Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Monday, December 24, 2007

>,,Salam Eidul Adha..Salam Pengorbanan & Keinsafan,,<

Assalamu’alaikum,

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua. Walaupun di Malaysia, sambutan Hari Raya Aidil Adha @ Hari raya Haji @ Hari Raya Korban tidak semeriah Hari Raya Aidil Fitri, tetapi mesej Hari Raya Aidil Adha cukup signifikan dan memberi pengajaran agung untuk manusia mencapai kejayaan.

Antara mesej utama Aidil Adha ialah PENGORBANAN. Bercakap sahaja tentang Hari Raya Aidil Adha, pasti akan associate dengan KORBAN. Maka terlintaslah di kepala kita, majlis sembelih lembu, unta dsb. Soalnya, adakah mesej Hari Raya Haji terhenti di situ?

Sejarah korban di Aidil Adha. Ringkasnya, tentang pengorbanan 3 insan hebat iaitu Nabi Ibrahim, isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail.
1.Siti Hajar berkorban berjauhan dengan suaminya NAbi Ibrahim kerana perjuangan.
2.Nabi Ibrahim yang melakukan perintah Allah tanpa soal iaitu menyembelih anaknya Nabi Ismail
3.Nabi Ismail yang merelakan dirinya disembelih bapanya demi ketaatan kepada perintah Allah

Natijahnya, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ‘lulus’ diuji sendiri oleh Allah tentang tahap keyakinan pada Allah dan Nabi Ismail ditukar dengan seekor ‘Kibasy’ untuk disembelih.
Apa maknanya KORBAN? Kadang-kadang kita salah faham tentang erti korban. Kita anggap, bila kita memberi sesuatu pada orang, maka itulah pengorbanan. Mungkin ‘YA’, tetapi ‘TIDAK’ jika sesuatu yang diberikan itu kita memang dah nak buang atau dah tak nak lagi. Itu bukannya pengorbanan. Nabi Ibrahim bukannya tak nak lagi pada Nabi Ismail. Siti Hajar bukannya tak nak lagi pada suaminya Nabi Ibrahim. Masing-masing saling memerlukan dan menyayangi. Tetapi mereka tetap sedia memberi.

Oleh itu, fahaman kita tentang pengorbanan ialah KESEDIAAN MEMBERI SESUATU YANG KITA SUKA, YANG KITA SAYANG.

Sebagai mempelejari roh pengorbanan sempena Aidil Adha, untuk berjaya maka kita mesti sedia berkorban. Manusia secara fitrah suka berseronok-seronok, bersuka-ria. Tetapi adakalanya kita mesti mengorbankan yang kita suka untuk mendapat sesuatu yang lebih baik iaitu KEJAYAAN.

Semua orang suka kepada senang-lenang, kemewahan… tetapi adakalanya ia melekakan kita lalu menyimpang dari jalan kejayaan. Oleh itu, kita kena berkorban dengan bersusah-susah sedikit dan sekejap untuk KEJAYAAN.

Selamat Hari Raya Aidil Adha… Bersediakah kita untuk BERKORBAN. Kata Optimus Prime, “NO SACRIFICE, NO VICTORY”

0 comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

,,^Sharing Is Caring^,,