~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Monday, December 31, 2007

>,;;Azam Tahun Baru??,:<

Orang berjaya mempunyai matlamat yang jelas. Orang gagal mempunyai matlamat yang kabur, tidak spesifik, entah bila, tak tau bagaimana, tak tau bla bla bla…


Menjadi manusia berpengaruh a.k.a. Magnetik adalah salah satu ciri orang yang berjaya. Dan ia juga bermula dengan matlamat. Jika 10 (2017) tahun dari sekarang, anda mahu meningkatkan kuasa pengaruh samada sebagai ahli politik yang bertanding dalam pilihanraya, jurujual yang mahu meningkatkan hasil jualan, seorang pengurus syarikat yang mahu melipat gandakan keuntungan, seorang eksekutif yang mahu hasil kerja yang meningkat produktiviti… lakukannya secara SMART dan ianya bermula dari sekarang.


Buat post-moterm dan senaraikan sejauhmanakah ‘action’ yang dilakukan sepanjang 2007 memacu ke arah matlamat. Bandingkan juga banyak mana anda telah buang masa, sia-siakan peluang yang boleh memacu ke arah mencapai matlamat.


Kemudian… dari sekarang, buat perancangan strategik secara harian, mingguan, bulanan dan tahuan apakah yang akan dilakukan untuk mencapai matlamat pada tahun 2008. Tulis dan pastikan ia sentiasa mudah untuk dirujuk dan dilihat. Ia menjadi self-motivation (motivasi diri) yang cukup berkesan.


Dari situlah, anda bakal menghasilkan azam tahun baru yang realisitk dan in-line dengan matlamat anda. Ingat!!! Kita sudah tidak punya masa. 2008 bakal menjelang tiba.
Macamana perjalanan 2007 anda? Apakah perancangan 2008 anda? Jom kita kongsi bersama. Mungkin ada idea baru yang menarik!

1 comments:

mizan said...

salam sejahtera dan salam perkenalan, matlamat saya tahun ni seperti mahu lebihkan lagi kesabaran, ketenangan, kejujuran, bersyukur dan berterima kasih, bersangka baik dan berkasih sayang sesama makhluk allah di muka bumi ini, dengan izin dan kuasa allah.

http://theartofmindmagic.blogspot.com/
WE LOVE YOU.

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

,,^Sharing Is Caring^,,