~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Tuesday, December 25, 2007

>,,BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH,,<




BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH

Ingatkah dikau, di mana di dalam sejarah,
Sepasang mata menjadi hadiah?

“Kenapakah kau mengikutku?”
“Aku tertarik kepada kecantikan matamu.”
Jawapan yang cukup angkuh,
Namun mengundang seribu sesalan,
Bila bungkusan merah diterima di tangan.

Muslimah,
Contohilah wanita itu,
Bukan dengan mencungkilkan matamu,
Tetapi dengan menjaga peribadimu.

Wahai Muslimah,
Aku sering tertanya,
Bagaimana engkau masih sanggup,
Memaniskan muka, menghadiahkan senyuman,
Meramahkan bicara,
Kepada lelaki yang bukan muhrimmu.

Apakah engkau ini berani,
Menguji jiwa lelaki,
Yang sememangnya diciptakan Allah,
Dahaga dengan keindahan wanita,
Walaupun sekadar muka yang manis.

Apatah lagi lelaki ini,
Yang engkau tahu cukup ego,
Menganggap wanita sebagai hidangan,
Yang boleh dibelek-dibelek dan dipilih.

Benar,
Muslimah itu telah menemui ajalnya,
Namun diiringi keredhaan Ilahi,
Dan keinsafan seorang lelaki,
Yang akhirnya menjadi sufi.

Muslimah,
Begitulah jalanmu…
Begitulah perjuanganmu…

Muslimah,
Tundukkanlah pandanganmu,
Keraskanlah suaramu,
Seriuskanlah perwatakanmu,
Tampil ketegasanmu,
Bila engkau di depan,
Atau di belakang atau di kiri,
Atau di kanan lelaki,
Walau atas sekalipun.

Ketuk kealpaan mereka,
Bangunkan mereka dari mimpi,
Jelaskan dengan amalanmu,
Bahawa percampuran bukan caranya,
Bahawa keseronokan ini palsu,
Bahawa di sini tiada kebahagiaan,
Hanya kehancuran.

Muslimah,
Inilah jalanmu,
Hentikan dari menjamu nafsu mereka,
Walau sekadar dengan seinci senyuman,
Lalu mungkin kau akan melihat,
Di kalangan remaja ini,
Akan lahir rijaluddin berjiwa pejuang,
Sebagaimana lahir dan bangkitnya,
Dai’e bernama Hassan Al-Basri,
Bila sepasang mata menjadi hadiah.

Puteri harapan…
Serikandi Islam,
Tetaplah engkau dalam perjuanganmu,
Menjadi sayap kiri di medan,
Meneguhkan benteng pertahanan Islam!

Moga takdir Ilahi menentukan,
Bahawa engkau antara hambaNya,
Yang bakal mencium haruman,
Syurga Firdaus…
Ameen…

Buat mujahidah-mujahidah, moga kata-kata ini akan tersemat di hati kalian… sama-sama kita laksanakan… InsyAllah!

0 comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

,,^Sharing Is Caring^,,