Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Monday, December 19, 2011

,,>Pantun 8 Kerat<,,

Pen merah pen biru, Makin marah makin I sayang you.. Pen merah rosak mata , Tak taw macam mane nak kata... Pen biru habis dakwat, I miss you sangat-sangat... Pen hitam takleh tekan, Ala you pun sayang I kan.. Khas buat En. Zizou_W2 yang tersayang ~~Comel je pantun ni kan? Hehe...Tapi AMARAN KERAS! Hanya sesuai untuk yang sudah berkahwin sahaja...^^, Baitul Muslim ^^...
Sunday, December 18, 2011

,,>Inginku Kembali<,,

~Subhanallah..memang sudah sangat lama diri ini tidak menulis di sini. Rindu sangat pada blog ni. [Bukan mengharap orang membaca, menulis sekadar meluahkan sesuatu. Dalam masa yang sama, ingin berkongsi sesuatu untuk semua. 'Erti Hidup pada Memberi'.] Bertukar status, dan menyebabkan diri memberi alasan! membuat alasan dan mencari alasan! Ya Allah, kembalikan diri ini ke jalan yang Engkau redhai...HIndarkan diri ini mengundang fitnah buat diriku khususnya, amnya buat Islam, agama yang ku cintai.. "Kembali...." Rasa rindu sangat....rindu...suatu hari nanti diri ini pasti akan merinduinya...Sedang menghargai setiap saat dan ketika...[Sahabat-sahabat, segala kenangan di IIUM ini, hanya berbaki beberapa hari untuk sampai ke penghujung Semester Terakhir ku ini ] Memahami, mengerti tentang dirinya... Menunggu, menanti, memohon dari Nya...Terus memohon padaNya "Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku " "Cukuplah bagiku ALLAH, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali DIA, kepada-Nya aku berserah diri dan DIA-lah yang menpunyai Arasy yang besar" -Dapat mesej dari En. Zauji "Kalau macam tu, cuba baca Quran,mana  tau boleh menghilangkn...
Sunday, October 16, 2011

,,>Ayuh! Kita berHIMPUN<,,

 Semoga Allah menggerakkan hari seluruh umat Islam untuk bersama-sama menyertai perhimpunan ini. Untuk maklumat lanjut, silalah ke website HIMPUN dan sebarkan maklumat yang ada di sana..   Kenyataan Akhbar HIMPUN Sidang media Himpunan Sejuta Um...
Tuesday, July 19, 2011

,,>Giliran Dia, Daku Bila?<,,

KUANTAN: Hasrat seorang lelaki menghadiri Karnival Kerja Pemuda BN 2011 di Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah, di sini, tidak kesampaian apabila maut selepas motosikal ditunggangi dirempuh kereta di Kilometer 42, Jalan Kuantan-Maran, berhampiran Agro Resort Semuji, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Mohd Hafiz Ahmad Sarudin, 26, dari Taman Maran Jaya, Maran, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala.Menceritakan semula kejadian itu, bapa mangsa, Ahmad Sarudin Abdul Ghani, 55, berkata, dia menerima panggilan berhubung kemalangan membabitkan anaknya pada jam 3.30 petang melalui orang awam sebelum bergegas ke tempat kejadian.“Sebaik tiba di situ, saya lihat anak ketiga daripada enam beradik itu sudah meninggal dunia dan saya reda dengan pemergiannya.“Arwah sebenarnya mahu ke Kuantan untuk menghadiri karnival berkenaan selepas berhenti kerja di Serdang, Selangor. “Sebelum pemergiannya, arwah tidak banyak berbual dengan saya kecuali memberitahu mahu ke sekolah pondok selepas Aidilfitri nanti,” katanya ketika ditemui, semalam.Menurutnya, dia terkilan dan sedih impian arwah menghadiri karnival berkenaan serta masuk ke sekolah pondok tidak kesampaian malah berakhir dengan tragedi menyedihkan.Ahmad...
Thursday, July 14, 2011

,,>Rindunya...<,,

Ramadan kini tiba. Hati mukmin tidak sabar lagi untuk mengambil peluang semaksima mungkin dibulan yang berkat ini demi mendapatkan bekalan iman dan meningkatkan diri. Dihujung Syaaban, Rasulullah saw berkhutbah mengingatkan para Sahabat ra tentang Ramadan. Di sini saya mengambil kesempatan mengingatkan diri saya dan kita sekelian berkenaan Ramadan dan persiapan untuk memasukkinya.Kita memasuki bulan berkat dimana pahala dilipatkali gandakan bagi mereka yang mengharap ganjaran dan keredhaan Allah swt. Dengan ini hamba-hambaNya semakin bertaqarrub kepadaNya dan lebih berpeluang memasuki Syurga yang disediakan Allah swt. Dari Qutaibah, dari Ismail bin Jaafar dari Abi Suhail, dari ayahnya dari Abu Hurairah ra. sabda Rasulullah saw bermaksud, "Apabila datang Ramadan, dibukakan pintu-pintu Syurga" (Hadis sahih riwayat Al-Bukhari).Dengan berpuasa, kita menahan diri dari makan, minum, hubungan suami isteri, menjaga lidah, pemandangan dan hati hanya semata-mata kerana Allah. Oleh itu Allah sendiri yang akan membalasnya. Sabda...
Thursday, July 7, 2011

,,>Duhai Lelaki, Cemburulah!<,,

:: Hakikatnya...selayaknya sifat CEMBURU itu sinonim dan ada dalam diri seseorang yang bergelar LELAKI,SUAMI,AYAH & seangakatan dengannya [CEMBURULAH DUHAI KAUM ADAM!]::salah 1 bab dalam buku ihya' ulumuddin oleh Imam Ghazali ialah adab-adab perkahwinan dan di bawah tajuk KEWAJIPAN SUAMI,adalah salah 1 nye ialah CEMBURU .Suami wajib cemburu,jangan dayus!Rasulullah SAW bsabda : " sesungguhnya di antara bermacam-macam CEMBURU itu ada cemburu yang disukai Allah & ada cemburu yang dibenci Allah.Adapun CEMBURU YANG DISUKAI ALLAH itu ialah CEMBURU SEORANG LELAKI YANG ADA KERAGUAN & CEMBURU yang DIBENCI itu ialah CEMBURUNYA seorang lelaki kepada isterinya yang tiada keraguan "(HR Abu Daud,Nasa'i & ibn Hibban)*cemburu yang dibenci ialah yang boleh menimbulkan prasangka buruk sehingga mengundang fitnah.*cemburu yang disukai ialah kerana adenya perasaan cinta.Seperti cemburu melihat isteri ,anak perempuan,adik perempuan,tidak menutup auratnye sehigga dilihat orang yg bukan mahramnya.Allahua'lam!JIKA TIDAK CEMBURU,ANDA DAYUS!dayus ialah :هو الذي لا يغار على أهله*Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya)*Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya...
Wednesday, July 6, 2011

,,>Biarlah Kesudahan Kita Dan Dia Di Syurga<,,

Ramai manusia diserang masalah berkaitan hati, cinta yang diraih seringkali gagal.Kadang-kadang kita juga sering salahkan takdir, sedangkan kita sebenarnya gagal menempatkan hati pada langkah pertama lagi.Mengalami masalah hati dan jiwa setiap hari, tapi tidak jumpa solusi yang pasti, selalu membuat kesimpulan gunakan hati (nafsu), bukan berdasarkan al-Quran dan al-Hadith.Semua insan di dunia inginkan kesenangan dan kebahagiaan.Justeru, kekadang bila kita melalui hari dengan mudah pada satu-satu hari, rasa bersyukur teramat sangat.Manakan tidak, setiap hari sebelum memulakan hari baru, kita (niat) sentiasa berdoa demi kebaikan sepanjang hari pada hari tersebut, bermula pada langkah pertama.Kekadang kita terlalu takut jika Allah Taala tidak menyayangi kita, bila mana kita tidak ditimpakan ujian walau sebutir zarah pada hari-hari yang kita hadapi.Ujian ini, bukan untuk menakutkan diri, tapi mencari hikmah yang tersembunyi.Berterima kasihlah kepada Allah Taala kerana masih ditarbiah hati ini.Cinta melulu hanyalah cinta...

,,^Sharing Is Caring^,,