Tangisan Rasulullah Menggoncangkan Arasy Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yanghilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka adasesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diriseseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang."Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyikbertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf,sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunyamembaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satusudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullahs.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! YaKarim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakangdan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yangbelum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan!Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkank u, kerana aku iniadalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dankegagahanmu,...
