
SEORANG penguasa Yahudi berkata: "Kami baru takut terhadap umat Islam jika mereka telah melaksanakan solat subuh seperti melaksanakan solat Jum'at." (Buku Misteri Solat Subuh oleh Dr Raghib As-Sirjani)."Sungguh masjid-masjid di seluruh penjuru dunia ini merintih pedih dan mengeluh kepada Allah kerana dijauhi oleh majoriti kaum muslimin ketika solat subuh sedang dilaksanakan. Kalau bukan kerana ketentuan Allah bahawa benda-benda mati itu tidak bisa bicara, tentu manusia dapat mendengar suara rintihan dan gemuruh tangis masjid-masjid itu mengadu kepada Rabbnya Yang Agung". (Buku Keajaiban Solat Subuh oleh Dr. Imad Ali Abdus Sami Husain).Dibalik pelaksanaan solat subuh, tersimpan rahsia yang menakjubkan. Banyak permasalahan yang bila dirujuk, bersumber dari pelaksanaan solat subuh yang dipandang ringan. Itulah sebabnya, para sahabat Nabi SAW berusaha sekuat tenaga agar tidak kehilangan waktu emas itu. Pernah suatu ketika mereka terlambat solat subuh dalam penaklukkan Benteng Tsatar. "Tragedi" ini membuat sahabat seperti Anas bin Malik selalu menangis bila mengenangnya.Menurut sejarah, kejayaan lahir dan batin umat Islam zaman dahulu karena mereka yang melaksanakan solat subuh seperti yang ditakutkan oleh penguasa Yahudi di...
