Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Friday, July 1, 2011

,,>EIT? Weekly Report & Event<,,

Bismillahirahmanirahim…

EIT? Weekly Report? Visiting Lecturer? Presentation?

Hurm…masih berbaki 2 minggu lagi saya perlu menjejakkan kaki di Bumi SIRIM Pahang ni. Bila masuk office, dah start buat kerja, baru la teringat, weekly report tak buat lagi. Presentation untuk Visiting Lecturer pun tak prepare lagi.. Bila balik rumah, semua benda tu tak ingat dah…Apatah lagi, bila tiba weekend, lagi la…^^,

Alhamdulillah, weekly report untuk 2 minggu lepas telah siap diemailkan kepada yang berkenaan. Harapnya, Programme Coordinator puas hati dengan report yang saya buat. Sepatutnya, minggu ni Visiting Lecturer akan datang ke SIRIM Pahang. Untuk menilai dan melihat apa yang saya lakukan di sini. Tapi, pada saat akhir, nama saya digugurkan. Bermakna, tiada Visiting Lecturer yang akan datang menilai saya. Jadi, saya dikehendaki membuat presentation pada Semester 1 11/12 nanti.

Wee~~Seronok la hati ni. Buku log memang banyak lagi yang kosong. Jadi, tak perlu buat lagi pun tak pe. Dengan report keseluruhan praktikal telah diextendkan masanya, lagi la saya riang ria jadinya… tapi, peringatan buat diri sendiri:

“Sila siapkan report anda! Jangan bertangguh-tangguh kerja. Pastikan setiap hari ada progress untuk report anda!” [Kepada Encik Zauji, nanti tolong remindkan saya ye!]

Seronok-seronok jugak, tapi buka Sem 1 nanti, siaplah. Orang lain dah tak payah nak present, tapi saya kena present plak. Padan la… so, just be prepared Adah! ^^,

Sekarang, sedang bertungkus lumus menjahit dan menyiapkan 7 pasang baju. [2 Baju Kurung + 2 Baju Kurung Pahang + 2 Mini Jubah + 1 Jubah Seluar](Dah start jahit baju raya^^,). Dalam proses, menggunting baju-baju ni sekarang. Kenapa banyak sangat ye sampai 7 pasang? Sebab banyak kain pasang yang pending sebelum ni plus dengan hadiah kahwin yang orang bagi baru-baru ni. Insya Allah, nak belajar dengan jahit Baju Melayu plak dengan Ma nanti. Nak try jahit Baju Melayu satu untuk Encik Zauji tercinta.[Tak tahu la jadi ke tak, kalau tak jadi, suruh Ma je yang jahitkan..hehe^^,]

************************************************************************************

Baru-baru ni, berpeluang berdating bersama Encik Zauji tersayang selepas menghadiri Majlis Cukur Jambul Ainul Mardhiyah & Majlis Resepsi Papa Kak Yus & Mok Ya di Hotel Vistana, Kuantan. Sempat berTutti Frutty (Frozen Yogurt) di Kuantan. Encik Zauji kata, “Sedap ni..boleh kita bukak branch kat Teranu se ni” ^^, [Asyik nak berbisnes je Encik Zauji ni..^^,]


Bersama Ma, Aboh & Encik Zauji [Tema majlis Warna Emas, Kami je buat tema sendiri^^,]

Pengantin Baru + Pengantin Lama ^^,


Majlis Cukur Jambul Ainul Mardhiyah bt Mohamad Syukri

Ma, Aboh, Adik, Abang Yie & anak-anaknya

Trutti Fruty[Frozen Yogurt]

Kemudian, bershopping di East Coast Mall (ECM), Kuantan. Kebetulan ada pameran buku di ECM. Hurm, dekat sejam kami meninjau buku-buku di situ. Al-maklum la..dua-dua ‘hantu buku’. Encik Zauji menguatkan semangat dengan berkata, beliau ada banyak lagi buku yang tidak lagi di baca. Saya dah lama mengidam nak beli buku ni. Hehe..apa lagi, dapat la dua buku ni.^^,

Siri Muhasabah Kauthar, Keluaran Karya Bestari

On the way balik, terjumpa dengan kedai Baskin Robbins. Lagi satu ni, dah lama mengidam aiskrim BR ni…Yum—yum..sedapnya aiskrim BR..tapi, tadi dah dapat Tutti Frutty. Sabar Adah..sabar…hehe^^,

Tunggu owner WRQ la untuk belanja BR ni..tak syok la mintak kat Encik Zauji. Kalau mintak kat Encik Zauji, confirm dapat terus. Hehe…^^,

Sekadar berkongsi bahagia untuk semua^^,

2 comments:

ismisyahida. said...

hahaha. asal owner WRQ itu saya? ingat eh WRQ. bagus.bagus.hehe

btw, selamat berbahagie adah. insyaAllah jumpe bulan9 nanti jika dpanjangkan umur kite.

sal BR tu insyaAllah, kalau ade rezki lebih.kalau tak, u mintk je la ngan zauji u tu ye.kiki

Sri KaNdi^soLehah ツ said...

yela owner WRQ...mesti la igt...

amin, pjg umur murah rezeki , jumpe bulan9 nnt....

bersama BR sekali...hihi^^,

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

,,^Sharing Is Caring^,,