Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Saturday, May 31, 2008

,,,>Cinta berperaturan<,,,

“Manusia akan bercinta lagi di Syurga- tempat pertama yang melahirkan cinta. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah”Apakah peratauran-peraturan dalam hubungan cinta? Inilah yang perlu diikuti oleh para remaja-agar cinta tetap suci dan abadi;
1) Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah.Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niat dan gunakan rasa fitrah itu untuk menghampirkan diri kepadaNya. Cintailah sesiapa pun jua tetapi pastikan cinta itu lebih memudahkan kita mencintai Allah.
Tegasnya,cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah.
“Kami bercinta kerana Allah,” begitu yang selalu kita dengar. Tapi bagaimana ya? Bagaimana bercinta kerana Allah? Ya, iringilah dengan niat untuk bernikah secara sah kerana pernikahan itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya.

Sabda Rasulullah SAW:“Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya,tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya.” Oleh itu usahlah bercinta dengan niat sekadar untuk bersuka-suka. Tidak serius. Jika tidak jangan bercinta dahulu. Tangguhkan. Katakan pada diri. “aku hanya tertarik atau minat” Simpan dan pendam perasaan itu dalam jiwa sedalam-dalamnya. Jangan sekali-kali diluahkan hanya untuk mengundang reaksi.

Tapi jika “orang di sebelah sana “ serius bagaimana? Jawabnya mudah, jangan bercinta kerana kasihan. Jika kita bercinta kerana kasihan, kita akan merosakkan diri kita dan orang yang kita kasihankan (cintai?) itu. Ya, amat besar perbezaannya antara cinta dengan kasihan.

Kita boleh kasihankan orang yang kita cinta, tetapi kita tidak boleh cinta orang yang kita kasihankan. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Saja suka-suka. Sebagai ‘spare’ tayar- kalau-kalau nanti diperlukan. Jika tidak ada niat untuk bernikah, hanya saja2,pasti cinta itu bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta yang terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak. Pastikan semasa menjalin hubungan cinta tiada hukum Allah yang dilanggar,,

Antaranya , tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan di tempat sunyi, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Dating berjam-jam, sembahyang 5 minit pun tak larat... Kalau begitu siapa sebenarnya yang lebih kita cinta? Si dia atau DIA? Hubungan cinta juga jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Masa dibazirkan. Air mata tergenang atas sebab-sebab murahan. Entahlah, buruk sangat kekadang kita lihat orang bercinta ni,,Mereka tidak sedar orang sekeliling. Mereka macam berada di dunia sendiri.

Tidak mustahil, kalau ada remaja ynag mengeluh dan berkata ”Cinta apa namanya ini jika tidak ada dating, perbualan telefon secara maraton, surat cinta, SMS romantik, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?”Ya, itu pada pandangan mata kita yang terbatas. Tapi itu bukan dari pandangan Allah Yang Maha Luas. Kata kita, cinta tanpa ’perisa’ itu akan menjadi hambar dan tawar. Sedangkan inilah kegilaan yang dijaja kemanisannya dalam lagu-lagu, sajak-sajak dan filem-filem mengenai cinta. Jika diumpamakan cinta itu sebagai masakan, semua itu dianggap perisanya. Sedangkan, pada hakikatnya itu bukanlah perisa apalagi perencah tetapi perosak pada masakan itu sendiri.

Yakinlah tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta, frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru kerana ’racun-racun’ inilah banyak cinta yang gagal disambung ke alam perkahwinan dan lebih banyak lagi yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan – jangankan, ”nak hidup bersama, mati bersama”...hidup bersama pun sudah tidak sanggup lagi.
CINTA SUCI TANPA RACUN YAKINLAH Allah itu indah dan cinta pada keindahan – tidak mungkin Dia akan memusnahkan keindahan cinta ynag diberikan-Nya dengan peraturan-peraturan yang boleh menghakis keindahan cinta itu sendiri. Sebaliknya, dengan peraturan-peraturan itulah keindahan cinta akan tetap terpelihara dan lebih terserlah.

Allah Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hambaNya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua racun yang berbisa itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengn seribu keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam syurga. Ketika itu benarlah ungkapan, “kunantikan kau di pintu syurga.” Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga – tempat pertama yang melahir cinta! Cinta Nabi Adam dan Siti Hawa. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah. Tertolak segala racun dan fitnah. Ya, jangan tunggu si dia di pintu neraka kerana di sana tidak ada cinta. Na’uzubillah.

Kata lagu lama, “rasa cinta pasti ada…pada makhluk yang bernyawa.” Itu betul. Tetapi ”Sejak lama sampai kini...tetap suci dan abadi.” Itu belum tentu. Sebabnya? Cinta pada masakini, banyak yang tak suci lagi,apalagi untuk abadi....Cinta yang abadi hanya ada di syurga!“Tentang CINTA” jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingnya.

0 comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

,,^Sharing Is Caring^,,