Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Friday, May 8, 2009

,,>Syafaat Selawat<,,

Sufyan as-Sauri Ra bercerita :

Ketika bertawaf mengelilingi kaabah, aku melihat seorang lelaki. Setiap kali dia melagkah, dia terus berselawat kepada Rasulullah SAW. Aku berasa hairan apabila melihat keadaan itu. Aku mendekatinya dan bertanya, “Mengapa engkau meninggalkan bacaan tasbih, tahmid dan tahlil tetapi hanay membaca selawat sahaja? Apakah ada sesuatu terjadi pada dirimu?”

“Tuan ini siapa? Moga-moga Allah SWT merahmatimu,” tanya orang itu.

“Namaku Sufyan as-Sauri,” jawabku.

“Sekiranya tuan ini bukan seorang ‘Arif pada zaman ini, tentulah aku tidak akan mempedulikan kata-katamu itu. Tetapi lantaran tuan ini seorang ‘Arif, dan mungkin rahsia ini masih belum tuan ketahui, aku akan memberitahu tuan rahsiaku ini,” jawab orang itu.

“Baiklah, dengar ceritaku ini,” sambungnya lagi.

Aku meninggalkan negeriku bersama-sama ayahku bagi mengerjakan ibadat haji ke Baitullahil-haram, kemudian kami berziarah ke maqam Rasulullah SAW. Kami tidak lupa berselawat dan salam epada baginda. Ketika di pertengahan jalan, ayahku tiba-tiba jatuh sakit. Sakitnya terlalu kronik. Aku berusaha merawatnya dan menjaganya dengan sepenuh kemampuanku, namun sia-sia belaka. Da tidak dapat dirawat lagi. Dia akhirnya meninggal dunia.

Aku sangat sedih di atas pemergiannya, namun apa yang membuat hatiku bertambah sedih ialah wajah ayahku yang asalnya tampan bercahaya, berubah menjadi hitam legam, dan begitu menakutkan. Aku sangat terkejut melihat keadaannya. Aku menangis kesedihan, lalu aku tutup wajahnya dengan kain. Sungguh tidak terbayangkan kesedihanku ketika menyaksikan keadaan ayahku yang sebegitu rupa. Lebih-lebih lagi dia meninggal di tempat orang. Betapa malunya jika ada orang yang mengetahui keadaan ayahku saat itu. Apatah lagi ayahku sendiri adlah ahli ibadah

Aku terus menunggu dengan perasaan hati yyang hancur. Aku hanya mampu menangis dan tidak mampu berbuat apa-apa.aku terus bertafakur di sis kepala ayahku. Tiba-tiba aku tertidur. Dalam tidur itu, aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku ini. Ternyata sinar itu bersumber daripada seorang yang sangat gagah lagi tampan. Pakaiannya bersih, wajahnya bersinar terang, dan baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihatnya sebelum ini, dan aku belum mengenalinya.

Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu jalannya sehinggalah dia berada di sisiku.

“Apa yang berlaku kepada dirimu?” dia bertanya.

“Ayahku telah meninggal dunia,” aku menangis. Belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata, “Jangan menangis! Semua manusia mesti mati!”

“Tetapi wajahnya,” kataku. “Wajahnya hitam legam. Tologlah aku!” aku merayu-rayu untuk mengharapkan bantuan.

Tanpa berkata apa-apa, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusapkan telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali! Aku hamper tidak percaya apa yang berlaku. Wajah ayahku kembali putih bersih, dan lebih bercahaya dari asalnya. Apakah penawarnya?

Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian dia hendak kembali semula dari arah dia datang tadi.

Melihat dia mahu pergi, dan aku belum lagi tahu siapa dia orang ini, aku segera memegang bajunya sambil bertanya: “Siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini?”

Dia tersenyum, kelihatan nur bersinar daripada senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama.

“Aku ini Muhammad,” dia menjawab.

“Muhammad?” aku meminta penerangan yang lebih jelas.

“Muhammad, Rasulullah. Akulah pembawa al-Quran,” dia menjelaskan.

Aku terus terduduk dan terpinga-pinga sambil menikmati wajahnya yang mulia itu. “Itulah dia Rasulullah SAW,” aku berkata dalam hatiku. Lisanku kelu, tidak terkata apa pun.

“Ayahmu ini terlalu banyak membuat perkara yang sia-sia dalam hidupnya. Namun begitu, dia selalu berselawat dan salam kepadaku. Ketika dia mengalami perkara buruk seperti ini, dia memohon kepadaku untuk membantunya. Sebab itu aku datang ke mari untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku,” jeasnya.

Pada saat itulah aku terkejut daripada mimpiku itu, dan teringat apa yang berlaku dalam mimpi itu tadi. Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti apa yang berlaku dalam mimpiku tadi. Wajah ayahku telah kembali putih bersih dan lebih bercahaya.

Aku termenung mengingatkan apa yang berlaku dalam mimpi yang berkat itu. Aku berkt dalam hatiku, “Mengapa tidak mengambil masa lebih lama mimpiku tadi supaya aku dapat berada lebih lama di samping manusia utama yang amat mulia itu. Oh!”

“Inilah kisahnya, wahai Sufyan as-Sauri! Sekarang engkau tahu rahsia mengapa aku terus berelawat ke atas Nabi SAW setiap kali aku melangkah. Aku akan terus berselawat ke atasnya sebanyak yang aku mampu. Moga-moga aku mendapat pertolongannya apda suatu hari nanti, sama ada di dunia mahupun d akhirat, ” orang itu menjelaskan lupa kepada Sufyan as-Sauri, lalu dai pun berjalan meneruskan tawafnya, sedang lisannya tidak berhenti daripada menyebut selawat dan salam ke atas baginda.

Wahai pembaca sekalian! Perbanyakkanlah selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW. Moga-mogs Allah SWT akan mengampuni kita daripada dosa-dosa besar kita, membimbing kita ke seksaan neraka Jahim, dan diberikan tempat di syurga JannatunNaim. Amin.

~~Subhanallah..alangkah beruntungnya beliau mendapat peluang bertemu dengan Rasullulah. Itulah kelebihan yang diperolehi oleh orang-orang yang mendekatkan dirinya kepada Alah dan sentiasa mengabdikan diri untuk meneruskan perjuangan Rasulullah SAW. Itulah ganjaran yang mereka layak terima setanding dengan apa yang mereka lakukan.

Banyak versi yang kita dapat dengar cerita ahli-ahli sufi tentang syafaat selawat ini untuk versi ini saya perolehi dari sebuah buku. Isi kandungannya sangat bagus. Memberi kita inspirasi dan menyedarkan diri betapa berbezanya taraf kita dengan wali-wali Allah ini.
Seharusnya kita perlu berimpian untuk menjadi wali Allah, tapi jalannya bukan mudah. Tapi melalui buku ini, banyak memberi ilmu kepada kita tentang kisah-kisah para wali Allah.

Tajuk buku : Belajar dari Para WALI
Karya : Ustaz Wan Ji Wan Husin
Penerbit :Anbakri Publika Sdn Bhd

Semasa cuti baru-baru saya berpeluang memiliki buku. Pada mulanya, aim saya nak beli buku lain, tapi bila terpandang buku ni, terus ambil. Dan tukang bayar kakak saya sebab hari tu teman dia beli barang di
Darul Ansar, Kuantan Parade, then duit dalam dompet saya kosong pulak^^,(tengah cuti la kan, duduk kat rumah, ma abah ada). Ala, sekali-sekala nak ‘ang pau’ kakak sendiri. Lepas ni, susah dah..terima kasih ye kakak ku..hadiah birthday la kot buku ni kan? Ye la, hadiah tahun ni ‘pending’ lagi dari adik-beradik saya ini.

Jadi, saranan saya pada semua, bacalah buku ini. Anda pasti menyukainya, kerna pelbagai cerita tentang para wali yang bakal anda ketahui. Bagi saya, buku ini antara buku yang saya baca dan saya rasa sayang nak tinggal. Teringin nak sambung membacanya sampai habis. (Berjaya jugak baca buku tanpa terbengkalai di pertengahan jalan ^_^)



0 comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

,,^Sharing Is Caring^,,