~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Saturday, April 3, 2010

,,>Setiap Kali<,,

Setiap kali mendapat nikmat

Jarangku sedari itu pemberianMu

Terkadang rasa itu kerana

Segala usaha dan penat lelahku sahaja


Setiap kali ditimpa musibah

Ku mengeluh risau tertambah gelisah

Hingga terlupa padaMu Allah

Tempat kembali segala masalah


Oh Tuhan Yang Maha Penyayang

Leraikanlah hatiku dari keluh kesah

Yang membelenggu jiwa dan fikiran

Ditambah dengan hasutan syaitan


Kurnikanlah kepadaku ketabahan

Singkapkanku hikmah segala ketentuan

Moga sinarMu berikan pedoman

Hanya padaMu segala ketetapan


Seandainya diri ini

Mampu meraih cinta dan keredhaanMu

Seandainya akulah insan yang terpilih

Ini hidupku…


“Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata, “Sesunguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku.” Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui”

Surah Az-Zumar, ayat 49



Srikandisolehah : Terima Kasih banyak kepada sahabat saya, Fauzun & Aini..setiap tahun tak pernah miss^^,..pejam celik dah 4 tahun kita bersahabat..terlalu banyak memori untuk dikenang..jom kita cipta lagi memori untuk di kenang!

~Seinfiniti syukur ke hadratMu Ya Allah atas kurniaan ini...

0 comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

,,^Sharing Is Caring^,,