Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Thursday, December 9, 2010

,,>Perkataan Syukur Yang Dilupai<,,

Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang MuslimYa Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarangYa Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarangYa Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarangYa Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikalYa Allah..Alhamdulillah, aku ada rumahYa Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapaYa Allah..Alhamdulillah, aku dapat makanYa Allah..Alhamdulillah, aku dapat minumYa Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaianYa Allah..Alhamdulillah, aku ada kerjaYa Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolahYa Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan amanYa Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabatYa Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyakYa Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segarYa Allah..AlhamdulillahYa Allah..Alhamdulillah!Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat...
Wednesday, December 8, 2010

,,>"Takkan Ustazah tu, tak tahu?"<,,

Ramai Muslimah yang menutup aurat tetapi sebenarnya tidak menutup aurat. Perkara ini kelihatannya semakin berleluasa di kalangan para ustazah yang mempunyai pendidikan agama yang bukan setakat di sekolah rendah tetapi sudah sampai ke peringkat universiti. Malah sudah juga bergelar graduan pengajian Islam. Ia adalah sesuatu yang sememangnya tidak sedap di pandang mata. Ini kerana yang sudah tahu itu seolah-olah buat-buat tidak tahu. Malah tidak keterlaluan untuk dikatakan ia adalah satu fenomena yang amat mendukacitakan.Apabila seorang yang tahu dan faham dengan apa yang dikehendaki oleh syariat meletakkan diri umpama orang awam bagaikan satu musibah dalam institusi pembelajaran agama. Agama dicemarkan dan dirosakkan dengan pencampuran antara yang bukan agama dengan yang agama menyebabkan masyarakat Islam keliru yang mana satu agama dan yang mana satu bukan agama. Akhirnya masyarakat Islam yang seringkali cenderung beramal dengan amalan seorang agamawan itu melihat yang bukan agama itulah agama. Akibatnya timbullah kata-kata seperti ini: 'Ustazah tu pun pakai macam ni? Kalau agama kata tak boleh dan salah, kenapa dia pakai. Takkan ustazah tu tak tahu..." Sedih, bukan? Ketahuilah, semua ini berlaku dek kejahilan dan ketidakmahuan...
Monday, December 6, 2010

,,>[Membetulkan Kefahaman] Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun.. Haramkah membacanya??<,,

Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre Terbaca di beberapa blog dan forum baru-baru ini, memandangkan hampirnya kita memasuki tahun baru Hijrah, berkemundang sekali lagi seruan bahawa bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu bid'ah yang jelas haram di sisi Islam. Benarkan apa yang dihebohkan ini? Kalau benar mengapa saban tahun setiap jabatan agama negeri tidak pernah menghalang sambutan ini? Adakah tok mufti dan semua ustaz yang berada di setiap jabatan agama ni bersekongkol dalam kesesatan? Sama-sama kita kaji.. Biasanya apabila kita tidak mengetahui asas bagi satu masalah, maka kita akan mudah membuat keputusan yang salah. Asas dan sebab bagi satu masalah merupakan kunci bagi kita untuk mendapatkan jawapan bagi masalah tersebut. Di sini kita perlu mengkaji dua masalah. Mengapa dibaca doa akhir dan awal tahun. Seterusnya mengapa pula satu golongan lagi cuba untuk mengharamkan perbuatan ini. Asas pendapat pertama kita lihat dari sudut amalan para ulamak berkurun lamanya bukan sahaja di nusantara malahan di banyak lagi tempat di dunia, yang mengamalkan berdoa di akhir dan awal tahun. Apakah asas mereka? Jawapannya yang ringkas, bukankah kita semua mengetahui bahawa beredarnya bulan dan tahun ini merupakan tanda...
Monday, November 22, 2010

,,>Sesekali diuji<,,

Apa jua bala bencana singgah menerpaMenguji jauh mananya sabar kitaMungkin selama ini kita terlupaKita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNyaMaka diberi sedikit ujianMenguji tahap keimanan dijiwaBila kesusahanTerasa hidup terlalu payahBerbagai persoalan menerjahBaru minta petunjuk hidayahUsah berputus asaKerana ada rahmat disebaliknyaYang tidak kita ketahuiDalam hidup iniTeruslah berdoaPada AllahPengasih…Pemurah dan PenyayangKita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNyaMaka diberi sedikit ujianMenguji tahap keimanan dijiwaAlbum : Istimewa Tiada DuaMunsyid : NICE~~Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui segalanya...hanya kepadaMu kami memohon...Kami redha Ya Allah atas segalanya, kami mohon, kami mohon dengan sangat Ya Allah, Kau bantulah kami..Terasa tidak terdaya untuk melaluinya kali kedua. Kami tahu. Ini ujian buat kami. Ujian untuk kali kedua. Untuk menguji tahap keimanan di jiwa. Untuk menyedarkan kami. Agar kami terus berada di jala kebenaran...Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya...
Tuesday, November 16, 2010

,,>Kemenangan, Kejayaan Dan Pengorbanan<,,

Hari ini kita sebagai ummat Islam bersama-sama dengan saudara-saudara kita yang sedang menunaikan ibadah haji menyambut Hari Raya Korban, dengan menunaikan syiarnya seperti bertakbir, bersembahyang dan menyembelih korban sebagai bukti melahirkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t, di samping memperingati sunah nabi Ibrahim Khalilul Allah dan keluarganya.Mereka telah melakukan pengorbanan demi menjunjung tinggi perintah Allah s.w.t, pengorbanan menjadi ujian kepada ummat manusia sejauhmanakah mereka itu beriman dan mengabdikan diri kepada Allah yang menjadikannya, yang memberi rezeki dan segala kurniaan yang tidak terhingga kepadanya. Sebagaimana Firman Allah :"Mengapa kamu kufur dengan Allah, pada hal kamu dahulunya mati (tiada), lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan, kemudian dihidupkan kembali, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya." ( Surah al-Baqarah : 28 )Ummat Islam merayakan Aidil Adha sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi dimana kemenangan yang bukan sahaja terkandung dalam ibadah haji itu sahaja, tetapi lebih dari itu ialah mempunyai hubungan dengan sesuatu peristiwa yang berlaku pada tahun yang kesembilan hijrah.Pengisytiharan Kota Mekah Sebagai Tanah HaramDalam waktu ibadah haji...
Sunday, November 14, 2010

,,>Cara Heal 'Virus Shorcut'<,,

Salam Zulhijjah buat semua...Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua.Heal Virus 'Shortcut'Bagaimana nak heal virus 'Shortcut'. Baru-baru ini, virus ini sedang hebat melanda di seluruh skrin komputer. Sekarang tak pasti plak virus apa lagi yang sedang melanda.Ok.Cara-caranya :1. Tekan butang Start. Pilih Run (@ taip Run di ruang Search). Taip cmd di ruang Run.2.Kemudian skrin ini akan dipamerkan.3.Pastikan direct location yang ingin diheal. Contoh, di pendrive, location I. (Lihat di My Computer, lihat pendrive@tempat yang anda ingin heal, apa locationnya. Kebiasaan ianya berada dalam kurungan.)4.Kemudian masuk ke dalam location dengan menaip I: (jika location anda I)5. Taipkan coding ini attrib -h -r -s /s /d6.Tunggu beberapa saat untuk komputer memproses.7.Buka folder yang telah diheal.8.Delete semua benda alah yang bukan anda punya.Non-sense.(Hati-hati, jangan tersalah delete plak!)9.Cuba buka file yang 'shortcut' sebelum ni.10.Isnya Allah, anda akan dapat membuka seperti biasa. Done.Cara ini juga sesuai untuk mengheal virus-virus hidden, missing folder dan sebagainya.Terdapat juga cara lain untuk healrtcu virus shortcut ni. Tapi agak complicated. Bagi saya, ini cara yang paling mudah. Semoga ia membantu anda semua....

,,>Upah Dari Google Adsense & Nuffnang : Haruskah?<,,

OlehZaharuddin Abd Rahmanwww.zaharuddin.net Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasihJAWAPANSaya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya.Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori aqad ‘menjadi wakil dengan tawaran upah tertentu'...

,,^Sharing Is Caring^,,