
AS-SHOFF (BARISAN)Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..JALAN UNTUK MENCAPAI KEMENANGANKeharusan umat Islam mempertahankan agamanya dalam barisan yang teratur.1-Bertasbih kepada Allah apa sahaja yang ada di langit dan apa sahaja yang ada di Bumi; dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.2-Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?3-Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.4-Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.5-Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: ”Hai kaumku, mengapa kamu menyakitiku, sedangkan kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu?” Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka; dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.6-Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: ”Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)”...
