Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Monday, December 31, 2007

>,;;Azam Tahun Baru??,:<

Orang berjaya mempunyai matlamat yang jelas. Orang gagal mempunyai matlamat yang kabur, tidak spesifik, entah bila, tak tau bagaimana, tak tau bla bla bla…Menjadi manusia berpengaruh a.k.a. Magnetik adalah salah satu ciri orang yang berjaya. Dan ia juga bermula dengan matlamat. Jika 10 (2017) tahun dari sekarang, anda mahu meningkatkan kuasa pengaruh samada sebagai ahli politik yang bertanding dalam pilihanraya, jurujual yang mahu meningkatkan hasil jualan, seorang pengurus syarikat yang mahu melipat gandakan keuntungan, seorang eksekutif yang mahu hasil kerja yang meningkat produktiviti… lakukannya secara SMART dan ianya bermula dari sekarang.Buat post-moterm dan senaraikan sejauhmanakah ‘action’ yang dilakukan sepanjang 2007 memacu ke arah matlamat. Bandingkan juga banyak mana anda telah buang masa, sia-siakan peluang yang boleh memacu ke arah mencapai matlamat.Kemudian… dari sekarang, buat perancangan strategik secara harian, mingguan, bulanan dan tahuan apakah yang akan dilakukan untuk mencapai matlamat pada tahun 2008. Tulis dan pastikan ia sentiasa mudah untuk dirujuk dan dilihat. Ia menjadi self-motivation (motivasi diri) yang cukup berkesan.Dari situlah, anda bakal menghasilkan azam tahun baru yang realisitk...

>,;Penawar Racun Dunia,:<

Desiran bayu yang lembut damai di hatiKicauan burung di sana riang sekaliSuara ombak menggamit detik naluriGemilang kudrat IlahiDi sini-sana ternyata gema suaraTangisan sayu manusia mangsa manusiaTerbuang budi terdorong desakan hatiSaudara korban duniawiManusia tiada aman dari kemelut iniDi dada terus bersarang sikap pentingkan diriKuasa, harta dan nama hebat merasuk hatiKerugian sendiriDunia umpama unta tua yang kehausanSemakin tiada tempat untuk kasih dan sayangKerana sudah terlupa pada pesanan TuhanTerpesong tujuanNafsu jadi raja merosak duniaTak kan datang sinar bahagiaMoga jadi bukti bersama kembaliCahaya pada IlahiSedetik lalu saat pun silih bergantiTak kan berulang sejarah masa yang pergiUsah dibuang di sini hanya sekaliMulakan diri sendiriIman di dada amalan dengan bertaqwaBantuan Tuhan menjadi syarat berjayaSeiring jalan hargai nilai saudaraPenawar racun du...
Tuesday, December 25, 2007

>,,BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH,,<

BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAHIngatkah dikau, di mana di dalam sejarah,Sepasang mata menjadi hadiah?“Kenapakah kau mengikutku?”“Aku tertarik kepada kecantikan matamu.”Jawapan yang cukup angkuh,Namun mengundang seribu sesalan,Bila bungkusan merah diterima di tangan.Muslimah,Contohilah wanita itu,Bukan dengan mencungkilkan matamu,Tetapi dengan menjaga peribadimu.Wahai Muslimah,Aku sering tertanya,Bagaimana engkau masih sanggup,Memaniskan muka, menghadiahkan senyuman,Meramahkan bicara,Kepada lelaki yang bukan muhrimmu.Apakah engkau ini berani,Menguji jiwa lelaki,Yang sememangnya diciptakan Allah,Dahaga dengan keindahan wanita,Walaupun sekadar muka yang manis.Apatah lagi lelaki ini,Yang engkau tahu cukup ego,Menganggap wanita sebagai hidangan,Yang boleh dibelek-dibelek dan dipilih.Benar,Muslimah itu telah menemui ajalnya,Namun diiringi keredhaan Ilahi,Dan keinsafan seorang lelaki,Yang akhirnya menjadi sufi.Muslimah,Begitulah jalanmu…Begitulah perjuanganmu…Muslimah,Tundukkanlah pandanganmu,Keraskanlah suaramu,Seriuskanlah perwatakanmu,Tampil ketegasanmu,Bila engkau di depan,Atau di belakang atau di kiri,Atau di kanan lelaki,Walau atas sekalipun.Ketuk kealpaan mereka,Bangunkan mereka dari mimpi,Jelaskan dengan amalanmu,Bahawa...
Monday, December 24, 2007

>,,Salam Eidul Adha..Salam Pengorbanan & Keinsafan,,<

Assalamu’alaikum,Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua. Walaupun di Malaysia, sambutan Hari Raya Aidil Adha @ Hari raya Haji @ Hari Raya Korban tidak semeriah Hari Raya Aidil Fitri, tetapi mesej Hari Raya Aidil Adha cukup signifikan dan memberi pengajaran agung untuk manusia mencapai kejayaan.Antara mesej utama Aidil Adha ialah PENGORBANAN. Bercakap sahaja tentang Hari Raya Aidil Adha, pasti akan associate dengan KORBAN. Maka terlintaslah di kepala kita, majlis sembelih lembu, unta dsb. Soalnya, adakah mesej Hari Raya Haji terhenti di situ?Sejarah korban di Aidil Adha. Ringkasnya, tentang pengorbanan 3 insan hebat iaitu Nabi Ibrahim, isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail.1.Siti Hajar berkorban berjauhan dengan suaminya NAbi Ibrahim kerana perjuangan.2.Nabi Ibrahim yang melakukan perintah Allah tanpa soal iaitu menyembelih anaknya Nabi Ismail3.Nabi Ismail yang merelakan dirinya disembelih bapanya demi ketaatan kepada perintah AllahNatijahnya, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ‘lulus’ diuji sendiri oleh Allah tentang...
Friday, December 7, 2007

>,;Senyuman wujudkan hubungan baik;,<

Senyuman wujudkan hubungan baikOleh ZAMRI MOHAMADAPA yang terukir di bibir adakalanya menenangkan orang yang melihat. Itulah kehebatan di sebalik senyuman. Ia boleh disifatkan sebagai ketawa kecil dan mempunyai makna yang baik, bergantung kepada rasa hati empunya senyuman itu. Malah Rasulullah melahirkan rasa gembira dan tawanya dengan senyuman.Itulah yang dikatakan fitrah manusia, satu bentuk hiburan hati yang memberi kesan yang besar dan merupakan jalan hiburan yang diharuskan.Dalam sabda baginda, disebutkan betapa pentingnya seorang manusia tidak terlalu membebankan diri dengan segala macam kesukaran dan kepayahan yang sengaja ditimbulkan. Malah, Rasulullah menggesa agar seseorang perlu mencari sedikit hiburan jiwa yang tidak keterlaluan agar kemanisan hidup dapat dirasai. Baginda menyebut:Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesugulan hati, hiburkanlah hati dengan hal-hal ringan dan lucu. Apabila terus dipaksa memikul beban yang berat, ia akan menjadi buta. (Sunan Abi Daud)Senyuman merupakan perbuatan...

,,^Sharing Is Caring^,,