~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Friday, August 15, 2008

,,,>Kita Yang Terlalu Sibuk<,,,

KITA YANG TERLALU SIBUK

oleh: Faridul Farhan Abd Wahab
“Tuhan,terlalu hinakah diriku untuk menjadi tetamu “rumah” Mu?”


سَيَقُولُ لَكَ الْمُخَلَّفُونَ مِنَ الْأَعْرَابِ شَغَلَتْنَا أَمْوَالُنَا وَأَهْلُونَا فَاسْتَغْفِرْ لَنَا ۚ
يَقُولُونَ بِأَلْسِنَتِهِمْ مَا لَيْسَ فِي قُلُوبِهِمْ ۚ
قُلْ فَمَنْ يَمْلِكُ لَكُمْ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا إِنْ أَرَادَ بِكُمْ ضَرًّا أَوْ أَرَادَ بِكُمْ نَفْعًا ۚ
بَلْ كَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

“Orang-orang “A’raab” (kaum Arab Badwi) yang ketinggalan tidak turut (bersama-sama denganmu ke Hudaibiyah), akan berkata kepadamu (wahai Muhammad): Kami telah dihalangi oleh urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isteri kami; oleh itu, pohonkanlah ampun kepada Allah untuk kami. Mereka berkata dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Katakanlah (wahai Muhammad: Jika demikian sebab ketinggalan kamu) maka adakah sesiapa yang berkuasa mempertahankan kamu daripada terkena atau menerima sesuatu ketetapan dari Allah jika Dia tetapkan kamu ditimpa bahaya atau beroleh manfaat? (Tidak ada sesiapapun dan apa yang kamu katakan itu bukanlah menjadi sebab) bahkan Allah adalah Maha Mendalam pengetahuanNya tentang sebab ketinggalan yang kamu lakukan itu (dan Dia akan membalasnya).” (Surah al-Fath [48]:11)

Perkataan شَغَلَتْنَا menurut terjemahan yang saya ambil daripada website guidedways.com di atas, ialah dihalangi. Di dalam lain-lain al-Quran terjemahan, ia turut diterjemahkan sebagai rintangi, iaitu harta dan anak-anak telah merintangi orang-orang ini daripada turut serta di dalam perjuangan membela Islam. Di dalam kamus Marbawi, perkataan شَغَلَ ini turut bererti “pekerjaan-pekerjaan” atau dalam istilah mudahnya, “sibuk”.

Ertinya -berdasarkan kaedah tafsir “al-ibrah bi umumil lafaz la bi khushushil asbab” pelajaran itu diambil secara umum/untuk semua kes, bukan untuk kes-kes tertentu sahaja (iaitu waktu turunnya ayat sahaja)- ALLAH telah menggambarkan betapa di masa hadapan, seperti perkataan “sa” yang disebutkannya di awal ayat ini (lain-lain perkataan seumpamanya ialah “saufa”) bahawa kelak orang-orang yang tidak turut sama berjuang, tidak turut sama mempertahankan islam, tidak turut sama menyumbang kepada perjuangan Islam, akan memberikan alasan bahawa kesibukan kerjaya (harta) menyebabkan punca ia tidak bisa menyumbang di hari kerja, dan kesibukan menguruskan keluarga (anak-anak) menjadi sebab ia tidak bisa turut sama di hari minggu/cuti.

Ertinya ALLAH SWT sudah sedia maklum, betapa mereka yang mengaku kononnya ia Islam, kononnya ia sayangkan Islam, kononnya ia ingin Islam didaulatkan, akan mengeluarkan alasan “saya sibuk” atau “saya ada kerja lain(ada hal lain)” dan sebagainya, setiap kali Islam memerlukan khidmat dan peranan daripadanya. Persoalannya, benarkah kita terlalu sibuk? Mari kita lihat seketika contoh teladan kita Nabi Muhammad SAW yang mulia.

Menurut sesetengah riwayat, sepanjang hayat baginda Nabi SAW, telah terjadi peperangan (jihad) melibatkan umat Islam sebanyak 68 kali. Daripada bilangan itu, 28 peperangan disertai bahkan dipimpin langsung oleh Nabi SAW.

Satu hal yang harus diingat, peperangan di dalam sejarah Islam hanya terjadi pada period Madinah, bererti 10 tahun terakhir kenabian. Ertinya, jika diambil secara purata, 28 peperangan sepanjang tempoh 10 tahun bererti dalam setahun, 3 kali Nabi SAW berangkat berperang, atau 4 bulan sekali.

Harus juga diingat, di zaman itu, tidak ada kereta kebal, tidak ada jet pejuang, tidak ada lori tentera, dan sebagainya. Bahkan, masa perjalan pun untuk pergi balik ke medan peperangan bisa memakan masa seminggu. Maka bayangkanlah, waktu bila para sahabat ini bekerja untuk mencari rezeki?

Bukankah nabi SAW juga seorang suami yang ada hak untuk ditunaikan kepada isterinya? Bukankah nabi SAW juga seorang ayah yang ada hak untuk ditunaikan kepada anak-anaknya? Bukankah nabi SAW juga seorang “wakil rakyat” (pemimpin yang ada hak untuk ditunaikan kepada rakyat dan orang bawahannya? Bukankah nabi SAW juga seorang ustaz/daie yang ada hak untuk ditunaikan kepada umatnya?

Tapi, dengan segenap kesibukan itu, bahkan Michael J. Heart sendiri terpaksa akur betapa Muhammad SAW adalah the most influential person, mengatasi jesus yang dianggap oleh Heart sebagai Tuhannya. Ertinya, bagaimana Nabi kita yang mulia menguruskan kesibukan-kesibukannya?

Tuan-tuan yang mulia,
Kita ada saudara baru bersama kita (cleaner kita), tidak bolehkah setiap daripada kita luangkan dalam 2 minit untuk menceritakan Islam kepadanya? Kita ada sahabat non-Muslim disekeliling kita, tidak bolehkah kita usahakan dan fikirkan bagaimana strategi terbaik mahu memperkenalkan Islam kepada mereka? Kita tahu bahawa Islam difitnah lewat filem “Fitna”, tidak bolehkah kita usahakan menjawab segala tuduhan itu?

Jangan sampai ALLAH menempelak kita lantaran alasan sibuk kita, setelah nikmat dunia itu sendiri tidak hanya diperoleh melalui hasil usaha kita, tetapi juga dengan izin dan belas kasih daripada-Nya. Bersyukurlah dengan cara menyumbang kepada Islam, moga ALLAH tambahkan nikmat-Nya buat kita.

0 comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

,,^Sharing Is Caring^,,