Bismillahirahmanirrahim…
Alhamdulillah, syukur atas nikmat dan kurniaan dari Yang Maha Esa.
Musim cuti sekolah dah tamat, tapi musim orang berwalimah masih lagi ada. Tiap minggu pasti ada jemputan kahwin. Di kalangan saya, ramai saudara-mara, sahabat-sahabat yang telah@ bakal melangkah ke alam perkahwinan. [Lepas saya kawin je, ramai betul yang nak kawin. Diorang semua ni, ikut saya sebenarnya..hihi…perasan la Cik Adah oi!! Eh, Puan Adah la…^^,]
Letak gambar sendiri la^^ |
Sangat sukar nak penuhi semua jemputan. Kalau boleh, saya memang nak hadiri semua walimah sahabat-sahabat saya. Lagi-lagi yang datang walimah saya hari tu. By hook or by crook, saya kena hadir walimah dorang nanti. Tapi yang tak datang walimah saya, saya faham. Insya Allah, saya pun mahu hadir di walimah anda nanti.
Antara senarai sahabat-sahabat dan saudara-mara saya yang telah@ akan ber Walimatul Urus:
(Memang saya tulis dalam diari saya, cuma banyak yang saya tak dapat menghadirkan diri. Tapi hadiah, ucapan & doa tetap saya titipkan buat mereka ini.)
- 30 April 2011
· 21 Mei 2011
Syuhadah & Kamal, Balok Baru, Kuantan, Pahang (Tuan Rumah^^,)
· 29 Mei 2011
Norul Ain & Naim, Balok,Kuantan, Pahang. (Sepupu)
· 3 Jun 2011
K.Sylaty & Ashraf,T umpat,Kelantan. (UIAM Gombak)
· 4 Jun 2011
K.Amalina & Mukhlis, Kuala Terengganu. (UIAM Kuantan)
Husna & Fadhil, Beserah, Kuantan, Pahang. (SMA Al-Ihsan)
K. Basirah, Kelantan. (UIAM Gombak)
· 5 Jun 2011
Fazliyana & Hassan, Taman Pertanian, Kuantan, Pahang. (SMA Al-Ihsan)
· 7 Jun 2011
Zaiton & Hasbullah, Rantau Panjang, Kelantan. (UIAM Kuantan)
· 11 Jun 2011
Solehah & Naazir, Kg. Kurnia, Kuantan, Pahang. (SMA Al-Ihsan)
· 25 Jun 2011
Shamsudin & Nora (Papa Kak Yus & Mok Ya), Hotel Vistana, Kuantan,Pahang.
Rabia’tul Akmalia (K.Ba’) & Faiz, Kuala Terengganu. (UIAM Kuantan)
· 2 Julai 2011
Amran & Siti, Kemaman, Terengganu. (Sepupu)
· 9 Julai 2011
K.Hajar & Sharif, Kubang Kerian, Kelantan. (UIAM Kuantan)
Yang terbaru : 2 September 2011
Bahiah & Saif, Lunas, Kedah (KOE, UIAM, Gombak)
"Tahniah buat Bahiah, Moga segala urusan dipermudahkan olehNya.Amin"
Saya titpkan doa ini buat kalian semua, dan juga untuk diri ini. Amin. Dan juga, buat sahabat-sahabat saya yang dalam perancangan untuk berBaitul Muslim. Tahniah buat kalian. Moga dipermudahkan segala urusan. [Semua ni, amik berkat saya la ni..hehe..Perasan la Adah! ^^,]
“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon
Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru ini
Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah
Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah
Yang mampu memandu, membimbing dan mendidik
Isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai
Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kpd Ali
Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu
Yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh
Anak-anak yang menjadi amanah
Kurniakanlah kepada mereka Ya Allah
Zuriat yang soleh solehah
Dan agar berkekalan mempelai ini
Sehingga ke dalam syurga
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Teguhkan iman kami
Mantapkan aqidah kami
Mudahkan urusan kami
Murahkan rezeki kami
Halalkan makan minum kami
Berkatilah kehidupan kami
Dan matikanlah kami dalam Iman dan Islam
Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu
Hindarkanlah kami dari azab nerakaMu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ampunkanlah dosa kami,
Dosa kedua orang tua kami,
Dosa ahli keluarga kami
Sesungguhnya kami telah banyak melakukan dosa
Baik yang zahir mahupun yang batin
Yang kecil mahupun yang besar
Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa kami Ya Allah
Maka ampunkanlah dosa kami Ya Ghaffar
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Berilah kekuatan kepada kami membina individu Muslim yang taat kepadaMu
Keluarga Muslim yang mengamalkan nilai hidup Islam
Masyarakat Muslim yang tinggi nilai ukhuwwahnya
Dan negara yang baik serta mendapat keampunanMu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Jadikanlah kami yang telah berkahwin ini
Menjadi contoh yang hidup kepada pengantin baru
Dalam melayari bahtera rumahtangga yang kadangkala tenang dan kadangkala bergelora
Kurniakanlah mereka kekuatan iman dalam menempuh segala cabaran yang mendatang
Amin Ya Rabbal Alamin.”
2 comments:
jazakumullah atas doa adah. doakan kami ya. jmput datang keddah kalau brkesempatan. :D
Insya Allah...doakan kami jgk ye...insyaAllah kali ada rezeki, sampailah kami nnt.. :c
Post a Comment