~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Wednesday, April 27, 2011

,,>Infiniti Syukur<,,


Seinfiniti kesyukuran ke hadrat Ilahi, atas nikmat dan kurnianNya yang tidak terhingga buat diri yang hina ini...

Hamdillah...terlalu banyak yang berlaku..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sentiasa beringat dengan ayat ni:

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui,

sedang kamu tidak mengetahui.”

Moga kita sentiasa berada dalam jagaan dan tarbiyah dariNya. Amin.

Disini, diri ini, sekadar ingin merakamkan sejuta penghargaan terima kasih kepada insan-insan yang telah memberi ucapan dan peringatan buat diriku. Kerna pertambahan usia ini, bermakna jarak kepada kematian itu makin hampir. Allahu Rabbi, Moga beri kesempatan buat diri ini mempersiapkan diri. Amin

Hampir sebulan, blog dibiarkan. Pelbagai macam perkara perlu di setelkan. Insya Allah, ada kesempatan, ingin sekali berkongsi dengan semua.

Dikesempatan, diri ini sedang mencari pengalaman. BerEIT (Engineering Industrial Training). Dimana, Bagaimana, Best ke Tak? Insya Allah, saya ingin sekali berkongsi. Doakan saya, moga beroleh ilmu dan pengalaman yang baik. Amin.

[Ayat Ketua Eksekutif "You need to grab opportunity. Learn everything, not only something that are related to you "]. Pembakar semangat. Semoga berjaya buat diriku! ^^,

~Hari ni Kak Yus, kakak iparku dah masuk hospital. Bakal melahirkan cahaya mata yang ketiga. Bertambah lagi ahli keluarga kami. Bulan Mei, yang di Jordan pula..Dan bulan Mei juga...(Banyaknya event bulan Mei nanti^^,) [InsyaAllah, doakan semua selamat ye sahabat-sahabat]


Terima kasih YA ALLAH. Terima kasih...

Ni tiap-tiap tahun tak pernah miss..dari Cik Yun & Cik Aini


Ni jauh datang. Dari Jordan..Terima Kasih Jannah ^^,

Ops..tak ingat nak share link. dari kakakku..syukran

http://nukilan-hatiey.blogspot.com/2011/03/selamat-hari-lahir-mak-adah.html

1 comments:

ummu faqeh said...

Dan bulan Mei juga...(Banyaknya event bulan Mei nanti^^,) [InsyaAllah, doakan semua selamat ye sahabat-sahabat]



.....apa dia yang bakal terjadi ni mok adah..hi..masih lagi nak berahsia yer..takper..lepas semuanya dah selesai baru diumumkan..barulah gempak sikit kan...
ala kulli hal..Moga Allah mudahkan dan berkati semua urusan kita...

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

,,^Sharing Is Caring^,,