Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Tuesday, July 19, 2011

,,>Giliran Dia, Daku Bila?<,,



KUANTAN: Hasrat seorang lelaki menghadiri Karnival Kerja Pemuda BN 2011 di Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah, di sini, tidak kesampaian apabila maut selepas motosikal ditunggangi dirempuh kereta di Kilometer 42, Jalan Kuantan-Maran, berhampiran Agro Resort Semuji, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Mohd Hafiz Ahmad Sarudin, 26, dari Taman Maran Jaya, Maran, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala.


Menceritakan semula kejadian itu, bapa mangsa, Ahmad Sarudin Abdul Ghani, 55, berkata, dia menerima panggilan berhubung kemalangan membabitkan anaknya pada jam 3.30 petang melalui orang awam sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di situ, saya lihat anak ketiga daripada enam beradik itu sudah meninggal dunia dan saya reda dengan pemergiannya.


“Arwah sebenarnya mahu ke Kuantan untuk menghadiri karnival berkenaan selepas berhenti kerja di Serdang, Selangor. “Sebelum pemergiannya, arwah tidak banyak berbual dengan saya kecuali memberitahu mahu ke sekolah pondok selepas Aidilfitri nanti,” katanya ketika ditemui, semalam.


Menurutnya, dia terkilan dan sedih impian arwah menghadiri karnival berkenaan serta masuk ke sekolah pondok tidak kesampaian malah berakhir dengan tragedi menyedihkan.

Ahmad Sarudin berkata, jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Balok, di sini, selepas bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Tengku Am
puan Afzan (HTAA).


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata, siasatan awal mendapati, sebaik tiba di tempat kejadian mangsa yang dalam perjalanan menghala ke Kuantan dari Maran dikatakan cuba memotong sebuah lori.


*************************************************************************************
Ajal dan maut di tanganNya. Tidak sesaat pun akan terlambat atau pun tercepat.

AL-Fatihah buat Mohd Hafiz Ahmad Sarudin, sepupu saya sebelah family Aboh. Moga arwah di tempat bersama-sama orang yang beriman.

Semalam, sempat keluarga kami membuat tahlil buat arwah. Suasana sedih dan sebak selubungi keluarga kami.

Alhamdulillah, husnol khatimah. Saya terasa sangat jeles dengan arwah. Berkat dengan nifsu syaban. 15 Syaban.

Speechless....

Arwah seorang kurang bercakap. Saya pun jarang sangat berborak dengan arwah. Jumpa pun jarang-jarang.

Cerita dari Kak Shila, kakak arwah, arwah berhenti kerja kat Serdang sebab susah nak solat disebabkan bos arwah orang cina. Gaji memang lumayan, tapi sebab kerja tak solat, buat apa kan? Sebab tu la arwah berhenti kerja.

Arwah juga berhajat nak berehat dulu bulan puasa ni. Dan berniat nak belajar pondok. Tuntut ilmu-limu ukhrawi. Subhanallah, moga rohnya di tempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Sungguh murni niat arwah.

Yang buat kami lagi sedih, arwah sempat membaiki laptop untuk kegunaan adik-adiknya dan juga membeli hadiah buat mak dan ayahnya (buat Mak Teh & Pak Teh). Tapi tak sempat bagi by hand. T_T

Ya Allah, berkati dan rahmatilah yang pergi, kuatkan dan tabahkan hati-hati yang tinggal.

Hurm, kesudahan dia sudah diketahui, daku bagaimana?

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah (kesudahan yang baik) dan jangan lah akhirkan hidup kami dengan su'ul khotimah (kesudahan yang buruk)”.



1 comments:

Misssurvivor said...

takziah untuk hada sekeluarga..

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

,,^Sharing Is Caring^,,