Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Tuesday, January 5, 2010

,,>Jangan Kerilukan Atau Politikkan Kalimah ALLAH<,,

KUALA LUMPUR, 5 Jan: PAS memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak menyalahgunakan perkataan Allah bertujuan untuk mengelirukan atau menjadikan isu tersebut sebagai politik murahan mendapat sokongan rakyat.

Pendirian PAS itu dibuat Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melalui satu kenyataan yang dibaca Ketua Penerangan, Idris Ahmad selepas mesyuarat khas Lajnah Politik bersama Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.Bagaimanapun PAS ujar Abdul Hadi, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakanpilihan sendiri.Prinsip kebebasan beragama juga katanya, telah termaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan."Walau demikian, dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian pelbagai kaum dan agama,"kata kenyataan itu.PAS turut menjelaskan bahawa berdasarkan kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenarkanuntuk digunakan oleh agama Samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Namun, penggunaannya secara salah dan tidak bertanggungjawab harus dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini.Sehubungan itu, PAS dengan tegas menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat di negara ini."PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan di jamin oleh Islam," katanya lagi..

Turut hadir dalam mesyuarat sebelum itu Presiden PAS,Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh.Pendirian tersebut juga dibuat selepas mengambil kira semua faktor termasuk melihat kepada pandangan semua pihak sebelum ini.Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald, menggunakan perkataan Allah sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris.

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan tersebut.Keputusan ini menimbulkan reaksi negatif daripada pelbagai pihak termasuk 13 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertindak membuat laporan polis sebagai membantah tindakan majalah milik aktivis Kristian itu.

Antara NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B.Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.Hari ini, KDN akan memfailkan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu yang dibuat pada 31 Disember.

KENYATAAN PENUH

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.
PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.
PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.-4/1/2010
~~"Maka mengapa kamu (terpecah) menjadi dua golongan dalam (menghadapi) orang-orang munafik, padahal Allah telah mengembalikan mereka (kepada kekafiran), disebabkan usaha mereka sendiri? Apakah kamu bermaksud memberi petunjuk kepada orang yang telah dibiarkan sesat oleh Allah? Brang siapa disesatkan oleh Allah, kamu tidak akan mendapatkan jalan (untuk memberi petunjuk) baginya " [surah An-Nisa' 4: 88]

3 comments:

zietgiest said...

Perkataan “Allah” dalam penulisan Kristian di Malaysia, satu cabaran BESAR buat pemimpin Islam Malaysia khususnya sepupu sepapat Hishamudin Najib.

Mari kita bertanya kepada diri sendiri sejenak, APAKAH REAKSI AWAL/SPONTAN HATI SANUBARI KITA bilamana mengetahui perkara ini? Sayugia kita perlu renung sejenak, bahawasanya banyak kali juga perkara atau keputusan yang tepat adalah berdasarkan tanggapan pertama atau reaksi awal!

Di Tanah Arab, bahkan dari zaman Arab Pagan, mereka mengenali Nabi Ibrahim a.s sebagai bapa segala Nabi dan Rasul sehingga datangnya Rasulullah saw. Mereka mengenali Tuhan Ibrahim adalah Allah, dan dalam percakapan mereka selalu bersumpah dengan nama Allah. Abu Jahal, Abu Lahab juga selalu bersumpah dengan nama Allah……..Demi Allah…..yang mana Allah di sini merujuk kepada Tuhan. Itu adalah SATU PEMBUDAYAAN TURUN TEMURUN bagi Bangsa Arab sejak zaman Nabi Ibrahim, hatta ketika mereka tergelincir akidah dan menjadi kafir tapi masih menyebut Allah sebagai Tuhan. Maka perkataan Allah ini sudah jadi BUDAYA bagi mereka.

Satu perkara yang kita wajib yakin dengan sebenar-benar yakin adalah Nabi Ibrahim membawa ajaran Islam, termasuklah semua Rasul-rasul dan Nabi nabi dari Bani Israel semuanya membawa ajaran Islam. Dan kita wajib yakin, agama Kristian dan Yahudi itu terpesong dari ajaran Islam.

Surah Hajj Ayat 78, “Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Qur'an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong”.

3:67 Surah Al-Imran, "Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik."""

3:84 Surah Al-Imran,"Katakanlah: ""Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yakub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, 'Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorang pun di antara mereka dan hanya kepada-Nya-lah kami menyerahkan diri."

Saya yakin, akan ramai ulama, cendikiawan Islam akan mengemukakan hujah masing-masing yang akan tergolong kepada 2 kumpulan, satu menyokong dan satu lagi menentang. Dan saya amat yakin, kedua-dua kumpulan ini akan menggunakan Nas-Nas Quran dan Hadis sebagai sandaran hujah mereka. Inilah yang dinamakan ijtihad, yang mana sepatutnya, masing-masing perlu berlapang dada satu sama lain, kerana kedua-duanya ada kebenaran hujah masing-masing.

Akan tetapi, saya melihat dari segi aspek sosial budaya Umat Melayu Malaysia. Kita bukan orang Arab yang sudah terlalu biasa perkataan Allah disebut oleh semua Agama (Kristian dan Yahudi) sebagai Tuhan agama masing-masing. Di Malaysia, kita sudah terlalu biasa perkataan Allah HANYA untuk Agama Islam kerana ini juga adalah SATU PEMBUDAYAAN TURUN TEMURUN bagi KITA Bangsa Melayu.

Untuk mengubah MINDA KITA DAN MASYARAKAT MELAYU KITA dalam sekelip mata PEMBUDAYAAN turun temurun ini adalah mustahil bahkan akan menimbulkan terlalu banyak kekeliruan, kemasalahan dan kemudharatan. Seperkara yang perlu kita fikirkan adalah, secara umum sejauh manakah kefahaman agama Islam di kalangan masyarakat Melayu Islam hari ini?

Inilah tugas pemimpin Islam,MENJAGA AGAMA di kalangan umat Islam Malaysia. Saya mengambil pendekatan menentang penggunaan Allah bagi agama selain dari Islam. Itulah reaksi awal saya yang berada dalam budaya Melayu Islam Malaysia, bukan dalam budaya bangsa Arab!

Anonymous said...

Sri KaNdi^soLehah ツ said...

To ziestgiest-->
Syukran atas penerangannya..ya,btul apa yg anda lontarkan.sy sgt bsetuju dgn pndgn saudara/i..
Sy mengambil artikel ni untuk rujukan kepada semua, sbagai penjelasan. Dan juga agar semua umat Islam khususnya di Malaysia tahu akan isu hangat ini. Syukran atas pndang. Moga Islam terus terjaga tanpa tercalar...

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

,,^Sharing Is Caring^,,