~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Saturday, February 7, 2009

,,,>Cabaran Tahun 2009<,,,

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkati Allah

Bersabar taat kepada Allah
Menjadi keikhlasan
Semoga dirimu semoga nafasmu
Diiringi oleh rahmatNya

Alhamdulillah wa syukurillah
Bersyukur pada Mu Ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Alhamdulillah wa syukurillah…terngiang-ngiang dengar lagu ini di telinga tapi versi “Jannah & Faqeh”.. Anak-anak saudara saya ni suka sangat lagu ni. Asal buka laptop, lagu ni yang direquest dorang. Tapi sejak baru-baru ni, cerita “Upin Ipin” pulak yang dorang request..Dah lama tak berjumpa dengan dorang ni..rindunya..^_^

ni gmbr anak sedara n anak sepupu ms raya ..::dr kiri: faseh,anas,husna,jannah & faqeh::



Alhamdulillah hari ini masih lagi bernyawa. Blog ni pun dah lama berhabuk..tak terupdate..tak tahulah kenapa.nak kata sibuk..buat-buat sibuk kot..^_~

Syukur pada Mu Ya Allah, hari ni dapat kad pengenalan baru. Masin mulut abah suruh buat kad pengenalan baru lepas umur 18 tahun. Saya dah buat pun kad pengenalan baru. Alhamdulillah, siap dengan lesen baru sekali(“,) kenapa buat yang baru?? Panjang ceritanya...dah sebulan berlalu, sekarang baru berpeluang nak masukkan posting baru.

Begini bermula ceritanya..

Tanggal 31 Desimber 2008, saya bersama sahabat-sahabat menyertai ekspidisi mencegah maksiat pada malam tahun baru. Kami ditugaskan mengawasi di kawasan Taman Tasik Titiwangsa. Alhamdulillah, ada juga sasaran kami yang memberi respon yang baik dan ada juga yang di sebaliknya. Tapi itulah dugaan dan mehnah bagi seorang daie. Memang senang untuk kita mengajak orang melakukan kebaikan, tetapi bukan senang bila mencegah kemungkaran. Perlukan kekuatan dan strategi yang mantap.

Selepas itu, bermulalah cerita sedih saya..cabaran di tahun baru.. ekspidisi berakhir dalam pukul 1 pagi. Saya bersama sahabat-sahabat mengambil keputusan untuk pulang ke kampus pada malam itu juga, kerana kami masing-masing ada hal yang perlu diselesaikan.

Jadi, kami menahan teksi untuk pulang ke kampus. Alhamdulillah, rezeki kami ada teksi yang berhenti. Dalam pukul 2.30 pagi, kami tiba di Main Gate. Unfortunately, malam tu pak guard buat operation plak. Kami yang balik lewat ni kena compound(saman)..huhu..RM50. tapi kami boleh appeal semula. Alhamdulillah bila appeal,dapat kurang sikit. Dah ‘clean’ compound kat myiium kami. Terima kasih ye pak cik-pak cik security.

Selepas itu, kami pulang ke mahallah masing-masing. Saya bersama roommates (Miza & Imad) pulang ke bilik kami. Apabila sampai di bilik, saya baru tersedar yang beg duit saya tiada dalam beg galas saya. Saya membuat assumption yang beg duit saya tercicir dalam teksi kami naik tadi. Sebab kami dah cari di jalan ‘on the way’ pulang ke bilik kami.

Erm, masa tu perasaan nak menangis pun ada, tapi saya kuatkan semangat. Memang dugaan tahun baru 2009. Husnolzhan dengan Allah. Bersangka baik dengan Allah. Tapi alhamdulillah, dalam beg duit tu, barang yang penting kad pengenalan dan lesen je. Duit? Ada la sikit. Mujur la masa tu duit YP tak masuk lagi. Bersyukur juga kena saman tadi, sebab masa kena aman tadi, pak guard kad matrik. Jadi, kad matrik saya ada pegang kat tangan. Kad matrik saya pula sekali dengan kad bank. So, tak banyak sangat prosedur yang perlu saya lakukan.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pada keesokannya saya tunggu juga panggilan dari sesiapa yang berkenaan, malangnya tiada apa-apa panggilan. Nak beritahu pada ma & abah takut kena marah.huhu..dah report polis baru beritahu. Alhamdulillah tak kena marah..(“,) tapi moral pada saya. Apa-apa yang berlaku, baik beritahu pada parents kita dulu.

Mungkin kita rasa dugaan yang kita lalui ni dah berat, tapi sebenarnya ada lagi orang lain yang dugaannya lebih berat dari kita. Oleh itu, perlulah kita sentiasa bersyukur dengan apa yang ditentukan dan ditakdirkan kepada kita.

Di sini, ingin saya berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat daripada kejadian yang menimpa diri ini. .

Pada semua, bila anda kehilangan barang-barang yang penting ini, jangan risau. Ini antara langkah-langkah yang perlu anda lakukan:

1-Membuat report polis tentang kehilangan barang-barang anda. -Jika kad bank anda hilang-jangan lupa block kad anda. Call pihak bank. –Jika kad matrik anda yang hilang, jangan lupa report pada pihak kampus anda


2-Anda perlu membuat salinan report polis tersebut untuk simpanan anda.
setelah itu, anda perlu pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk membuat kad pengenalan.

3-Anda perlu membawa bersama report polis. Anda akan di denda jika kad pengenalan hilang atas kecuaian anda. Bagi yang bergelar ‘pelajar’ , sila bawa dokumen yang menyatakan anda ‘pelajar’ untuk mendapatkan diskaun 50%.


5-Anda akan diberi kad pengenalan sementara. Jadi jagalah kad sementara itu sebaik mungkin(“,). Dalam masa 10 hari, anda boleh mendapatkan kad pengenalan anda yang baru. Kalau lambat ambil di JPN, nanti kena denda lagi..


6-Untuk membuat lesen, anda hanya perlu membawa kad pengenalan dan duit sebanyak RM20 sebagai wang proses. Bukan di kira denda ye.(“,)


Memang banyak hikmah yang tersirat dan tersurat dari kejadian ini. Lepas seminggu saya hilang beg duit, ada kawan saya yang lain pula yang mengalami nasib yang sama seperti saya. Jadi, dorang banyak tanya saya apa yang perlu dibuat, dan macam mana.

Agak menyusahkan juga, bila hendak keluar, kena bawa kad pengenalan yang sebesar separuh kertas A4. Sebelum tu, abah saya dah pesan macam-macam. “Nanti jaga elok-elok IC tu, pastu kat UIA nanti jangan bawak kereta @ motor pun. Awak tu lessen hilang. Kalau nak bawak sangat, bawak basikal je. Nanti abah suh abang adi pegi tengok-tengok adah kat UIA. Ingat taw..”..huhu..abah, basikal tak best la..siap suruh abang saya lagi jadi spy abah.

Sebulan saya jadi lumpuh, tak boleh bawa kereta dan motor. Kawan-kawan pun tak bagi.. tapi balik cuti raya cina hari tu, Alhamdulillah pegi buat lessen di JPJ Kuantan. Sekejap je pergi, dalam 5 minit dah siap. Lepas tu, baru saya di beri green light untuk bawa motor dan kereta.

Alhamdulillah bersyukur sangat. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Mungkin cara dan methodnya kita tidak pasti bagaimana. Supaya kita menjadi orang sentiasa beringat kepada Nya. Hany kepada Nya kita serahkan segala-galanya. Hanya pada Mu Ya Allah… pada akhirnya kita akan bertemu JANJI Allah..




2 comments:

ummu faqeh said...

salam..
heheh memang banyak hikmahnyer..kakti dulupun pernah gak hilang ic dan segala2nyer..haahha..mmg takut bangat nak beritahu kat abah..siap nagis selok doh dgn kengkawan masa tuh..gi wak report polis..siap nangis depan polis lagi...wakakka kelakorpun ada rasanya... bila dikenang2kan balik memang banyk hikmahnya...
haha..yang kelakornyer aboh suruh naik beskal..kakakahhh..mmg lawak2 lah aboh ning..pasal abg jadi spy ...baguslah..ada gak org perhatikan kita..best apa..dulu kakti kat dungun takder org nak tgk2kan pun..survive hidup sendiri jer..iron woman jap..amy dulu masa kat tganu..ada kami..dayah pulak skg, ma abah selalu gi tgk..huhuh
mmg sedihlah dulu masa kakti kat dungun..tapi takper..heheh..dapat gak jumpa jodoh dgn abg zaid tersayang..kahakaah..
kat ofis sbnrnya ni..tak berapa sihat..duk buat prncgn nak uruskan perjalanan kami ke jordan nnt..doakan yer kami dipermudahkan urusan,oklah adah..
take care n behave urself..
love u so much my sis!

Sri KaNdi^soLehah^_^ said...

wsalam..time kasih kak ti share pengalaman..ni buat naik semangat ni..chaiyok3..adah boleh!!!..insyaAllah moga permudahkan urusan..nnt kitorg ada peluang la nk jordan kn?hehe

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

,,^Sharing Is Caring^,,