baginda untuk memperlihatkan tanda-tanda keagungan dan kekuasaanNya.Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah Taala selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta. Sebagai umat Islam, kita perlu tahu ini.Sedikit maklumat mengenai peristiwa Israk dan Mikraj:Firman Allah SWT,Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.Surah Al-Isra’,...
