Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Sunday, September 13, 2009

,,>Warna-warni Kehidupan<,,

Hidup Ini Ibarat Lampu Dinding dinyalakan di malam hari…


Betapa singkatnya hidup ini, perlunya kita memanfaatkan hidup ini sebaik mungkin. Ujian dan cabaran membuatkan hidup ini menjadi indah, mewarnai kehidupan ini.


Warna-warni Kehidupan


17 Julai 2009 - Keluarga srikandi telah menambah bilangan ahli keluarga. Keluarga Izwar Arfani & Rakmas. Bukan srikandi dapat adik baru, anak saudara baru pun bukan, tapi srikandi dapat seorang abang ipar baru. Dah lengkap dah adik-beradik srikandi yang atas-atas. Semuanya dah selamat. Eh, selamat apa? Srikandi tak selamat ke? Selamat mendirikan rumah tangga. Srikandi selamat sejahtera..^^,

Tahniah ye buat kakak kesayanganku ni... moga terus bersinar mawardah_solehah85 di bawah naungan rahmatNya, moga menjadi sayap kiri pejuang Islam yang tabah meneruskan perjuangan. Perjuangan kita belum selesai kakakku…

(maaf, gambarnya xdpt nk di upload lagi..besar sangat saiznya kot^^,..ini gmbar dari juru kamera yang pro(walaupun guna kamera xpower macam Kak Nana..hehe..tapi gambar ni yang boleh di upload..)--> srikandi juru kameranya..)


Untuk abang sham : Selamat datang ke Keluarga Izwar Arfani & Rakmas. Terimalah kami seadanya..(“,)


Alhamdulillah, walimah was running smoothly, walaupun ada berlaku beberapa accidents, tapi tiada nyawa yang terkorban.hehe.. Walaupun penat kan kak ti kan?(“,) Tapi kami tetap bersyukur, majlis berjalan dengan perancangan terbaik dariNya.


p/s to kakakku : plez forgive me for what have I did to you,(for the hantaran and so on) I’m so sorry. Tak berniat, tapi hati ini… tak pe la..lets we forgot it ok?(“,) Sebenarnya, ada satu perasaan yang pelik datang masa kakak srikandi ini nak berwalimah...


8 Ogos 2009 Trips to Seremban bersama sahabat-sahabat ENGINIUS. Menghadiri walimah Kak Najwa Nasuha bersama pasangannya. Selepas ke walimah, kami sempat singgah di rumah Kak Ruqayah. Driver perjalanan kami pemandu tegar bersama seorang police traffic.^^,


28 Ogos 2009 – Message sending to MyFamily(“,) group.

Tertera di skrin telefon srikandi, yang sedang khusyuk study untuk midterm MATH4 malamnya nanti.


Kandungan message yang dihantar tadi:


“Salam ^my beloved family^ Grand Iftar 09 – 29Ogos09 – venue: our castle or any idea? anyone to sponsor? – attire : formal & covering ur aurah – theme : green [plez..also including ur child ok?] –agenda: iftar, maghrib, isyak and terawikh congretional prayer, tazkirah, moreh, & photography session –plez bring a long our family, ur attendance are compulsory, tq for ur cooperation ^_^ ”


Satu usaha untuk mengumpulkan semua ahli keluarga srikandi, yang telah bertambah ahlinya. Alhamdulillah, berjaya juga perancangan srikandi untuk kumpul semua sekali, dengan bantuan dariNya, syukur pada Mu Ya Allah. Sebenarnya Grand Iftar ni untuk gather family srikandi sebelum Kak Ti and her family, kakak kesayangan1 srikandi terbang ke Jordan.huhu…



Tetiba, teringat kisah yang berlaku masa sesi fotografi. Sedang kami adik beradik seronok nak bergambar, kami ada berebut tempat..tetiba, kami dengar suara kecil menegur kami..


“Umi, umi… tak baik la cakap ‘aku’…”

Semua terdiam. Anak saudara srikandi, Muhamad Faqehuddin yang menugur uminya yang sedang syok berborak dengan kakak srikandi, tak perasan kami, kami menggunakan kata ganti diri ‘aku’.


Selepas tu, semua berhati-hati bila nak berkata-kata..siap terkeluar ana-ana plak..hehe…


Terfikir sejenak, memang kanak-kanak ini ibarat kain putih, kitalah yang perlu mencorakkan mereka. Berilah contoh terbaik untuk anak-anak kita kelak.


Ramadhan kali ini membawa seribu makna…berbagai iktibar yang srikandi dapat belajar darinya. Moga ramadhan kali ini, lebih baik dari ramadhan sebelum ini. Amin.


3 September 2009 – Berangkatnya kakak kesayangan srikandi bersama suami dan anak-anak yang tercinta ke bumi anbia' Irbid, Jordan. Pada hari yang sama, di UIA ada Grand Iftar yang dianjurkan oleh ENGINIUS, tapi srikandi tak dapat menghadiriya, maaf ye sahabat-sahabat.. srikandi perlu ke KLIA untuk bertemu dengan kakak bersama anak-anak saudara srikandi yang nakal tapi comel dan pandai-pandai semua (kena bagi hadiah kat mak adah, mak adah dah puji korang(",)).


Selamat ye kakakku..moga di permudahkan segala urusan mu. Kami senantiasa mendoakan kalian di sana... Kakak srikandi ini berhijrah ke Jordan kerana mengikut suaminya yang akan menyambung pelajarannya di sana. Selama 4 tahun Kak Ti akan berada di sana..Salam sayang buat anak-anak saudaraku..Hurul Jannah, Muhamad Faqehuddin, dan Muhamad Fasehuddin.


dan



Ramadhan 1430H –Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita kematian Ustaz Asri Rabbani

Salam Takziah keatas keluarga dan sahabat Ustaz Asri yang ditinggalkan...

Semoga Beliau Damai Di Sana.

"Dia merinduimu dan menjemputmu sebelum aku... wajarnya aku cemburu...Entah bila pula giliranku? Tugasmu telah sempurna... bertemulah Cinta Agungmu yang saban hari didambakan...Hilangkanlah rindumu dulu... pastinya kami juga bakal menyusul kesitu.."



juga untuk arwah Kak Hajar Izham yang setahun telah meninggalkan kita..moga berbahagia di sana kakakku, kami sangat merinduimu..pasti kami juga akan menyusul…

Al-Faatihah

4 comments:

Umi Nita said...

adah...
rahsia apa simpan ngn yun n lina??
adah terasa nak kawen jugak yeee!!
hihihi...
^_^ jgn marah~

Sri KaNdi^soLehah ツ said...

eh..bukan bukan..mana ada la...
xde pape pun...isk3..silap r tulis...kena edit ni...
^^,

ummu faqeh said...

salam..memang semuanya berwarna warni kehiduoan ni dik..ada yang hitam dan ada yang putih..semuanya atas kita yang mencorakkan..sama ada igin corakkan kehidupan kita hitam mahupun putih..pilihannya ada di tangan kita, namun harus dibatasi dengan iman dan taqwa, barulah kehiduoan kita berakhir dgn 'putih' bersih..
doakan kami di sini yer..terlalu perit rupanya kerinduan berjauhan dengan keluarga tersayang!barulah terasa ukhuwah itu indah bertemu dan berpisah keranNya semata..insya Allah..teruskan perjuangan adikku..

p/s:-naper bakal menantu abah tak jadik datang umah hari ni?-3.10.09?huhu- dah sebulan kami berada di Jordan , bumi penuh keberkatan ini..

Sri KaNdi^soLehah ツ said...

wsalam...terima kasih kakakku...
sayang sume....

doakan juga adikmu ini..masih tercari-cari di persimpangan hidup yang berliku-liku...

khabar angin semata-mata tu..cepat betul sampai ke Jordan...
>>close the story, ok?<<

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

,,^Sharing Is Caring^,,