Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Tuesday, February 15, 2011

,,>Sakit & Terasa??<,,


Subhanallah, dua tiga hari ini, terasa sangat di uji….

Asyik-asyik dengan masalah HATI. Bukan masalah perasaan cinta ke hape ye. Tapi masalah sakit hati, makan hati, terasa hati dan yang paling hot sekali, bila panas hati,…PANAS je rasa…

Sejujurnya saya cakap, saya ni seorang yang susah nak terasa hati. Biila dah dapat task, dah devide task. Then orang person in charge tu tak buat kerja dia, mana tak panas je rasa. Last-last kita pulak yang kena cover kerja dia. Lagi panas…….

Itu satu hal, bila bekerja teamwork ni. Perlulah mainkan peranan masing-masing sebaiknya. Barulah dapat hasil kerja yang bagus dan sempurna. Ini, kalau ada yang tak mainkan peranan dia, mahu tak cacat kerja tu. Maaf ye.

Entahlah.. mula saya rasa tak sampai hati. Bila orang tu tak buat kerja, tak pe la…Bersangka baik. Saya tolong cover untuk dia. Tapi bila banyak kali, dan macam makin ramai pulak yang dah dapat penyakit ni. Tolong la ye. Saya kena bertegas. Maaf bila saya berterus terang. Maaf, saya makan hati dengan apa yang awak buat.

Lagi satu hal, bila kita ni dah cover kerja dia, then dia tahu dia rilek je selama ni. Orang lain yang buat kerja dia sebelum ini. Dengan selambanya, buat-buat tak tahu je. Bukan nak mintak maaf ke mintak ampun ke. Nak ucap terima kasih?? Lagilah, jauh panggang dari api.

Sedarlah sikit. Orang dah tolong awak. Tapi dia buat ‘donno’ je. Hidup kat dunia ni mane boleh hidup sorang-sorang. Kalau nak buat hal sendiri, jangan campur dengan manusia la.[Maaf ye!]

**Segalanya luahan di atas tidak di tujukan specific kepada sesiapa. Biarlah sajalah diri ini yang tahu. Dan yang pasti, DIA mengetahui segalanya.

Tapi segala yang berlaku saya bersyukur. Sebab banyak benda saya yang belajar. Bila deal dengan manusia yang banyak ragam, ktia perlu creative. Macam-macam cara kena guna. Tak boleh hanya guna satu cara sahaja. Kalau tak variety, senang kena pijak nanti.

Ada kalanya, kita perlu berlembut, bersabar. Bersangka baik. “Tak pe, kita mudahkan urusan orang, Insya Allah, Allah akan mudahkan urusan kita.” Itulah muatira yang berharga untuk saya. Bila berlaku kejadian-kejadian seperti di atas, saya akan ingat ayat tu. Saya ulang lagi :

“Tak pe, kita mudahkan urusan orang, Insya Allah, Allah akan mudahkan urusan kita”

Moga orang lain pun fikir sama macam yang saya fikirkan.

Buat yang mengucapkan maaf dan terima kasih, maaf dan terima kasih kembali buat anda. Walau hanya sekadar sms @ email. Maaf. Terima Kasih. Tapi bagi saya, itu sudah memadai. Sejuk balik hati yang panas tadi.

Dan ini, message dari seorang adik, baru dia tahu bila seorang kakak terasa hati. Mulalah buat ayat novel. Alhamdulillah, sejuk hati ni. Maaf ye dik. Saje je akak buat kamu macam ni^^. Terima Kasih.

Erm, xpe lah. Xyah bls. Akak bangun esok pagi. Tarik nafas, tengoklah langit, sy ada tulis di awan “Kak Syuhadah, sy minta maaf!” atapun jika akak jenguk langit malam ni, akak akan nampak bintang yang bersinar. Ketahuilah, jika dapat sy ambil bintang itu dan beri pada akak tanda minta maaf, nescaya sy akan buat, tapi sy xmampu. Selamat malam. Asif jiddan. Wslm

~~Segala luahan di atas bukan di tujukan specific buat adik ni ye ^^,

Moral : Sila jangan susahkan orang lain, biarlah diri kita yang tersusah. Insya Allah, akan pasti ada ganjaran dariNya. Tidak disini, Insya Allah di sana yang kekal abadi.

[Maaf buat semua. Mood tengah emosional. Kemungkinan tahap ketegangan @ strees makin meningkat, disebabkan oleh pertambahan kerja-kerja. Ok Adah, jangan emo-emo, baik jadi Elmo @ Nemo, lagi comel ye! ^^, ]

0 comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

,,^Sharing Is Caring^,,