Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Sunday, March 1, 2009

,,>Hati Besar VS Hati Kecil<,,

Malam itu aku seolah-olah kembara dalam satu perjalanan yang sunyi. Terlalu sunyi, sehingga degup hati pun dapat dirasakan. Nafas dihela perlahan-lahan. Mencari makna pencapaian dan kejayaan. Apakah aku telah berjaya? Kata bijak pandai, ini soal yang tidak relevan. Justeru menurut mereka, orang yang berjaya tidak sempat bertanya apakah aku berjaya, seperti mana orang yang bahagia tidak akan aka bertanya apakah aku bahagia?



Pedulikan kajian dan ungkapan sarjana. Aku kendalikan hiduplu sendiri dan bebas memberi erti dan makna tanpa terikat dengan tesis dan hipotesis. Aku bebas menjadi raja pada diri sendiri selagi terus tunduk sebagai hamba Ilahi.

Di mana ukuran kejayaanku?

Dibisikkan kepada hati, kejayaan itu apabila kau mencapai tujuan dalm hidupmr. Lalu apakah tujuan hidup itu? Ini soalan asas sejak dahulu diberitahu bahawa tujuan hidup adalah menjadi hamba kepada Allah. Ah, mudahnya. Tetapi tidak semudah itu apabila istilah badah tu hendak ‘ditulis’ dalam kehidupan. Serig sekali tujuan dibayangi keperluan, hingga alat bertukar menjadi matlamat apabila memburu nikmat hingga terlupa Pemberi nikmat.

Tujuan itu pertama dan utama. Keperluan itu hanya perkara kedua yang datang selepasnya. Tujuan itu mengabdikan diri kepada Allah sekuruhnya. Kelerluan itu adalah makanan, pakaian, kediaman, kenderaan dan harta. Tujuan itu ialah rasa kehambaan – takut, cinta, harap, taat – seorang hamba kepada Allah. Keperluan iu ialah harta, pakaian, kenderaan dan segala miliknya yang wajib dijadikan alat mencapai tujuan.

Ah, malang sekali jika aku merasakan kejayaan itu hanya apabila tercapainya keperluan. Padahal, hati dan diri masih jauh daripada berjinak-jinak dengan Allah. Jiwa masih liar. Nafsu masih buas. Dan tanpa disedari sering juga keperluan menjadi tujuan. Cinta Allah tersisih, takutkan Allah terpinggir, hanya kerana keperluan yang dicari tanpa henti atau yang telah melimpah tanpa batas.

Dan lebih aneh apabila ukuran kejayaan tertukar tanpa sedar. Kita mengukur ertinya pada neraca keperluan, bukan tujuan. Aku lebih berjaya apabila harta, rumah dan kenderaanku mewah dan bertambah. Padahal di neraca tujuan, timbangan cinta, takut dan harapmu kepada Allah kian ringan. Kekadang, pandai lupa syaitan berkias kata, berkilas rasa… katanya, kau mnecari segala kerana Allah jua.

Jika benar harta dan milikmu itu kerana Alah jua, bagaimana rasa hatimu ketika mencari, mengurus dan mentadbirnya? Apakah segala-galanya diurus tadbir dengan rasa takut, cinta dan mengharapkan keampunan-Nya? Bagaimana pula dengan solatmu, apakah kian khusyuk? Bagaimana dengan puasamu, apakah sudah soleh? Bagaimana dengan hajimu, apakah sudah mabrur? Bagaimana dengan mazmumahmu, sudahkan lebur? ‘Hati besarmu’ bolleh menipu, wahai diri…tetapi ‘hati kecilmu’ tidak mampu menipu. Hati kecilmu sentiasa tidak rela dan tega untuk menipu diri sendiri! Dialah yang paling terseksa apabila kau mengukur kejayaan berdasarkan keperluan, bukan tujuan!

Malam kian larut. Maa tidak mahu diheret dalam kembara hati yang bersimpang-siur. Apakah destinasiku saat ini? Apakah tujuan atau keperluan? Kembara hatiku terus melangkaui dinihari… Hati besar dan hati kecil terus berebut untuk mengendali kemudi diri!


Muhasabah Diri oleh: Pahrol Mohamad Juoi

0 comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

,,^Sharing Is Caring^,,