Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Saturday, March 21, 2009

,,,>Sibuk ataupun Penyibuk?<,,,

"Adakah anda benar-benar seorang yang sibuk? Adakah sememangnya kerja anda banyak dan masa anda tidak cukup? Sibuk ataupun penyibuk?”Petikan ayat dari sebuah buku. Sibuk ataupun Penyibuk? Karya Ahmad Fadzli Yusof.Baru-baru ini saya berkesempatan memiliki buku ini, semasa menjaga gerai Ma’ruf Club sempena Expo ENGINTEX ’09. di gerai ada jual buku-buku, saya ni pantang tengok buku, mesti nak beli. Walaupun ada sahaja buku yang di beli sebelum ini masih belum sempat di baca (banyak kot yang tak habis baca lagi..). Wujud masalah baru plak. Bagaimana hendak mencari masa untuk menghabiskan bacaan buku yang di beli? Bukan sekadar menjadi hiasan di rak buku, tetapi di manfaatkan untuk di baca dan di amalkan. Sebab itu saya tidak suka meminjam buku, lebih suka jika memiliki buku itu sendiri. Senang juga jika hendak di rujuk. Tapi saya suka bagi orang pinjam buku saya. Jadi, sahabat-sahabat yang ingin pinjam buku, bolehlah beritahu kepada saya. Timbul persoalan pada diri ini. Sibuk ataupun penyibuk diri ini?? ^_^ Minggu ini agak drastic keadaan saya bersama rakan-rakan ECE seperjuangan. Bila tiba weekend baru rasa dapat bernafas dengan selesa. Fatrah nak dekat final exam ni biasa la... semua lecturer hendak habiskan syllabus. Jadi...
Sunday, March 1, 2009

,,>Hati Besar VS Hati Kecil<,,

Malam itu aku seolah-olah kembara dalam satu perjalanan yang sunyi. Terlalu sunyi, sehingga degup hati pun dapat dirasakan. Nafas dihela perlahan-lahan. Mencari makna pencapaian dan kejayaan. Apakah aku telah berjaya? Kata bijak pandai, ini soal yang tidak relevan. Justeru menurut mereka, orang yang berjaya tidak sempat bertanya apakah aku berjaya, seperti mana orang yang bahagia tidak akan aka bertanya apakah aku bahagia?Pedulikan kajian dan ungkapan sarjana. Aku kendalikan hiduplu sendiri dan bebas memberi erti dan makna tanpa terikat dengan tesis dan hipotesis. Aku bebas menjadi raja pada diri sendiri selagi terus tunduk sebagai hamba Ilahi.Di mana ukuran kejayaanku?Dibisikkan kepada hati, kejayaan itu apabila kau mencapai tujuan dalm hidupmr. Lalu apakah tujuan hidup itu? Ini soalan asas sejak dahulu diberitahu bahawa tujuan hidup adalah menjadi hamba kepada Allah. Ah, mudahnya. Tetapi tidak semudah itu apabila istilah badah tu hendak ‘ditulis’ dalam kehidupan. Serig sekali tujuan dibayangi keperluan, hingga alat bertukar menjadi matlamat apabila memburu nikmat hingga terlupa Pemberi nikmat.Tujuan itu pertama dan utama. Keperluan itu hanya perkara kedua yang datang selepasnya. Tujuan itu mengabdikan diri kepada Allah...

,,,>Janji Tuhan Pasti Berlaku<,,,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian dan syukur hanya untuk Allah, selawat dan salam buat buat Rasul junjungan Muhammad S.A.W. "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui." Surah Al-Baqarah : 216 Alhamdulillah, hari ini masih lagi bernyawa, masih lagi dapat ku menghidup udara yang segar, masih lagi dapat menikmati nikmat-nikmat dariNya danyang paling penting, masih lagi dapat ku menikmati nikmat IMAN dan ISLAM. Terima kasih Ya Allah, atas kurniaan ini.Walaupun kadang-kadang kita ini hamba yang dhaif, selalu lupa atas nikmat-nikmat yang di kurniakan olehNya, tetapi ALLAH itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Oleh itu, perlu bagi kita untuk senantiasa mengingati nikmat-nikmatNya.Hari-hari yang dilalui terasa jauh dari Illahi. Tetapi Alah tidak melupakan hamba-hambaNya. Cabaran dan dugaan yang menimpa mengingatkan kembali pada kita. Bertetapan dengan ayat di atas, “boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai...

,,^Sharing Is Caring^,,