Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Friday, April 25, 2008

,,>2 Tabiat Bawa Ke Neraka<,,

2 Tabiat Bawa Ke Neraka.. Assalamu'alaikum wr wb ..Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut: "Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka: 1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah 2. Kamu kufurkan kebaikan suami" Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :1. Banyak beristighfar2. Banyak bersedekah.Keterangan: Yang dimaksudkan...
Wednesday, April 23, 2008

,,>10 Hadiah Allah Di Dunia Untuk Orang Bertaqwa<,,

10 Hadiah Allah Di Dunia Untuk Orang BertaqwaKehidupan orang-orang bertakwa sangat indah dan penuh keberuntungan.Di dunia lagi Allah (SWT) telah janjikan pelbagai `hadiah',sebagaimana digambarkan-Nya di dalam al-Quran…1. Sentiasa mendapat petunjuk"Mereka itulah (orang-orang bertakwa) yang tetap mendapat petunjukdari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung."(Al-Baqarah: 5)2. Diberi penyelesaian dari masalah"Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah (SWT) nescaya akandiberikan kepadanya jalan keluar." (At-Thalaq: 2)3. Dipermudah segala urusan"Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah (SWT) nescaya Allah (SWT)akan memudahkan baginya segala urusannya." (At-Thalaq: 4)4. Mendapat rezeki dari sumber tidak terduga"… dan memberinya (orang bertakwa) rezeki dari sumber yang tidakterduga." (At-Thalaq: 3)5. Dikasihi Allah (SWT) (dengan itu turut dikasihi malaikat dan manusia)"Sesungguhnya Allah (SWT) menghasihi orang-orang yang bertakwa." (AliImran: 76)6. Mendapat keberkatan dari langit dan bumi"Jika seluruh penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescayakami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi."(Al-A'raf: 96)7. Mendapat keselamatan, pertolongan dan perlindungan dari Allah (SWT)"Dan kami...
Monday, April 21, 2008

,,>Kami Ingin Mereka Menjadi Mukmin Sejati<,,

Seorang ayah dari Sabah berhijrah ke Johor kerana beliau melihat prospek pekerjaan yang lebih baik di sini. Dan setelah itu, dia memikirkan tentang masa depan anak-anaknya. Seraya ada perasaan kesal pada tutur katanya tentang kedhoiefan dirinya tidak berapa mendalami agama Islam dengan baik kerana persekitaran semasa di Sabah pada masa itu tidak menggalakkan untuk faham tentang Islam.Ia ingin anak-anaknya menjadi seorang yang tahu membaca al Quran, membaca tulisan jawi, kenal solat. Selalulah ia hadir ke sekolah untuk menghantar dan mengambil anaknya dan bertanyakan perihal perkembangannya di sekolah. "Tak mengapalah cikgu, dia mungkin lemah dalam bidang akademik, tetapi biarlah dia menjadi seorang yang beragama".Ia tidak mudah melatah sekiranya anaknya dirotan jika memang benar kesalahan anaknya sendiri. Sebab dia tahu, seorang guru merotan untuk mendidik agar menjadi orang. Oleh kerana itu, beliau sanggup meluangkan masa seketika bertemu dengan guru untuk berbincang tentang masalah disiplin anaknya tanpa perlu menyerang dan menuduh tanpa usul periksa. Sehinggakan beliau menyatakan - guru di sekolah kebangsaan pun sudah mula jelak kerana wajahnya acapkali muncul untuk bertanyakan perihal hal ehwal anak-anaknya di sekolah.Seorang...
Friday, April 18, 2008

,,,>Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu<,,,

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan MilikmuDalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai.Dan tidak mudah menyedari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal...

,,^Sharing Is Caring^,,